Showing posts with label My Precious Babies. Show all posts
Showing posts with label My Precious Babies. Show all posts

Monday, December 1, 2025

Mus'ab & Measles

Haishhh.. Kalau mussels buat masak buttermilk sedap gak.. Ini measles..

Mus'ab ni.. dia demam since Khamis yang ummi kalut² takde handphone tu. Khamis till sabtu memang dia cranky amat, demam in and off, tidur tak lena, serba tak kena, nak susu ke nak apa tak tau. Tapi memang kena berdukung, berpeluk sajalah. Memilih pula tu. Selalunya nak dengan ummi je. Jarang² nak boleh dengan orang lain. Maka ummi pun sama² sleepless, mata rabak, sakit pinggang, sakit badan. huhu.. Takpelah, demi anak.  

Budak demam dan cranky. Merap je 

Hari Ahad ada event kakak². Pagi tu dia segar je, tak panas tak dedar badan. Tapi nampak merah² kat dahi. Awalnya ummi fikir rashes atau mungkin alergik lagi. Menjelang malam, makin banyak red spots. Dari muka, membawa ke badan. Lain macam ni. Balik Gombak malam tu, turn jaga ayoh.. Biras tengok Mus'ab, "eh...kenapa merah² ni? Start kat muka ke? Ada demam tak? Start demam bila? Hmm.. macam measles ni.. Bagi dia PCM. Gi klinik na esok, na bagi surat kuarantin". Huhu..

Meraikan kakak². Masa ni ada few spots dekat dahi, tak jelas sangat.

Meraikan ummi, tapi dia cranky.

Masam je muka.

Last night. Dah banyak dah polka dots kat muka, leher.

Selesai urusan ayoh pagi tadi, hantar abang kakak sekolah, kami pergi klinik area rumah. Doktor tengok je penuh merah kat muka dan badan, sah measles. Baru je ambil vaksin MMR last week. Mudah²an, dengan izin Allah tiada mudarat hendaknya. 

Di klinik. Still a serious boy, susah nak senyum. 

Maka berkampung ummi & Mus'ab.. Huhuha lah ummi, sebab still kena buat kerja. Ibarat WFH lah ni. Syukur juga dia dah kurang panas, still a lil bit cranky, tapi dah boleh tidur lena. So masa dia tidur, ummi pulun lah buat kerja mana yang daya. Kalau dia berjaga, kita buat kerja rumah sambil remote bagi list kerja dekat anak² buah.

Alahai kesian dia. Mesti tak selesa. Hence being so manja.

Semoga Allah permudahkan semuanya beri kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Mus'ab.



Sunday, October 5, 2025

Alam Ria Pasti Negeri Selangor 2025

Alhamdulillah, Fatima, Nusayba & their PU Kalam Jamaie friends diizinkan untuk bertanding ke peringkat Negeri Selangor. 

Alam Ria Pasti peringkat Negeri Selangor berlansung pada 28 September 2025 bertempat di SMK Desaminium, Puncak Jalil. Well, 28hb tu juga ada event Fun Run TIKL sempena 100 tahun wujudnya TIKL. Ummi pada awalnya nak sangat join FR ni. Disamping part of #MisiFit, dapat juga berjumpa kawan² batch 00/01, jumpa guru² kalau masih ada yang mengajar di situ dan mengimbau memori zaman persekolahan dulu.. Feeling² muda remaja. Somehow, tak register sebab memikirkan event tu seminggu lepas operation ummi. Masa ni, cuma tahu nak buat 1 procedure je. 1 week plus before admittance date, baru tau nak buat 2 in 1.. huhu.. Dan dapat tahu juga ARPNS will be held on the same date. Maka, bye² Fun Run.

Back to ARPNS, berbelah bahagi juga hati ni nak pergi. Walaupun jahitan dah kering, tapi kita pun taknak melasak terlebih sangat. Tapi, nak tengok  anak² beraksi. So pergi lah juga. Kakak berdua tu naik bas dengan cikgu & the whole team Pandan. 

Kami bergerak lewat sedikit, bersama² aksesori serta kerusi yang akan digunakan anak² KJ PU.

Singgah makan dulu di Kafe Masakan Terengganu Asli. 


Tak jauh dari venue pertandingan. Penuh kedai ni, beratur panjang. Nak cari meja kosong pun berapa kali pusing. Kami order (ummi guna kuasa veto to be exact, sebab tanya² semua tak tahu nak makan apa) nasi lemak sambal ikan aye, nasi dagang gulai ayam dan telur rebus, pulut kuning + gulai ayam, laksam dan keropok lekor. Yang sempat ambil gambar, 2 pinggan ni je. Pada tekak ummi, sedap weh.. Sedap dooh. Padanlah ramai orang. Nasi lemak sambal ikan aye tu, Fathiy behi sungguh sebab sambal dia sedap. Pedas² manis sikit. Banyak lagi menu lain, pulut pagi, pulit panggang, nasi minyak.. Meriah orang makan situ.



Selesai sarapan, terus zass pergi ke tempat pertandingan. Parking full. So abi kena drop kami dan barang² dulu. Kami tu adalah ummi, abang kecik 2 orang dan baby Mus'ab. Droplah sekali barang² aksesori dan kerusi² kecil untuk kegunaan team KJ PU, letak dalam wagon. Terkedeklah kami berempat, ummi dukung Mus'ab, abang Fathan dan Fathiy tarik/tolak wagon while abi cari parking. Bila abang kecil berdua yang handle wagon, geram je ummi bila tersenget² nak langgar kereta orang. Lepas tu nak kena angkat panjat kerb. Sudahnya, abang Fathan dokong Mus'ab, ummi handle wagon. Jauh juga nak berjalan ke dalam tu. Sampai dewan utama, lost sekejap sebab tak tahu cikgu dan anak² PU kat mana. Call cikgu tak berjawab. Suruh Fathan pergi recce jap, dia tak jumpa. Tengok map yang cikgu share, tempat kontigen berkumpul dekat dewan Koku. Nak tunggu abi, abi belum jumpa parking. Langit pula dah gelap. Ummi ajak lah abang² gerak dulu cari dewan Koku. Sikit lagi nak sampai dewan koku, hujan turun lebat mencurah. Ummi tengah dukung Mus'ab. Abang² terkial² lah nak angkat wagon naik ke dewan Koku. Syukur alhamdulillah ada cikgu² Pasti kontijen lain yang tolong angkat dan tolak sampai dalam dewan, berteduh dari hujan nan lebat. Ummi intai² dalam kawasan dewan koku tu, tak nampak pun kelibat² yang dikenali. Call cikgu tak berjawab. Call parents lain yang dah sampai pun tak berbalas. Tanya² cikgu Pasti lain, turn KJ dah nombor berapa. 6 ke 7 katanya. Turn PU yang ke 15. Tapi, macam tak lama dah. Venue KJ pula dekat blok belakang sana, takde laluan berbumbung connecting dewan dengan blok tu. Haihhh.. Nak marah siapa design sekolah takde connecting susur gajah ni.. Hujan kian lebat tak nampak macam nak reda. Ummi dengan Mus'ab lagi. Kalau takde si kecik tu, mau ummi redah je hujan tu. Call abi, abi pun tak jumpa cari tempat kat mana, dia pun dah bermandi hujan walau berpayung. Ummi dok risaukan aksesori anak² KJ ni. Semua dalam kotak azimat yang ummi bawa ni. Kotak besar ye. Muatlah kalu sumbat Fathan dengan Mus'ab dalam tu..huhu..

Ummi fikir, ummi kena redah juga ni. At least dapat hantar box tu. Maka, ummi tawakal. Buka camping chair, suruh Fathan dan Fathiy duduk jaga Mus'ab. Sambil berdoa Mus'ab behave tak menangis, belum sampai masa lapar etc. So ummi angkut box tu. Masa ni tak fikir dah perut yang ditebuk tu belum pulih sepenuhnya. Masa dukung Musab pun, tawakal saja. Semoga tiada mudarat. Masa nak cross blok, fikir nak junjung je box tu jadikan payung. Tapi besar nau box nya nak junjung. Masa terintai² sambil berfikir selamat tak nak redah, nampak ada seorang encik ni berdiri tepi tu dengan stroller kosong dan payung. Tebalkan muka nak pinjam payung. 

Dah cross ke blok belakang tu, ingatkan masuk blok tu boleh tembus ke belakang. Tak boleh rupanya. Kena pusing pula ikut tepi. Menggagau juga cari dierang kat mana sebab call tak dapat. huhuhu.. Habis basah lencun kain ummi separuh. 😔😔 Abi pun baru sampai situ. Then kami patah balik nak pick up anak³ dan barang lain. Syukur ada bawak tikar alas jenis plastik. Guna tikar tu untuk cover wagon. Seorang ikut abi tolak wagon. Seorang lagi ikut ummi sambil ummi kendong baby. Dah selamat transfer semua, baru ummi patah balik pulangkan payung dekat encik tadi tu. Terima kasih banyak2 kat encik tu. Semoga Allah balas kebaikan encik dengan segala kemudahan kesenangan dan sejahtera dunia akhirat buat encik sekeluarga. 

By the time ummi sampai semula di tempat mereka berkumpul, sebahagian anak² KJ PU dah ke tempat persediaan, menanti giliran untuk persembahan. Ummi memang tak sempat nak tolong solek & siapkan kakak berdua tu. Gambar ni je ummi sempat ambil sebelum persembahan.



Mek seorang lagi dah selamat ke bilik persediaan 😥. Masa turn mereka buat persembahan pun ummi tak dapat tonton. Sebab hujan masih mencurah, ummi jaga Mus'ab dan badan ummi pun dah sengal². So, i waited at the place they gathered earlier. 

Ummi dan seketul Mus'ab.



Selesai persembahan kakak². Ummi dapat kirim doa je sambil berdebar juga menanti.


Gambar hasil perkongsian dari parents lain.


Sewaktu menunggu pengumuman pemenang




Keputusannya, belum rezeki PU untuk menang. Takpe, kalian tetap pemenang di hati kami. We are proud of you guys. Cuba lagi tahun depan.

Mohlah kita balik, semua dah kepenatan. Nak kena menapak jauuuuuh pula dengan segala macam barang ni. Dapatlak 7k steps untuk hari tu. huhu.. Dapat juga sakit sengal tangan mengangkut barang. haha..



Kita fokus sukaneka pula ye the kakaks.

Wednesday, August 27, 2025

Alam Ria Pasti Pandan 2025

24 Ogos 2025 berlansungnya program Alam Ria Pasti Kawasan Pandan bertempat di SK Taman Muda.

Tahun ni, Fatima mengekalkan penyertaan di dalam acara Kalam Jamaie untuk tahun ke3. Dan Nusayba pun ikut sama join the team. 

Team KJ PU ni berlatih tak sampai 2 minggu pun atas sebab² teknikal yang tak dapat dielakkan. Cikgu dah risau² dah tak sempat, risau anak² tak hafal teks, lupa step etc. Minggu pertam berlatih separuh teks sahaja. Minggu ke-2, the final week, hari selasa baru dapat teks penuh. Memang betul² last minute dan mencabar. Bukan mudah nak ajar anak² tadika hafal teks in arabic, hafal step semua in short time.  But alhamdulillah, dengan izin Allah, they made it. Cikgu dalam pada demam, tak sihat sampai hilang suara pun, gigih latih anak² KJ PU setiap hari dan hari minggu juga. 

Tahun ni ummi tak banyak membantu. Last year, kalau training weekend, memang ummi stay dari awal sampai habis training. Tolong² cikgu mana yang boleh. This year, ampun sangat... Ummi dapat hantar mek berdua tu je. Then balik rumah selesaikan apa yang patut termasuklah baby Mus'ab.. Setengah jam sebelum training habis, baru dapat join. Tolonglah orderkan makanan untuk anak² yang penat training. Bagi semangat sikit dekat dierang. Ada parents belanja donut, pizza etc. Happy anak² KJ PU.

ARP Negeri Selangor insyaAllah berlansung pada 28/9/2025. Banyak masa juga nak polish and sharpen apa yang patut. All the best cikgu dan anak². Terima kasih tak terhingga juga buat Datin Ustazah S yang offer untuk buat teks KJ tahun ni. 
















As usual, bila ada program besar ni, parents PU sangat pemurah dan supportive. Bila cikgu kata nak buat potluck je, ramai yang menyahut dan sedia pelbagai juadah. Tak risau anak² berlapar sepanjang program. Makanan free flow. hihi.. Semoga Allah murah dan lapangkan lagi rezeki para ibu ayah anak² PU.



Monday, August 25, 2025

Mus'ab 6 Bulan

Sekejap je rasa, tiba² Mus'ab dah 6 bulan. Dah mula makan. Dah acquire few skills. 

Yang untungnya bila kakak abang awak dah besar dan boleh urus diri, gap dengan kakak Nusayba 5 tahun, semua pun berebut nak urus dan jaga awak dik oii.. Kakak² dah boleh tolong tukarkan diaper (kalau pee je ummi benarkan.. poo poo memang tak lepas la kat depa), nak suap makan pun berebut. Selalu orang beratur untuk disuapkan makan. Yang ni special... Abang kakak beratur nak suap adik makan bubur, bergilir². Untung sungguh awak dik. Semoga kasih sayang abang kakak terus utuh hingga hujung nyawa. 


Pandai pula kakak ba dia suap adik makan bubur. Alhamdulillah ala kulli haal.


Dah dapat skill menyulur. Dah rajin buat push ups dan mountain climber. Kalah ummi punya workout checklist. huhuhu.. Hari tu gear reverse, ni dah mara ke depan. Dan pandai cari hiding spot juga.. hihi.. So, ummi harí² pesan kat abang kakak. Barang² stationeries jangan biar sepah rata², benda kecil² jangan biar atas lantai or anywhere yang within radius capaian adik. Bahaya


Kakak ikat toncet. Unicorn kata kakak. Bertabah ye adik..

Cepatnya awak besar. Gonna miss these moments. Tapi, biarlah rindu kali ni, cukup sekadar rindu. hahahaha..

 

Monday, August 18, 2025

Minggu Yang Lemau

Setelah dapat hit 6km twice minggu lepas, minggu ni nampaknya menyedihkan. huhu..

Hectic week for us. Ummi & abi berlumba busy. Both tengah sibuk kejar deadline. Ummi ada 3 main task dalam tangan yang deadline bertimpa² one after another. Kalau kat office tu, semua pun muka berkerut² menghadap PC. Masuk bulan 8 ni memang semua pun macam lipas kudung. Rasa macam tak cukup nafas nak berkejaran. But you have to deliver no matter what. Ikutkan, nak kena overtime juga. My TA and draughter dok stay sampai malam nak siapkan drawing. Rasa bersalah tak dapat stay dengan mereka.

Tapi, on my side, abi pun kerja back to back macam takde beza siang malam dah. Balik sekejap ambil anak², lepas isyak masuk kerja semula. Pukul 3-4 pagi baru balik. Kalau weekend, lepas subuh baru balik. Tidur sekejap, after zuhur masuk kerja again. Aduhai.. Hence, ummi pun tak boleh nak stay back sebab siapalah yang nak menjaga anak². Terpaksa ummi pulun siapkan whatever i can during office hour, then hand over to my colleagues for draughting. Kalau kata nak buat kerja dekat rumah, itu berangan namanya. Anak⁵ akan sentiasa menuntut perhatian. Hak mereka 🥲. Nak stay up pun, si kecil tu macam tahu² saja. Dia pun segar je mata. huhu..

Tak sabar tunggu end of August, opening projek abi. Kurang sikit huru hara kehidupan kami hendaknya, insyaAllah.

Hari Khamis 14.08.2025, Hari Jaya Waris sekolah abang² besar. Kami pergi petang, based on jadual yang sekolah dah arrange. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Both abang did well in their hafazan and akademik. Abang ngah cerita dia ada dapat hadiah. Ummi pun perasan gambar abang ngah  dalam FB dan IG sekolah. Tapi tak tahu dia dapat hadiah apa. Rupanya hadiah sebab result exam Al-Quran Syafawi. MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah.. Keep it up anak². Semoga kalian jadi insan yang bertaqwa, anak yang soleh, cemerlang dunia & akhirat.

Ummi ingat, lepas HJW tu, since terus balik rumah bersama abang², kot sempatlah briskwalk seround dua. Takdir Allah, petang tu hujan lebat. Maka, tak jadi lah bakar lemak. Khamis malam jumaat tu, ummi dah rasa lain macam sebenarnya, seram sejuk je badan. Hari Jumaat dah sakit tekak, batuk.. Plan nak ajak abang ngah ke padang hari sabtu pagi tak berjalan seperti dirancang. Sebab kesihatan tak mengizinkan, plus kakak² ada latihan kalam jamaie pukul 9 pagi. Nak kejut abi minta hantar kakak², tak sampai hati sebab abi baru je balik dari kerja subuh tu. Dengan kepala berdenyut dan batuk berdesing tu, ummi gagahkan juga lah hantar kakak². Tapi tak dapat nak tunggu sampai habis sebab fikirkan yang lain kat rumah. Balik rumah, goreng kuetiau untuk ahli rumah. Pukul 11.30, ummi ke Pasti semula. Nak ambil kakak2. Sempat order delivery Churros untuk anak² KJ PU. Mesti penat dan lapar setelah bersungguh training. Tahun² lepas, biasanya ummi akan stay dengan cikgu, tolong sikit² mana yang boleh sampai habis training. Tu yang rasa bersalah pula kat cikgu sebab tak dapat membantu.


Ahad.. masih lagi batuk berdengung. Bila batuk, auto sakit kepala. Maka, renung je lah langit pagi kat luar tu. Lemau betul badan ni. Abi yang dah macam kerja shift pagi dan malam, mestilah nak rehat pagi tu. Abang ngah kata nak ajak main badminton kat padang pagi tu. Maaflah, ummi tak larat. Selesaikan masak nasi goreng yang Fathiy request beberapa hari lepas, iron baju anak⁶, settlekan basuh dan lipat baju beberpa round. Selang seli dengan melayan ragam anak⁷, Allahu, rasa macam nak pengsan. Tapi petang tu dah rasa ok sikit. Since cuaca elok redup, abang ngah tuntut janji nak main badminton. Nak ke padang, susah sebab nak handle si kecil² tanpa abi. Stroller pun dalam kereta abi. huhu.. Nampaklah muka frust dia tu. Sudahnya, ajak lah main dekat court kecil depan rumah. Asalnya dewan komuniti kecil situ. Ada 1 court badminton/takraw. Tapi dewan tu dah tak tau lah jadi apa, tak terurus.  Court dan laman dewan tu pula jadi parking jiran². Adalah space kecil untuk bermain walaupun tak kondusif. Jadilah untuk tunaikan hasrat anak. Bukan pandai sangat pun main badminton ummi ni. Pukul angin je banyak. hahaha..Selang seli main passing bola jaring dengan kakak Fatima. Jadilah buat keluar peluh manja².

Tak sampai hati nak turn down permintaan abang ngah. Depa ni balik sebulan sekali je. Ahad malam dah nak pulang ke asrama. 🥹Tengok abang long kemas beg, kagum betul ummi dengan kekemasannya. Elok sama saiz lipatannya. Ummi pun kalah. Uniform sekolah yang ummi dah iron pun dia tekan balik side bagi tajam. Si particular dan perfectionist ni. huhu .




Tapi... dalam lemau minggu ni, ada satu reward untuk diri di hari Ahad ni.. 🤭🤭🤭 Kemahen rewardnya ye.. Ummi suddenly perasan, kedai yang satu ni dah open delivery untuk menu dia yang meletop dan viral sampai orang dok beratur panjang seawal sejam dua sebelum kedai buka. Fuhh.. Kalau nak ke kedai, beratur panjang sejam dua tu memang bukan ummi lah. Bila tengok dah open for delivery, pukul 10am on dekat web, dapatlah ummi order, 10.05am. huhuhu.. Max 3 box per order. Asalnya order 2 je. Sebelum check out, rasa nak tambah lagi 1 🤭🫣.. Checked out 3 boxes. aduhai. Mengenangkan anak⁷ semua ada di rumah, tak cukup 2 boxes. Sejenis tamak haloba 🤪.

Order apa tu ummi oiii??

Ni haaa.. Tiramisu Keyes/TWT yang dapat rating 8+ dari Jason Mahai Nak Mampuihhh. 😅😅.. 

Photo by abang ngah 



Mujur ummi order 3 boxes ye. Berebut masing², lagi² abang besar berdua tu. Selalu terpengaruh dengan ummi 🤣. 

Rasanya tak mengecewakan, balance la manis dan pahit... Yummmehh. Maka dengan ini, boleh stop dah tiramisu hunting. Yang diidam² dah dapat. Cukuplah. Bakar kalori tak seberapa. Menternak kalori dan lemak pula yang lebih.. Aduhai ummi.. 

Saturday, August 9, 2025

Hari Diskusi Akademik

Hari jumaat, 08.08.2025, ada Hari Diskusi Akademik sekolah abang kecil berdua. Tengok poster, ada 2 sesi, pagi dan petang. Bila tanya abang² kecil ni, depa minta datang pagi. Tapi bila discuss dengan abi, we prefer petang. Sebab pagi confirm ramai. Dan ummi malas nak berkejar masuk office semula, then kena balik lewat pula. 

Awalnya abang² tak puas hati. Tapi bila muallimah buat poll, pilih sesi pagi atau petang, dan minta confirmkan siapa yang stay sampai petang utk penyediaan makanan anak², ummi tanya abi balik, macam kesian pula kat anak² kalau takde kawan² dierang stay sampai petang. Sebab masa tu rmai pilih pagi, petang takde orang. Sudahnya, stick dengan decision awal kami, pilih sesi petang. Tak lama lepas tu, ummi tengok ada juga beberapa parents lain pilih sesi petang. Mungkin awalnya semua fikir macam ummi, takut anak tinggal seorang. Bila ada seorang yang mulakan pilih petang, baru ada yang join. hihi..

Result peperiksaan, alhamdulillah semua subjek lulus. Yang seorang ada nak kena improve here and there, yang seorang lagi kena maintain dan improve mana yang boleh. 

Adab dan sahsiah dalam kelas, alhamdulillah baik. Yang seorang tu very kind hearted, rajin menolong, baik dengan semua orang. Another one, aktif, tak suka duduk diam (suka berjalan ke depan 😅)..suka bertanya dan suka juga bersoal jawab semula dengan muallim/muallimah.. suka loyar buruk juga. 



Apa pun, ummi raikan every achievement and improvement, be it small or big. Semoga kalian jadi anak² yang baik akhlak, berbudi pekerti dan berperibadi mulia. Semoga kalian cemerlang dunia dan akhirat.

Petang tu, cuaca nampak redup. Mula² nampak macam nak hujan. Alhamdulillah tak hujan. Laju² capai kasut, ajak abang² pusing padang sebelum ambil kakak² dan baby. 
Ummi berlari/jalan seorang je. Abang² main bola. Masa tengah BW halfway, ummi minta abang2 ambil kakak² bawa ke padang. Tak jauh pun sekolah kakak². Dari padang ummi boleh nampak. Dah ada abang kakak berempat, depa main dekat playground while ummi cukupkan km. Dah cukup 6km, mohler kita ambil adik Mus'ab pula. 

Total steps for the day

6km of evening briskwalking.
First time hit 6km.. 


Alhamdulillah ala kulli haal
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015