Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, September 15, 2025

Bukan Tak Yakin Pada Rezeki...🤔🙄

Pagi² ternampak statement ni, dari parenting influencer yang memang ummi follow. Somehow terasa sakit dan pedih di hati, as if i am not a good mom. Perasaan saya bukan ibu yang baik ni, memang dah rasa lama. Sebab i know i am not perfect, banyak buat silap, banyak benda yang i felt i shouldnt to, but i did it anyway.. Hate it when i hurt my kids feeling, when i had to raise my voice, scolding them for whatever reason. I feel really bad. 



Tapi... wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin.. Kita berjalan di atas hamparan bumi Allah, Allah jua yang merencana dan mencorakkan semua urusan makhlukNya yang lemah lagi hina. Kita berusaha dan merancang semampunya, tapi tetap Allah jua sebaik² perancang dan rancangan Allah adalah yang terbaik buat makhluk. 

Kalau ikut perancangan kami, mungkin kami dah stop sampai anak ke-4. Tapi perancangan kami tak selari dengan perancangan Allah. Pelbagai usaha merancang dah kami ambil. Ada yang gagal, ada yang tak serasi. Pada akhirnya, Allah rezekikan 7 permata buat kami, untuk kami gilap hingga bersinar berkilauan. 

Allah saja yang tahu, sedihnya ummi bila muncul 2 line sedangkan kita dah usaha untuk tidak menambah. Ummi menangis, merintih pada Dia.. Ya Allah, aku tak mampu, aku tak kuat. Aku takut aku tak dapat jalankan amanah ni sebaiknya. Engkau yang Maha Tahu segalanya, Ya Allah. Kalau Engkau takdirkan ini yang terbaik untukku, Engkau lapangkanlah dadaku, Engkau izinkan aku berdamai dengan takdirMu.  

Ummi rasa, antara cara Allah pujuk hati ummi, Allah hadirkan insan yang baik² dalam circle ummi. Insan² yang selalu beri kata² positif buat ummi, sentiasa beri nasihat yang baik², sentiasa cuba tenangkan ummi. Insan² yang selalu mendoakan kebaikan buat ummi. Yang pada akhirnya, ummi terima dengan lapang hati, anak² ni semua adalah rezeki yang Allah kirim dan takdirkan buat kami. Ia datang dengan amanah yang berat, yang terkadang ummi rasa tak mampu nak galas. Banyak kali juga ummi down, dan menangis sendiri, mengadu merintih pada Ilahi. Tapi, selalulah pujuk hati, dunia ini Allah jadikan sebagai tempat untuk berpenat lelah, bercucuk tanam. Di akhirat nanti baru kita tuai hasilnya. 

Dan yang paling penting, sesedih sedih ummi bila muncul 2 line, ada sahabat ummi yang lama menanti munculnya precious double line tu. Sedang ummi yang Allah kirim rezeki yang lebih, nak merungut dan bersedih. Lalu, ummi pujuk hati. Redha lah, terimalah dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmahnya. Memang sukar saat anak2 masih kecil, pelbagai ragam dan kerenah. Bersabarlah. Masa itu akan berlalu pantas, dan ummi pasti akan merinduinya. 

Maafkan ummi anak⁷, andai ummi tak mampu berlaku adil pada kalian. Ummi cuba, walaupun seringkali gagal memenuhi kehendak kalian. Maafkan ummi kerana tak dapat nak fokus dan beri perhatian pada setiap daripada kalian. Maafkan ummi, andai ummi selalu marah² seolah ummi tak faham kalian. Hakikatnya, kita sama² dalam proses pembelajaran. Ternyata menjadi ibu, bukan terus sukses dan cemerlang saat menjadi ibu kepada permata pertama. Setiap anak² berbeza ujian dan cabaran, penilaian sebagai ibu tak akan pernah tamat. Menjadi ibu, akan terus diuji dari anak sekecil dua tapak tangan, sehingga anak² membesar dan sehingga ke hembusan mafas yang terakhir.

Ummi, pada awalnya merasa bitter terhadap statement tersebut, dan statement² seperti kualiti vs kuantiti.. Now , i felt, those statement doesn't matter. What matters most now is, bagaimana ummi menjalani kehidupan yang dibentangkan, dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin atas segala yang telah diamanahkan. At the end of the day, it's Allah the Almighty who will judge us, in the day of judgement. 

Tuesday, June 10, 2025

Aidiladha 2025


Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk menunaikan ibadah qurban lagi tahun ini. Last minute decision sebenarnya. Seperti biasa, setiap tahun Ma akan nasihatkan anak menantu untuk ambil bahagian. Setahun sekali je katanya. 1 bahagian 1 keluarga dah memadai, ikut kemampuan masing². Tapi jangan simply cakap tak mampu, sebab kalau mampu bayar ansuran kereta dan rumah serta bil telefon dan internet beratus, beribu sebulan, cuba simpan sedikit RM70 ke sebulan. Setahun, insyaAllah dapat dah RM840. Boleh dapat dah 1 bahagian lembu. Kalau dalam kawasan kita ni harganya lebih mahal daripada tabungan kita, boleh juga join di tempat yang lebih murah seperti Kemboja. Ma pesan, setiap tahun mesti tanam azam untuk korban. InsyaAllah, kami cuba. 

Ummi decide tahun ni ambil bahagian dengan MATIS. Whatsapp ustaz hari khamis, masih ada kekosongan katanya sebab ada yang tarik diri di saat akhir. Terus ummi transfer duit dan isi google form. Pagi raya buka whatsapp group, ada list peserta dah. Alhamdulillah..

Qurban dengan MATIS ni, peserta mewakilkan qurban kepada Ustaz melalui sighah aqad. Proses penyembelihan qurban dilaksanakan di Hijrah Ternak Agro di Kuala Selangor, melibatkan 31 ekor lembu dan seterusnya dilapah dan dipotong 4 bahagian sebelum dihantar ke MATIS untuk proses seterusnya. 

Reason ummi decide join dengan MATIS sebab pihak MATIS akan uruskan agihan daging² korban kepada pihak² asnaf. Kalau peserta berhajat untuk mengambil sedikit bahagian daging korban pun boleh, tapi ummi decide untuk tidak ambil. Biar agihkan saja semuanya kepada asnaf yang layak. Sebahagian juga akan disimpan di cold room MATIS untuk hidangan anak² MATIS, yang juga merupakan golongan asnaf fi sabilillah. 

Kalau nak agih sendiri, takde tempat nak simpan sementara selesai diagihkan sebab freezer sekarang penuh dengan susu 😬.

Proses penyembelihan korban dijalankan pada hari raya ke-2. Alhamdulillah, ustaz update proses- proses korban dalam group peserta. Bawah ni daging yang telah siap di pek untuk agihan kepada asnaf yang layak. 


Selain tu, Ma ada juga masuk korban atas nama cucu² di Kemboja. Ma ambil 1 ekor lembu, dan letak nama cucu². Last time Ma pernah letak nama abang long. Kali ni giliran abang ngah pula. Alhamdulillah.


Tak banyak bergambar pun kali ni. Ummi pun tak ikut abi dan anak² pergi tengok lembu. Mus'ab beberapa hari ni rajin berjaga malam, pagi² buta ajak ummi berborak. Tak sampai hati taknak layan dia bila dia bagi sengihan comel dia tu. Alahai.. Tapi akibatnya, mata ummi lah yang rabak macam panda 🐼...

Sedap dia tidur tengahari buta.

Melayan anak dara seorang ni bergambar. Manja melekat kakak Fatima ni dengan ummi aih. Suruh main dengan sepupu² pun taknak. Duk lah mengekor ummi kemana². huhu..



Lama sungguh dia tidur. Tak terkesan dek bunyi bising, hiruk pikuk abang² dan kakak².




Ni je lah gambar yang ada. Inipun sebelum saudara abi datang beraya. 

Semenjak ayoh tak sihat dan kami tak buat sendiri dah korban, kurang meriah sikit. Anak² pun tak merasa dah suasana proses dari awal tambat lembu, sembelih, lapah, masak semua tu, buat sendiri dengan keluarga besar dan sanak saudara yang sama² ambip bahagin. Penat, tapi ia satu pengalaman yang bermakna.

Salam aidiladha semua. Taqabbalallah minna waminkum.

Turut berdukacita dengan berita 15 mahasiswa UPSI yang terkorban dalam nahas jalan raya.
Innalillahi wainna ilaihirajiun.




Sunday, April 13, 2025

Random Raya 1

Raya tahun ni, memandangkan baru habis pantang, taklah raya beria sangat. Dan mil pun risau nak tinggal fil, maka, pergi ziarah yang dekat² je dan sehari sebuah rumah je macam tu.. Selalu mil yang semangat ziarah  saudara mara, mengeratkan silaturrahim.. Kalau ikut mil beraya, ummi memang susah nak ingat saudara belah mana semua tu. Panjang susur galur nya. Yet, mil memang jaga la silaturrahim saudara mara sepupu sepapat yang dah jauh² pun. Kadang tanya anaknya, anaknya  pun ingat² lupa ye susur galur saudara. haha.. Kena buat family tree ni supaya senang faham..

So, here goes our 1 Syawal .. Turn pagi raya kami tahun ni di Ampang, tapi kami raya di Kajang 😅. Tahun ni, 1st raya kangah di Gombak, while pokcik di Ipoh. Bila mama kata ayah long buat makan² 1 Syawal, ummi ajak mama raya sana terus. Sambil imbau nostalgia raya masa ummi kecil² dulu. Rumah ayah long is rumah arwah maktok/paktok ummi. Balik rumah ayahlong, macam balik kampung masa kecil 🥹.

Mama with her one and only brother 

Ummi dah sama dengan langsir kat belakang tu.. haha.. Camouflage gitu. 

Us with mama, ucu, ayah long (tokmi) & mak long (opah)

Feeling nak seorang kononnya.. haha.

Our not so little family 😅. Baju raya semua cap Bak tahun ni except for Mus'ab. 

Mek ayu ni, memang berkepit je dengan ummi. 

One with baby Mus'ab. Baju raya Mus'ab last minute order shopee. Syukur muat, besar sikit je.. dan warna pun boleh la masuk juga walau tak exactly sama. Shades of brown. 

3 anak teruna ummi dengan ucu.

Silau Mus'ab gara² ummi dan ucu nak dapatkan lighting cantik. hihi.

On the way nak ke kereta, sempat lagi snap sekeping 

Kalau ummi lenguh dokong baby, dah boleh pass ke abang long & abang ngah 😬. Abang long pun dah boleh tolong² panaskan susu adik & feed adik susu botol. Tukar diaper adik, kalau pee only. Kalau poó, dia surrender🥴.

Mama with her sisters & niece.

Our big family. Part of Fatimah Sham + Talib's crew. Family arwah mak lang je takde wakil. 






Saturday, April 12, 2025

Terima Kunjungan Teammates

11.04.2025
Alhamdulilah hari ni terima kunjungan dari kawan2 office. Kalau mengikut plan asal, lady boss contact ummi masa bulan puasa lagi. Nak datang ziarah ummi & baby di bulan puasa. Katanya geng² perempuan saja.

Unfortunately, atas sebab² yang tak dapat dielakkan, bos postpone ke lepas raya. 

Minggu ni, hari isnin, bos dah mesej tanya available tak hari jumaat. Hari sekolah, memang takde ke mana lah ummi. Bertapa di rumah berdua dengan Mus'ab saja..


Masa dapat mesej ni, ummi fikir nak masak tu, memang payah sikit la untuk ummi. Maka ummi order je. Tapi kudap² je lah, bukan makanan berat pun.

Pagi² hari ni, bos mesej minta share location. Dan ummi pun tanya confirmation pukul berapa nak datang & berapa orang..


Bila bos kata 1 unit, gelabah jugaklah kitanya.. Sebab yang lelaki pun ada sekali.. Dah mencongak² cukup ke tak yang ummi order tu. Tapi memang takde back up plan pun la. Nak kemas rumah lagi, masa tu jugaklah baru nak cari cawan². Mana dengan Mus'ab lagi.. Gelabah 😂. Kitanya jarang dan dah lama tak terima tetamu sedebuk mari.. haha.. 

Ummi buat air je, 2 jenis: panas dan sejuk. Teh tarik dan honey lemon ais.

Lepas tu hidang kuih raya tunjuk² dan makanan yang ummi order. Tapi ordered food ni sampai lambat sikit, masa tetamu dah sampai dan riuh berborak 😅. Tapi oklah, just nice je. 

Order dari JZ Bakery. Ummi order sourcream marble cake & mix pastries. Tak sempat ambil gambar sebelum dijamah, sebab sampai masa tetamu tengah riuh kan.. Plus, masa order tak expect ada tetamu lelaki, maka kita budget timing masa solat jumaat. Tiba2 awal sampai, hurmm.. Nasib la labu..




Deme datang bawa hadiah untuk baby.. Dan duit raya anak⁷ sekali. MasyaAllah tabarakallah.. Terima kasih semua..Semoga terus murah dan lapang rezeki kalian. 


Bergambar cukup korum 1 unit ni, dah ala² photoshoot raya unit. Almaklum tak sempat photoshoot pra-raya sebab set tarikh shoot sehari sebelum cuti official yang ummi apply. Tapi baby nak keluar lagi awal. Maka, tak sempatlah nak pose pra raya versi perut nak meletup.. hahaha.. Pose pasca raya je lah ye.. 🤭

TQ semua sudi mencemar duli menjejak kaki ke teratak comel hamba 😂. Mujur datang 1 unit je. Kalau datang 1 Bahagian, korang duduk bersila dekat porch ajelah ye. 🤣🤣. Tiny home kisahnye kann.. hahaha.. Tq juga untuk hadiah dan duit raya 🤑😁

Monday, March 31, 2025

Salam Aidilfitri 1446H

Assalamualaikum wbt..


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Monday, December 30, 2024

Shopping Spree Untuk Raya Aidilfitri 2025 😂

Ummi tak berapa nak ada mood shopping untuk raya sekarang 😅😅

Kalau tahun² sebelum ni, jualan hujung tahun ni biasanya ummi dah mula beli sikit² baju jalan untuk anak², walaupun raya lambat lagi. Baju² tu simpan kat office sampai dekat nak raya baru bawa balik 😂. Kalau bawa balik awal, takut dah selamat kena lenjan dulu sebelum raya 🤣🤣 Pantang nampak baju baru semuanya..

Kali ni, walau dah jejak Sogo hari tu, tapi tetap takde mood. Belek² la jugak sekejap. Tapi memang sekejap sangat je. Haha.. Dengan mengenangkan ramai orang, panjang nak beratur bayar, auto berganda mood malas tu datang.. 

Balik rumah, dok berkeluh kesah dengan abi. Bila nak beli baju anak² 😬😬 Bulan puasa memang tak keluar shopping dah la.. Tapi lagi 2 bulan nak puasa pun takde mood lagi.. Haiihhh.. 

Sabtu baru ni balik Gombak. Biras kata Bak Tailor HQ ada buat jualan 3 hari.. Jomlah pergi tengok. Syukur walking distance je dari rumah MIL. Tema warna tak decide lagi, jadi pilih dulu 2-3 warna, then cuba tengok ada saiz untuk semua tak.  Masa ni ummi kena guna kuasa veto. Walau ada yang bangkang, ummi kena kental 🤣🤣 Kalau tak settle baju raya korang. Kena settlekan boys dulu sebab dierang lagi ramai. 

Lepas settle boys baru boleh tenang cari untuk girls 3 ketul pulak.. Alhamdulillah selesai baju raya sekeluarga. Seperti kebiasaan, sepasang baju melayu/kurung je seorang. Tinggal baju kasual je. huhu.. But at least ummi dah boleh tenang sikit. 

Range harga baju melayu/kurung yang kami ambil dalam RM40 - RM60 sepasang. Ada 1 tu dapat less lagi RM10 sebab ada defect sikit. Since baju anak bujang yang akan pakai sekejap je baju melayu, dan akan cepat membesar, so defect kecil tu kita pejam mata je. Syukur dapat less lagi 😅. Sebab untuk saiz dan warna tu, dah takde stok dah. So, total untuk 3 baju dewasa dan 5 baju kanak² dan aksesori adalah seperti di bawah.. Berbaloi tak??


Walaupun resit beralamat Wisma Yakin, tapi sebenarnya kami shopping di HQ kat Gombak je..

Model cilik yang bahagia dapat baju raya.. Dah hampir2 buat drama bila dok cari warna yang hampir sama tapi tak jumpa. Ummi dah nak give up, nak cari tempat lain je, online je mungkin. Tapi dah mencebik dah si kakak. Yang adik dah sambar tah warna apa² yang lansung tak matchy² 🤣🤣 Ok, ummi gagahkan jua cari sampai dapat yang paling hampir. Baru tersenyum gembira princess ummi 2 ketul ni. Syukur alhamdulillah. 




Monday, June 17, 2024

Salam Aidiladha 2024

Semenjak ma & ayoh tidak lagi menjadi host, kumpul anak-beranak, saudara mara yang hendak masuk bahagian qurban, buat sembelih qurban sendiri², Aidiladha sudah kurang 'meriah'. Maksud ummi, sebelum² ni, Aidiladha kami memang tersangat sibuk dan memenatkan. Kerana, adakalanya jumlah qurban yang dapat dikumpul mencapai 5 ekor lembu. Kalau mengikut skala masjid/surau, kecil saja nilai 5 ekor lembu ni, sekejapan saja siap semuanya. Tapi, bila dilaksanakan sendiri, peralatan juga terhad, maka ambik masa jugalah nak melapah dan membahagi bahagian. Tambahan bila nak potong tulang belulang tu, asbab tiada mesin pemotong. Dan bila jadi host juga, tentunya kami akan sediakan juadah makanan untuk sekalian keluarga peserta yang ambil bahagian, sambil² ambil part juga memotong daging. Kebanyakannya memang dari kalangan waris, saudara mara ma dan ayoh juga. Penat, tapi penat yang puas hati. 


Sudah berapa tahun kami ambil bahagian melalui surau dan masjid sahaja. Lebih mudah, tapi kurang rasa bila dah pernah merasai kemeriahan tumbang lembu dan melapah sendiri. Pernah juga satu masa, ummi ambil bahagian melalui ezqurban sahaja. Qurban luar negara, kerana kemampuan pada masa itu sekadarnya sahaja bila ummi terpaksa ambil unpaid leave, gara² cuti bersalin yang diperuntukkan sudah habis licin. Dek kerana tarbiyah dari Ma yang saban tahun mengingatkan anak menantu untuk ambil bahagian qurban, sekurang²nya seorang dari setiap keluarga. Jangan pernah kata tak mampu, sebab kemampuan itu jika dilihat pada kehidupan sepanjang tahun, jika disisih sedikit jumlah setiap bulan, pasti lebih dari mampu. Tahun itu, merasakan sesaknya poket, ummi pilih  Qurban luar negara yang jauh lebih murah. Semoga qurban kami diterima Allah, walau berapa nilainya. 


Juadah pagi raya. Tiada rendang nasi impit. Nasi tomato bersama ayam masak merah, acar timun hasil berkelentang kelentung di dapur dari jam 3 pagi, ummi hidangkan buat keluarga kecil ummi. Ada juga kirma ayam, lebihan lauk berbuka puasa Arafah semalam, ummi perhangat semula. Ada juga pepes ayam, yang ummi beli frozen dari stall otak² dan pepes di Kedai Asama Kampung Pandan. Kalutnya memasak pagi tadi bila tiba² dapur sudah tidak menghambur api. Kehabisan gas 😅. Mujur nasi ditanak dalam pressure cooker, ayam telah siap digoreng, sambal merah telah ditumis separuh dalam bibix. Sudahnya, ummi sambung siapkan sambal dalam bibix dan curah saja ke atas ayam goreng. hihi..

Tak sempat ummi ambil gambar, anak2 dah terlebih dahulu menyambar. Laju hampaa noh.. Takpalah comot pun..


Depan rumah jadi pesta. Pesta qurban anjuran surau di hujung jalan, bersebelahan dewan orang ramai yang 'tidak bernyawa' setelah dirobek, kononnya nak buat projek entah apa. Sudahnya, ia sepi, tanpa dapat memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Sayang, seribu kali sayang. Namun, lamannya menjadi lokasi pesta qurban saban tahun semenjak selepas Covid melanda. 

Anak-anak paling terhibur melihat dan menghitung berapa ekor lembu dan kambing yang hendak dipersembahkan sebagai qurban. Biar bahagian kami tiada disini, anak² tetap meloloskan diri di celahan ramainya manusia, untuk turut sama memeriahkan suasana, bertakbir bersama-sama saat sembelihan hendak dilaksana. 


Ummi? Sekadar menonton dari seberang jalan, sambil² menyidai baju di jemuran.


Selepas agak reda pesta depan rumah, dan tiada lagi motorsikal di parkir di hadapan pagar rumah. Kami ke rumah mama. Mokcu jamu kami dengan mee kari.. Alhamdulillah atas semua nikmat dan rezeki yang Allah kurnia kepada kami. 







Friday, May 10, 2024

Rumah Terbuka Aidilfitri PASTI dan SRITI Ampang

30 April, SRITI dah buat jamuan raya di sekolah secara potluck. Ingatkan selesai dah la jamuan raya kan. Tiba² dapat invitation rumah terbuka SRITI dan PASTI pula.. 



Fathan dan Fathiy semangat nak pergi.. Jomlah singgah sekejap..
Banyak menu disediakan. Ada 11 buah Pasti Kawasan Ampang + 1 buah Sriti, masing² ada booth makanan sendiri. Meriah. Ada Mihun sup, mi kari, laksa, nasi gulai kawah, sate, spagheti, roti jala, soft ice cream..  Tapi tak sempat la nak ambil gambar makanan. Sebab ramai orang. Segan pulak 😅🤭

Macam kembar kan budak berdua ni 😅

Santai betul anak² Pasti & Sriti bergelimpangan atas pentas. Mesti sambil terngiang² lagu.. "Berbaring lagi di tamannnn..." 🤭

Fathan dengan rakan sekelas Fathiy 😅 Fathiy nya mana? Tersipu² malu, taknak join bergambar sama.

Yang ni classmate Fathan. Fathan ni kan baru tukar masuk sekolah ni tahun ni, di Darjah 3. Ummi risau dia culture shock ke apa sebab lain la suasana sekolah lama dan baru. First day masuk sekolah, duduk sebelah kawan ni, ustaz post gambar dalam group kelas, dah siap berpeluk dah 2 orang ni. Syukur ada kawan baik², dan dia tak kekok. Alhamdulillah happy je dia.


One with muallimah yang tengah jaga booth SRITI. Nak ajak muallim bergambar sekali, Muallim tengah sibuk senduk gravy spaghetti 😅

One with Guru Besar. Muallim Bun gelaran.

Walaupuan ini tahun pertama anak² di SRITI, dan baru 2 bulan lebih, alhamdulillah muallim muallimah kenal je mereka berdua. And they both seronok je sekolah. Syukur ya Allah.


Thursday, May 9, 2024

Salam Aidilfitri 2024, di Penghujung Syawal

Pejam celik dah penghujung Syawal. Baru ingat, eh satu apa post takde tentang raya tahun ni 😓..

Maka, terimalah... Meskipun terlewat, tapi masih sempat kan 🙏🏻



Friday, June 30, 2023

Salam Aidiladha 144H

 Salam Aidiladha..

Pengalaman solat sunat aidiladha yang pertama buat Fatima dan Nusayba. Ummi juga setelah beberapa tahun tak berkesempatan turut serta asbab bergelut menyiapkan anak² dan juadah di pagi raya, alhamdulillah pagi ni, Allah izinkan. First time juga solat sunat raya di surau kejiranan sendiri 😅😅 Selalu raya di 'kampung' Gombak je 🤭🤭🤭. 

Depan rumah kami di jadi port sembelih lembu korban. Excited anak² tengok lembu dah sampai. Jenguk luar tingkap je dah nampak lembu. hihi..


Bila dah ada geng saf belakang.. hihi.. 



Tahun ni ambil bahagian korban di kawasan rumah saja. Kebiasaan tahun² sebelum ni kami ambil bahagian di Gombak. Maka tahun ni ber-aidiladha di rumah sendiri lah. Bila tak balik 'kampung', juadah pagi raya semua kena prepare sendiri lah kan.. 

Juadah di pagi raya korban, rendang paru, nasi impit, sayur lodeh, sambal tumis sotong kering.. Ada juga rendang ayam kiriman jiran. Syukur nikmat Allah.



Syukur rendang paru dah siap masak 2 minggu sebelum raya, dan disejuk beku. Balik kerja petang rabu, terus rebus nasi impit. Malam masak sambal tumis sotong kering dan siapkan bahan untuk kuah lodeh. Plan nak bangun pukul 4. Terlajak 😅. Subuh baru bangun, terus punch in sektor oil & gas 🤭. Syukur ada assisstant, bibix, yang mudahkan kerja ummi. Campak² tinggal, kejut anak², panaskan rendang & sambal. Know² dah siap masak. hihi..Bibix juga yang tolong masak sambal tumis sotong kering effortless. 


Lepas alas perut ala kadar, bergegas ke tempat penyembelihan lembu. Walaupun depan rumah port sembelih surau terhampir, tapi abi ambil bahagian di tempat lain. Tak jauh mana pun, dalam 10 minit je dari rumah. Di sini, jumlah korban adalah 43 ekor lembu. Subhanallahi masyaAllah.. 


Kami jenguk sebentar, orang ramai dan cuaca agak panas. Abi hantar kami ke 'kampung' ampang. Kami angkut sekali juadah raya serta jagung susu yang ummi beli di Cameron Highland. Ucu pula masak mee tomato. Sedapnyaaa...


Abi pula, setelah makan semangkuk mee, abi kembali ke tempat korban. Dah selesai lapah dan agih bahagian, baru datang jemput kami semua dan nak balik ke Gombak pula.

Sebelum ke Gombak, kami singgah dulu rumah rakan tadika Pasti Fathiy di kuarters polis Pandan Indah untuk ziarah dan agihan daging korban. Ayah sahabat Fathiy sudah terlantar sakit almost setahun 6 bulan. Berborak dengan ibunya, beliau dapat tahu anak² bersekolah di tahfiz, beliau maklum hasrat suaminya memang nak hantar anak bersekolah tahfiz. Allahu. Sebelum kami beransur pulang, sempat beliau pesan agar mendoakan kesihatan suaminya. InsyaAllah puan, kami doakan agar suami puan diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan selepasnya. Semoga Allah permudahkan semua urusan puan sekeluarga dan moga Allah perkenankan hasrat puan & suami untuk hantar anak bersekolah tahfiz. Allahumma ameen. Mohon semua yang membaca post ummi ni, bantu titipkan doa yang baik² buat keluarga sahabat anakanda Fathiy ni ye. Mudahan ada diantara kalian yang makbul dan diangkat doanya oleh Allah SWT, alhamdulillah..

Next, singgah sebentar juga di Balai Bomba PI untuk agih daging. 


Lepas maghrib baru sampai Gombak.
Isyak, anak yang seorang ni dapat 'souvenir' pula..Tersagat dahi di jalan tar. Anak yang sama, malam sebelumnya tergigit lidah sendiri waktu mengunyah makan. Banyak juga darah yang keluar. Allahuakbar anakku.. 


Sekian kisah 10 Zulhijjah kami.

Taqabbalallahu minna waminkum

Semoga semua amalan & ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT.


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015