Wednesday, August 6, 2025

Hujan di Petang Hari

2 hari ni hujan belah petang. Maka tak dapatlah ummi berjalan² ke padang.. hihi.. 

Semalam hujan lebat betul, dengan guruh berdentum², kilat sabung-menyabung dan angin yang kuat. Allahu.. Lama juga la guruh dan kilat tu. Pakej dengan hujan batu. 



Maka, duduk diam² dekat stesen tu, tunggu abi datang ambil, doa dan zikir banyak². Nak book grab pun, takde yang nak accept. Semua sibuk. huhu..

Kelmarin pula, hujan juga tapi tak selebat semalam. Tapi sebab abi dah bagitahu dia balik lewat, maka ummi ambil grab je. 


Driver grab tu peramah. Ummi layan je borak. Dia nya TUDM. Tengah dalam latihan sebelum nak pencen. Dia cerita taknak duduk saja², tak boleh duduk diam, tu yang buat part time bawa grab. Dia cerita dia suka lari, join half marathon sana sini. Walaupun dah nak pencen umur hujung 40an, kesihatan nak kena jaga. Tak nak setahun dua pencen, dapat penyakit macam², darah tinggi kencing manis. So dari sekarang kena jaga. Dia pun baru mula beberapa tahun. Nak lari HM, kena mula slow², jaga jantung, cardio kena buat bagi jantung kuat. Kalau duduk saja² jantung jadi lemah. Start dengan 3km, 5km dulu.. Tengok heart rate ok tak. Bila dah biasa, baru tambah kilometer. Tiap minggu lari 2-3 kali. 

Tudia ceramah kesihatan. Masa dah sampai rumah, nampak abang kecil tengah dok main. Sempat driver grab tu pesan, "jaga kesihatan puan, untuk diri & anak²."

InsyaAllah.

Seronok dengar cerita orang kadang². Lagi mahal kalau ada terselit nasihat, dan tersirat pengajaran. 


Tuesday, August 5, 2025

Flow Smoke & Brew, Kg. Chubadak

Ahad malam, menghantar barang abang ngah yang tertinggal. Barang penting pula yang dia tinggal tu. Dah seminggu balik asrama, hari Sabtu baru dapat call & pesan minta hantarkan barang. Kami pula, malam baru sempat nak hantar sebab siangnya abi sibuk dengan kerja. 

Di sekolah/asrama abang² besar ni, penggunaan public phone ada jadual untuk menengah atas dan menengah bawah dan hanya boleh digunakan hari Jumaat petang hingga Ahad. Sedihkan 🥹 (but i'm embracing it).. Jadi, 3 hari tu memang selalunya ummi ternanti² deringan telefon, dan hp memang akan selalu ada dalam radius yang boleh didengari 😅😅. Walaupun kadang² penantian sia². Tapi typical mak² beginilah. Sia² tu bukan sebab apa, kadang² anak² ada aktiviti dan tak sempat nak call. Ataupun kadang barisan terlalu panjang, atau terlupa bawa kad matrik mahupun duit syiling. Sabar jelah kita. Kalau ummi tak perasan, then nampak ada missed call, ummi yang rasa bersalah sangat, terfikir² kot depa marah sebab dah beratur panjang nak call, alih² ummi tak angkat... Suka overthink & exaggerate kan. Tapi apapun ummi tak lupa kirim doa buat anak² semoga sihat sejahtera, sentiasa dalam naungan perlindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Itu yang dah seminggu baru dia bagitahu tertinggal kad matrik dan buku teks. huhu..

Lepas hantar barang abang ngah (sekadar drop barang yang dah letak dalam beg/plastik berikat kemas atau seal, lengkap dengan nama dan kelas di pondok jaga, without meeting them. Nanti warden bertugas akan panggil/agihkan. Memang S.O.P nya begitu 🥹), misi mengisi perut yang lapar. Fatima kata nak makan spaghetti. Abi kata, macam ada satu kedai dekat area sini, kedai kawan Ust. H. Tapi tak ingat nama kedai. Yang ingat ada smoke² apa tah. Ummi pun google la kedai western near me.. 

Keluar la Flow Smoke & Brew ni.




Kitanya tak pandai sangat order makanan western gini. Setakat spaghetti, macaroni boleh la 🤭🤭 Daging² ni tak pandai. 

Belek² menu, sudahnya order smoked beef brisket, nasi goreng kambing, dan spaghetti carbonara. 

Ya Allah sedap weh. Daging lembut. Kunyah effortless 😅. 

Nasi goreng kambing pun sedap. Secukup rasa semuanya. Pedas ² sikit sebab cili api bersepah, but i loike.. 

Mek ni ha nak western sangat. Carbonara je lah pun dia order tiap kali pun. 




Geram tengok lamb fusion platter. Ada rezeki boleh repeat datang sini, nak try LFP tu pulak. Overal, sedap sangat..Tak mengecewakan. 


Monday, August 4, 2025

Friday Evening Walk

Pagi jumaat dah buat kerja gila panjat tangga sampai office. Pagi² dah lencun dek peluh. 🤭

Tengahari kononnya plan nak 'briskwalk' dalam mall masa long lunch hour. Apakan daya, takdir Allah melebihi segalanya. Hujan turun mencurah. Tak jadilah tambah step menapak ke mall, tawaf mall dan menapak pulang ke sarang 😅😅.

Lunch hari jumaat. Mencuba diet suku-suku-separuh. Awalnya risau kalau production untuk Mus'ab terjejas. But alhamdulillah, so far ok je. Cuma kadang ummi lebihkan sikit protein, banyakkan minum fresh milk untuk cover production. 


Ni lunch hari khamis.


Semoga boleh istiqamah. Sebenarnya bukanlah tak boleh makan apa yang kita teringin kan. Cuma bila makan tu, kena bermaruah 😅😅 Jangan ikut nafsu sangat. Cukup sekadar buat rasa². 

Balik kerja kita turun tangga lagi. 


Masa sampai LRT abi belum keluar office, maka ummi notify abi, jumpa kat padang macam hari sebelumnya. Kali ni dapat round padang 3 pusingan. Sambil² tengok orang main/training netball. Geram je tengok. Rasa macam nak join sama 😂. Tapi awak tu dengan kemeja dan seluar slack 🤣🤣🤣 Kasut je tukar hari ni, pakai sport shoe 

Kena zoom baru nampak orang main netball. hihi..

Hasil berjalan di petang jumaat.



Sunday, August 3, 2025

PU Meraikan Anak² BSBJ

Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring dah lama melabuhkan tirai. Peringkat kebangsaan yang berlansung di Pahang pun dah selesai beberapa minggu lalu yang menyaksikan kontijen Selangor bergelar double champion, membawa balik pingat emas bagi kedua² acara bola sepak dan bola jaring. Tahniah team Selangor. 

Untuk anak² PU yang berjuang dan bermain penuh semangat kesukanan, tahniah juga. Anda tetap juara 🏆.

Maka, cikgu² arrange event untuk meraikan anak² yang berjiwa besar ni, sebagai penghargaan dan pemangkin semangat untuk mereka terus memberikan aksi terbaik di masa hadapan dan di mana jua mereka berada. 

Terima kasih cikgu² untuk majlis ni. Alhamdulillah, anak² happy dapat makan, dapat hadiah. 
















Selain daripada meraikan anak², diselitkan juga moment untuk Cikgu Ba yang akan bercuti panjang untuk rawatan kesihatan beliau. Ummi doakan semoga Allah mempermudah semua urusan rawatan cikgu, diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan selepasnya. 

Cikgu Ba yang ummi kenal, seorang yang ceria dan kuat semangat. She has been through this before, and came back teaching like nothing ever happen. Sama² doakan rawatan kemo Cikgu Ba berjalan lancar dan she'll come back even stronger. Our prayers will always be with you. 🫂



Saturday, August 2, 2025

KESUFA 2025

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Al- Falah (KESUFA) 2025 untuk abang kecil berdua berlansung pada 26.07.2025.

Disebabkan event tak jauh dari rumah, maka pagi tu ummi hantar abang berdua ni jalan kaki je dulu. Dah hantar, tinggalkan anak² bawah jagaan cikgu, sebab yang sorang nak kena bersiap untuk perbarisan. Ummi balik rumah semula, siapkan yang lain², then jalan kaki semula dengan gerombolan anak² yang lain. Abi naik motor 😅. 

Fathan masuk perbarisan, acara bola sepak dan sukaneka, while Fathiy masuk bola sepak juga dan acara balapan, 4 x 100m. 

Tak rasa bersalah nak sokong mana satu sebab takde acara yang bertembung mereka berdua. Untuk bola sepak, liga dah berlansung masa hari persekolahan. Pada hari kemuncak KESUFA hanya tinggal perlawanan penentuan Johan dan Naib Johan, serta tempat ke-3 dan ke-4. Game adik untuk johan/naib johan, manakala game abang untuk tempat ke-3/4..

Gambar dari group whatsapp Album sekolah. Senang ada dedicated group untuk gambar² event sekolah. Tak bercampur dengan pemakluman² penting yang lain. Nak cari pun senang.

Of course, ummi select yang ada terselit muka anak sendiri je lah kan 😁




Persembahan team pemenang naib johan perbarisan. Semangat Fathan tu.


Mascot ni comel. Tak cair ye dia di bawah terik mentari 😂😂. Team ni lah juara perbarisan. 



We, the supporters. Abang2 besar pun ada masa ni. Tolong bergilir jaga adik Mus'ab ☺️


Panas² pun lena tidur. Kipas viral ni memang keperluan sekarang ni. Sebab cuaca panas. Yang ummi pakai ni angin kuat even pakai 40 je.





Keputusan rasmi KESUFA 2025:

Fathan dapat Naib Johan perbarisan dan tempat ke-4 bola sepak.

Fathiy pula dapat naib johan untuk both bola sepak dan caaran balapan 4 x 100m. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Tahniah abang² kecil.


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015