Ikutkan hati ummi ni, malas nak ke PBAKL tahun ni. Antara sebabnya, ummi tak berapa sihat, badan lemau bisa², batuk selsema. Lepas selesai urusan arwah ayoh & tahlil, rasa badan ni memang tak larat sangat. Sakit² pinggang semua ada. Rasa nak berehat kat rumah, sambil selesaikan baju² yang menimbun π₯΄. Another reason, rasanya takde buku yang ummi aim nak beli, sebab ummi dah beli pre-order sebelum PBAKL π
π. Kitanya malas nak book hunting from one booth to another, tanpa arah tuju. Selalunya mesti dah target nak beli apa.
Tapi sebab anak² especially abang ngah dok tanya banyak kali dan mengenangkan dia pun nak balik asrama dah hujung minggu ni, abi turutkan jua. Maka, ummi paksakan diri untuk ikut. Main reason, nak raikan anak². They deserve to be celebrated. After all, mereka juga terkesan dengan kehilangan insan yang dikasihi dan disayangi.
Muka bahagia dapat pilih buku.
The Diva. Yang ni pun boleh tahan memiloh. Semua buku dia nak. Pengsan ummi aih..
Saja stop by ambil gambar sebab backdrop cantik.
Jumpa kawan sekolah pula.
Solat jap. Keluar rumah lepas Zohor, sampai WTC dah almost Asar. Keluar WTC menjelang Isyak π
π
Betullah tu. Semua orang ada cerita. Yang bergambar dengan ummi dalam no pun, ada cerita nak buat bebai dia juga π₯Ήπ
. huhu
Total investments, not damages.. Boleh buka mini library dah ni. Malas nak congak harga semua sekali. Nak claim LHDN nanti lah kita kira. Belum termasuk yang selamat pre-order sebelum PBAKL. hihi.. Dalam ni, buku ummi ada 1 je. Kompas 114. Banyak sangat buku lagha, kita kena cari bekalan untuk ukhrawi juga.. huhu. The rest, buku 6 orang anak. Mus'ab belum join the reading club lagi.
Buku² pre-order.
Yang ni bukan pre-order. Tapi baru jugalah beli sebelum PBAKL. Anak² lebih senang faham dan mudah register dalam kepala dia bila baca komik. Maka bacaan ilmiah tokoh² Islam dalam bentuk komik ni memang sangat bagus dan recommended.
Another pre-order. Gigih battle tau. Buku Empayar 4 by Teme ni memang telah lamaaa ditunggu-tunggu. Makan tahun juga ye penantian. Macam nak kena ulang balik baca Empayar 1-3 sebab dah lupa π
π
. Punya lama tunggu
That's why bila tahu Teme nak keluarkan Empayar 4 ni, laju la kita standby untuk battle. FOMO kan π«’.
Membeli bukan main ni kan . Doakan lah ummi ada kesempatan untuk habiskan baca SEMUAaaa buku² yang ummi dah invest dari PBA tahun² lepas juga belian melalui platform atas talian. Ni mujur semalam ummi banyak beristighfar, sambil mengenang buku² yang masih tersinpan rapi dalam sampul plastim dirumah. Kalau dirasuk roh buku, mahu banyak lagi duit yang berterbangan.
Dulu masa muda excited ke Pesta Buku, sekarang dah duduk jauh dan dah makin berusia akak prefer beli online jelah. Tapi itulah…sekarang stamina membaca jatuh teruk. Berderet TBR. Kompas 114 tu akak baca tapi tak khatam dah sekian lama π
ReplyDeleteBagus Ily bawa anak-anak ke Pesta Buku, pupuk minat membaca dan dapat rasa kemeriahan industri buku.
Kalau Cie beli ni 5-6 tahun tak habis lagi baca π
ReplyDeleteBanyak beli .. bagus anak anak suka membaca.. nak bawa anak ke PBKL ni mmg tak sempat langsung huhuu
ReplyDeleteAkk tahan nafsu membeli buku skrg ni hihi... Ada several books belum habis baca huhu.
ReplyDeleteBagus anak² minat membaca, kita bagi galakan & sokongan. Suka anak pegang buku dari pegang gajet ✌π»