Showing posts with label at work. Show all posts
Showing posts with label at work. Show all posts

Friday, October 10, 2025

Hadiah dari Student Intern

Hari tu ada student intern kat office ummi. Cik A namanya, dari UiTM Shah Alam.. {Hello .. i'm UiTM alumni.. }. Bos letak dia bawah supervision ummi. First time handle student intern ni. Nervous juga kita nak bagi task.

Masa tu tengah busy sangat (dan masih lagi busy sekarang pun). Ummi fikir² nak bagi projek yang tengah dalam tangan, tengah nak tender, risau ummi takde masa nak semak. So what i did, i gave her projects yang baru je lepas tender. Design dah buat guna software, tapi for her to understand the process, ummi minta dia buat kiraan manual. Then baru ummi bagi result from software untuk dia compare. Masa nak bagi task, ummi explain la in detail the process, what to consider, what to refer, share guidelines and regulations. Yang mana mampu dan sempat je pun.

Adalah few calculations and some reports minta tolong dia buat. Ada juga staff minta tolong dia buat draughting. Though she's a degree student, rasanya elok juga expose dengan autocad drawing. Dianya pulak rajin bertanya, rajin explore. Good for her. Ada satu task tu, ada 3 equation yang kita boleh guna, tapi ummi bagitau mostly kita pakai equation ni sebab lebih detail & high accuracy since banyak parameters. So dia buatlah guna equation yang ummi suggest tu. Few days after, dia datang tanya balik, boleh ke kalau dia nak kira guna another 2 equations?? Allahu, boleh sangat. Good for you to explore and compare the results. Bagus budaknya. Rajin dan sopan. 

Last day dia intern 29 Sept 2025. Ummi masih on medical leave. Bos dan team members buat farewell party for her. Sorry ummi tak dapat attend. Ummi kirim doa je. Semoga dia grad dengan cemerlang, berjaya dunia & akhirat. Moga dipermudahkan semua urusan..

Masuk office selepas 2 minggu cuti, ada hadiah atas meja.. Aww.. Thank you so much.. Moga dimurahkan rezeki mu.






Kitanya tak pandai mengajar. Risau ilmu yang cuba dikongsikan tak sampai. But she's a good and fast learner. InsyaAllah, she'll fly high. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya. 


Thursday, September 18, 2025

Resah Sekeping Hati


Nak "cutiiii".. Tapi susah hati.. Kerja banyak tak siap lagi... Menung tengok checklist ni.. Sebenarnya ada lagi. Kita tambah lah balik nanti. Tengok² mana yang boleh dibahagi².. Mana yang kena buat sendiri.. 


Haih.. susah hati lagi.. Sebab nak cuti lama ni. Tambah risau kat diri sendiri, resah nak hadap esok hari. Moga baik² je semua nanti. 
Tolong doakan untuk ummi 🙏🏻🤲🏻


Friday, September 5, 2025

Salam Maulidur Rasul

Its Friday, yaumul mubarak.. What makes it even more special, its the day our prophet Muhammad SAW was born. Sollu alannabiy..

Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw.



“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” 

{Hadis Riwayat An Nasa’i & Ibnu Hibban}

Starting my day with briskwalk yang asyik tertunda. Pagi ni, tanya abi siap² dia kerja tak. Bila dia kata kerja jam sekian sekian, ummi minta izin nak jalan sekejap. 

Dapatlah 5.3km, in almost 1 hour. Thank you abi bagi keizinan. Alhamdulillah ala kulli haal.


Reason nak kena resume balik BW sebab ummi join challenge anjuran Kementerian, 100,000 steps briskwalk challenge. haha. Kadang tu, memang kena join event untuk push diri ni istiqamah. 😉

Another reason, life is being too hectic now. Kerja bersusun, bertindih² till sometime dah tak tahu mana yang nak kena jalan deliver dulu ni. Semua nak urgent 🥲. Abi pun sama sibuk. So, i need some time to heal, relax and remain my sanity. 


Works that keep piling up. Entah bila nak surut, dengarnya more to come next year 🥲🥲. It's good at the point we're serving for the nation. Tapiiii, kena take a look at the manpower part dan kebajikan. Kalau semua nak cepat, dateline bertindih², semua pun taknak mengalah, nak deliver their project.. Yang melaksana ni, seorang handle banyak benda, tak terkejar dah. Takkan nak tunggu mati keras kat meja tu baru ada yang nak bergerak  dak? 

Berdoa jelah Allah permudahkan semua urusan, jauhkan dari hanky panky. Apapun Allah jua yang mengatur segalanya, Dia juga yang memegang hati semua. Semoga yang di atas akan digerakkan hati oleh Nya, untuk lebih cakna kebajikan yang di bawah. 

update:
Petang hujan. Awalnya janji dengan anak⁴ nak bawa jalan² di padang kalau tak hujan. Unfortunately cuaca tak mengizinkan. Sorry kids. Dan untuk ummi, niat nak tambah steps tak terbantut di situ.. Hujan di luar, kita lari² anak dalam rumah 🤭🫣


Indoor run, nampak macam lari atas treadmill, tapi ummi takde (belum ada 🤧🤭) treadmill. huhuhu.. Duk dalam bucketlist dulu. Kita lari² anak je dekat hall yang very humble tu . Entah berapa puluh round baru nak dapat 3km tu 😅😅..tak sempat nak kira. 

Setakat jam 7pm, alhamdulillah dah exceed 10,000 steps 










Friday, August 22, 2025

Aura Cikgu

Hari ni ke kaunter Tabung Haji. Nak buka akaun Mus'ab yang lama bertangguh. Puan dekat kaunter tu, tanya.. 

"Puan surirumah ke bekerja?"

"Kerja"

"Cikgu ye?"

"Bukann.."

"Bukan ke? tapi tengok rupa macam cikgu.."

"hihi.. saya tak pandai mengajar".

"Tapi memang ada aura cikgu.."

Hahahahaha.. Adoi la.. Ni dah orang ke berapa entah yang pernah tanya benda yang sama. Ada dalam 4-5 orang kot. Ada rupa cikgu ke saya niiii??

Kalau jadi cikgu, mau anak murid menangis tiap hari 🤭.


Alhamdulillah petang tadi cuaca elok, cantik.. Dapatlah resume BW yang tertangguh. Ditemani abang no. 4. Mencari kesempatan dicelah² kesibukan. 

Dan hari ni juga, lalu di timeline memories..
Gambar ni marks my 3 years at current office. Pejam celik dan 3 tahun. And to endure 3 tahun ni, Allah sahaja lah tempat mengadu. haha.. 17 tahun dalam servis, dah bertukar 5 portfolio. Berapa tahun lagi di sini, i couldn't guess. Kata orang, once melangkah masuk sini, nak keluar susah, unless buat rekod buruk. Hahaha. Jiran² cubicles, ada yang dah masuk tahun ke8 di situ. Pheww.. Tapi mungkin untuk orang hebat sahaja yang akan ditahan². Yang marhaen, suam² kuku dan tak dikenali ni, mungkin takde siapa yang nak tahan. haha. Harapnya lah. Tapi, nak tukar pun, seram juga dengan pilihan portfolio yang tinggal. Semoga jalan yang baik² saja yang Allah susun buatku. Mana tahu tiba² tender pencen awal kan 🫣🤭.. 








Wednesday, June 26, 2024

Hadiah Pasca Covid 3.0 😅

Lepas kuarantin Covid 3.0 tempoh hari, masuk² office ada hadiah lah atas meja... Dari insan di hadapan.. hahahaha..





Ada² je tau jiran meja depan ummi ni. Scale ruler yang comel dan compact. Simple gift tapi sangat berguna untuk kerja seharian.. Lebih banyak scale berbanding scale ruler segitiga yang ummi ada tu.. Dan handy, mudah dibawa kemana-mana sebab slim macam pembaris biasa.. Senang nak check drawing 🤭.. 
Tenkiu jiran.. 


Monday, June 10, 2024

Work: Site Visit to Chendering, Terengganu

23-24 April 2024. 

Lawatan tapak ke Chendering, Terengganu.

First time sampai Kuala Terengganu atas urusan kerja. Lepas raya, sibuk betul. Sama sibuk bengkel, meeting, lawatan tapak dengan jamuan raya. haha..

Bermalam di Tanjong Vista Hotel, di tengah² KT, berhampiran jambatan angkat.


Tengah mood raya lagi, nampak deko² raya kat hotel pun teruja. haha.. Sambil mencari idea untuk deko jamuan raya office nanti.


Gerak dari KL jam 2.30. Sampai KT dah Maghrib. Check in, naik khidmat diri & solat dulu, then turun balik cari makan malam. 


Makan malam di D'Suasane Ibai





Lepas kenyang, kami melawat tapak di malam hari 😅😅 rajin kann


Sarapan di hotel dulu sebelum bergerak ke site.


Masuk briefing, reunion dengan team mate office lama 😅. Dulu sama² pakai topi HOPT. La ni, dia maintain HOPT, kita dah tukar topi HODT. 


Selesai briefing, moh kita berpanas berlenjun di bawah sinaran mentari dan sapaan bayu laut.

The real site visit, discussion di bawah pokok kelapak 😅😅


Puas berpanas, masuk dalam bilik ais pula.. Feeling² dalam iglu 😂


Moh la tawaf keliling site.







Dah selesai lawatan, sesi bergambar berjemaah.
Bukti kehadiran 😅




Penat dan basah lencun dek peluh tawaf seluruh site. Saat orang lain dah boleh rilek lepak² dalam bilik meeting berpendingin hawa, ummi & team masih berpusing ke setiap ceruk site 🥴.

Ingatkan boleh bawa balik ikan fresh dari pelabuhan.. Sibuk mengukur jalan dan longkang, terlupa terus si ikan segar 😅.


Sunday, May 19, 2024

Work: Site Visit to Kuala Terengganu

Tahun ni banyak kena outstation.. Itupun, ada a few yang ummi terpaksa let go, minta tolong colleague/assistant cover. Especially masa arwah ayah warded last time.. I was glad and thankfull dapat immediate boss, peers & subordinates yang memahami, concern and offers their help & ideas in most situation..

Saja lah nak share dekat sini random photos during my work visit. Untuk kenang²an sendiri . Mana tahu kalau diri ni nekad nak pencen awal, i could still walk through the photos, reminscing the memories, the journey and the value it brings into my life. 

12-13 May 2024: Kuala Terengganu

Lawatan tapak & libat urus bersama PBT dan agensi teknikal tempatan.

Stayed at The Grand Puteri Hotel. Depan tu Masjid Sultan Abidin. 


Nak order hotel's foodies? Harga sangat reasonable..
Ni kalau nak santai² depan hotel, ada little open space corner, sambil makan keropok lekor or jemput², sambil dengar kuliah maghrib dari speaker Masjid Abidin just in front the hotel.


Breakfast, ganu style..




Ni dinner on arrival day. Sebab bertolak hari Ahad petang. Sampai dah maghrib. Kita keluar cari makan malam. Kawan bos suggest this place, Syrup vs Soda. 


Foods come in large plate. Boleh kongsi 2 orang satu pinggan ni.. Super banyak kuantiti dia, sesuai dengan harga. Tasteful juga..

Lepas dinner, dah sampai Kuala Terengganu, mesti lah kena check-in drawbridge kan. Snap gambar sebagai bukti kehadiran.

 
If you notice the stars.. Tetiba ternyanyi dalam hati..." Look at the stars, look how they shine for you .. all the things you do, yeah they were all YELLOW".. And my dear zawji, i know you still remember this song that you dedicate to me, when we were just friends.. 🤭🥰😊.


The actual site visit, with PBTs and technical agencies.. Di bawah terik mentari.. Ganu lama tak hujan wehhh Panas lit lit..


Meredah semak dah hutan 🥴


Meninjau site kami di bawah from the highest point there..dan main naik turun tangga to have a look at he slopes.. 





Hello steep slope, will you gonna be ok if i cut the earth at your toe??



Lepas berpanas bermandi peluh di bawah terik mentari, kita zusssss pula untuk mesyuarat.. Lega dapat aircond uuiii..



Dah selesai urusan kerja, sebelum bergerak pulang, kita singgah site yang ni pula 😅 Another site was, kedai kepok lekor.. Lupa nak snap gambar. 


Returning home and captured this sun rays behind the cloud..

We stucked in a traffic congestion. Jam 3 petang gerak dari KT, jam 9 malam baru sampai Genting Sempah gara² ada insiden lori tangki terbalik melintang jalan lepas terowong.. Dari GS, kami exit jalan dalam. Ingat nak lalu Jalan Gombak Lama, pilot tersilap simpang, pi naik Genting 🤣.. Buat u turn dan jalan tu pancung terus exit selepas terowong. Syukur alhamdulillah..Yang mana stay nak lalu terowong, masih sangkut..Pukul 10 malam baru sampai rumah.. huhu.. 




Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015