Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Umrah : Tahallul / Bercukur

 


Rukun Umrah ada lima iaitu :-
1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib

Tapi kat sini aku nak kongsi kisah pasal bercukur. Kisah yang aku kongsi pasal umrah dalam blog ni mostly ilmu dan pengajaran yang aku sempat kutip dari Ustaz Haryanto sepanjang kembara umrah bersama Ustaz tahun lepas. Kalau nak tahu pasal rukun umrah serta tatacara umrah, ada banyak sumber lain yang tentunya lebih terperinci penerangannya.

Back to the main topic
Kalau tengok pada pengertian bercukur itu...

Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Dan bagi wanita dengan sekadar panjang jari tangan dan dilakukan selepas Sa’i. Dengan ini terlepaslah dari pantang larang yang dikenakan semasa dalam ihram.
Dulu aku pernah mention, Ustaz akan buat sesi post-mortem setiap kali selesai ibadah umrah. Terutama umrah buat pertama kali dan yang kali kedua.

Post mortem usai umrah yang pertama, Ustaz cuba untuk merungkai sebarang kekeliruan dan keraguan para jemaah mengenai umrah yang baru sahaja mereka selesaikan. Adakah umrah tersebut sah atau terbatal, sekiranya ada jemaah yang melakukan perkara yang dilarang dalam ihram, apa tindakan selanjutnya. Kata ustaz, sebarang permasalahan, lebih baik di selesaikan segera. Jangan malu, jangan segan untuk bertanya. Penting untuk kita jelaskan dan jernihkan sebarang keraguan yang bersarang dalam hati jemaah supaya sebarang kesilapan atau kesalahan yang dilakukan dalam umrah pertama, dapat di selesaikan dengan cara yang sepatutnya dan juga tidak diulangi lagi semasa umrah yang seterusnya. Dan paling penting, rasa ragu dan was-was itu tidak terbawa-bawa sampai pulang ke Malaysia nanti sebab implikasinya agak berat. Dari sekecil-kecil was-was, boleh menyebabkan kita mula meragui setiap amal ibadah yang kita lakukan. Ustaz bercakap berdasarkan kisah benar di mana ada jemaah yang pulang dari menunaikan haji, merasa was-was akan ibadat haji nya, terbawa-bawa sehingga beliau mula meragui ibadah-ibadah lainnya, lantas mengalami kemurungan. Allahuakbar..Nauzubillahiminzalik.

Seterusnya, post mortem bagi umrah yang kedua.
Ustaz mulakan dengan recap kembali permasalah/keraguan yang dibangkitkan usai umrah pertama. Alhamdulillah, majoriti jemaah sudah memahami penjelasan Ustaz dalam sesi pertama dahulu dan tidak banyak soalan diajukan.
Then, ustaz pulak bangkitkan satu permasalahan. Ustaz kata, masalah ini biasanya terjadi untuk umrah kali kedua dan seterusnya. Untuk umrah pertama, selalunya, tidak wujud masalah ni. Dan ia tertumpu kepada jemaah lelaki. Jarang-jarang atau hampir tidak pernah terjadi di kalangan jemaah wanita.

Apakah masalahnya?
Tentang tahallul / bercukur / bergunting

Semasa umrah pertama, usai sa'ie, jemaah akan bercukur / bergunting sebagai menandakan jemaah bebas telah bebas dari larangan-larangan semasa di dalam ihram. Jemaah wanita kebiasaannya sekadar menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Ade ke jemaah wanita yang bercukur botakkan kepala?? Jarang sangat kita jumpa kalau ada pun kan.
Tapi kebanyakan jemaah lelaki akan mencukur rambut sehingga botak. Untuk umrah yang pertama, tiada masalah di situ.

Untuk umrah kedua, ustaz tanya pada jemaah yang telah membotakkan kepala semasa umrah pertama, bagaimana para jemaah bertahallul?

Ada jemaah yang menjawab, sekadar melalukan mata gunting / pisau pada kepala, memandangkan kepala sudah pun di botakkan semasa umrah pertama. Ustaz panggil jemaah tersebut datang hampir kepada ustaz, ustaz usap kepala jemaah tersebut..

Kata ustaz, tidak sah sekadar melalukan mata pisau di kepala sahaja.

Kenapa???

Sebab, tahallul itu seelok-eloknya bercukur ataupun memadai dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Bagi yang BOTAK LICIN, memadai dengan melalukan mata pisau di kepala.

Tahu BOTAK LICIN tu macam mana?
Macam ni haaa...Yang licin berkilat ni..Kalau kita sapu kepala tu, licin je.. Takde rasa tajam-tajam..
http://www.thedvshow.com/wp-content/uploads/2011/01/bald_head.png 
Kalau ada rasa tajam-tajam, tu bukan botak licin. Yang tu tak sah sekadar melalukan mata pisau. Nak gunting? Confirm tak boleh sebab mata gunting pun takleh nak lepas.
Jadi bagi kes macam ni, yang terbaik adalah bercukur.
Maka Ustaz pun terus suruh jemaah tersebut dan jemaah-jemaah lain yang merasakan mereka dalam kategori yang sama, segera mencari pisau cukur dan bercukur bagi membebaskan mereka dari pantang larang ihram. Sekiranya mereka telahpun melanggar pantang larang ihram sebelum mereka bertahallul yang sebenar, hendaklah membayar dam.
 Masa sesi post mortem yang dibuat di dewan makan hotel ni, ada juga jemaah dari agensi lain dan juga jemaah yang datang menunaikan umrah sendirian berhad yakni tanpa melalui agensi, turut sama memasang telinga mendengar sesi post mortem kami. Maka ada jugalah dari kalangan mereka yang turut sama bergegas mencari pisau cukur bagi bertahallul dengan cara yang betul.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda yang bakal menunaikan umrah / haji.

Monday, January 26, 2015

Subuh Nan Hening Di Madinah


Setahun yang lalu, pada hari ini, kami sudah selamat menjejakkan kaki ke bumi Madinah..Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah menaiki Saudi Arabia..
Syukur Alhamdulillah...
Tiba di Madinah seawal pagi yang hening, saat yang lain masih lena diulit mimpi..Dibuai angin Madinah yang sejuk, nyaman dan mendamaikan..



Perjalanan dari airport ke hotel terasa amat panjang. Hati rasa berdebar. Tak sabar hendak bertamu ke Masjid Nabi dan memberi salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disemadikan di situ.


Penginapan di Madinah, Al Ansar New Palace Hotel. Sedikit ujian tentang penginapan di mana ini bukanlah hotel asal seperti yang diberitahu sebelum kami berlepas. Atas sebab yang tak dapat dielakkan, pihak pengurusan terpaksa menukar hotel penginapan. Ustaz yang sama-sama lelah dek penerbangan yang panjang terpaksa berhempas pulas menyelesaikan masalah penginapan seawal Subuh di Madinah. Sedikit ujian yang tidak mencacatkan lansung mood kami. Segala ujian Allah pasti ada hikmahnya.

Ustaz memberi penerangan awal di lobi hotel sebelum membawa jemaah menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi untuk pertama kali.

 Penerangan lanjut dan bacaan doa serta menyampaikan salam kepada Baginda Rasulullah dan para sahabat baginda sebaik memasuki perkarangan Masjid Nabawi. 

Pintu masuk No. 17. Pintu terhampir untuk pulang ke hotel. Dari pintu ini untuk pulang ke hotel, hanya jalan terus tanpa belok-belok, melainkan masuk ke kedai-kedai di sepanjang jalan  yang seolah memanggil-manggil para jemaah untuk singgah membeli :)


Di bahagian luar Masjid Nabawi..

Ma dan menantu-menantu nya :)

Suasana dalam Masjid Nabawi

Selepas Solat Asar, Ustaz bawak kami tour Masjid Nabawi. Sambil Ustaz berkongsi kisah-kisah dan hadis.
Aku dan Kak liza (biras). Tapi ramai yang ingatkan kami adik-beradik :)

Payung telah menguncup. Nampak macam barisan tinag tinggi je...Sebelum memulakan sesi ziarah Masjid Nabawi, Ustaz ada beri sedikit taklimat awal berhampiran pintu masuk No.17, iaitu landmark untuk pulang ke hotel dan juga di situlah tempat kami berkumpul. Sewaktu khusyuk mendengar taklimat, tiba-tiba Ustaz berhenti seketika dan cepat-cepat suruh kami dongak ke atas dan rakam. Rupanya payung sedang ditutup. Tak perasan lansung. Senyap je tiada bunyi. Kata Ustaz memang tak perasan bila buka dan tutup. Smooth je. Tiba-tiba je, eh dah bukak..Eh dah tutup. So, bila ada peluang macam ni, cepat-cepat rakam.. Hahaha...Jakun kan...Nak kongsi video, fail besar sangat. Maaf lah ye..

Pintu masuk untuk jemaah wanita sahaja. Bab Al-Nisaa. Kalau tak silap, ini adalah pintu No. 29, pintu terhampir bagi jemaah wanita untuk masuk ke Raudhah. 


Berlatarbelakangkan kubah hijau. Jenazah baginda Nabi SAW disemadikan di bawah kubah hijau, yang mana ia merupakan kawasan asal Masjid Nabawi.


Menjelang Maghrib..

Oleh kerana sesi Ziarah Masjid Nabawi berakhir menjelang maghrib di kawasan kubah hijau dan perkuburan Baqi' ni, tempat solat terhampir bagi kami jemaah wanita adalah di pintu No. 29 tadi. Maka kami ambil kesempatan untuk solat di situ. Dan kami cuba untuk masuk ke saf paling hadapan.

Usai solat Isyak, suasana jadi agak tegang memandangkan itu merupakan laluan jemaah wanita untuk ke Raudhah. Petugas-petugas muslimah kelihatan tegas meminta para jemaah mengosongkan laluan sambil memanggil-manggil jemaah mengikut kawasan, melorongkan mereka ke arah Raudhah. Memandangkan Ustaz telah mengarahkan kami, jemaah wanita untuk berkumpul terlebih dahulu di lobi hotel, sebelum sesi ziarah Raudhah, jadi kami tak ikut lah crowd yang hiruk-pikuk masa tu.

Selepas makan malam di hotel baru kami memulakan sesi ziarah Raudhah, yang mana ustaz menyediakan mutawwif wanita seramai 8 orang. Setiap seorang mutawwif akan membawa 5 orang jemaah wanita masuk ke dalam Raudhah. Ustaz pesan pada setiap mutawwif agar berusaha memastikan setiap jemaah dapat masuk ke dalam Raudhah. 

Alhamdulillah. Allah izinkan kami berada dalam Raudhah dalam tempoh yang aku kira agak lama..Sepanjang di dalam Raudhah yang tentunya sesak dan padat, mutawwif sangat-sangat membantu menyediakan ruang secukupnya agar kami dapat menunaikan solat-solat sunat dan berdoa semahunya di dalam Raudhah. Betapa murahnya airmata saat Allah izinkan kami berteleku memohon kepadaNya di ruang yang merupakan antara tempat mustajab doa. Allahuakbar. 

Gambar di kawasan sekitar makam, mihrab dan mimbar Nabi ..Gambar adalah ihsan my zawj memandangkan jemaah muslimah tidak dibenarkan membawa telefon dan kamera ke dalam masjid dan aku juga terlalu jujur dan skema..huhu..

Makam Nabi dan sahabat baginda.


Mimbar Nabi

Mihrab Nabi

Permaidani hijau menandakan kawasan Raudhah.

Allah..Allah..Allah..
Pantasnya masa berlalu. Sudah setahun rupanya.
Betapa hati digamit rindu...Rindu untuk kembali bertamu di bumi Mekah dan Madinah..
Semoga masih ada lagi kesempatan untuk kembali menjadi Duyufurrahman..
Allahumma ameen..

Monday, January 5, 2015

Umrah : Niat


Januari datang menjengah..

Setahun yang lalu, di bulan Januari, aku dan my zawj sedang sibuk dengan persiapan terakhir mempersiapkan diri untuk umrah mencari ilmu-ilmu umrah dan membaca pengalaman umrah orang lain sebagai bekalan.

Bulan Januari terindah sepanjang hidup sebab diizinkan Allah menjadi tetamu di Tanah Haram.
Allahuakbar, hati ini sarat dengan kerinduan. Rindu untuk bertamu lagi ke Baitullah, rindu untuk sujud di hadapan Kaabah dengan jiwa kehambaan, rindu untuk memberi salam kepada Baginda Rasulullah..Rindu yang teramat...
Moga-moga ada lagi rezeki dipanggil menjadi duyufurrahman, tidak kira di bulan apa sekalipun. Allahumma ameen.

Niat..

Bukan nak cerita tentang lafaz niat ihram. 
Tetapi ada satu kisah tentang niat yang ustaz kongsikan semasa dalam bas. Perjalanan dari mana ke mana, aku tak dapat nak recall. Yang pasti, kisah ni dikongsikan semasa di dalam bas, sambil-sambil mengisi kesunyian sepanjang perjalanan. 

Ustaz kata, ada seorang jemaah dia dalam siri-siri umrah yang lepas, seorang anak muda, lepasan SPM.
Takde yang luar biasa kan. Ramai je anak-anak muda sekarang dah pun menjadi tetamu Allah. Pergi dengan ibu dan ayah sekeluarga.
Tapi anak muda ni sebenarnya, dia pergi umrah selepas selesai SPM, guna duit yang dia kumpul sendiri. 
Bila ustaz bertanya lebih lanjut pada dia, dia kata dia memang dah niat nak buat umrah lepas SPM. Jadi dia kumpul duit sendiri demi untuk memastikan niat  nya tercapai..Alhamdulillah, niat untuk menunaikan umrah telah tercapai..Dan dia juga berniat untuk menunaikan haji sebelum usia mencecah 30 tahun. Mudah-mudahan niat untuk menunaikan haji juga tercapai dengan izin Allah.

Ibrah dari kisah anak muda.
Niat dan doa harus seiring dengan usaha. Kalau kita berniat untuk sesuatu kebaikan, work for it. Ada yang kata, belum mampu, tak ada duit. Tapi lansung tak ada usaha untuk simpan duit tunaikan umrah. Dalam hati teringin nak buat umrah, tapi usaha tak seiring niat. Sampai sudah, tetap tak berkemampuan. Umrah buat pertama kali adalah wajib. Buat para sahabat, akhi dan ukhti, jangan lupa selitkan niat, tanamkan usaha, berazam untuk menunaikan umrah, rancang kewangan supaya impian dan azam tercapai. InsyaAllah, niat untuk buat perkara yang baik, diiringi dengan usaha dan tawakal, Allah permudahkan jalan..
Aku juga bukan orang senang. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Semuanya pasti dengan izin Allah jua.

***

Kisah kedua tentang niat..
Di Masjidil Haram, kalau diperhatikan para jemaah umrah, majoritinya sangat pemurah, sangat dermawan. Di bumi Haram, masing-masing berlumba-lumba memberi sedekah.
Kata ustaz, jika hendak beri sedekah, atau bayar dam, digalakkan beri pada petugas pembersihan, tukang-tukang sapu kerana mereka ni gajinya sangat murah. 
Dan ustaz ingatkan, sebelum beri sedekah/ bayar dam, niatkan untuk apa kita bagi tu. Kalau untuk bayar dam, niatkan nak bayar dam. Kalau untuk sedekah niat lah nak bagi sedekah kerana Allah Ta'ala. Niat bukan untuk diri kita sahaja. Jangan lupa niat sedekah untuk ibu ayah..
Kenapa perlu niat? 

Sebab...


ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)



Imam Bukhari menyebutkan hadits ini di awal kitab shahihnya sebagai mukadimah kitabnya, di sana tersirat bahwa setiap amal yang tidak diniatkan karena mengharap Wajah Allah adalah sia-sia, tidak ada hasil sama sekali baik di dunia maupun di akhirat. Al Mundzir menyebutkan dari Ar Rabi’ bin Khutsaim, ia berkata, “Segala sesuatu yang tidak diniatkan mencari keridhaan Allah ‘Azza wa Jalla, maka akan sia-sia”.

Penjelasan lanjut, rujuk sini.

Peringatan untuk diri sendiri:
Tak kira apa jua pekerjaan, perbuatan, amalan, hatta tugas seharian sebagai seorang isteri & ummi yang menuntut banyak kesabaran, jangan lupa niatkan untuk mendapat redha Allah.

"Ya Allah, aku masak untuk mendapat redhaMu, untuk mengisi perut suami dan anak-anak. Mudah-mudahan masakan yang dimasak ini penuh dengan barakah."
"Ya Allah, aku bangun membancuh susu untuk anak di malam hari, menukar lampin anak di pagi hari, semua ini adalah untuk mencari redhaMu. Berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran Ya Allah."
"Ya Allah, aku berusaha mendidik dan membimbing anak-anak semata-mata mengharapkan keredhaanMu Ya Allah. Semoga kelak anak-anakku menjadi mukmin/mukminah yang soleh/solehah serta bertaqwa kepadaMu Ya Allah.."

Mudah-mudahan setiap amal perbuatan kita tidak menjadi sia-sia. InsyaAllah..

Tuesday, December 9, 2014

Umrah : Pemandu Bas


Hari tu nampak iklan Ustaz Harry, Umrah Musim Sejuk Disember 2014.
Zasss.zasss...Terus bertalu-talu flashback masa menunaikan umrah dulu menerjah masuk kotak ingatan.

Tak banyak pun aku cerita dalam ni pasal umrah.
Tak menjadi rasanya bila setiap rasa tu nak ditafsir menjadi ayat.
Sudahnya simpan dalam kotak memori je..huhu..

Tapi aku teringat satu kisah ni.
Tentang pemandu bas yang bawak kami dari Madinah ke Mekah.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah..
Kami berhenti solat sunat ihram di Bir Ali.
Niat ihram dalam bas. Ustaz bahagikan kepada kategori tertentu. Yang mana niat bersyarat etc dan Ustaz guide bacaan lafaz niat.
Selesai semua jemaah melafaz niat masing-masing, yang mana semua dah terikat dalam ihram, tiba-tiba dengar lah driver bas ni bercakap dengan Ustaz. Agak panjang jugak lah perbualan mereka.
Lepas tu Ustaz translate kat kami. Kata Ustaz, Driver bas tegur pasal lafaz niat. Part ni Ustaz dah pernah mention masa kursus umrah. Perbezaan lafaz niat. Ada Ustaz terangkan beberapa lafaz niat, tapi aku tak hafal lah pulak. Yang dok ingat masa tu, lafaz niat yang biasa digunakan jemaah Malaysia. So, itu jugaklah yang driver tu tegur. Sepertimana yang Ustaz terangkan masa kursus, ianya tidak menjadi masalah.

Sepanjang perjalanan, disamping memperbanyakkan talbiah, terdengar jugak driver bas ni rajin bercerita dan berbual dengan Ustaz.
Ada certain masa, ustaz akan translate balik kepada kami apa isi perbualan ustaz dengan driver bas tersebut.
Driver bas ni rupa-rupanya adalah seorang guru agama di Damsyik, Syria. Sedang bercuti, buat part time bawak bas, bawak jemaah umrah. Beliau banyak berkongsi cerita kisah sirah para Nabi.
Lepas asyik bercerita, tiba-tiba beliau nak bagi teka-teki/pop quiz lah pulak.. Beliau minta jemaah jawab..Ada hadiah menanti katanya. Hadiah tak dinyatakan sehingga dapat jawapan tepat. Hah...misteri sungguh hadiahnya.
Soalan berkaitan sahabat baginda Rasulullah SAW. Tapi aku tak dapat nak recall pulak soalan tersebut.

Setelah beberapa cubaan, akhirnya ada jemaah yang dapat menjawab dengan tepat.
Alhamdulillah.
Aku pulak excited nak tau apa hadiah yang dimenangi.

Hadiah yang ditawarkan adalah....
Beliau minta jemaah yang berjaya jawab tadi tulis nama seseorang yang disayangi.
Dan beliau akan buatkan umrah untuk orang tersebut.
Allahu.

Hadiah yang sangat bermakna aku rasa.
Semoga Allah merahmati & memberkati tuan driver tersebut.

Tuesday, June 24, 2014

Umrah : Doa



Sebelum menjejak kaki ke Haramain lagi, sebelum impian bertamu ke Haramain menjadi nyata, aku tak henti panjatkan doa. Berdoa agar Allah jemput aku menjadi tetamuNya..Berdoa agar dicukupkan rezeki agar berpeluang untuk mengerjakan umrah. Doa agar dipermudahkan segala urusan sebelum kesana. Doa agar dikurniakan kesihatan mental dan fizikal dan diberi kekuatan menunaikan ibadat. Berdoa untuk insan-insan kesayangan yang bakal ditinggalkan. Berdoa agar dikurniakan ketenangan hati saat meninggalkan anak-anak dan ibu ayah tercinta.

Cukup banyak doa yang dipanjatkan kepada Allah swt.

Semakin menghampiri detiknya, doa-doa menjadi semakin sayu..

Semasa kursus pun, Ustaz Harry selalu mengingatkan agar semua jemaah berdoa agar dipermudahkan segala urusan tanpa halangan yang memudaratkan.

Saat pertama kali menjejak kaki ke Masjid Nabawi, kami beramai-ramai memberi salam kepada Baginda Rasulullah SAW dan sahabat, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA. Seterusnya mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Harry. Berderai airmata mensyukuri nikmat Allah diberi peluang melihat dan berdiri di dalam Masjid Nabi. Terasa diri begitu hampir dengan jasad Baginda Nabi.. Allahu...


Saat Allah izinkan beriktikaf beberapa ketika di dalam Raudhah, bait-bait doa dipanjatkan dengan esak tangis dan juraian airmata tanpa henti. Makin diseka, makin laju pipi dibasahi tangis. Hiba.



Teringat doa yang mutawwif baca masa on the way nak ke Mekah, selepas niat ihram di Bir Ali..
Antaranya :

"Ya Allah, kami datang dengan dosa yang menggunung Ya Allah..Janganlah kau jadikan dosa2 kami sebagai halangan untuk kami beribadah di rumahMu..Janganlah kau hukum kami atas dosa2 kami yang lalu Ya Allah. Kami datang dengan penuh pengharapan, mengharap keampunan dariMu, mengharap keredhaanMu..Kami menyerahkan sepenuhnya diri kami padaMu Ya Allah..Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah..Terimalah amalan kami Ya Allah..Permudahkanlah urusan kami Ya Allah" 

Panjang lagi rasanya doa ustaz. Tapi ini je mampu terakam dalam kotak ingatan aku..
Dan aku ingat, Ustaz baca doa dengan esak tangis dan sendu...Allahu...Syahdu..
Apalagi aku? Saat meng-amin-kan doa ustaz, laju je bola-bola jernih mengalir membasahi pipi..
Aku pendosa Ya Allah..
Aku datang dengan dosa yang tak terkira banyaknya..
Aku datang dengan titik-titik hitam penuh membalut segumpal darah bernama hati..
Aku datang dengan pelbagai rasa berkecamuk dalam jiwa..
Kerisauan, ketakutan dek dosa-dosa lampau menghambat jiwa saat berkelana di Tanah Suci..
Aku hamba yang hina..
Allahuakbar..
Aku takut dosa-dosa lalu menghalang perjalanan umrahku..
Aku takut dosa-dosa lalu menjadi pemberat untuk aku mengerjakan amal ibadat di Tanah Haram..
Aku takut kedatanganku tidak diterima asbab dosa-dosaku yang menggunung banyaknya..

Pesan ustaz, di Mekah nanti, saat pertama kali melihat Kaabah, Ustaz sarankan kami baca doa sendiri instead baca doa yang ada dalam buku panduan. Doa pada kali pertama melihat Kaabah adalah antara doa yang mustajab. Justeru Ustaz berikan masa secukupnya kepada kami.

Kami tiba di Mekah lewat malam. Waktu yang hening, cuaca yang nyaman dan tenang, suasana yang sangat membuai perasaan. Doa pertama kali di hdaoan Kaabah dalam suasana yang begitu mendamaikan memang sangat meruntun perasaan. Tuala kecil yang sentiasa dibawa kemana-mana basah lencun dek airmata. Doa menjadi seperti karangan 1000 patah perkataan. Terlalu banyak yang hendak diminta untuk diri sendiri, keluarga dan sahabat-sahabat kesayangan. Betapa tak malunya merayu meminta-minta pada Allah saat itu.
Allahu, syukur Alhamdulillah Kau izinkan hambaMu yang hina ini menjadi tetamuMu.

Doa-doa yang dikirim ahlu keluarga dan para sahabat tercinta, sentiasa aku bawa setiap masa. Setiap kali diizinkan berada di tempat-tempat mustajab doa, baik di hadapan multazam atau dibawah pancur emas,  aku buka lembar doa agar tak lupa mendoakan buat semua.


Sungguh, sepanjang di sana, setiap kali berdoa, aku meminta dengan sesungguhnya. Meminta dengan jiwa hamba. Perasaan yang sangat menusuk kalbu. Mungkin kerana dilupakan dengan kesibukan dunia. Tidak lansung terkejar-kejar masa dek sibukkan kerja atau risaukan anak-anak. Setiap bait doa dilafazkan dengan sepenuh perasaan dan penuh penghayatan.


5 bulan telah berlalu. 5 bulan telah kutinggalkan Tanah Haram. Rasa rindu sering menggamit.

Sedihnya, kembali kepada rutin yang lama. Kembali mengejar-ngejar waktu. Kembali dengan kesibukan dunia. Sehingga kadang-kadang berdoa ala kadar sahaja.
Tiada penghayatan, tiada kesungguhan.
Derai airmata, lagi payah nak jumpa.
Astaghfirullah..
Berdoa semahunya, bersungguh-sungguh dan menghayati setiap butir doa hanya saat Allah timpakan ujian. Saat jiwa rasa gundah gulana. Saat diri rasa kerdil, lemah tak bermaya.
Saat dijentik hati, baru nak merasa diri hamba. Baru airmata melimpah melewati kolam dan empangan mata.
Astaghfirullahal'azim.

Allahu...andai dengan ditimpakan ujian, baru aku menjadi dekat padaMu, Kau ujilah aku semahuMu Ya Allah..Moga ujian-ujian itu buat aku terua mendekatiMu, terus bergantungharap dan menyerahkan sepenuh pengharapan hanya padaMu.. Andai kesenangan buat aku leka dan alpa, jangan Kau berikan aku kesenangan. Aku takut aku hanyut dalam kesenangan. Aku takut kesenangan buat aku semakin jauh dariMu..

Tetapkanlah aku dijalanMu Ya Allah. Ku mohon keredhaanMu Ya Allah dalam menjalani kehidupan di bumiMu ini. Ku mohon kekuatan dariMu, agar terus kuat dan tabah mendepani segala bentuk ujian dariMu..
Allahumma ameen..
Ameen ya rabbal 'alamin..

Monday, April 28, 2014

Terhentinya Sebuah Kembara...


Hampir 2 bulan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembara penyusuan secara penuh Faqeeh terhenti..
Yup...
Dah hampir 2 bulan aku simpan breastpump..
Dah hampir 2 bulan aku usung satu beg saja pergi kerja..
Dah hampir 2 bulan Faqeeh berkenalan dengan susu formula..
Dah hampir 2 bulan, aku sedang cuba melicinkan stok EBM yang ada.

Fully breastfeeding journey aku kali ni bertahan untuk 14 bulan..
Abang dulu, bertahan hampir 12 bulan sebelum bergantung dengan formula semata.
Adik masih lagi ada stok EBM yang aku kira akan berjaya dilicinkan paling lama pun dalam tempoh sebulan lagi menjadikan tempoh penyusuan adik almost 17 months.
Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan buat Faqeeh.

Sebab kembara ini terhenti?
Aku pernah cerita sebelum ni, masa buat umrah aku tak dapat simpan/bawak balik stok EBM untuk Faqeeh.
Ujian Allah di Tanah Haram..Aku redha..
Kali terakhir aku pam susu masa di Mekah sebelum check out, Alhamdulillah aku masih boleh dapat 6oz, yang terpaksa aku buang bersama hasil perahan yang lain.
Sekembalinya ke tanah air, susu terus merudum.
Dari 6oz, nak dapatkan 2 oz pun bercinta..
Memang sangat-sangat drastik.
Ditambah dengan Faqeeh yang menolak untuk directfeed (sampai sekarang)..
Day by day, aku masih gigih usung pam ke office.
Tapi hasil perahan makin merudum..
Setiap hari, aku cuma mampu bawak balik 1 - 1.5 oz..
Dan makin lama, nak dapat 1 oz pun susah..

A couple of days lepas balik umrah tu, memang aku sedih sangat bila Faqeeh refuse directfeed dan susu segan nak keluar..
Menangis sampai bengkak mata.
Puas memujuk hati supaya berlapang dada dengan ujian Allah..
Teringat segala doa yang dipanjatkan saban hari sewaktu di Tanah Haram..Di setiap tempat mustajab doa, usai setiap solat, disepanjang waktu berada di Al-Haram..
Allahu..
Aku kira ada bahagian doa yang dimakbulkan Allah, dan ada bahagian yang Allah simpan untuk masa hadapan, InsyaAllah..

Nak kata aku tak sedih, tipu..
Tapi aku dah puas menangis masa baru balik umrah tu..
Bila sampai masa untuk aku rehatkan breastpump, aku sangat tenang.
Antara sebabnya, Allah beri aku situasi yang buat aku sangat berlapang dada walaupun impian aku untuk menyusu Faqeeh sehingga 2 tahun tak tercapai.
Dalam aku bersedih susu makin merudum, rupanya susu yang merudum tu ada bahagian untuk insan lain yang lebih memerlukan..
Perahan susu terakhir aku adalah untuk my adorable new nephew, baby Saiiful Islam yang kena tahan di NICU for a week plus after his birth due to infection.
Alhamdulillah...
Rencana Allah adalah yang sebaik-baiknya..
Aku terima dengan hati yang terbuka dan kesyukuran yang tak terhingga.
Allah ubati kesedihan aku dengan beri izin untuk aku berbakti pada insan-insan kesayangan.
Allahu Allah..

Alhamdulillah juga, sepertimana Abang Faheem, adik Faqeeh pun tak memilih susu formula, tiada masalah alahan etc..So, sekarang ni adik dan abang berkongsi susu lah ye..
Kat rumah pengasuh memang totally bagi formula je.
EBM aku handle sendiri kat rumah..Malas nak susah-susahkan pengasuh..Berapa lama je pun nak habiskan EBM tu..

So...
Here I am now..
No more pumping routine..
No more cooler bag..
For the time being..
Until next production ^____^
InsyaAllah..
Semoga ada bahagian doa yang dimakbulkan Allah untuk future babies, InsyaAllah..Ameen..

Friday, April 18, 2014

Umrah: Mencari Diri - Kembali Kepada Fitrah


Kembara umrah, kembara rohani, kembara penyucian jiwa..
Majoriti atau hampir semua yang menunaikan umrah, aku yakin, niat dan nekad mereka cuma satu..
Mencari diri sendiri...
Kembali kepada fitrah...
Semua merasakan jiwa kehambaan yang sangat tinggi kepada penciptanya, Allah SWT..


 Kata mutawwif....
Kalau kita tengok, ramai yang datang sini (Mekah), dia jumpa diri dia sendiri..
Dalam hati, dalam otak dia cuma nak beribadat, nak buat kebaikan, nak beramal sebanyak mungkin..
Sebab tu kita tengok, Masjidilharam, tengah malam buta pun ramai orang lagi..
Bila kita jumpa diri kita sendiri, kita tak hirau dah benda lain..
Kita sanggup solat jemaah setiap waktu fardhu di Al-Haram..
Kita sanggup beriktikaf di masjid berapa lama pun..
Kita sanggup mengaji, khatam Quran di masjid..
Kita sanggup harung lautan manusia, tawaf semampu kita..
Itu memang fitrah manusia..
Manusia itu asalnya suka pada kebaikan...
Di sini....Kita jumpa diri kita sebenar..


Tapi ada juga orang yang dia dah jumpa diri dia sebelum dia datang Mekah lagi..
Dari Malaysia, dia memang jemaah masjid/surau...
Dia memang rajin hadir majlis kuliah, majlis ilmu, majlis agama..
Bila kat Mekah, dia masih lagi menjadi diri dia. Mungkin lebih baik lagi..
Dan bila balik Malaysia, dia tetap menjadi dirinya..


Tapi ramai antara kita, bila balik nanti, kita lupa diri kita sebenar..
Kita sibuk dengan urusan kerja..
Kita sibuk dengan urusan dunia..
Kita sibuk dengan macam-macam..
Kita tak sempat nak solat fardhu berjemaah di masjid, tak sempat hadir majlis ilmu, semuanya tak sempat..
Kita kembali jauh dari fitrah...
Nauzubillah..
Mudah-mudahan kita mampu istiqamah dengan amal ibadat seperti mana kita beramal di Al-Haram..

******
Sungguh, bila dikenang kembali memori sewaktu di Tanah Suci..Allahu..Jiwa bagai diseru-seru..Kekuatan dan semangat muncul entah dari mana..Seolah tiada istilah lelah dalam beramal ibadat. 

Sedihnya, bila pulang, seperti jemaah tipikal yang lain, entah ke mana menghilang semangat dan kekuatan semua tu? 
Sesekali momentum tu datang, macam-macam azam dan nekad di pahat dalam hati...After some time, mendatar...Tak nampak kemana hala segala azam dan nekad tu tadi..

Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah..
Kekuatan dalam beribadat, kekuatan dalam mencari diri yang sebenar, kekuatan untuk kembali kepada fitrah...Ya Allah, kurniakan aku kekuatan agar aku mampu istiqamah dalam menjejak redhaMu Ya Allah..Ameen Ya Rabbal alamin..



Monday, February 24, 2014

Kembara Umrah Bersama Ustaz Harryanto Rizal



Sebelum ni cerita pasal kisah sebelum umrah.
Niat, savings, register agensi etc.

Ni pasal pakej umrah & mutawwif pulak...

Kan pada asalnya kami register dengan agensi A. But we changed to agensi K later.
Ma ada explain dekat aku kenapa dia nak tukar, ikut mutawwif yang dikenali..
Ma pernah buat umrah in 2009 dengan agensi M yang Ma dapat tahu melalui iklan dalam paper.
Tak kenal sangat mutawwif, kursus takde. Bila ada masalah kat sana, susah.
So, kalau boleh this time nak pergi under mutawwif yang dikenali supaya senang nak handle kalau ada sebarang masalah dan juga pergi dengan ilmu.

Alkisahnya, Ustaz Harryanto ada kuliah muslimat mingguan di surau rumah Ma. Dari situ Ma dapat tau Ustaz bawak jemaah umrah dan ustaz sendiri jadi mutawwif. Sebelum ni Ustaz aktif dengan agensi G. Tapi sekarang Ustaz join dengan agensi K which is Kembara Umrah Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ustaz pun ada company sendiri. Elfateh Management & Services.

Mula-mula masa Ma sebut nama Ustaz Harryanto, aku blur jugak. Bak kata Ustaz, dia bukan ustaz selebriti macam Ustaz Don. Hihi..Tapi Ma kata Ustaz selalu keluar dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Kat TV Alhijrah pun ada, program Cinta Ilmu..So, bila tengok kat TV, barulah..."Owhhh...Ustaz ni ke...Cam muka, tapi tak ingat nama.."
Ustaz yang suara macam Ustaz Ismail Kamus. Rupa pun ada iras-iras kot..


Kursus umrah dengan Ustaz Harry (nama glamer okeh...), dalam 2 minggu sebelum terbang. Cuak jugak tunggu update dari ustaz. Bila nak kursus? Bila nak buat payment?
Sementara nak tunggu ustaz buat kursus, sempat jugak kami join kursus anjuran agensi A. Bukannya apa, risau..Kami ni takde ilmu. Takut pergi kursus sekali, tapi tak faham. Nanti buat umrah tanpa ilmu, banyak salah, sia-sia pulak..Jadi sebagai persediaan, selain daripada baca buku panduan, baca blog pengalaman orang lain, dan banyaklah sumber bacaan...Baca-baca pun bukan boleh faham terus kan. Terpinga-pinga jugak. Jadi pergilah kursus, bukak you tube etc.
Once dapat mesej dari pihak Ustaz inform pasal kursus, baru macam lega sikit. Tapi, kursus buat kat Sungai Buloh dan dipecahkan kepada 3 segmen.

The first segment ustaz buat hari Jumaat, malam. Lepas maghrib rasanya. Yang ni kami tak attend. Sebab memikirkan traffic jam di hari jumaat. Lagipun malam tu kami plan buat tahlil dan doa selamat sempena nak pergi umrah ni dan juga abang ipar nak fly ke Jepun the next day atas urusan kerja.

Segmen kedua, hari Sabtu pagi. Teori tentang umrah, ihram, pantang larang ihram semua tu..

Segmen ketiga, Sabtu minggu berikutnya. Yang ni praktikal umrah. Ustaz tunjukkan cara berwudhu' pakai botol spray tu, tawaf, macam mana nak keluar dari tawaf kalau terbatal wudhu', saie etc. Dan kami kena buat praktikal jugak. Ustaz tunjukkan sambil kami ikut untuk pusingan pertama, then ustaz suruh kami habiskan 7 pusingan tawaf, 7 pusingan saie sambil ustaz monitor pergerakan kami and tegur mana yang salah. Kena buat la macam tawaf betul-betul, istilam semua tu. Cuma takdelah baca doa yang panjang tu. Tak sempat habis doa, dah habis satu pusingan tawaf nanti..Huhu..Setakat doa dekat rukun yamani tu je la baca. Yang lelaki siap pakai ihram. Tapi takdelah macam dalam ihram betul kan. Just pakai kain ihram on top baju yang pakai hari tu. Mabuk kalau terus nak pakai ihram betul-betul..hihi.. Dan untuk tawaf tu siap pasang model kaabah siap dengan hijir ismail dan makam ibrahim. Memang nampak jelas lah bayangan macam buat tawaf betul-betul, dan masa ni pun aku dah rasa sebak macam dah sampai ke Al-Haram je rasanya..Sobs..

~ Sesi penerangan sebelum ziarah Masjid Nabawi buat pertama kali.. ~

Sepanjang kami di Haramain, memang sepenuhnya di bawah jagaan Ustaz Harry.
What I can say is, Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan bimbingan Ustaz Harry ni. Aku tak pasti kalau dengan agensi lain macam mana. Tapi kata Ma, kalau nak compare dengan masa dia pergi tahun 2009 tu, dia lagi puas hati kali ni. Penerangan yang ustaz bagi jelas, sebarang kemusykilan ustaz jawab dengan terang.


~ Di Masjid Nabawi. Ustaz terangkan a few landmark sebagai guide untuk balik hotel ~


~ Lawatan sekitar Masjid Nabawi ~

Cara ustaz, setiap kali selesai umrah, dia akan buat post-mortem sebelum nak buat umrah kedua. Masa ni dia akan tanya setiap jemaah jika ada sebarang kemusykilan, bermula dari saat lafaz niat ihram, sampai selesai tahalul. Takut-takut kalau sepanjang dalam ihram, ada benda yang kita musykil dan was-was, ada benda yang mengakibatkan kita masih dalam ihram dan perlu diselesaikan, atau perlu bayar dam. Ustaz nak make sure semua jemaah selesai umrah dengan sempurna dan supaya perkara yang sama tak berulang untuk umrah seterusnya.
Mutawwif lain aku tak pasti bagaimana caranya, tapi kalau dengan Ustaz Harry, macam tu lah.


~ Taklimat umrah setelah selesai niat ihram di miqat Bir Ali ~

Sesi post mortem ni dibuat kat kafe je. Tempat yang confirm semua orang akan duduk berkumpul, makan kat situ kan. Sebelum start, Ustaz memang akan make sure semua jemaah ada. Kalau tak semua pun, at least wakil family mesti ada supaya semua dapat info. Kalau satu family tu takde, adelah orang yang kena berlari pergi ketuk pintu bilik family tu suruh hantar wakil turun.


~ Ziarah luar: Jabal Thur ~

Masa sesi taklimat/post mortem, ada jugak jemaah dari travel agent lain & yang pergi sendiri join dengar taklimat Ustaz. Sorang jemaah dari travel agent lain ni cakap dia tak kenal sangat mutawwif dia. Banyak buat sendiri-sendiri je. Mutawwif kat Madinah lain, mutawwif kat Mekah lain..Wallahu'alam.


~ Nasi Arab time! ~

Ustaz ni sempoi je. My zawj tanya kat mana kedai nasi arab yang sedap, terus Ustaz ajak pergi makan nasi arab kat Aziziah. Nak bagi makan kat kedai yang betul-betul arab, tukang masaknya arab. Kalau dekat area hotel, Ustaz kata nasi bangla, bukan nasi arab. Sebab yang masak semuanya bangla. huhu~


~ Ziarah Luar : Ladang Unta ~
 { cuba teka yang mana satu aku?? ^_^ }

Penerangan & penjelasan Ustaz pun senang nak faham. Ustaz pun banyak je jawapan spontan yang buat jemaah semua pecah perut ketawa..


~ Last dinner at Jeddah before departure (waiter tak berbayar ^^) ~

Dan sepanjang kembara kami, banyak jugak Ustaz selitkan tazkirah, Ustaz kaitkan setiap satu peristiwa/kejadian sepanjang kembara dengan kehidupan seharian, hakikat kehidupan. Tazkirah sempoi dengan tajuk "Tuala Mandi" pun boleh..hihi..

Ehhh...aku tertinggal satu point yang aku rasa saaaaangat penting.
Masa di Madinah, aku rasa semua maklum yang orang lelaki boleh masuk anytime dalam Raudhah. Tapi bagi orang perempuan, ada masa-masa tertentu yang dibenarkan untuk masuk dalam Raudhah. Bila ada kekangan masa, bayangkanlah, semua confirm nak masuk kan, jadi memang crowded lah. Dan bagi kita orang asia yang bertubuh kecil, selalunya agak sukar nak menyelit dengan orang arab yang bertubuh besar.
Dan walaupun dia bagi masuk jemaah wanita ikut region ke ape tah, adalah Arab, India, Melayu, tapi kat dalam Raudhah tu kecil je. Jadi memang bersesak dan susah nak solat. Ada yang kata kalau sekadar dapat berdoa pun dah cukup dah.

Untuk masuk ke Raudhah ni, Ustaz provide mutawwif muslimat secukupnya. Kami hari tu, jemaah wanita ada 40 orang. Ustaz sediakan 8 orang mutawwif muslimat. Setiap muslimat akan bawak dalam 5 orang jemaah. Ustaz pesan dekat mutawwif tu supaya make sure semua jemaah dia dapat masuk Raudhah. Sebab dia dah pecahkan ke dalam kumpulan kecil yang senang mutawwif nak handle.
Alhamdulillah, kami dapat masuk dalam Raudhah dan solat semahunya dengan juraian airmata. Mutawwif jaga kami sebaiknya, sediakan ruang solat untuk kami, dan jaga kami semasa kami solat supaya kami tidak dilangkah, ditolak atau dipijak. Subhanallah, Alhamdulillah...

Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati lah. Flaw sikit-sikit here and there tu, biasalah. Takde benda sempurna kan. Adapun hal-hal yang diluar bidang kuasa kita, itu semua ketentuan Allah. Tapi Alhamdulillah, Ustaz uruskan sebaiknya ikut kemampuan dia.

Kalau ada yang berminat nak buat umrah dengan Ustaz Harryanto, boleh hubungi Ustaz kat nombor di bawah. Promosi tak berbayar ni..hihihi..




Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015