Showing posts with label Eating Out. Show all posts
Showing posts with label Eating Out. Show all posts

Sunday, October 26, 2025

Flow, Smoke & Brew Bangi

Sebelum ni kami pernah try makan di FSB Kg. Chubadak, without abang long dan abang ngah. Masa tu tau dia ada buka kedai baru di Bangi. 

Abang² besar PB baru ni, abi bawa makan di branch Bangi. 


It's muslim own. 
Serius muka tu adik oi..


What we've ordered.
Lamb vs beef platter. Banyak betul portion. Ada brisket, lamb shank, lamb chop, rib etc served with 3 sauces (chilli, bbq & ranch). Dan ada one more sauce for lamb shank.





Nasi goreng daging.


Nasi goreng crispy chicken.


Mushroom soup with garlic bread


Beverages. Iced choc, soda calamansi, soda lime & mango juice.


Mango juice dia pekat betuiii.. Fatima suka ni. Ummi order, dia yang laju sedut sampai habis. Terpaksa ummi order iced mocha lepas tu. haha..


Spaghetti carbonara. Kids all time fav. Pergi mana² pun mesti order ni. Kalau kedai mamak jual SC pun agaknya depa dok order ni lah jugak kat kedai mamak. 


Harga dia 🥴😵. Tapi worth it dengan portion yang banyak dan rasa yang sedap, juicy..  Cicah sauce sedap, makan gitu je pun sedap. Terasa² perapan dia. Portion yang banyak, untuk kami 8 orang makan (Mus'ab is not counted yet.. hihi), terlebih kenyang. Kalau jenis yang bukan lapar nasi, rasa cukup dah 1 platter tu untuk kami. Tapi tekak anak² nak kena nasi/pasta, kena ada karbo juga.. Jadinya, begitulah ordernya.. Apapun, MasyaAllah alhamdulillah, sedap belaka semuanya.


Ummi asalnya nak order Lamb fusion sebab ada 2 portion nasi, lamb shank etc.. Lepas tu tambah lah menu anak²..Tapi orang kedai suggest beef vs lamb, of course lah kan, their best selling dan itu main menu dia.. Abi pun tergoda.. hihi.. Takpelah, abi nak belanja anak² dia penat belajar.. Moga Allah murahkan dan lapangkan lagi rezeki abi. 

Si kecil ni, penghibur hati semua. Berebut abang kakak nak jaga dia.  Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Semoga sampai hujung nyawa, semua saling menjaga antara satu sama lain. 


Ambience kedai pun selesa, ada surau, nicely deco. Semoga terus maju.

Sunday, October 5, 2025

Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2025

Alhamdulillah, Fatima, Nusayba & their PU Kalam Jamaie friends diizinkan untuk bertanding ke peringkat Negeri Selangor. 

Alam Ria Pasti peringkat Negeri Selangor berlansung pada 28 September 2025 bertempat di SMK Desaminium, Puncak Jalil. Well, 28hb tu juga ada event Fun Run TIKL sempena 100 tahun wujudnya TIKL. Ummi pada awalnya nak sangat join FR ni. Disamping part of #MisiFit, dapat juga berjumpa kawan² batch 00/01, jumpa guru² kalau masih ada yang mengajar di situ dan mengimbau memori zaman persekolahan dulu.. Feeling² muda remaja. Somehow, tak register sebab memikirkan event tu seminggu lepas operation ummi. Masa ni, cuma tahu nak buat 1 procedure je. 1 week plus before admittance date, baru tau nak buat 2 in 1.. huhu.. Dan dapat tahu juga ARPNS will be held on the same date. Maka, bye² Fun Run.

Back to ARPNS, berbelah bahagi juga hati ni nak pergi. Walaupun jahitan dah kering, tapi kita pun taknak melasak terlebih sangat. Tapi, nak tengok  anak² beraksi. So pergi lah juga. Kakak berdua tu naik bas dengan cikgu & the whole team Pandan. 

Kami bergerak lewat sedikit, bersama² aksesori serta kerusi yang akan digunakan anak² KJ PU.

Singgah makan dulu di Kafe Masakan Terengganu Asli. 


Tak jauh dari venue pertandingan. Penuh kedai ni, beratur panjang. Nak cari meja kosong pun berapa kali pusing. Kami order (ummi guna kuasa veto to be exact, sebab tanya² semua tak tahu nak makan apa) nasi lemak sambal ikan aye, nasi dagang gulai ayam dan telur rebus, pulut kuning + gulai ayam, laksam dan keropok lekor. Yang sempat ambil gambar, 2 pinggan ni je. Pada tekak ummi, sedap weh.. Sedap dooh. Padanlah ramai orang. Nasi lemak sambal ikan aye tu, Fathiy behi sungguh sebab sambal dia sedap. Pedas² manis sikit. Banyak lagi menu lain, pulut pagi, pulit panggang, nasi minyak.. Meriah orang makan situ.



Selesai sarapan, terus zass pergi ke tempat pertandingan. Parking full. So abi kena drop kami dan barang² dulu. Kami tu adalah ummi, abang kecik 2 orang dan baby Mus'ab. Droplah sekali barang² aksesori dan kerusi² kecil untuk kegunaan team KJ PU, letak dalam wagon. Terkedeklah kami berempat, ummi dukung Mus'ab, abang Fathan dan Fathiy tarik/tolak wagon while abi cari parking. Bila abang kecil berdua yang handle wagon, geram je ummi bila tersenget² nak langgar kereta orang. Lepas tu nak kena angkat panjat kerb. Sudahnya, abang Fathan dokong Mus'ab, ummi handle wagon. Jauh juga nak berjalan ke dalam tu. Sampai dewan utama, lost sekejap sebab tak tahu cikgu dan anak² PU kat mana. Call cikgu tak berjawab. Suruh Fathan pergi recce jap, dia tak jumpa. Tengok map yang cikgu share, tempat kontigen berkumpul dekat dewan Koku. Nak tunggu abi, abi belum jumpa parking. Langit pula dah gelap. Ummi ajak lah abang² gerak dulu cari dewan Koku. Sikit lagi nak sampai dewan koku, hujan turun lebat mencurah. Ummi tengah dukung Mus'ab. Abang² terkial² lah nak angkat wagon naik ke dewan Koku. Syukur alhamdulillah ada cikgu² Pasti kontijen lain yang tolong angkat dan tolak sampai dalam dewan, berteduh dari hujan nan lebat. Ummi intai² dalam kawasan dewan koku tu, tak nampak pun kelibat² yang dikenali. Call cikgu tak berjawab. Call parents lain yang dah sampai pun tak berbalas. Tanya² cikgu Pasti lain, turn KJ dah nombor berapa. 6 ke 7 katanya. Turn PU yang ke 15. Tapi, macam tak lama dah. Venue KJ pula dekat blok belakang sana, takde laluan berbumbung connecting dewan dengan blok tu. Haihhh.. Nak marah siapa design sekolah takde connecting susur gajah ni.. Hujan kian lebat tak nampak macam nak reda. Ummi dengan Mus'ab lagi. Kalau takde si kecik tu, mau ummi redah je hujan tu. Call abi, abi pun tak jumpa cari tempat kat mana, dia pun dah bermandi hujan walau berpayung. Ummi dok risaukan aksesori anak² KJ ni. Semua dalam kotak azimat yang ummi bawa ni. Kotak besar ye. Muatlah kalu sumbat Fathan dengan Mus'ab dalam tu..huhu..

Ummi fikir, ummi kena redah juga ni. At least dapat hantar box tu. Maka, ummi tawakal. Buka camping chair, suruh Fathan dan Fathiy duduk jaga Mus'ab. Sambil berdoa Mus'ab behave tak menangis, belum sampai masa lapar etc. So ummi angkut box tu. Masa ni tak fikir dah perut yang ditebuk tu belum pulih sepenuhnya. Masa dukung Musab pun, tawakal saja. Semoga tiada mudarat. Masa nak cross blok, fikir nak junjung je box tu jadikan payung. Tapi besar nau box nya nak junjung. Masa terintai² sambil berfikir selamat tak nak redah, nampak ada seorang encik ni berdiri tepi tu dengan stroller kosong dan payung. Tebalkan muka nak pinjam payung. 

Dah cross ke blok belakang tu, ingatkan masuk blok tu boleh tembus ke belakang. Tak boleh rupanya. Kena pusing pula ikut tepi. Menggagau juga cari dierang kat mana sebab call tak dapat. huhuhu.. Habis basah lencun kain ummi separuh. 😔😔 Abi pun baru sampai situ. Then kami patah balik nak pick up anak³ dan barang lain. Syukur ada bawak tikar alas jenis plastik. Guna tikar tu untuk cover wagon. Seorang ikut abi tolak wagon. Seorang lagi ikut ummi sambil ummi kendong baby. Dah selamat transfer semua, baru ummi patah balik pulangkan payung dekat encik tadi tu. Terima kasih banyak2 kat encik tu. Semoga Allah balas kebaikan encik dengan segala kemudahan kesenangan dan sejahtera dunia akhirat buat encik sekeluarga. 

By the time ummi sampai semula di tempat mereka berkumpul, sebahagian anak² KJ PU dah ke tempat persediaan, menanti giliran untuk persembahan. Ummi memang tak sempat nak tolong solek & siapkan kakak berdua tu. Gambar ni je ummi sempat ambil sebelum persembahan.



Mek seorang lagi dah selamat ke bilik persediaan 😥. Masa turn mereka buat persembahan pun ummi tak dapat tonton. Sebab hujan masih mencurah, ummi jaga Mus'ab dan badan ummi pun dah sengal². So, i waited at the place they gathered earlier. 

Ummi dan seketul Mus'ab.



Selesai persembahan kakak². Ummi dapat kirim doa je sambil berdebar juga menanti.


Gambar hasil perkongsian dari parents lain.


Sewaktu menunggu pengumuman pemenang




Keputusannya, belum rezeki PU untuk menang. Takpe, kalian tetap pemenang di hati kami. We are proud of you guys. Cuba lagi tahun depan.

Mohlah kita balik, semua dah kepenatan. Nak kena menapak jauuuuuh pula dengan segala macam barang ni. Dapatlak 7k steps untuk hari tu. huhu.. Dapat juga sakit sengal tangan mengangkut barang. haha..



Kita fokus sukaneka pula ye the kakaks.

Friday, October 3, 2025

Adventurous Random School Holiday Staycation (Part 3)

Day 3 - 15 September 2025

Masa dinner semalam, abi dah cakap nak pergi Pulau Pangkor, day trip. Berapa hari lah sebenarnya trip kami ni ye . hahahaha. Ummi kata ok je nak pergi Pangkor, sebab seingat ummi nak ke sana nik feri yang  fully covered. Maka ummi tak risau sangat berbanding naik bot yang open tu. Paranoid mom detected 🫣. Tapi, kalau nak pergi day trip, ummi rasa better ambil feri awal pagi. Sebab taknak lewat sangat balik. Ummi ni lebih pada risaukan driver. Takut dia mengantuk.

Selamat pagi langit Teluk Batik.


Awal abang kecik ni bangun, dok berzikir nak mandi kolam.




 Pukul 7 pagi, ummi terdengar sayup² suara dari luar. Apa tu ye? Terintai² dari balkoni tapi tak nampak orang. Dengar suara je. Berkabus lagi masa ni.


Almost pukul, dengar lagi dan lebih kuat. Cepat² kita intai bawah. Baru nampak..

Syok dengar deme lari sambil nyanyi..
🎶lari lari... kita lari... urat dawai, tulang besi..🎵


Ada record video sebenarnya. Tapi malas nak embed dalam ni. huhu..

Pagi tu, anak² sibuk nak mandi kolam lagi. Bila dah berendam bukan boleh sekejap² kan. End up, pukul 12 juga baru check out. Dalam kepala ummi dah cancel out plan nak ke Pangkor. Kalau pukul 12 baru nak pergi, pukul berapa pula nak balik? Kalau nak stay sana 1 malam pun, ummi tak rasa ada kosong, mesti fully booked juga. So, bila anak² tanya, abi jawab ummi taknak pergi. 🤣🤣🤣 Bertuah tok laki ku. Tapi kami pergi juga ke jeti Lumut tu.. Pergi jalan pusing kedai beli ikan bilis, jajan² dan souvenir anak². Ya Allah, ramai juga umat di Jeti Lumut tu ye. Merenyut. Confirm lah memang ummi tak approve plan gila kali ni. This time ummi kata, next time la kita pergi, planning elok² sikit, stay kat pulau 1 atau 2 malam. At least dapatlah juga anak² nak mandi/main pantai, grounding & bonding dengan alam. 

Pusing² sekitar Jeti Lumut.






Dari Lumut, abi tanya ada nak singgah mana² atau terus balik? Ummi jawab, terus balik singgah somewhere untuk makan nanti. 

Tara nak masuk sempadan Perak-Selangor pun berapa kali dah abi menguap. Ummi risau dah. Kerah lah anak² tolong tepuk², urut belakang abi. Makan gula² minum air pun macam tak jalan je. 

Ummi cari tempat makan, jumpa Kedai Dulang Rtok di Sabak Bernam. Nampak menarik, lauk pauk kampung melayu. Bila sampai tu, part lauk² kampung ni dah habis. Sobs.. Tapi kedai satu lagi untuk makan petang malam, baru buka. Frust, tapi takpelah.. Makan jugaklah situ. Order makan goreng². Nasi goreng buttermilk chicken, kuetiau goreng, kuetiau kungfu, nasi paprik daging dan nasi ayam daging merah. Boleh tahan juga. Licin semua pinggan. Alhamdulillah.

Takde gambar makanan. Tak sempat snap sebab masing² kelaparan. Makanan cecah meja je, terus ngap.. haha..

 Ni je la sempat ambil. Gambar kakak berdua ni. Yang sorang macam² pose nak buat, yang sorang macam malas nak layan. hmmm..



Ummi kata kat abi, tak jauh dari sini ada kedai kopi. The Maké. Nak singgah beli kopi dan kudap² jap.



Beli iced latte, green tea latte, iced chocolate, blue lemon soda. Kudap²nya waffle, donut, cream puff rocher, kek batik tiramisu dan kek batik indulgance. 

Then terus pecut balik. Berhenti untuk solat Maghrib & Isyak je. Alhamdulillah almost jam 10 kami sampai rumah. Sekian percutian adhoc kami.

P/s: Masa perjalanan balik tu sebenarnya ada juga plan nak bermalam di Sekinchan ke Sabak Bernam. Sebab mata abi macam dah kena gam 🥴. Tapi tak jadi lah. Abi bertahan sampai jumpa masjid. Lepas tu ok dah. Haihh. Kita yang risau.

Tuesday, September 30, 2025

Adventurous Random School Holiday Staycation (Part 2)

14 September 2025. Ahad.

Checked out dari Muji x HP Homestay, kemana pula kita?

Rasa² ada jawapan yang pasti tak???

Takde kawan²... Takde..

Bila anak² tanya nak pergi mana pula ni? 

Barulah abi jawab, Lumut ke Sitiawan..

Ummi tanya, ada tempat nak tidur ke?

Jawapan abi??.. Carilah..🤧🥴

Ketar tangan cari homestay.. Adalah 10 HS ummi tanya. Semua fully booked dah. Siap ada seorang owner ni offer nak share nombor ummi dalam group owner² homestay, kot ada yang kosong. Ummi pulak seram.. Dia siap doa moga dipermudahkan urusan pencarian homestay ummi.. Allahu.. Terima kasih la tuan ke puan tak tau. 

Bila dah kematu tangan menaip cari HS tak jumpa, give up dah kitanya. Anak pula asyik tanya banyak kali. Aduh stress. Kali ni ummi kata, tidur dalam kereta sungguh lah kita. Kena beli/sewa RV agaknya lain kali bila jenis terjah² macam ni. Dah berumur dan masa tu otak dok memikir nak kena operate di hujung minggu, kita jadi tak rilek wakk. Tambah pula big family kan, susah nak terjah². Kalau ambil hotel, tak boleh bilik biasa, tak muatttt.. 

Agaknya bila tengok ummi dah tak rilek tu, abi kata nanti kita tengok lah hotel mana². Ummi diam je. Otak dah penat. hahahaha. Ngantuk pun iye jugak.. huhu .

Then, kami sampai area Teluk Batik. Adalah nampak hotel² bajet dekat deretan shoplots. Pasrah dah masa tu. Dalam hati fikir kena ambil 2 bilik ni, mana muat askar² ku yang ramai tu. Lepas fikir lagi nak kena split macam mana ni? Takkan nak biar kids (abang⁴) 1 bilik. Ke ummi yang kena handle yg kecil² semua. Fuh, lagi parah...

Abi berhenti dekat satu bangunan. Ummi tak pasti mulanya apartment ke hotel. Sebab macam tak nampak signage. Then nampak abi borak² dengan seorang abang ni. Tak lama tu, abi masuk kereta, dan kata ikut abang tu pergi ke another building opposite bangunan tadi. Rupanya yang tadi tu hotel ke service apartment, tapi dah penuh. Abang ni dia cover dua² bangunan. Yang satu lagi tu ada kosong lagi 2 bilik katanya. So jom lah tengok.

Bilik 1st ada 1 katil queen sahaja. Obviously memang tak muat untuk kami ber-9. Dia kata another one tu, macam suite 2 bilik. Bilik tengok 2nd room tu, better lah dari 1st one. 2 room suite, with double single bed each. Ada sofa 3-seater  & 1-seater dekat hall. 2 toilet. Ada meja makan sekali. Cuma condition agak kepam, not well maintained, langsir pun macam main sangkut je. Mula² masuk tu ummi agak skeptikal, dan rasa agak scary. Feeling macam rumah lama terbiar. TV tak function. Abang tu kata bilik ni bukan bawah management hotel. Company dia kerja tu ada 40 unit bilik dekat hotel ni. So maintenance under company lah, bukan hotel. Tapi nampak nau tak terurusnya. Sebelah hotel nampak ada construction theme park. Anak² mulanya dah excited konon dapat mandi slide. Sekali belum siap da. Tapi hotel ada pool, that's enough for them. 

Sofa old school.


Kami ambil kunci je dulu. Then turun balik cari makan tengahari. Ada kedai tepi jalan dekat dengan traffic light simpang tiga kuarters TLDM, nampak ramai orang  beratur situ masa lalu awal² tadi. Restoran Silaturrahim ke apa tah nama dia. Banyak pilihan lauk pauk. Kalau tengah lapar, semua pun rasa sedap kan. haha. Kami ambil lauk masak lemak lala dan siput sedut, asam pedas pari, ayam goreng, ulam², ikan keli bakar. 

Dah kenyang makan, kita pusing² entah kemana. Mula² tu abi bawa pusing ke Marina Island. Ada kapal, yacht banyak. Teruja anak² tengok macam² jenis, bentuk dan saiz. Kat penhujung Marina Island tu ada macam chalet ke kabin tah. Port orang memancing. Stop sat ambil gambar sekeping dua.





Next, ke Taman Awam Teluk Batik. Ramainya umattt, tak nampak pasir pantai dah, penuh orang belaka 😂.

Ada yang nak feeling² pergi London,naik double deck. Naiklah nakk..


Sementara 4 beradik naik London Bus.... Abi, abang long dan si bongsu duduk menunggu tepi jalan. Meanwhile, ummi guna peluang untuk tambah steps. Hahaha.. Ummi ditemani Fatima, jalan kaki lumba dengan London Bus kedek². hahaha.. And alhamdulillah, manage to exceed 10k steps that day. 




Eh. Ada kiosk kopi. Ajommm secawan. 




Hey aku nak tanya ni..
Suka matcha atau suka kopi
🫣


Grounding time. 




Singgah jeti kecil belakang hotel. Masa ni ada yang dah bising ajak abi balik hotel cepat. 





Kenapa nak cepat² balik hotel??
Sebab nak terjun kolam 😂 Walaupun pagi tadi dah 3-4 j berendam dalam kolam HS. 
Tapi, tempat ni tak well maintained, jubin kolam tu dah tercabut². 2 orang injured, #2 dan #3... terkopek kuku kaki. Yang mandi sopan² selamat. Yang tak selamatnya yang sejenis meredah, melompat, melasak dan segala me- lagilah.. huhu.






Malam, kami dinner tak jauh dari hotel. Tapi naik kereta jugalah. Kalau takde askar², mungkin kami menapak je. Tapi askar berderet ni, nanti ummi kena bagi command pula di tepi jalan di malam hari 🤣🤣🤣.



Kids tidur awal that night tanpa perlu ummi bagi order. hahaha . Kepenatan lah masing² tu. Pagi petang berendam, berjalan di taman pantai lagi..

Alhamdulillah all went well. Everybody sleep well. Mus'ab pun elok je tidur. Nothing scary. Alhamdulillah 

What an adventurous day. 

Kadang terfikir macam mana abi boleh setenang itu. hahaha.. I always said, dia punya tahap tawakal tu memang another level. Tenang betul. While kita ni kalut ribut, macam² fikir. Tapi itulah, orang kata, saling melengkapi. Kalau dua² kalut, jenuh juga. Kalau dua² terlalu tenang, hmmmmm entahlah.

On serious thought, maybe we really should rent an RV next time. huhu. 


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015