Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, February 7, 2025

Happy Bila Jumpa Kawan Lama

Bila dah rotate kerja ke sana ke sini, buat kawan kat sana, buat kawan kat sini... Dalam banyak² tempat kita pergi, dalam ramai² kawan kita jumpa, ada a few yang kita akan betul² rapat, boleh sharing macam².. 

Bila dah berpindah randah, walaupun masih satu jabatan, tapi susah nak jumpa. Yang satu cawangan, satu bangunan pun kadang payah nak bersua dek kekangan kerja, inikan pula kalau lain bangunan, lain compound..

Maka, bila sesekali Allah izinkan berjumpa, planned or unplanned, masyaAllah happynya....


Ni contoh paling awesome.. Kena sergah masa fire drill. Fire drill di blok office ummi.. Kawan yang dalam gambar, dan yang ambil gambar, both blok lain. Tapi ditakdirkan ada mesyuarat di blok ni.. Berjodohan kami disini.. hihi .


My incomplete november bridgesisters.
Masa ni, yang paling susah nak jumpa adalah yang depan sekali tu sebab beliau tercampak nun di utara tanah air..Walau dia selalu juga turun KL sebab meeting etc, tapi nak jumpanya tetap payah, sebab rushing sentiasa. Masa ni pun berkejaran juga, sebab ada yang nak berkejar ke meeting lepas lunch.. Pekena ikan bakar Tanglin, walau rasanya sudah berkurangan di tekak kami, tapi dapat berbual dengan kawan² lama, enjoy je.


Akak sayang yang seorang ni.. Rumah dekat, office seberang nun je.. Tapi, kalau Allah tak izinkan berjumpa, tak jumpalah kita kan.. 
Gambar bawah ni, asbab qadarullah, ummi turun kafe nak tapau sarapan.. Lama dah ummi tak tapau sarapan kat kafe, selalu sarapan roti/biskut kat rumah je..
Tapi, takdir Allah kan.. Nak bagi jumpa akak seorang ni, yang tiba2 makan kat kafe sini 😅😅 Daripada niat nak tapau, mohler kita sarapan sama²..


Happening today..
Semalam akak manis yang baju hitam tu shout dalam group wasap.. Jom friday lunch sama².. Yang respon ok cuma ummi dan akak sayang tudung biru tu. Yang sebelah ummi dan seorang lagi tak boleh nak janji. Faham masing² sibuk.. Tengahari tadi, last minute, adik manis sebelah tu kata boleh join, tapi tak boleh lama.. Ada seorang lagi MC hari ni, tak sihat.. Berempat je lah kami geng ex-Bridge, Happy November. 
Syukur alhamdulillah Allah izinkan berjumpa, lunch sama²..
Thank you kakak² yang belanja makan, Tq doakan yang baik² untuk ummi 💕🥰..


Ibu ni... datang buat surprise kat office ummi.. Terkejut dan terharu tau.. Ummi tengah khusyuk buat kerja, tiba2 dengar suara dia.. Apalagi, menjerit happy terus.. Katanya nak singgah sekejap je.. Tapi sekejap pun, adalah lebih 10 minit yang happening.. hahaha.. Tiba² macam dalam vacuum, macam takde orang keliling, buat kecoh macam kami berdua je dekat situ.. huhu.. Thank you ibu datang visit kita... Happynya jumpa.. Plan nak gather sekali dengan haluan kiri CKS sebelum puasa ni.. Sempat ke tak?? Aduhaiii. 


Adik kakak semua ni dah level bos² dah.. Ummi je yang marhaen 🤭 Rezeki ummi kat 'tempat' lain 😊.. Walaupun dah jadi bos, gred bertangga² dari ummi, tapi mereka remain macam dulu².. Moga Allah permudahkan urusan mereka semua, dilapangkan dan dimurahkan rezeki sokmo.. Allahumma amiin.. 

Ada beberapa lagi bestie yang ummi selalu singgah jumpa bila² ada kesempatan sebelum/selepas mesyuarat/bengkel dekat office mereka.. Cuma tak terakam dek lensa kamera...

Yang ni semua kawan² alam pekerjaan.. Bestie zaman belajar pun ya Allahhhh.. rindu korang, bila nk gather sama lagi niii???

Syukur alhamdulillah, thank you Allah kerana menghadirkan ramai insan baik² dalam hidup ummi.. 

Thursday, November 16, 2023

November, Please Be Lovely

Lama tak menjengah sini, tanpa sedar dah pertengahan November.. Banyak perkara, peristiwa, moment nak dicoretkan buat kenangan... Tapi itulah, masa ketat, jiwa kelat, emosi terlalu sarat..

Nanti²lah kumpul cerita, kalau masa dan ketika tak mencemburui, dan jiwa tak berkecamuk 🤭. Selit dulu 1, 2 cerita sempena Happy November.. haha..

1 November 2023, geng Happy November berkumpul secara adhoc 😅. Dia memang kena terjah, kena tiba² ek.. Kalau plan sokmo tak jadi. Hari kejadian, tengah serabut kepala hadap kerja, perut pula rasa tak sedap, bergelora, mencucuk². Tiba² masuk mesej dalam group HN. Ajak lunch sama. Ummi berkira² nak pergi sebab tak sedap perut. Bila mek S pm tepi, offer pergi dengan dia, haaaa.. jomlah.. Bersempena birthday kak L, pembuka bulan November.. hihi..




Ni lah geng #bridgesisters #happynovember since 2009. Walaupun mereka ni semua dah pangkat bos, level² top management je semua, ummi je macai marhaen.. hahaha.. Tapi semua sempoi je.. Syukur alhamdulillah. Sebahagian daripada nikmat dikurniakan kawan yang baik. Tak selalu ada di sisi, tapi insyaAllah sentiasa ada, walau cuma dalam doa. 

15 November.. Green day katanya..#weargreenforP@lest!ne.. Ummi pun nak join the cause. 



Ramai yang join pakai hijau. Beraneka ton hijau. Maka, ambil gambar jom. Walau ada secebis secalit hijau pun, jom masuk. 



Punyalah hijau, sampai payung pun hijau tau.. Asal bukan 'mak ko hijau' dah la 😅😅


Dikatakan Green Cause 15 November ni bersempena pengistiharan pengiktirafan P@lest!ne sebagai sebuah negara.  


Tapikan, lepas tu terbaca ni.... ⤵️

15 November - Kemerdekaan P@lest!n?

Terus rasa gundah gulana. But then, kenang balik, the least that we can do is showing our solidarity, and our clear stands. Disamping doa tanpa putus.

Hasbunallah wanikmal wakeel.

will be free. InsyaAllah.


Thursday, April 6, 2023

Belasungkawa: Sahabatku, Ezyan 😢

Ummi dapat perkhabaran duka, sahabat sekolah ummi telah dijemput Ilahi.



‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ 
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..


>>**********<<

Kelmarin, seorang sahabat ummi dari sekolah rendah, linda, whatsapp tanya kesahihan berita. Katanya dapat makluman yan sedang kritikal di icu. Allahuakbar. Ummi seakan tak percaya. Baru minggu lepas ummi berbalas komen dengannya di Facebook. Lantas ummi cuba mesej dan call yan. Malangnya tak berbalas. Berat hati untuk mengiyakan berita yang ummi terima. 

Our last conversations 😢😭 Dia komen di pist ummi tentang gelagat Nusayba di masjid waktu terawih.. 🥹🥹



Semalam, linda mesej lagi, bagitahu dah dapat confirmation dari family yan. Benar, yan sekarang di ICU. Sayu hati ummi.

Benar ummi dan yan bukanlah terlalu akrab. Kami sekelas semasa di Tingkatan 1 (1A2, SMK Taman Tasik, Ampang). Dalam kelas, ummi duduk di belakang yan. Yan ni, perwatakan dia sentiasa ceria dan happy go lucky. Dia jaranag nak marah. Orang nya tenang dan menyenangkan. Berbanding ummi yang agak sengal dan gelabah ni.. huhu.. One thing yang kami selalu berkongsi masa sekelas dulu adalah tentang pemain bola sepak dan WWF. Haha.. Form 1 lagi dah layan tengok bola sepak ye, zaman-zaman Azman Adnan, Che Zambil, Khalid Jamlus.. Dan layan Wrestling tu yang tak tahan, dok tengok The Rock, Undertaker etc. Favourite kami berdua tentunya Stone Cold Steve Austin 🤭🤭 Allahu..

Dan juga... ummi, yan dan seorang lagi sahabat kami, aine, we called ourselves masa tu The 3 'F' Teenagers.. Reason kepada nama 3 'F' tu sebab, at that time kami bertiga ni ada crush, nama ketiga-tiganya bermula dengan huruf F.. Allahu, zaman kanak-kanak ribena, baru nak meniti zaman pendewasaan.. Aduhaii.. 

Tingkatan 4 ummi bertukar sekolah. Maka tak bertemu mata lah kami beberpa tahun lama. Tapi, years later, takdir Allah menemukan kami di KK Ampang. Yan bertugas di situ. Ummi pula, hadir sebagai patient. Dari check up pregnancy dan follow up check up anak yang sulung sampai yang ke-6 di KK Ampang, memang akan jumpa yan. Selalu murah dengan senyuman walau duduk di kaunter berdepan dengan kerenah ramai orang. Almost tiap kali datang check up tu lah ummi akan jenguk, ketuk kaunter dia saat patient tak ramai. Dia jugalah sumber rujukan dan pertolongan kalau ummi perlukan apa-apa bantuan berkaitan appointment ummi. Even mama ummi yang regular check up di KK Ampang pun selalu puji dia, ramah dan rajin tegur orang tua. 

Hari ni dapat khabar yan telah kembali ke rahmatullah 😭
Sungguh ummi tak percaya, yan pergi mendahului kami. 

Semua tinggal memori yan. Tapi memori sepanjang perkenalan dengan kau, semua yang indah-indah. Seingat aku, tak pernah walau sekali aku rasa sakit hati atau berkecil hati dengan kau yan.. 

Demi Allah, ummi bersaksi, yan seorang sahabat yang baik dan menyenangkan hati semua. 

Betul hashtag kau yan, #orangbaikramaiorangsayang.. Ko sangat baik yan, ramai yang sayang ko.. Semoga sahabatku, Noor Ezyan Ariffin tenang bersemadi, diampunkan dosanya, dijauhkan dari seksa azab kubur dan api neraka, ditempatkan di dalam syurga bersama para solihin..Semoga rahmat dan redha Allah sentiasa menaungimu..

Kau dah pulang dulu yan, mendahului kami.. Kami pasti akan menyusulimu.. 
Entah bagaimana bahagian ummi nanti.
Ya Allah, berilah kami pengakhiran yang baik Ya Allah.. Matikan kami dalam husnul khotimah. 
Allahumma ameen. Amiin ya mujiib.

Tuesday, January 4, 2022

Parcel Misteri

Ada satu minggu tu, ummi ada order beberapa barang di Shopee. Kebiasaannya, memang ummi akan letak alamat penghantaran ke rumah Maktok. Especially kalau barang mudah pecah atau kotak besar seperti diapers anak-anak.

Tiap kali parcel sampai pula, biasanya Maktok akan call tanya beli barang apa. Sebab kadang-kadang, ummi ada orderkan untuk maktok dak mokcu juga, guna nama ummi..

One day, maktok kata ada parcel lagi. Ummi kira-kira barang ummi macam dah cukup dah. Ada parcel apa pulak lagi 🤔🤔🤔

Bila ambil parcel tu dirumah maktok, ummi masih musykil.. Apa benda ni? Confirm bukan ummi yang order sebab ummi tak pernah letak nama penuh kalau order barang online. hurmmm..


Bila tengok isi parcel, sohih bukan ummi order.. Tapi ada engrave nama ummi.. Cantiknya aduhh.. Ummi memang pernah juga intai-intai engraved chopping board ni, tapi sokmo letak tepi dulu hasrat tu sebab asyik dulukan hal anak-anak yang lebih penting..

Masing-masing sibuk nak jadi model aihh..





Bila ummi belek balik parcel tu, ada no hp.. Ummi cuba search nombor tu dalam hp ummi..
Allahu, dari bff ummi since diploma rupanya..


Thank you my dear friend. Semoga Allah melapangkan lagi rezeki kamu dan mempermudah urusanmu & keluarga. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.
🥰😘👯




Monday, December 6, 2021

Passing Notes

Ummi terbaca status cikgu MFS ni..



Terus ummi gelak sendirian..

Dan terimbau..kenangan mengusik jiwa..
Masa degree, about 15 years ago. Ingat sangat subjek masa tu, Research Methodology.  Yang mengajar pun bukan calang-calang. Dr. Suhaimi (dah Prof. Ir. Dr. dah rasanya beliau sekarang) yang terkenal dengan ketegasannya.. 

Kelas ni crowd nya besar, so kami akan duduk dalam auditorium.. Ummi dan kawan-kawan 8d8 (friends from diploma), biasanya duduk di barisan kerusi yang di tengah-tengah. Tak terlalu depan dan tak jauh ke belakang. 

Suatu hari di bulan puasa, semasa di pertengahan kelas, sedang pensyarah mengajar di depan, tiba-tiba suara beliau memetir bak halilintar..

Yang kat belakang tu dok passing apa? Tersengih-sengih, apa yang kamu tulis tu? Saya dok perati je dari tadi..

Gulp!

Beliau minta serahkan kertas tu pada beliau. Kami terpempan seketika. Jantung berdetak laju. Berpeluh-peluh rasanya walau duduk dalam auditorium yang dilengkapi pendingin hawa. Melihatkan tiada seorang pun bergerak menghulur nota pada beliau, beliau bersuara lagi..

Saya nak sesiapa yang tulis, pegang dan pass nota tu, sila keluar. Otherwise, saya takkan sambung kelas. 

Dewan mula riuh. Semua tertoleh-toleh cuba mencari siapa gerangan yang buat onar agaknya. Semua pasti bengang sebab ada yang mengganggu perjalanan kelas. Atau mungkin gembira juga andai kelas diberhentikan awal..hihi..

 Ummi dan kawan-kawan yang duduk sederetan berkira-kira, nak keluar atau tidak. Kawan ummi yang paling hujung suggest ummi dan kawan di sebelah ummi supaya stay dalam dewan. Biar dia dan yang lain-lain je keluar. Tapi tak logik la, sebab akan melangkaui dua orang. Ayat pensyarah terngiang-ngiang di telinga, "siapa yang tulis, pegang dan pass sila keluar".. Sudahnya, kami sepakat, semua keluar.. Masa kami bergerak keluar tu, gegak gempita satu auditorium.. Terasa seperti budak nakal sangat masa tu..

Kami turun, serahkan sekeping nota kepada pensyarah dan terus keluar. Tapi, kami tak terus pulang. Kami duduk berkumpul di tangga luar auditorium. Sekumpulan budak-budak nakal. hahahaha.. Ada yang cadang nak terus balik, ada yang suggest untuk tunggu sehingga habis kelas dan confront pensyarah. Kami ni ala-ala nerdy, geng-geng anak emak. Cuak betul bila jadi begini. We stayed. Kami rasa tak sedap hati kalau terus balik tanpa permohonan maaf kepada lecturer. Sambil-sambil membayangkan apalah agaknya reaksi pensyarah bila baca nota bergerak kami nanti. 

Habis kelas, bila semua pelajar lain dah mengosongkam auditorium, kami masuk menghadap pensyarah. We said sorry. Kami dah sedia nak kena marah. 

Pensyarah kata.. ingatkan passing nota apa, rupanya pasal nak buka puasa.. Tak boleh tunggu habis kelas ke baru bincang? 

Hahaha.. 

Bab makan, celungap masing-masing oii..

Kisahnya, one of my friend berhasrat untuk buka puasa bersama-sama. Sebab kami ni, 8-10 orang menyewa di rumah berasingan dan ada juga yang berulang alik dari rumah parents. So, kononnya nak buka puasa ramai-ramai lah kan. Kawan ummi yang mastermind ni pun tulis dalam sekeping kertas. Rancangan berbuka puasa. Dia senaraikan semua nama geng kami dan table untuk kami tanda setuju atau tidak. (Lebih kurang begitulah. ummi pun dah ingat-ingat lupa). Maka, berjalan lah sekeping kertas tu dari satu tangan ke satu tangan. Ummi sekadar tick di ruangan setuju dan pass ke kawan di sebelah. Rupanya, ada kawan ummi yang siap tulis nota selingan, ada yang lukis trademark nya.. Maka bila pass ke orang seterusnya, haruslah mengundang sengih dan tawa. 

Saat kawan ni sengih la kena sergah dek pensyarah sebab dia dah perasan sebelum tu lagi ada yang main passing something. 

Pensyarah pun sekadar ketawa kan kami, cuma adalah sedikit pesanan tentang hormat kelas dan pensyarah yang mengajar di depan. 
Beliau sempat berseloroh, dah pergi balik, nanti tak sempat buka puasa pula kamu semua.. hihihi..

Nak dijadikan cerita, setelah kes itu, masa final semester (2 semester lepas kejadian kalau tak silap), supervisor untuk final year project ummi berjiran bilik dengan Dr. Suhaimi. Maka kerap jugalah ummi terserempak dengan beliau. dan selalu jugak ummi di bahan dihadapan supervisor ummi. Nasib la labu.. Supervisor ummi pun tahu je kisah kami di halau tu..hahaha..

Kenangan sungguh.
Bila dikenang-kenang, alhamdulillah Allah gerakkan hati kami untuk tunggu sehingga kelas tamat dan bersemuka dengan pensyarah. At least, it shows that we still respect our lecturer. Kami bukan budak nakal pun. Housemate ummi pun terperanjat dan tak  percaya kami buat onar...Cuma bab makan ni, keterujaan kami lain macam sikit. hahahah..Kalau kami berlalu pergi je masa tu, mungkin kami akan sentiasa kena mark dengan beliau sebagai geng budak nakal. Allahu.

Penutup.
Kalaulah cikgu MFS tahu kisah passing notes versi budak darjah 2 vs versi student degree ni.. pasti beliau tepuk dahi. 🤭

Friday, December 3, 2021

Patahnya Sayap Malam..


🧑‍🎤KUCARI CAHAYA.
DALAM KEKALUTAN WARNA
SEWAKTU MALAM RESAH MENGIBARKAN SAYAPNYA🎶🎵🎸
(...MASA, Patahnya Sayap Malam)

Hihi...opening je ni..
Mesti yang baca pun dah feeling nyanyi sekali.
Post ni tiada kena mengena dengan lagu rock jiwang di era 90-an ni sebenarnye..
Walaupun ummi memang layan lagu-lagu zaman tu..

Sebenarnya nak cerita..
Ummi sedih.
Sebab 2 orang anak buah ummi berpindah cawangan. 2 orang tu lah anak buah ummi yang paling lama, malah mereka lebih lama dari ummi.. Dua ni memang orang kuat kesayangan lah. 

Masa ummi masuk ke sini, staff tak ramai sangat. Anak buah ummi 2 orang tu lah. Tahun ni barulah start pertambahan staff, dapat penuhkan kekosongan perjawatan yang lama tak berisi. Ummi pun dapatlah tambahan seorang lagi anak buah. Tapi sebab kemasukan anak buah yang ke-3 tu di tahun kita berdepan pandemik Covid-19, disusuli dengan full lockdown, maka tak banyaklah ilmu yang dapat dikongsikan. Bila benda-benda yang urgent dan melibatkan hal P&C pula waktu FPN 1 tu, ummi banyak selesaikan sendiri je. Sebab masa tu semua dok mengejar, kiri kanan atas bawah..  

Ni bila 2 sayap utama hilang, speechless, tak tahu nak kata apa...Menangis dalam hati je masa dapat berita, but in the same time happy for them.. Peluang mereka untuk kembangkan kerjaya dan timba pengalaman baru disamping berubah suasana baru.

Tapi jujur, memang sedih. Bukan setakat patah sayap, kaki pun rasa longlai terus. Ummi kena start from zero untuk train anak buah baru. Yang baru ni bukan tak boleh buat kerja. Alhamdulillah boleh terima tunjuk ajar. Cuma dah lama buat teknikal, berbelas tahun rasanya. Jadi untuk task yang perlu protokol, surat menyurat, laporan dan minit mesyuarat ni, ambil masa juga untuk dilentur dan dapat rentak mengarang ayat tu. Nak buat minit mesyuarat tu, kalau bukan bidang/disiplin kita, jenuh juga nak pusing ayat kan. But it's ok, apa-apa pun kena ada learning process. Cuma ummi ni memang tak pandai bagi arahan, jadi kekok sikit lah. Moga Allah permudahkan urusan semua, InsyaAllah.

Berbalik kisah kesedihan ummi.. Hari tu ada mesyuarat tapak salah satu projek ummi, di minggu terakhir anak buah yang sorang ni, E. Ni hok yang paling sayam la, sebab ttino kea.. Pah dio pulak banyak bui tunjuk ajar ke ummi, hok banyok bui khidmat nasihat, kaunseling, parenting, family planning.. haha.. Masuk loghat kelate pulokk..


Maka bertigalah kami, ummi, E dan J, ke tapak projek. Site meeting/visit terakhir bersama dua anak buah ummi ni.. sobs..


Boleh lah pulak asbab meeting tu, ummi jadi kontak rapat sebab pegawai yang duduk sebelah ummi masa meeting tu tested +ve covid keesokan harinya. Lalu, di hari-hari terakhir E ni di unit ummi, ummi kena kuarantin kendiri di rumah. Sedih teramat. E & J tak jadi kontak rapat sebab mereka duduk juh dari ummi masa meeting. Ummi cakap kat E, mungkin Allah taknak bagi banjir unit kami tu, sebab pasti akan ada pertumpahan air mata nanti. 

Masa buat farewell mereka bersama 2 lagi staf/bos (minggu sebelum pergi site visit) pun, dah tergenang-genang dah airmata ummi. Tapi, kutahan jebatt..

Sekitar majlis perpisahan mereka

Sedondon ummi dan E. Kami macam ada telepati.. Haha.. Tiap kali ada event, meeting, mesti tona baju selalunya sama tanpa dirancang..haha..


Di hari-hari terakhir E di unit kami, sempat lagi dia buat crash course, kongsi ilmu dia dengan junior staf..Moga jadi ilmu yang bermanfaat buatnya kelak.


E last day was on 26 Nov. Ummi tamat kuarantin kendiri on 30/11. 
1/12 baru ummi masuk office balik. Dari pagi masuk duk tenung my messy whiteboard tengok apa pending task..

After lunch, tenung lagi, baru ummi perasan ada hidden notes di celahan tulisan ummi yang comot tu.. And i cried instantly.. Terasa hilangnya tu.. alahai..
Padahal dok whatsapp je dia lagi..


You will be missed too.
Emosi sikit ummi. Yelah, selama servis, ini post ummi paling lama setakat ni. Dan E ni sangat membantu ummi, she even backed me up in most situation. Ummi ni jenis tak reti tolak, tepis, taici.. Selalunya memang akan absorb je dan sakit sendiri. Pernah awal masuk sini dulu, ummi tengah sarat pregnant, 8 months. My immediate bos ajak pergi site di Kota Tinggi. E bangkang. Because she know jalan ke sana macam mana. Tapi selaku orang baru masuk, ummi tak pandai nak tolak, and so i went along to that site meeting. Ditakdirkan, ada lah isu sikit, kami bergerak agak lambat. Jadi driver cuba untuk catch up masa supaya kami tak terlalu lewat, sebab ada klien. Bayangkanlah, lalu jalan felda tu, dengan lajunya.. Perut pun asyik mengeras, senak. I lost count of my fetus movement. The next day, MC sebab sakit pinggang, sakit perut..haha..Bisinglah E lepas tu. Dah macam my guardian dah dia..huhu.. Too many moments la kalau nak cerita kan.

Apapun, selamat maju jaya di office baru. Moga terus cemerlang dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Semoga silaturrahim ini berpanjangan hendaknya. 

Kan ummi kuarantin di hari terakhir E di office. Sebal je rasa sebab ada banyak benda nak cakap. Tapi sebenarnya ummi tau, pasti tak terluah juga sebab it will end up dengan tangisan je. Ummi ni berapa kali nangis depan dia. hahaha. She's like a big sister to me. Ummi ada beli hadiah untuk E. Mujur ummi sempat simpan di office sebelum site meeting hari tu. Tapi tak dapatlah ummi nak sampaikn sendiri. Terpaksa lah ummi minta tolong W ambil dalam kabinet ummi dan berikan pada E. 

Gambar dikirim oleh E sendiri. I hope you like it dan selesa memakainya. Kenangku dalam setiap doamu ye.






 

Tuesday, April 6, 2021

Quick Catch Up with Lovely Ladies at MyeongDong Topokki, Sunway Putra Mall

Cerita Jumaat lepas, 2 April..
Geng Novemberian ni memang sokmo adhoc je baru menjadi...
Pukul 10.26 akak gojes mesej dalam group Happy November mengajak adik-adiknya lunch di hari Jumaat..
Bila crowd dah agree (4 out of 5), fikir nak lunch mana pulak.. Kalau ikut I, Sogo lah paling hampir. Tapi sebab Jumaat lepas ada Member Day Sale, pasti ramai orang. Maka kami ke Sunway Putra Mall (SPM) lah.. 

Mereka bertiga satu cawangan lain bahagian. So, mereka gerak bersama lah.  I sorang je dari belah Sogo ni. Pastu discussion dengan bos habis lambat pulak. Mereka ni dah sampai dulu, I baru nak keluar office.. 

Kak A kata nak makan di Dubuyo, tapi penuh. Tukar ke MyeongDong. Since I sensorang dan tak berapa familiar dengan SPM, mintak direction siap-siap supaya tak sesat dalam tu. Mujur dekat level foodcourt je, tingkat 4. 



They send me menu, tanya nak order apa masa I baru nak naik tren..hiks. I tak pernah makan di MyeongDong dan jujurnya tak pandai makan korean food, jadi blur nak order apa. Mintak mereka je orderkan..Order jelah apa-apa..hahaha..


The lovely Novemberian ladies.. hihi..
Mereka orderkan Hangul Chicken Ramyun for me. Ok lah, not so bad. Boleh la makan sampai licin mangkuk. Yang penting dapat hang out dengan these sisters bergosip sekejap sambil makan. Bukan selalu pun dapat jumpa ni.



Till we meet again Novemberian Sisters 😘

Friday, September 18, 2020

Ber-steamboat di Office dan Lunch dengan Happy Novemberians


Kisah throwback beberapa minggu lepas.
Geng office ajak buat steamboat di hari Jumaat. Kami buat collection serba sedikit, hantar lah wakil pergi cari bahan-bahan. 

Ini party steamboat siri 1..
Siap ada periuk nasi, griller bagai..


Steamboat siri 2
Disebabkan ada lebihan bahan minggu sebelumnya, dan  juga asbab ketiadaan bos-bos pada minggu tersebut, kami repeat lagi party steamboat.
Yang sebenarnya, ada gotong-royong kemas pejabat masa Siri 2 ni. Tapi kami dan makanan berpisah tiada. Jadi, gotong-royong pun, wajib ada makanan terhidang. huhu..



Katanya nak habiskan baki lebihan kali yang lepas, tapi...macam makin bertambah banyak je bahan..huhu.. Siap ada kambing pulak kali ni..


Aktiviti macam ni boleh buat hari jumaat je sebab waktu rehat panjang. Sesekali perlu juga aktiviti makan-makan ni untuk release stress dan tension bekerja..huhu..

Ada satu hari ni pulak,  tiba-tiba 3 of Happy Novemberians kata nak lunch dekat Sogo dan roger lah kita sekali selaku kakak kawasan Sogo. kahkah.. Sebelum ni dok tanya-tanya juga bila nak meet & eat lagi, tapi sokmo ada yang tak available. Kena adhoc macam ni baru on agaknya. Apapun, Alhamdulillah.



Sesekali jumpa, borak-borak kosong je pun riuh. Masa ni jelah nak me-time pun.

Friday, August 28, 2020

Farewell Lekir, Celebrate Birthday Rehan & Welcoming New Members..

Hari ni buat majlis 3 in 1..
Sambut birthday, meraikan pegawai baru dan juga majlis perpisahan .

Orang yang akan berpindah.. Lekir. Kalau anda peminat tegar bola sepak tempatan, mesti kenal mamat ni. Leader pemain ke-12 Harimau Malaya 😎

Syahdu betul ucapan orang yang kena pindah ni. Faham weh, aku pun tak suka kena hadap environment baru, kena jadi junior balik kat tempat baru.. Tambah pulak kau dah berbelas tahun kat sini. Tapi that's nature dalam perkhidmatan, terpaksa kena hadap. Moga sukses di tempat baru.


Tolong potong kek untuk birthday girl, Rehan yang lewat sikit.


Souvenir from us.


Souvenir dari orang kena pindah..😃
Orang nak pindah pun rajin bagi hadiah. Thanks.


Selamat maju jaya.
Moga sukses dalam kerja hakiki & juga bisnes.


 

Wednesday, November 20, 2019

Happy Novemberian Meets Again @ TCRS


It's November  👯👯

And the Happy Novemberians meets again. 

Port perjumpaan mestilah tempat makan..

Bagi birthday girl order menu

Gadis pembuka November a.k.a puan pengerusi tak sampai lagi. Makanan dah terhidang ni.. Laju je licin nanti.. hahaha.. Cepatlah puan pengerusi uiiii..

Puan pengerusi majlis dah sampai..😆😆😆

Agenda, kalau tak bergosip, luahan perasaan tak syok lah kan.. Itu je pun agenda utama. Gosip pun pasal kerja je mostly.. Biasalah, makan-makan, bertanya khabar..Bukan selalu pun jumpa ramai-ramai ni.

Happy Novemberian + April Girls
20.11 ➠ 22.11 ➠ 23.4 ➠ 1.11 ➠ 30.11

Hugs. XOXO.
Till we meet again.

Well...Novemberians are awesome 😊😘
Kebetulan jumpa advert ni.. Ngam ho sangat dengan aku..Hiks..





Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015