Showing posts with label From My Humble Kitchen. Show all posts
Showing posts with label From My Humble Kitchen. Show all posts

Friday, May 29, 2026

Aidil Adha 2026

First Aidiladha tanpa Ma (mil) terasa berbeza sangat. 

Bukan apa.. Ummi mula betul² merasai sesuatu dalam meraikan Aidiladha dan ibadah korban sejak setelah berkahwin. Sebelum tu, hari raya korban macam takde impak besar dalam hidup ummi. Lepas kahwin, setiap kali hari raya korban, ianya lebih penat daripada hari raya aidilfitri, but i learnt something about it. 

Kalau dulu fikir, nak masuk korban tunggu ada duit lebih. Lepas kahwin, mindset bertukar 180 degree. Arwah Ma akan sentiasa tanya, remind dan tazkirah kan anak menantu tentang ibadah korban. Jangan cakap tak mampu, kena usaha kumpul sikit² setiap bulan, say dalam RM70-100. By the time nak korban, insyaAllah cukup dah untuk kita masuk bahagian. Begitulah setiap tahun. Ingatan tanpa jemu buat anak menantu. 

Beberapa tahun pertama perkahwinan, sempat merasa ibadah korban yang kami buat sendiri. Kami anak beranak dan waris² ma ayoh serta jiran terdekat beri nama ambil bahagian masing². Ada dalam 4-5 ekor lembu juga. Ayoh cari supplier lembu, dia hantar juga ke surau/masjid yang berkaitan. Sehari sebelum raya kami tunggu lori lembu sampai. I usually takes early leaves like 2 days before raya. Anak² excited namun takut² saat menyaksikan proses nak turunkan lembu. Proses yang mendebarkan dan mencemaskan kalau dapat lembu pongoh. Tapi mostly semua pun pongoh kan dalam situasi tu. 

Sehari sebelum tu memang dah sibuk prepare macam². Paling penting, acara mengasah belasan kalau tidak puluhan bilah pisau dan kapak untuk acara melapah. Juadah raya, kena sedia extra. Sebab kami host untuk acara korban 4/5 ekor lembu. Dah tentu semua penama dan ahli keluarga akan datang berkumpul untuk proses melapah nanti. Hari kejadian, penat tak terkata sebab kena monitor makanan dan minuman, topup bila perlu. In the same time nak melapah lembu, dan bahagikan ikut bahagian. Then nak kena potong kecil pula some portion untuk menu makan malam nanti. Menu kebiasaan waktu korban, daging goreng kunyit dan juga sup daging/tulang. Tak kira lagi proses pembersihan kawasan dan juga alatan. Bengkok pinggang. hahaha. Penat tapi menyeronokkan. The last time kami berpenat begitu, somewhere sebelum PKP, sebelum ayoh mula tak sihat, alzheimer/dementia. Korban seterusnya, kami join masjid/surau sahaja. 

I still remember raya tahun lepas, Aidil adha terakhir ma, ma siap masukkan bahagian untuk cucu² dia seramai 4 ke 5 orang, termasuk lah my abang long and abang ngah. Despite of bahagian untuk diri dia sendiri dan ayoh. 🥹🥹😭

Tahun ni... sunyi.. Tiada 'hiruk pikuk' bertanyakan itu ini tentang raya, tentang korban.. Tiada mesej² yang ingatkan tentang puasa sunat, larangan² bagi yang ambil bahagian korban etc.. 

Me, myself.. Sehari sebelum raya, masih kerja.. WFH, tetap menjalankan tugas walau di rumah. Usai 'clock out', barulah sinsing lengan baju, prep untuk menu pagi raya. 

Simple menu je. Nasi tomato, ayam masak merah, acar kobis. Dan Iceberge cheesecake again, requested by my 3rd born. 

Semuanya last minute plan. Masa lunch break WFH, baru teringat nak order barang basah. Kalut², sudahnya ada juga bahan yang tak lengkap. Paling sadis, nak tumis cili & bawang untuk sambal masak merah, baru perasan cili boh habis. It was 12am ++ in the morning. Masa ni ayam dah siap goreng dah. Abi was out, pergi cuci kereta. Pesan lah kat dia, tolong singgah 7e carikan cili boh. Biasanya ada yang brand Adabi. Syukur ada cili boh. Maka menyambal lah ummi sampai pukul 2 pagi 🫩🫩. Rabak mata aih. 

Pagi raya baru masak nasi, tanpa minyak sapi dan daun pandan. Hentam lah labu. Yang penting ada tomato puree. Kalau tak, nasi butter ajelah jadinya. 

The cheesecake. Alhamdulillah kali ni menjadi choc ganache nya. Tak lembik macam last time. 

Ada lagi 1 dessert.. Sagu gula melaka. Tak dan nak ambil gambar sagu gedik² merah jambu tu. Sebab yang tu lagilah last minute. Tengahari baru sibuk nak buat. hahaha. Sebabnya, plan asal nak bawa cheesecake balik Gombak, tapi lupa anak² piranha penggemar cheesecake. Buat pula 1 loyang saiz sederhana je. Memang tak cukuplah cerita dia. Gelabah lah kita tambah 1 menu lagi.

Seronok jadi kanak². Mudah terhibur. Sehari sebelum raya. Setia menanti ketibaan lembu² kehormat. Pantang dengar bunyi lori, masing² pakat berlari tinjau ke luar. Bahagia menjerit, "lembu sampaiiiii".. hihi.. 


Back hoe sampai pun, mereka tak keruan. Menderu keluar masing², nak jadi saksi back hoe mengorek lubang untuk sisa korban. Nikmat kan jadi kanak². Alhamdulillah ala kulli haal.


Hari kejadian apatah lagi kan. Lepas solat, terus sibuk² nak keluar tengok lembu macam dia pula tukang sembelih. hihu .Syukur depan rumah je. Tapi tak dan ummi nak ambil gambar. 🥴

Lepas zohor, kami ke Ampang. Raya dengan Mama dan adik. Bawa sikit bekalan untuk mereka. Dalam kepala terbayang mee tomato. Hari tu mama ada cakap nak masak mee tomato. Rupanya, sampai² adik baru tumis rencah mee kari. Bertuah adikku 🤣🤣. Kita pun sinsing lengan baju, tolong dia sikit². Dia chef kulinari, lagi pandai masak dari kak dia yang memang sokmo² amatur je sampaj ke tua 🫢😆. Siap masak, laju lah anak² buah dia makan mee kari. Fav masing². hihi..Kekenyangan semua. Alhamdulillah.

Muka kekenyangan makan 2 mangkuk mee kari. hihi 

Balik rumah, siap² nak maghrib. Lepas maghrib balik Gombak pula. Bawa nasi tomato + ayam merah dan sagu gula melaka. Kita ni bawa nak jamu orang lain makan kan. Tapi, sudahnya anak² sendiri jualah yang berebut nak makan masakan umminya, despite of banyak lagi menu lain. Adeh..

Apapun, salam aidiladha buat semua. Taqabbalallahu minna waminkum. 


Thursday, May 7, 2026

Lama Tak Jengah Sini. Rinduuuuu...

Ya Allah, lamanya tak melawat blog ni. 😳

 Rindu sebenarnya. Tapi kehidupan di dunia realiti  agak kalut dan hectic, tak sempat nak jenguk mai. Password pun hampir terlupa dah.. Aduhai..

Warming up post dulu. huhu.. Doakan ada kesempatan untuk mencoret lagi dalam ni. 

Entah minggu bila, turun ke Pasar Tani pejabat kala tengahari setelah lama juga tak gigih menapak ke PT tu walau tak jauh mana. Tak gigih tu sebab serabut dengan kerja menimbun. Bila turun PT, nampak stall jual dessert. Nampak sedap, so belilah 1 slice each kek batik klasik dan iceberg cheesecake. MasyaAllah, memang sedap sebab tak manis. Me peminat dark choc, maka memang layan lah.

Week after, nak beli lagi.. Tapi takde pula stall tu.. Lepas tu dok terkenang-kenang. Meh la try buat sendiri.. Dah lamaaaaa juga tak buat burnt cheesecake ni. 


Guna resepi ni:

500g cream cheese (room temp)
100g (1/2 cup) caster sugar
1 tsp vanilla essence
370ml (1 1/2 cup) whipping cream (room temp)
3 large eggs (room temp)
24g (3 tbsp) all-purpose flour

Mix them all, using spatula/mixer/blender.
Bake at 200°C for 30-35 minutes.
Let it cool for a while.


120ml (1/2 cup) whipping cream
25g (2 tbsp) sugar
1/4 tsp salt
2 egg yolks
150g dark chocolate

Mix all except dark choc. Put on medium heat until simmer.
Pour onto dark choc and mix until well blended.
Pour the ganache on top of cooled cheesecake. Chill overnight.



Hasilnyaaa..





Comot. 


Cuma, ganache tu tak berapa kental kejadiannya.. Kalau rajin next time cuba lagi. Kalau rajin.. hihi..

Lepas lama blog ni hibernate, 1st post terus up pasal makanan.. hihi.. Jahat kan.








Sunday, July 6, 2025

Sabtu 05.07.2025

Ada 2 main things hari ni.

1st, my 3rd born ada ujian kenaikan bengkung silat seni gayong Malaysia. His 1st grading day. Dia berbelah bahagia sebab nak join event adik², tapi ummi said, kita settlekan grading awak dulu, kalau sempat kita join adik..

Ujian kenaikan bengkung dari awan hitam ke bengkung putih cula hijau. Dia baru je join silat last year. Dia minat, ummi abi support je. 







Alhamdulillah, he did well. Then kami minta izin penguji & cikgu untuk release awal. Syukur penguji izinkan, so he did his rolling & tutup gelanggang alone, then we off to join adik Fatima & Nusayba punya lawatan. Tentatif lawatan adalah ke kilang coklat Beryl's, Farm Fresh & Artweb. Ada singgah makan & solat in between.

Masa gerak dari rumah, team PU dah ada di Farm Fresh. We missed kilang Beryl's. But it's ok. Sebab budak² ni memang lebih nak ke FF, walaupun dah 2 kali pergi 😅😂.

Budak bahagia dapat pergi grading dan dapat join lawatan juga.  Masa ni di Artweb dah. Dari FF ke Artweb, dia naik bas sekali dengan adik. 


Masa dierang singgah makan, ummi & abi had a coffee sip. Tak jauh pun dari kedai dierang makan. 

Albatros Coffee  Roastery
Tak banyak choice dan barista pun seorang je. Tapi iced Mocha sedap.  Makanan ada roti bakar je, sebab staf belum masuk lagi katanya. Belikan coffee untuk cikgu² juga. Tapi since barista seorang je, bercinta juga tunggu. Ngam² siap masa kids dah bergerak naik bas untuk ke next pitstop. hahaha.. 
 

Gambar penutup di Artweb, sebelum perjalanan pulang ke PU.
Ini je gambar yang ummi ada 😅. Yang lain, nantilah ummi godek dalam FB PU. 


Carilah mana anak sendiri 😅😂😂

Ada pickle ball court la kat sini. Saja cucuk abi, bila nak try main pickle ball ni. Abi kata, tanya² tadi, book court RM 100 😂. Oh, sempat dia tanya rupanya. 


Balik tu sampai rumah around 3.30 ptg. Abi, Fathan the fighter dan Mus'ab keletihan sungguh. Lepas solat terus tidur. Ajaibnya, mek berdua tu dan abang Fathiy segar bugar pula. Ummi plan nak evening walk, tapi hujan, maka terbantut lah hasrat. Sebab bosan, tiba² terorder pula strawberry matcha dan tiramisu AMP Cafe.. 🤣🤣... Lansung tak sync dengan hasrat nak evening walk tu kan .





Later that night, ummi masak daging goreng berlengas. Daging korban hari tu tak masak² lagi. Fatima dok bising tanya bila ummi nak masak daging. Nah ummi masak. Sebab daging tak berapa berkuah, kita pair dengan sup sayur bayam. Kids jenis makan berkuah dan dragon fruit pelengkap diet.



Alhamdulillah. There goes our Saturday. All is well, alhamdulillah.

Saturday, May 10, 2025

Sambal Taun Resepi KhairulAming

Dari bulan puasa ummi nak cuba masak sambal taun by KA ni. Sebab nampak simple tapi menyelerakan.. Tapi, orang rumah ni semua tekak tak tahan pedas sangat. Pedas mild² je semua. 

Asalnya ummi nak masak guna perut lembu. Tapi, sebab masa tu dok risau penerimaan orang lain. Tak jadi lah. Perut tu buat masak lemak cili api kurang pedas sudahnya.

Then, sebab terkenang², dan tengok di kedai aceh ada kerang besar². Apalagi, kita cuba lah .


Kurang cili sebab tak berani nak letak banyak. Takut pedas berapi, rakyat jelata tak boleh makan pula nanti. Tapi deme ni memang tak berapa gemar kerang pun 🤭..

Gambar tak nampak sangat kerang2an.. haha.. Tapi dari aspek rasa, untuk non jawa dan 1st timer makan menu ni, tekak ummi approve la. Lagi² bila kita picit cili tu. Pedas2 berdesing. Next nak cuba masak dengan  perut babat pula lah. 

Thursday, March 27, 2025

Cerita 25 Ramadan

Pejam celik dah 25 Ramadan.. Cepatnya masa berlalu.. Tiba-tiba Ramadan dah nak sampai penghujung dah.. Sedihnyaaa..

Semalam, lalu memories di FB, 2 tahun lepas kami iftar di Masjid Negara..Ummi cuba cari post² Ramadan tahun lepas pula, baik di blog picisan ini, mahupun di FB. Tak ada. Not even one. Lansung tak ada post menu apa yang ummi masak. Not single update iftar/terawih di mana etc..

Bila kenang² balik, tahun lepas mostly kami iftar di surau/masjid, selain iftar di rumah Ma atau Mama. Ummi tak masak, sekadar singgah kedai² atau bazar, beli kuih muih sekadarnya, then iftar di surau/masjid. Kami pusing a few surau/masjid di sekitar kawasan perumahan ni je.  Bila berbuka di surau/masjid, selalunya tak beria sangat. Just a quick one. Cepat² makan, then solat maghrib. Lepas tu rehat sekejap sambil mengaji dan tunggu Isyak & terawih.. Tambahan, last year ummi dapat puasa penuh sebulan, syukur alhamdulillah.. (Rupanya tahun ni nak kena ganti puasa sebulan pula 😅🥲). 

Another reason takde update tentang iftar what so ever, mungkin sebab ayah baru kembali ke rahmatullah in Syaaban last year. Ramadan tahun lepas agak suram. Dekat masjid dan surau pula, ada yang buat tahlil ringkas selepas solat. Everytime baca tahlil tu, memang airmata dok mengalir je.. 😥

Kita tengok tahun depan macam mana. Kalau baby Mus'ab jenis boleh bawa bincang, behave molek.. bolehlah repeat tour iftar di surau/masjid. The good thing bila iftar di surau/masjid is, kurang membazir, makan sekadarnya dan most inportant, confirm akan buat terawih dan witir. Dan gap masa in between boleh diisi dengan baca Quran. 

Back to 25 Ramadan, abang Faheem dan Faqeeh pulang beraya semalam. Masuk kereta terus berebut adik. 



Abi berbuka di luar lagi semalam. Ummi dah plan nak masak lauk kegemaran anak². Ayam masak opor versi turun temurun arwah maktok ummi. So, simple iftar je. Ayam opor dan sayur baby pak choy. Takde kuih muih. Ummi rasa dah lebihkan ayam masa masak tu, supaya boleh makan untuk sahur sekali.. Sekaliiii.. licin semua ayam.. Pakat ratah lauk belaka.. Haiii.. makanlah anak².  Yang penting kalian happy. Sahur ummi masak lain pulak. 


Asalnya nak buat samosa paratha lagi sebab inti hari tu ada lebih. Tapi takdak masa aih.. Da'ie Mus'ab ni 2 hari ni buat peel tak ketahuan punca. Serba tak kena. 
Last sekali, letak dia tidur meniarap, baru lena tak bunyi.. Tapi bila tidur gini, kena selalu jenguk, intai dia. Takut lemas pula, nauzubillahi minzalik. Itu yang tak jadi buat kerja lain. Mengadap dia sajaa.



Selesa sungguh tidoq lagu tu naaa.. 

Thursday, March 13, 2025

Coretan 12 Ramadan - Catatan Selepas Sahur

Setelah siap sahur, tunggu anak-anak bersiap nak ke sekolah, menaip lah kejap 😅.

10 Ramadan

11-13 Mac, ummi ada kursus secara atas talian. Abi tanya, join kursus ni consider kerja ke ape? hahahaha.. Nan hado lah abi oii.. Tetaplah penanam anggur untuk 3 bulan ni.. huhu.. Walaupun cuti tanpa gaji, masih tetap tertakluk kepada peraturan² pegawai awam.. Kursus masih perlu dicukupkan minimum 40 jam setahun.. 

Kursus yang ummi join ni, asalnya dijadualkan pada bulan Feb, almost 2 minggu sebelum due date ummi. Sebab ia kursus online, maka laju lah ummi apply.. Tapi urusetia senyap je lepas apply tu. Ummi ingatkan tak dapat sebab laju sangat permohonan ditutup. Kursus online kan, mesti ramai berebut. Bulan 2 tu dapat emel jemputan kursus.. Tunda ke bulan Mac.. Masa tu dah berbelah bahagi nak accept.. Sebab awal Mac kan masih dalam pantang.. At last ummi accept juga sebab online je kan. hahaha.. Dan ummi pun masih belum ada walau 1 jam berkursus untuk tahun 2025.. At least, nanti masuk kerja takdelah kena ligan sebab kursus masih 'telor ayam'.. hihi.. 

Si kecik ni taknak bagi chance pula. Masa ni lah dia taknak tidur, nak mengempeng je.. Hari² lain elok je dia tidur after feeding.. Dia pun nak study sama agaknya 😅😅..

Menu iftar 10 Ramadan:

Kali ni menu orang berpantang. haha.. Asyik layankan selera anak² kan, kali ni ikut tekak ummi pula 🤭


Ummi masak -->
Ikan bawal emas masak stim halia
Sayur brokoli dan carrot stim
Chicken popcorn
Puding honey dew Nona

Abi beli -->
Buah tembikai
Kuih cara
Kuih lopes
Sandwich
Air strawberi & coklat

Yang abi beli ni, ummi jamu mata je.. hahaha.. Kita dah biasa bulan puasa ni, apa² yang abi beli di bazaar, walaupun nampak sedap dan menyelerakan, anggap dia biasa² je.. Sebab itulah ayat abi bila ummi cakap, sedapnyaa..
Abi kata, "Tak sedap mana pun.. Biasa je tu.." Ayat taknak buat bini terliur.. hahaha..  

11 Ramadan

Hari tu ummi order wrist support di shopee untuk tangan yang sakit tu. Ummi dah try buat ice compression , tapi takde improvement. Malah ummi rasa makin sakit. Adakalanya rasa pedih mencucuk. Sebab tak boleh nak rest pun tangan tu kan. Nak masak, membasuh, dukung anak tetap kena guna juga walaupun tangan kiri. Kadang², ummi sendiri yang lupa diri.. Padanlah muka. Itupun, periuk belanga, mangkuk hidang besar² dan berat tu semua ummi surrender kat abi terus dah.. 


Hari ni wrist support ni sampai, terus ummi rasmikan. Bila pakai ni, nak buat kerja, nak angkat baby, ok lah sebab dia support pergelangan tangan dan ibu jari kita.. Lebih kurang macam pakai bengkung, rasa sedap je bengkung tu pegang pinggang, perut kita kan.. hihi..Tapi untuk kerja basah macam basuh pinggan mangkuk, masak, terpaksa buka juga 🥴🥲. Yang ni yang banyak guna pergelangan tangan sebenarnya.. huhu.. Kita tengoklah sehari dua ni macam mana.

Menu iftar 11 Ramadan:
Abi buka puasa di luar hari ni. Dia yang kena organise. Since abi takde, ummi masak yang mudah je lah untuk abang kakak berempat. 

Nasi goreng campak² 🤭😅
Buah²an
Pepperoni Pizza Coffee Bean & Tea Leaf 🫣
(order pizza ni sebab ada nak order benda lain sekali.. plus nasi goreng pun, ummi guna nasi lebihan sahur je, maka cukup² jelah untuk 4 perut 😅)
Air vitagen - Fatima dan Nusayba dapat di sekolah ganjaran sebab berjaya bertahan  puasa untuk hari tersebut.



Tuesday, March 11, 2025

Coretan 10 Ramadan

Hari Jumaat lepas abam long & abam ngah PB. Abi pergi solat Jumaat di masjid berhampiran sekolah mereka dan terus jemput mereka usai solat Jumaat..

Sampai rumah, abang berdua tu terus cari adik baby.. Abam ngah dah jumpa minggu sebelum puasa masa dia outing. Form 1 je dapat kebenarn outing masa tu. Anak² dalam fasa peralihan kan, nak adapt dengan hidup di asrama.. Tapi kurang juga mak ayah yang syahdu syahdan merindu anak 😅😅.. Ummi hati kering.. haha..

Abam long, 1st time lah jumpa adik baby. Mana tidaknya, masa ummi dah kena tahan di PAC tu, dia ada di rumah. Then abi hantar semua anak² ke Gombak. Masih cuti sekolah an masa tu.. Sabtu, dia kena pulang ke sekolah/asrama sebelum 11 mlm. Ummi masuk LR 1.30 tghr, selamat bersalin 8.33 mlm. Lepas ummi selamat bersalin tu, abi terus rush nak pergi hantar abang balik asrama 😅😅. First time lah ummi tak hantar abang, dan abang pun tak sempat tengok baby. Abi tak sempat ambil gambar baby pun nak tunjuk dekat abang..huhu..

So, after 20 days, baru adik baby jumpa abang long.. 

 

Lawak abang long ni. Dia dok ukur adik Mus'ab dengan tangan dia..
"Panjang ni je dia??? Kecik betulll.. Besar ni je kepala dia.. "
Macam lah dia tu lahir² terus besar gedabak kan. hahaha..

Jumaat tu kami iftar di rumah Maktok..

Menu iftar 6 Ramadan (tanpa gambar): 
Nasi hujan panas + ayam mask merah + acar jelatah + papadom --> maktok order,
roti goreng sardin --> ucu masak
puding roti --> ummi buat
mertabak, onde², pulut panggang --> beli

Sampai² rumah maktok, ummi dah bagitahu sesuatu.. Tapi maktok lupa ke tak dengar ke, tak tahulah kan.. Masa dah nak berbuka, barulah maktok sedar/perasan...
"Eh... Fathan mana???"
Adoiii maktok ni 🤣🤣🤣
Tiba² nak saspen kan..haha

Fathan ada iftar jamaie untuk pelajar tahap 2 di sekolah dia.. 
Seronok dia berbuka dan solat berjemaah dengan kawan². 


Hari sabtu, pagi² ummi dah bising suruh abang² selesaikan baju² yang nak basuh.. Sebab petang nak balik Gombak pula. Nak kena kemas terus barang² nak bawa balik asrama sebab stay Gombak sampai Ahad. Ahad malam depa nak kena balik asrama dah. Jenuh ligan anak² teruna ni. Pesen slow and steady. Last minute nanti baru huru hara cari itu ini.. Paling geram kalau dah sampai muka pintu sekolah, baru nak habaq ada barang tinggai. Memang nak kena piat telinga depa ni 🤣🤣🤣..
 
Lepas Asar baru kami gerak balik ke rumah Tokma. Singgah bazaar Taman Melati beli makanan sikit. Ummi tunggu dalam kereta je tapi.. Sambil belek anak.. haha..



 
Kain lampin ni, ummi nak buat tutup kepala Mus'ab je. Abam long tak puas hati. Dia ambil kain lampin tu, dan ikat serban untuk Mus'ab.. Allahu... Ya Sheikh Mus'ab Al-Khayr.. Serban oversized pula tapinya..
 
Menu iftar 7 Ramadan (tanpa gambar):
Gulai ayam
Sotong masak lemak cili padi
Ayam masak lemak
Kari kepala ikan
Sambal paru
Sup ayam
Ayam percik
Tepung pelita
Roti John
Popiah
Vadeh

Banyak dooh.. Tapi sebab 5 out of 6 adik beradik abi balik, memang berbaloi lah. Full house. 

Hari Ahad pun iftar di rumah Tokma sebab lepas terawih nak hantar abang2 balik asrama. Kalau dari rumah, takut rushing sangat dan tak sempat.

Siang tu kerah abang2 iron baju siap2. Then abi bawa depa pergi beli barang bekalan kudap2, barang untuk infaq barang masakan kering atau barang khidmat, dan juga gunting rambut.

Menu iftar 8 Ramadan (tanpa gambar):
Ayam masak merah
Sayur petola tumis air
Mi goreng
Roti John
Ayam & Sosej gunting
Onde-onde
Butir nangka

Hari ni, tinggal 2 out of 6 beradik iftar bersama. 
Abi dan the boys solat terawih di surau berdekatan rumah Tokma je. Sementara mereka terawih, ummi siap2 kemas barang/beg.. Depa balik terawih, angkut barang masuk kereta terus. Salam-salam semua then off we go, hantar abang long dan abang ngah balik asrama. On the way tu, banyak lah pesanan khidmat masyarakat dari ummi dan abi. 

Again, ummi tunggu dalam kereta je dengan Mus'ab. Salam siap2 dalam kereta. See you both again in 2 weeks plus time.. 


Sebelum nak gerak balik asrama tu, dok berebut lah dua beradik tu nak kelek baby Mus'ab.. Sayang sungguh kat adik naaa.. Jangan time kecik ni ja hangpa dok sayang peluk cium.. Esok2 jangan nak berkelahi pulak.. Semoga terus saling berkasih sayang sampai syurga. Allahumma amiin..

Isnin, 9 Ramadan, back to daily routine. 

Menu Iftar 9 Ramadan:
Spaghe-roni (Spaghetti + macaroni) goreng
Kuetiau goreng ala Khairul Aming
Chicken tenders + white dipping sauce ala Khairul Aming
Mertabak, onde-onde, karipap bazaar
Anggur


Lepas iftar, ummi rasa macam nak 'pengsan'.. hahaha...
Berpeluh berkuap dekat dapur punya pasal.


Wednesday, March 5, 2025

Coretan 4 Ramadan 1446H - Mak Berpantang Masak Untuk Iftar

Cabaran betul Ramadan kali ni ye.. Sebelum ni, 2 kali Ramadan dalam tempoh berpantang, tapi dah hujung² pantang dah masa tu.. Kalau nak kira 44 hari pantang lah kan. Ikutkan masa tu badan dah kuat dah. Cuma tak buat kerja berat² sangat.

Kali ni, masuk Ramadan, baru beberapa belas hari usia anakanda Mus'ab Al-Khayr.. Walaupun anak⁴ yang tinggal di rumah range usia antara 5 tahun - 10 tahun, semua kami kejut sahur juga.. Despite of them puasa atau tidak, sebab nanti di sekolah tak sediakan makanan, unless untuk transit Pasti. Dengan Mus'ab pun taknak ketinggalan. Nak juga bangun sahur. Yang ni ummi tak kejut, tapi dia yang jadi penggera 😂😂. 4 Ramadan, Mus'ab belum pernah gagal lagi bangun sahur 😅..


Masa mengandung, ummi memang ada plan nak buat frozen food untuk lauk pantang dan berbuka puasa. Tapi, tinggal kenangan je rancangan ummi tu.. Sebab sibuk memanjang, baik weekdays mahupun weekends. Tambahan, masa pregnant tu pun memang jarang masak. Asyik sakit pinggang, sakit kaki.. Maka tak boleh nak berdiri lama².

Ni dah masuk Ramadan, nak tak nak, kita masak la juga. Trying not to push myself too hard. Kita buat slow and steady je. Kena prepare barang awal, dan cuba masak yang mudah je. Lagipun, kena buat sambil² je kan sebab in between, nak kena entertain baby boss ☺️😅. Basuk membasuh periuk kuali yang berat² kita serah kat abi je.. Ummi jangan nak badang sangat, jangan dok rasa diri kuat sangat 🫣. Kena remind diri sokmo. Sebab kitonyo selalu lupa daratan. Bila sakit baru nak beringat 😔😓.

1 Ramadan, tak dan ambil gambar. Ummi masak mi goreng dan ikan tenggiri masak rendang asam. 

2 Ramadan, tomyam putih, sayur buncis, air sirap laici, buah epal + pear. 



3 Ramadan, ayam masak merah, sayur bayam, bubur jagung, buah naga.. Kuih muih & air abi beli. 


Bubur jagung buat banyak sikit. 3 tin kernel jagung + 2 tin jagung berkrim. Kisahnya, kat rumah ni banyak bekas² orang yang lama duduk transit kat sini 🤭🤭. Orang dok bagi makanan, kitonyo tak sempat² nak membalas. Maka, gunakanlah kesempatan ini untuk pulangkan kembali bekas yang berisi, bukan bekas kosong 😂😅. Campur 1 bekas lagi untuk dikirim ke rumah Mama. 


Hari ni takde idea lagi nak masak apa.



Thursday, February 6, 2025

Bawa Bekal Sarapan 🍱

Hari ni ummi bawa bekal ke pejabat 😍😍.. Jangan tak percaya..

Kisahnya semalam ummi balik awal sikit, terus singgah kedai aceh beli barang dapur sikit untuk makna malam. Dapur ummi jarang2 berasap 2-3 bulan ni 🫣. Beli udang, cili api, serai... nak buat udang masak lemak.. Lepas tu terfikir, nanti nak masak nasi goreng la..Ummi beli la sotong sikit, sayur kacang buncis, bunga kantan.. Nanti tu cadangnya untuk next dinner.. 

Our dinner last night. Makan berempat je, ummi abi dan 2 anak dara. Abang⁴ berkampung di Gombak sampai hujung minggu 😅😅..

Siap dinner malam tadi, anak dara berdua request nak bawa bekal ke transit.. Bekal makanan & air juga.. Nusayba kata nak nasi goreng.. Aih, sedang elok je anak oi.. Maka menu dinner di awalkan jadi menu sarapan lah.. Nasi goreng sotong bunga kantan dengan rencah Sambal Ketuk..

Nak pergi transit, kemain senyum anak dara dua orang tu, siap dengan air teh strawberi sejuk.. Berbahagialah anak. Maafkan ummi tak mampu nak buat kalian happy setiap hari, setiap masa..



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015