Showing posts with label Misi Fit. Show all posts
Showing posts with label Misi Fit. Show all posts

Sunday, January 4, 2026

Virtual Run 2025

2025 ummi banyak join virtual run (VR).. Readon join VR adalah, sebagai cause untuk ummi lari/briskwalk disamping kumpul medal dan t-shirt yang cantik. haha..

Sebab misi nak fit. Bila nak fit, kena konsisten bergerak, kena aktif. Kat sini lah masalahnya. haha.. Nak paksa diri tu susah, banyak halangan.. Yang paling penting, banyak alasan. Dushhh 🤜🏻👊🏻🤕.

Antara cara nak paksa diri briskwalk/lari, join lah VR. VR ni kita jalan/lari ikut masa dan pace kita. Tak terikat dengan event. Tapi kena complete dalam tempoh masa yang ditetapkan lah kan. Nak lari pace 12 ke 20 ke, tak rasa psiko dengan pace orang lain. Ikutlah kemampuan sendiri. 

So.. inilah VR yang ummi dah join tahun 2025. Ada 1 lagi event, tapi takde medal. Ummi ambil sijil je yang tu. 

Autism awareness run. Autism Warriors. 

Hari Sukan Negara 2025

Larian Kemerdekaan Negaraku

Run for Mental Health Day

Ummah Run: Run for Hope.. for the freedom of Palestine.

Pink Run. Brave Run. For cancer awareness. Ada sumbangan kepada MAKNA. 



6 medals. 7 events.
More to come in 2026, insyaAllah. 


Saturday, November 15, 2025

Reset.. Restart

Few weeks tak datang singgah sini. Rindu nak mencoret macam². Tapi itulah, banyak betul urusan sampai tak sempat nak jengah sini 🥹.

BW pun dah kemana tah. To date, almost 2 bulan la ummi tak mengaktifkan diri berjalan/berlari. Last active mode, sebelum operation. Post operation, kita take time untuk recovery, lepas tu things came one after another. Packed and busy weekends. Works, kids stuff & activities, health.. Dengan tak cukup tidur lagi.  Badan ni dah macam tearing apart. Lenguh sana sini. 

Kenangkan ummi ada 2 Virtual Run event, eh.. tak boleh jadi ni.. Susah nak outdoor sekarng sebab abi kerja tak menentu masa. Kadang subuh baru balik. Mana nak tinggal si kecil Mus'ab tu kan. Maka, jom rasmikan walking pad yang beli sebelum operate hari tu. 2 bulan dia tersadai. Semua tak berani guna selagi ummi tak rasmi. hahahaha.  

My restart kickstart. huhu.


Niat hati nak push sampai 10km. Tapi Mus'ab dah bangun. Dia dah laju menyulur dan bertatih² merangkak. Nanti dia panjat pula WP ni. huhu. Jenuh mak.

Cukup dulu la 5km for reset & restart. 
Ada hutang lagi 8km. 

Beli WP murah je. RM200++. Lupa harga sebenar sebab lama dah beli kan. haha.


Sebenarnya berkenan yang Gintell CyberTrek warna biru putih. Tapi harga dia Rm1000++. Takpelah, kita pakai yang ni sehabis baik. Ada rezeki, kalau konsisten dan betul² guna, baru upgrade. Yang ni pun, 2 bulan terperuk ummi oii.. 🥴. Dah, jangan ikut nafsu sangat. Kehendak je tu. Yang penting, matlamat utama tercapai.

Semoga kali ni MisiFit jalan terus, takde belok². Berapa kali nak reset dan restart kan??? 
 

Friday, September 19, 2025

An Evening With Kids at The Park

Hari selasa baru ni.. Alhamdulillah pagi ummi dah selesai BW 5.5km, alone. 

Petang, anak² tuntut nak ke taman. Maka moh lah.. Ada yang berbasikal, ada yang berskuter, ada yang bawa raket badminton, ada juga yang kendong adik kecil.. Hahaha.. Ummi bawa troop of 7 ke taman di petang hari.. Nak main badminton, berangin pula cuaca petang. Letih kejar si buku tangkis.. huhu.  So, let kids cycle, run, scoot with all their heart. Ummi pun, ambil peluang lah untuk cukupkan 10k steps for that day. Alhamdulillah manage to get 12k steps. 



Gambar random mana yang sempat je. Sebab yang lain bertebaran, bertempiaran ikut suka hati. Mek Fatima ni forever bodyguard ummi. Nak ke mana pun, mesti nak ikut ummi. hihi .

Tuesday, September 16, 2025

Insaf Lepas Bercuti

Lepas berjalan² cuti 3 hari, balik timbang berat, timbul keinsafan di hati.. Sebab berat naik 2 kg 😅🥹😭

Nak turun bukan main susah ye, berbulan baru dapat turun 2kg. Tiba tang naik, sekejap je meroket. Sadis.

Maka, moh le sambung BW..





Saturday, September 6, 2025

Sweat-turday

Hari ni kita mula BW awal sikit, sebelum abi pergi kerja. Kalau pergi seorang diri, pukul 7.10am ummi dah gerak. Tapi tunggu anak bujang seorang tu. Dah janji dengan dia nak pergi taman. Mampu bawa dia seorang je lah pun. huhu .


Alhamdulillah. 5.5km for today. Awalnya berlari²an jugalah.. Tapi bila heart rate mencanak naik ke 181bpm, kena slow down lah.. Thus pace macam anak tangga. Takpelah.. aim sebenar nak cukupkan steps, bukan nak cepat² pun. So pace bukan parameter utama. 


Peneman untuk pagi ni. Tumpang ambil gambar depan gate rumah orang. Berkenan betul dengan pintu arch ni. Cantik.

Cuaca redup pagi ni. Alhamdulillah. Kalau mula awal, redup lah sikit kan. Kalau pukul 8am baru nak gerak, matahari dah mula mencacak.


Nah pancaran matahari mula menembus awan. 

Selesai jalan/lari, singgah kedai beli roti canai untuk rakyat jelata di rumah. 

Hari ni ada 2 jemputan kahwin. Tak pasti dapat hadir ke tidak. Kena tengok abi balik pukul berapa. Kalau tengahari, boleh nak pergi kenduri. 

Jangan lupakan sahabat/saudara kita yang sedang mengharung gelombang ombak demi misi memecah benteng sekatan di G*za.. Fii hifzillah, fii amaanillah.. 

#sumudnusantara 

#globalsumudflotilla



Friday, September 5, 2025

Salam Maulidur Rasul

Its Friday, yaumul mubarak.. What makes it even more special, its the day our prophet Muhammad SAW was born. Sollu alannabiy..

Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw.



“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” 

{Hadis Riwayat An Nasa’i & Ibnu Hibban}

Starting my day with briskwalk yang asyik tertunda. Pagi ni, tanya abi siap² dia kerja tak. Bila dia kata kerja jam sekian sekian, ummi minta izin nak jalan sekejap. 

Dapatlah 5.3km, in almost 1 hour. Thank you abi bagi keizinan. Alhamdulillah ala kulli haal.


Reason nak kena resume balik BW sebab ummi join challenge anjuran Kementerian, 100,000 steps briskwalk challenge. haha. Kadang tu, memang kena join event untuk push diri ni istiqamah. 😉

Another reason, life is being too hectic now. Kerja bersusun, bertindih² till sometime dah tak tahu mana yang nak kena jalan deliver dulu ni. Semua nak urgent 🥲. Abi pun sama sibuk. So, i need some time to heal, relax and remain my sanity. 


Works that keep piling up. Entah bila nak surut, dengarnya more to come next year 🥲🥲. It's good at the point we're serving for the nation. Tapiiii, kena take a look at the manpower part dan kebajikan. Kalau semua nak cepat, dateline bertindih², semua pun taknak mengalah, nak deliver their project.. Yang melaksana ni, seorang handle banyak benda, tak terkejar dah. Takkan nak tunggu mati keras kat meja tu baru ada yang nak bergerak  dak? 

Berdoa jelah Allah permudahkan semua urusan, jauhkan dari hanky panky. Apapun Allah jua yang mengatur segalanya, Dia juga yang memegang hati semua. Semoga yang di atas akan digerakkan hati oleh Nya, untuk lebih cakna kebajikan yang di bawah. 

update:
Petang hujan. Awalnya janji dengan anak⁴ nak bawa jalan² di padang kalau tak hujan. Unfortunately cuaca tak mengizinkan. Sorry kids. Dan untuk ummi, niat nak tambah steps tak terbantut di situ.. Hujan di luar, kita lari² anak dalam rumah 🤭🫣


Indoor run, nampak macam lari atas treadmill, tapi ummi takde (belum ada 🤧🤭) treadmill. huhuhu.. Duk dalam bucketlist dulu. Kita lari² anak je dekat hall yang very humble tu . Entah berapa puluh round baru nak dapat 3km tu 😅😅..tak sempat nak kira. 

Setakat jam 7pm, alhamdulillah dah exceed 10,000 steps 










Friday, August 22, 2025

Aura Cikgu

Hari ni ke kaunter Tabung Haji. Nak buka akaun Mus'ab yang lama bertangguh. Puan dekat kaunter tu, tanya.. 

"Puan surirumah ke bekerja?"

"Kerja"

"Cikgu ye?"

"Bukann.."

"Bukan ke? tapi tengok rupa macam cikgu.."

"hihi.. saya tak pandai mengajar".

"Tapi memang ada aura cikgu.."

Hahahahaha.. Adoi la.. Ni dah orang ke berapa entah yang pernah tanya benda yang sama. Ada dalam 4-5 orang kot. Ada rupa cikgu ke saya niiii??

Kalau jadi cikgu, mau anak murid menangis tiap hari 🤭.


Alhamdulillah petang tadi cuaca elok, cantik.. Dapatlah resume BW yang tertangguh. Ditemani abang no. 4. Mencari kesempatan dicelah² kesibukan. 

Dan hari ni juga, lalu di timeline memories..
Gambar ni marks my 3 years at current office. Pejam celik dan 3 tahun. And to endure 3 tahun ni, Allah sahaja lah tempat mengadu. haha.. 17 tahun dalam servis, dah bertukar 5 portfolio. Berapa tahun lagi di sini, i couldn't guess. Kata orang, once melangkah masuk sini, nak keluar susah, unless buat rekod buruk. Hahaha. Jiran² cubicles, ada yang dah masuk tahun ke8 di situ. Pheww.. Tapi mungkin untuk orang hebat sahaja yang akan ditahan². Yang marhaen, suam² kuku dan tak dikenali ni, mungkin takde siapa yang nak tahan. haha. Harapnya lah. Tapi, nak tukar pun, seram juga dengan pilihan portfolio yang tinggal. Semoga jalan yang baik² saja yang Allah susun buatku. Mana tahu tiba² tender pencen awal kan 🫣🤭.. 








Monday, August 11, 2025

Ahad Yang Redup Mendung

Pagi Ahad, ikutkan hati, nak pergi berlari. Plan nak bawa bola jaring sekali. Lepas puas berlari, bolehlah men'jaring' seorang diri.. 

Tapi sebab cuaca mendung semacam, risau pula hujan di tengah perjalanan. Maka, batalkan je la hasrat. Lagipun, sakit kaki. Mungkin sebab tapak kasut dah haus dan keras, dah tak dapat nak absorb hentakan yang tak seberapa ni.

Agak lewat juga, baru hujan turun. Duk berkalau sendiri.. Kalau pergi lari tadi, syok je lari redup², cuaca lembap² sejuk.. Hurmmm, tak mengapalah. Sudah aturan Allah. Ada asbab dan hikmahlah kenapa diberatkan hati untuk pergi berlari. Tak elok berkalau-kalau. 

Hujan berhenti sekejap je rasanya. Petang hujan balik. Anak dara berdua tu ada latihan Kalam Jamaie untuk Alam Ria Pasti pukul 2pm. Abi yang hantar mereka sebab ummi nak selesaikan 'bersauna', iron baju sekolah anak² dan baju² ummi, dan siapkan bubur Mus'ab juga. 

New gadget untuk prepare bubur Mus'ab. Yang lama² semua dah takde. Dulu pakai food processor biasa kenwood tu je. Itupun dapat hadiah kahwin. Bubur jerang manual atas dapur. Now terpaksa beli baru, yang multi function, boleh steam & blend terus, untuk kesejahteraan dan kesenangan diri sendiri. Jadual ummi dah cukup packed dah untuk urusan seharian yang lain. huhu..


Inilah budak yang dah nak masuk 6 bulan in few days je lagi. Dah start bagi  makan bubur, starting sunday. 

Pukul 4pm, ummi nak pergi ambil kakak², hujan rintik². Bila nampak dah berhenti, terus ajak abang Fathiy, sambil gendong baby Mus'ab, pergi ke Pasti. Tak lama lepas kakak² habis latihan, hujan lebat turun.. huhu.. Macam mana nak balik ni?? Abi kerja. Sudahnya, cikgu tumpangkan hantar ke rumah. Maaflah menyusahkan cikgu. huhu..

Ummi ternanti² parcel dari tengahari since status dalam Shopi dah out for delivery. Dekat nak maghrib baru smpai.. Cuba teka apa yang dinanti² kan sangat tu??








Ummi tunggu benda ni....

Running shoe.. Menjawab kepada pernyataan kat atas 🤭😅.


Terjebak dengan review orang dan sebab harganya yang sangat mampu milik. Sambar lah sepasang. Kalau ikut nafsu, dok usha Asics dan New Balance. Tapi itu nafsu. Kitanya bukan level atlit pun. Cukuplah cap marhaen ni.. Yang penting, kaki selesa dan empuk. Warna rose ni ingatkan lebih ke pinkish. Rupanya more to purple. Fav warna ummi ☺️



Matchy matchy dengan warna netball 😂

Jam pun purple juga. Lilac.


Offer nak jadi model. Sambil bebel asyik barang ummi je sampai 🤣🤣🤣


Bila pula boleh rasmi kasut baru ni.. hihii. Semoga semangat nak fit tu tak kendur ye ummi. Macam² dah invest untuk fit journey ni. Jangan hangat² tahi ayam..

Apapun, semoga dirahmati dan diberkati Allah.



Sunday, August 10, 2025

Briskwalk di Pagi Sabtu dan Fun Run Alumni Sekolah...

Sabtu. 09.08.2025.

Ummi minta izin abi nak pergi lari. Abi bagi greenlight. Ummi dah panaskan susu untuk Mus'ab siap². In case Mus'ab bangun dan nangis. Standby juga another bottle. Mak² gini lah.. Nak keluar berlari pun fikir anak lagi 🤭.

Pukul 8 baru keluar. Kali ni jalan jauh sikit. Selalu pusing padang depan rumah je. Mood nak pusing jauh sikit, menapak lah ke Padang MPAJ. Ramai juga orang kat sini. Yang main basketball, geng² tai chi, geng uncle aunty senamrobik, anak² kelab bola sepak dengan parents yang setia teman anak training. Seronok tengok.

Hasil larian di pagi hari. Sejam juga sesi pagi ni. Kitanya cepat mengah. Segan dengan aunty² chinese yang steady je briskwalk non stop. 


Alhamdulillah. Another 10k steps achieved. 

Ucu pun berjalan pagi ni.. Tapi dia lagi dahsyat...


Tercabar ummi eh.. Semalam baru ummi ajar dia pasal Pacer. Hari ni, 13k steps terus dia lenjan. Almost 10km.. 
Jiayou ucu 🦾

Ummi plan nak join fun run anjuran alumni sekolah ummi ni sempena 100 tahun TIKL.. Dah tanya abi, since we're both alumni, mestilah ajak dia sekali kan.. hihuu.. Abi macam onz je..


Tapi, ikutkan date tu, ummi macam ada kekangan.. Tapi hati ni memang nak join.. haha.. Register jelah kan.. Kalau tak dapat join pun, at least dapat baju. Buat kenangan. Anyhow, SU alumni is our friend. Kena support kawan se-batch lah kan. hihi.. 

Hujan lagi dipetang sabtu. Syukur diizinkan BW di pagi hari. Dah 2 days achieve 6km ni,  esok nak lari lagi ke??? 🤔

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur pada Allah yang memberi nikmat masa dan sihat. 



Saturday, August 9, 2025

Hari Diskusi Akademik

Hari jumaat, 08.08.2025, ada Hari Diskusi Akademik sekolah abang kecil berdua. Tengok poster, ada 2 sesi, pagi dan petang. Bila tanya abang² kecil ni, depa minta datang pagi. Tapi bila discuss dengan abi, we prefer petang. Sebab pagi confirm ramai. Dan ummi malas nak berkejar masuk office semula, then kena balik lewat pula. 

Awalnya abang² tak puas hati. Tapi bila muallimah buat poll, pilih sesi pagi atau petang, dan minta confirmkan siapa yang stay sampai petang utk penyediaan makanan anak², ummi tanya abi balik, macam kesian pula kat anak² kalau takde kawan² dierang stay sampai petang. Sebab masa tu rmai pilih pagi, petang takde orang. Sudahnya, stick dengan decision awal kami, pilih sesi petang. Tak lama lepas tu, ummi tengok ada juga beberapa parents lain pilih sesi petang. Mungkin awalnya semua fikir macam ummi, takut anak tinggal seorang. Bila ada seorang yang mulakan pilih petang, baru ada yang join. hihi..

Result peperiksaan, alhamdulillah semua subjek lulus. Yang seorang ada nak kena improve here and there, yang seorang lagi kena maintain dan improve mana yang boleh. 

Adab dan sahsiah dalam kelas, alhamdulillah baik. Yang seorang tu very kind hearted, rajin menolong, baik dengan semua orang. Another one, aktif, tak suka duduk diam (suka berjalan ke depan 😅)..suka bertanya dan suka juga bersoal jawab semula dengan muallim/muallimah.. suka loyar buruk juga. 



Apa pun, ummi raikan every achievement and improvement, be it small or big. Semoga kalian jadi anak² yang baik akhlak, berbudi pekerti dan berperibadi mulia. Semoga kalian cemerlang dunia dan akhirat.

Petang tu, cuaca nampak redup. Mula² nampak macam nak hujan. Alhamdulillah tak hujan. Laju² capai kasut, ajak abang² pusing padang sebelum ambil kakak² dan baby. 
Ummi berlari/jalan seorang je. Abang² main bola. Masa tengah BW halfway, ummi minta abang2 ambil kakak² bawa ke padang. Tak jauh pun sekolah kakak². Dari padang ummi boleh nampak. Dah ada abang kakak berempat, depa main dekat playground while ummi cukupkan km. Dah cukup 6km, mohler kita ambil adik Mus'ab pula. 

Total steps for the day

6km of evening briskwalking.
First time hit 6km.. 


Alhamdulillah ala kulli haal
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Monday, August 4, 2025

Friday Evening Walk

Pagi jumaat dah buat kerja gila panjat tangga sampai office. Pagi² dah lencun dek peluh. 🤭

Tengahari kononnya plan nak 'briskwalk' dalam mall masa long lunch hour. Apakan daya, takdir Allah melebihi segalanya. Hujan turun mencurah. Tak jadilah tambah step menapak ke mall, tawaf mall dan menapak pulang ke sarang 😅😅.

Lunch hari jumaat. Mencuba diet suku-suku-separuh. Awalnya risau kalau production untuk Mus'ab terjejas. But alhamdulillah, so far ok je. Cuma kadang ummi lebihkan sikit protein, banyakkan minum fresh milk untuk cover production. 


Ni lunch hari khamis.


Semoga boleh istiqamah. Sebenarnya bukanlah tak boleh makan apa yang kita teringin kan. Cuma bila makan tu, kena bermaruah 😅😅 Jangan ikut nafsu sangat. Cukup sekadar buat rasa². 

Balik kerja kita turun tangga lagi. 


Masa sampai LRT abi belum keluar office, maka ummi notify abi, jumpa kat padang macam hari sebelumnya. Kali ni dapat round padang 3 pusingan. Sambil² tengok orang main/training netball. Geram je tengok. Rasa macam nak join sama 😂. Tapi awak tu dengan kemeja dan seluar slack 🤣🤣🤣 Kasut je tukar hari ni, pakai sport shoe 

Kena zoom baru nampak orang main netball. hihi..

Hasil berjalan di petang jumaat.



Friday, August 1, 2025

MisiFit: Use Stairs Instead of Elevators

Semalam, ummi decide untuk turun tangga masa balik kerja, instead of naik lif. Office ummi Tingkat 9, tapi ada another 2 extra double volume floor dekat bawah. Makes it macam 13 tingkat lah.. Setiap floor pula ada 2 flight of stairs. So total flight of stair adalah 26. Macam tak aci je sebab turun kan. Cuba kalau naik 🤣🤣 Nak panjat tangga pagi², risau lambat punch in ataupun sampai office 'ketibas' 🤭pula. Tapi boleh have a try kalau sampai office awal. Last time pergi kerja naik LRT, then menapak sampai office, turun naik tangga jejantas ok je 'ketibas' pun kan. Standby minyak wangi lah, pastikan baunya cukup untuk kita hidu sahaja.


Lepas turun tangga, menapak ke LRT pula. Selalunya ummi naik escalator, this time i choose stairs too. 

Sampai LRT PI, text abi, bagitau ummi nak jalan dulu, nanti jumpa somewhere in the middle. Usually, ummi duduk melangut je lah tunggu abi datang jemput di LRT. Kali ni decide untuk jalan. Abi kata, pusinglah padang tu dulu (referring to padang MPAJ). Berjalanlah ummi dengan baju kurang, dengan kasut kerja dan galas 'peti sejuk bergerak' ni. 


Sampai padang, sambung ke lagi jalan. Niat nak pusing padang tu, dapat 2 round pun ok lah. Orang lain pakai proper sports attire lah kan. Kitonyo sesat. Tapi lantakkan situ. Make use every opportunity you have. Baru nak complete 1 round, tiba² dengar suara kecil tapi nyaring.. "ummmiiiiiii..." Abi dah sampai dengan Nusayba rupanya. haha. Angan² jelah 2 round tu. But its ok. Small achievement is still an achievement to be celebrated kan. Total walk 2.18k. in 30mins ++. Jadilah. Kalau pakai kasut sukan tu, mau ummi dah lari pecut pusing padang 🤣🤣🤣

Some benefits of walking


Jom jalan.
Target nak reach 10k steps per day baru sekali je tercapai. 15k steps belum nampak bayang. Kita cuba lagi 🦾.

Pagi ni ummi cuba naik tangga pula. Compared to semalam, belum halfway pun dah mengah, lutut dah goyang.. Awal² bukan main laju lagi.. Lepas ty, dah rasa macam nak merangkak panjat anak tangga. Aduhaiii.. Tapi gagahkan diri juga untuk climb up. Manage to climb 312 anak tangga in 4 mins 42 sec. 40kcal burnt. Semput minta nyawa dah ni. huhu..







Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015