Tuesday, September 1, 2020

My Humble Mini Garden : Sebuah Kisah Sedih

 

Hari tu kan anak-anak soleh ummi telah mengerjakan pokok kari yang diimport dari Gombak. Setelah digondolkan, hati ummi berbunga riang bila nampak pucuk baru memunculkan diri. Dah siap-siap sembur cuka kayu supaya tidak diganggu ulat dan serangga..



Di hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63, anak soleh lagi bijaksana buat onar lagi. Pucuk baru yang baru nak membesar dengan jayanya, tumpas menyembah tanah..😖😖😖

Lagi satu..

Ummi cuba semai pokok ketumbar dari biji benih. Dalam banyak-banyak benih yang ditabur, 2 anak pokok je nampak naik elok. Banyak yang naik separuh jalan, tapi tumbang layu dan kering menyembah tanah..huhu..

Baru ni nampak dah keluar daun sebenar. Hati ummi berbunga riang lah. Agak lama juga menunggu tau ni. Lepas bersedih tengok pucuk pokok kari yang dah selamat dicabut sebelum waktunya, ummi singgah belek anak pokok ketumbar ni sekejap bagi menghiburkan hati. Sempat lah snap sekeping gambar.



Rupanya, kegembiraan ummi tak lama..Bila ummi keluar ke laman semula lepas tidurkan adik Nusayba, anak pokok ketumbar dah tak kelihatan dalam bekasnya.. Melilau mata ummi mencari. Rupanya dah dicabut dan dicampak atas lantai..

Allahu..
Aduh anak-anak soleh solehah ummi..
Maka, menangis hiba lah ummi mengenang nasib pokok-pokoknya..
😭😭😭
(Menangis sungguh tau ni..Frustlah)


Fathiy datang memujuk, 
"Ummi, sorry ummi..abi kata nanti kita pergi kedai beli pokok baru.."
Ok, nanti ummi nak claim dekat abi.. Banyak lagi pokok dalam wishlist ummi ni..Tak kira..


*****

31 Ogos 2020
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63
Malaysia Prihatin

Fathiy anak soleh yang bijaksana dan cantik akhlak serta budi pekertinya (berbaju ketam 👦)

Semoga kita merdeka dari belenggu duniawi.




6 comments:

  1. Alah ciannya pokok2 ummi tu, takpe ummi jgn putus asa ye😁

    ReplyDelete
  2. Belum rezeki lagi tu ummi. Usaha tangga kejayaan 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak. Belum rezeki lagi.. Allahu.. Kelmarin saya tabur benih ketumbar lagi. Mudah-mudahan Allah izinkan ia membesar dengan sihat dan segar.

      Delete
  3. Replies
    1. InsyaAllah akan teruskan.. Terima kasih cikgu..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015