Sunday, January 4, 2026

Virtual Run 2025

2025 ummi banyak join virtual run (VR).. Readon join VR adalah, sebagai cause untuk ummi lari/briskwalk disamping kumpul medal dan t-shirt yang cantik. haha..

Sebab misi nak fit. Bila nak fit, kena konsisten bergerak, kena aktif. Kat sini lah masalahnya. haha.. Nak paksa diri tu susah, banyak halangan.. Yang paling penting, banyak alasan. Dushhh 🤜🏻👊🏻🤕.

Antara cara nak paksa diri briskwalk/lari, join lah VR. VR ni kita jalan/lari ikut masa dan pace kita. Tak terikat dengan event. Tapi kena complete dalam tempoh masa yang ditetapkan lah kan. Nak lari pace 12 ke 20 ke, tak rasa psiko dengan pace orang lain. Ikutlah kemampuan sendiri. 

So.. inilah VR yang ummi dah join tahun 2025. Ada 1 lagi event, tapi takde medal. Ummi ambil sijil je yang tu. 

Autism awareness run. Autism Warriors. 

Hari Sukan Negara 2025

Larian Kemerdekaan Negaraku

Run for Mental Health Day

Ummah Run: Run for Hope.. for the freedom of Palestine.

Pink Run. Brave Run. For cancer awareness. Ada sumbangan kepada MAKNA. 



6 medals. 7 events.
More to come in 2026, insyaAllah. 


Saturday, January 3, 2026

Minor Operation in 2025..

(Disclaimer: Post ni dah lama duduk dalam draft. Tapi takde kesempatan nak publish. Ummi pun malas nak betul2kan balik time stamp ke apa bagai.. Maka, begitulah ia sebagaimana ummi menaip pada waktu dan ketika itu. Tak sempat eh nak proof read, betulkan balik. 🙏🏻 )

Nak jadi cerita, ummi akhirnya decide buat bilateral tubal ligation (BTL), dengan izin abi pastinya  Bahasa mudahnya, ikat tiub peranakan. Tak perlu explain lah kan kenapa semua tu. huhu. BTW, doktor pun takkan simply approve BTL kalau takde strong reason, medical risks and issues. Panjang lebar discussion dengan doktor tentang BTL ni. 

Sebelum nak buat BTL, kena buat pap smear test dulu. Doktor kata, dia taknak buat appointment just untuk bagi result pap smear. So, she decide dia bagi result masa ward admittance date je, which was supposed to be on 20 June 2025.

So, 20 June 2025, Jumaat, ummi check in Hospital Ampang. Operation scheduled hari sabtu. Kena check in Jumaat sebab nak kena buat screening dulu. Buat ECG, x-ray, jumpa pakar bius for explanation on proses, risiko dan kesan bius then sign consent dan juga ambil darah untuk beberapa test. Selesai 3 perkara yang pertama tu, duduklah rehat² di wad, tunggu doktor nak set line branula dan ambil darah. Tiba² nurse datang, beritahu operation ummi cancelled. Nanti doktor datang explain. 

Kita pun macam tertanya² lah why kan.. Bila doktor datang, she explained that result pap smear dah ada, and my result is abnormal. Apa kaitan dengan cancellation of operation? Doktor kata kena buat another test, repeat pap smear and buat HPV test, to confirmed why the result is abnormal. Usually tak normal tu sebab HPV. If HPV positive, though not all HPV related with cancer, but there might be some possibility. Doktor kata, nak kena confirm dulu, sebab tak nak buat procedure 2 kali. If it is cancer, mungkin berbeza lah kisahnya.

So, proceed another pap smear and HPV. Result day, nervous betul rasanya. Macam² perasaan ada. Lama pula tu tunggu. Allahu.. Doktor reveal result HPV dulu. Normal. Alhamdulillah.. Then, the pap smear. Masih tak normal. Doktor kata ASCUS. Apa benda lah ASCUS tu.. She explained & siap lukis sekali beza normal cell dengan ASCUS tu macam mana bentuk dia. 





Since ASCUS ni biasanya disebabkan oleh HPV, tapi HPV ummi ok, maka doktor advice buat further investigation kenapa result PS masih tak normal. Ada infection ke apa. The next test yang kena buat adalah Colposcopy.

Apa pulak colposcopy ni?





Colpos ni, basically doktor buat visual inspection dulu untuk tengok surface serviks tu normal atau tidak. If ada penampakan sesuatu yang tidak normal, doktor akan buat biopsy, iaitu ambil sampel tisu untuk further test. Akan ada skrin dekat sebelah katil tu, so kita pun boleh tengok sebenarnya. Nurse pesan kalau jenis tak berani, takut/mabuk darah, jangan tengok. Tapi kitanya jenis nak tahu, jadi beranikan diri untuk tengok. huhu. Doktor kata ada sedikit, tompokan kecil sahaja, pada kedudukan pukul 6. Maka dia ambil sampel tisu tersebut, guna macam penyepit. Bila dia ambil sampel tu, nampaklah blood gushing out. Tapi tak rasa apa pun. Beza sampel biopsi dengan pap smear, pap smear ambil sampel sel dengan cara calitan swab. Whereas, colpos biopsy ni ambil sampel tisu. Macam ambil secubit 😂😅. Tujuan ambil sampel tisu nak tengok ada sel kanser atau tak. Basically result dia akan keluar normal, pra-kanser (CIN) atau kanser. 

Fast forward, another result day. Masuk² doktor terus tanya, "ada tak doktor call bagitau awak kena warded 20hb Sept?". Hmm. Takde pun. Yang ummi tahu, last time, masa yang tak jadi BTL tu, doktor book date 25/9 untuk BTL, if result PS dan HPV ok. Doktor kata date 25hb tu dah cancel out. Tapi dalam sistem dah book untuk ummi 20hb untuk LLETZ. Tercengang jap ummi. Apa benda pulak ni? She explained, result biopsy ummi hari tu, CIN 1 dan pap smear masih tak normal. Rupanya CIN ni pun ada stages dia. CIN1, CIN2 dan CIN3.


CIN 1 ni biasanya akan hilang sendiri. Pada asasnya, tak perlu risau sangat.. Tapi, sebelum nak buat BTL nak check lagi, CIN1 tu, dia dekat surface sahaja atau how deep dia dah pergi. 

Maka kena buat LLETZ which stands for Large Loop Excision of the Transformation Zone. Loop tu macam dawai, dia akan electrified dawai tu dan ambil sampel affected area sebesar 1cm. Lebih kurang macam laser lah. At the same time, surface yang exposed tu jadi terbakar, dan remove sel² kanser jika ada. Untuk sampel ni, dia akan examine pada permukaan sampel, ada sel pra kanser CIN2 or CIN3 or even wujud tak sel kanser aktif. LLETZ ni pun basically remove sel pra kanser yang dah detected earlier. 





Doktor kata, jika result menunjukkan ada sel kanser, procedure BTL mungkin ditukar kepada buang the whole rahim untuk elak sel kanser merebak lebih teruk. Gulp! Perasaan ummi, jangan tanyalah. Allah je tahu. Nak mengadu kat orang paling rapat pun, they wont understand. Or they pun tak terkata apa. Maka kepada Dia ummi mengadu. 

At this stage, ummi ada thought yang macam nak give up on BTL, dan tak nak proceed whatever test dah. Tapi, bila fikir² semula, dan ummi sendiri pernah convince diri ummi awal² dulu, hikmahnya apa jua result, if it is positive, sekurang²nya dapat detect awal dan boleh usaha untuk cure. Hence, i proceed with the test. 

Dan seperti ummi pernah luahkan dalam post² sebelum ni, ada hikmah juga ummi disibukkan dengan kerja yang menimbun banyak dan dateline bertimpa² bulan Ogos to Okt ni sebab kesibukan tu buat ummi tak sempat nak overthink dan bersedih on something yang belum pasti jadi. Walau ada masa melt down juga, tapi macam once in a blue moon. 

Pesan kat diri sendiri, jangan stress, jangan fikir terlalu jauh dan dalam. Dan ummi juga jadikan cikgu Pasti yang seorang ni, cikgu B, sebagai idola dan penguat semangat. She have been diagnosed kanser rahim stage 3, dah remove rahim dan dah undergo chemo dengan jayanya last year. She came back strong early this year. Kembali ke diri beliau yang asal seorang yang ramah dan ceria. This year, bila buat MRI, found out the cancer relapse dan dia kena go through chemo cycle semula. Tapi dia memang kuat semangat. 1st chemo cycle, dia kata 1st 10 days tu memang dia rasa lemah, tak lalu makan etc. Minggu ke3, dia dah rasa kuat, so dia guna peluang tu keluar jumpa kawan², she even came to Alam Ria Pasti kawasan hari tu untuk support anak didik dia. MasyaAllah tabarakallah. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Cikgu B. 

And back to myself.. 1 week before admittance day, doktor call, informing that she and beberapa doktor pakar dah discuss about my case, basically dia tak risau pasal result LLETZ dan  suggest buat 2 in 1 procedure terus. LLETZ dan BTL. Kalau buat LLETZ sahaja, bius separuh badan. Kalau BTL kena bius penuh. Doktor kata, tak perlu 2 kali bius, proceed je dua² sekali.  Gelabah juga ummi sebab i wasn't prepared for it. Dan ummi pun awalnya ingat kalau buat LLETZ tu, MC sekejap je lah kot. Rupanya, LLETZ pun MC 2 minggu, sama dengan BTL. After a thorough thought, discuss dengan abi, doa dan mohon petunjuk dari  Allah, ummi setuju for 2 in 1 procedure.

That's what i've been through about a month ago.

Alhamdulillah feeling good right now. Appointment untuk result LLETZ pun dah keluar. Confirmed CIN 1, but the affected area have been removed during LLETZ process. Whats next? Pap smear every 6 months. If result PS normal twice in a row, boleh reschedule to once a year. Yang ni untuk monitor, if it ever comes back. Supposedly, lepas dah remove tu, takde dah lah CIN1 tu. Tapi ada possibility dia ada semula. If dia ada semula, maka repeat lah step di atas. Mohon doakan yang baik² untuk ummi ye. 

Cumanya post LLETZ ni, yang ummi pening sikit tentang bleeding.. Ni some possible risks post LLETZ procedure.



Risk yang last tu, reason ummi slow down dulu BW, jog ke apa bagai. Tapi lemau lah badan kitonyo.. huhu..


Niat ummi sharing kat sini sebagai info buat siapa² yang baca. Banyak ilmu yang ummi dapat, banyak terms baru ummi jumpa. Bila dengar doktor sebut terms² medical tu, ummi tanya in detail, bila tak berapa faham juga, kita google lah kan. Sebelum buat apa2 procedure pun, ummi search dulu apa procedure tu, macam mana ia dibuat. Memang seriau bila difikirkan, tapi ummi nak tahu the process dan bila kita sign consent tu, kita faham proses procedure dan consequences. 

Buat kawan² yang dikasihi semua, jangan lupa buat pemeriksaan PS dan HPV berkala untuk mencegah & mengurangkan risiko kanser serviks. Jaga diri, jaga kesihatan. Buat ujian² ni bukan sengaja nak mencari penyakit, tapi kita nak kesan awal, sekiranya ada, supaya boleh ambil tindakan pencegahan awal. 

Sebenarnya dekat wad tu, macam² kes ada. Bila kenangkan kisah sendiri hanya sekelumit dari apa yang orang lain rasa, tapi itupun dah buat kita down, tengok balik orang lain yang lebih hebat ujiannya.. Allahuakbar. 


Suddenly It's 2026..

To me, tahun 2025 berjalan dan berlalu dengan sangat pantas. It was a hectic year, and 2026 seems to be tougher 🥹.

My achievements in 2025:

1) Gave birth to seketul Mus'ab yang menjadi pujaan hati all his aunties & uncles, siblings & cousins... Alhamdulillah ala kulli haal. Though ummi rasa sedih sangat masa mula² dapat tau i'm pregnant again, tapi MasyaAllah... hadiah dan rezeki kiriman Allah ini sangat indah dan menenangkan jiwa. Syukran ya Allah .

2) Manage to ditch some weight. From 70kg to 60-61kg. Nak maintain at 60 je kot. Sebab kalau lesser, muka nampak cengkung macam tak sihat pula. huhu.. 

3) Join Virtual Runs. Cant afford physical run sebab kitanya lari leha² pace ke seberang lautan.. Plus, nak kena tinggal anak keluar berlari awal2 pagi, i just cannot la.. (Nanti nak buat another post tentang ni)

4) Manage to complete 3 books only.. Hurmmm.. target 10 books per year not achieved, but still considered as achievements sebab nak menghabiskan 3 buku pun took ages.

5) Alhamdulillah, masih fully BF seketul Mus'ab yang dah ada 4 ketul gigi right now. He's currently 10mos+..Suka menggigit tapi tak suka makan bubur. Pening ummi memikirkannya. 

6) This one, doesn't seems like an achievement, but more to a statement kot. I've undergone minor ops for tubal ligation. And in the same time, did LLETZ procedure as i was diagnosed CIN1, pre cancer (servix) but at very early phase. During LLETZ tu, doktor buang some surface of the serviks yang ada CIN1 cells. Hopefully its gone for good. I still had to do pap smear once every 6 months, for monitoring purposes. 

Well, tak boleh nak fikir apa lagi yang dah achieve. Ada one more ...

7) Manage to bertahan dan stay in sanity dengan kerja & family yang hectic sangat. Both me and husband sangat tied up dengan kerja yang menuntut banyak perhatian dan masa. Well, kids need attention too.. Its really emotional, and heart wrenching at times bila both menuntut perhatian dalam masa yang sama.. kadang rasa diri ni dah habis sibuk dan penat dengan kerja dah sampai sakit² kepala almost setiap hari, setiap petang.. Tapi abi lebih lagi sibuk. Kerja sampai dah takde beza siang malam dah..🤧😣.. Semuanya asbab mengejar dan dikejar dateline dan target date orang lain. Selalu cakap kat diri sendiri, kerja tak pernah habis, if anything happens to me, there will be a replacment. Tapi kesihatan yang terjejas tu, kita dan family kena tanggung sendiri. Still, kerja tetap kena buat, cuma kadang² tu i had to ignore je tekanan² dan desakan² dateline tu if situation and time memang tak mengizinkan. Lantaklah nak terlajak pun. Tak nak stress² sangat. Semoga Allah pelihara diri ini dan abi sentiasa. Amiin ya mujiib. 

Sedih juga sebab tak sempat nak blogging, scrolling dan blog hopping sangat bila dah start masuk office semula after cuti bersalin tanpa gaji.. Ikutkan hati, macam nak sambung je unpaid leave tu.. haha.. tapi kena berpijak di bumi nyata lah ummi oii.. 

Semoga 2026 lebih baik untuk kami, untuk kita semua. Though i know it' s going to be tough juga, sebab dah nampak hints projek berderet macam lebih banyak dari last year 😭😭😭. On top of that, seorang lagi anak masuk ke alam sekolah rendah dan yuran² sekolah semua naik 🥹. Semoga Allah kurniakan kesihatan tubuh, mental dan fizikal, yang baik buat kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa mencukupkan rezeki buat kami. Semoga sentiasa dalam perlindungan serta rahmat dan redha Allah, dipermudahkan semua urusan, diberi kekuatan dan kesabaran.. Allahumma amiin.

Thursday, December 4, 2025

Hujan Lebat, Gombak Banjir

Orang Gombak, Danau Kota ok tak tu? Allahu . Hujan lebat petang tadi. Kita yang menunggu anak balik sekolah pun risau. Fathan pula ada lawatan ke Lenggeng hari ni. Risau sungguh lah sebab pagi² dah hujan. Tengahari alhamdulillah mentari bersinar. Tup² petang hujan lebat pula..

Abi hantar gambar view dari office dia. Jalan dah naik air. 

Then dia forward pula gambar rumah Ma di Gombak. Air dah masuk melalui pintu dapur. Allahu.. Ada pula video dekat simpang jalan masuk ke area rumah Ma.. Kereta depan tu dah tenggelam separuh. 



Semoga dipermudahkan urusan semua.


Testing Bingkai Cermin Mata 🤭

Lepas makan meraikan hari bertambahnya umur ummi tempoh hari, singgah kedai cermin mata. Factory Eyewear. Abi yang nak check mata. Faktor penuaan 🤭 dah mula baca dokumen dekat hp kena zoom besar² atau rotate landscape. Mungkin kena tukar setting font besar di hp. hiks..

Maka, ummi saja lah tengok² dan cuba² test bingkai yang ada. Harga dari serendah RM39 untuk bingkai dan lens. Basic lens lah. Kalau nak tambah blue ray, UV or multi focal kena lah add on harga. 

Bawah ni 4 pilihan ummi sementara tunggu abi check mata.. Try saja. Tak buat spek baru pun. Niat je dulu.. haha..Rambang mata nak pilih frame, tapi memang berniat nak tukar pakai bingkai plastik macam ni je.. Mana satu yang ok ye? 🤔🤔🤔🧐


Entry bosan² sebab mode cuti tapi kena buat kerja. hahaha. Nak buat macam mana, kitanya memang tengah banyak dateline berderet ni. Susah hati. Masa ni pula Allah takdirkan anak demam campak. Ada hikmahnya lah kan semua aturan Allah tu. Sementara anak tidur lena ni, kita sambung buat kerja lah. Kerja tu pun amanah yang perlu digalas. 


Jaga budak demam ni sambil buat kerja 💪🏻


Semoga Allah permudahkan semua urusan ummi & team, bagi ilham terbaik untuk kami dalam menyelesaikan tugasan kami. Semoga Allahkurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan juga buat kami dan keluarga kami. Allahumma amiin 






Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015