Showing posts with label All Other Things. Show all posts
Showing posts with label All Other Things. Show all posts

Thursday, October 15, 2026

Bacaan IPU Blog Terlalu Tinggi..

Ya Allah... Blog ni pun dah berjerebu seperti mana pekatnya jerebu di luar sana.. Bacaan IPU dah mencapai tahap bahaya nampaknya.. 😟😷

Banyak sangat yang nak dicoret, diluah, dikongsi...

Tapi, masa mencemburui, otak dah super overwhelmed dengan macam-macam hal, dari kerja-kerja yang tak pernah putus menekan dan menyesakkan, hal persekolah anak7, jerebu yang buat sesak nafas, dan macam-macam lagi..

Ada kisah kerja gila sepanjang sebulan lepas yang nak dicoret dalam ni sebagai kenangan buat kerja gila tak masuk akal... hahaha..

Slow-slow nanti ummi cari masa meluah segala apa yang tersimpan dalam disk memori, selagi ia tidak corrupt..huhu..😏 InsyaAllah.

Monday, August 31, 2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 Malaysia ku

Alhamdulillah, sudah 69 tahun Malaysia merdeka, bebas dari belenggu penjajah secara fizikal.  Semoga Allah pelihara keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Semoga Malaysia, tanah tumpah darahku, sentiasa dalam dirahmati dan diberkati Allah. 

Kami sambut di rumah saja. Tiada kegigihan seperti 4 tahun yang lepas untuk bersesak dalam ribuan, umat manusia. Tambahan pula, 4 tahun lepas sambutan diadakan di Dataran Merdeka, maka boleh lah kami heret anak 6 orang (pada masa itu) naik LRT. Kami tak menapak jauh pun. Berhenti di Stesen Bandaraya, dan kami berlegar di sekitar situ sahaja. Kalau nak ke Putrajaya, ummi surrender awal². Ummi tak gigih bawa anak 7, walaupun 2 orang dah besar panjang, still ummi boleh bayangkan ummi akan jadi komander, berteriak beri arahan batalion 7 beradik. So, it's a big no-no. 

Malam merdeka, tiada rancangan pun nak sambut di mana². Tapi anak-anak lapar pula, Ya Allah.. Tak kenyang-kenyang mereka ni. Abi bawa makan di Kampung Baru. 😅😅 Jauh ye nak supper. Selalu kalau abi tanya ummi nak makan di mana, adakalanya abi akan reply jawapan ummi tu dengan ayat, "Situ susah nak parking.". Tapiiiii.. Decision untuk makan di Kampung Baru, di malam merdeka, masalah parking no more an issue ye. hahaha..Double standard tau abi ni.

Memandang Merdeka 118 dari kejauhan

Kami sampai Kampung Baru around 11.11mlm. Ramainya umat. Syukur dapat meja yang baru dikosongkan di Restoran Suraya. Tapi nak order agak mencabar.  Order tomyam ayam dan daging masak merah -- ayam dan daging habis. Sotong celup tepung habis. Telur bungkus habis. Laksam habis. Pulut mangga habis. Pening mak nak order apa. hahaha.. Lastly, order siakap 3 rasa, telur dadar, sup perut, udang goreng tepung. Oklah. Dah lewat malam dah pun. 

Sedang menjamu selera, dengar bunyi letupan bunga api. Eh dah merdeka!! Sempat la jenguk luar kedai, dengan tangan masih bersisa nasi, tengok bunga api. hahahaha.. 




Mus'ab teruja tengok bunga api. 

KLCC, view dari belakang Suraya Seafood 😅


Bulan purnama di malam merdeka. Subhanallah.. Cantik sungguh si bulan penuh.

Selesai makan, terus balik rumah. Tak ronda² bandar pun. Dalam perjalanan pulang tu, nampak ada segerombolan budak² mengayuh basikal. Ummi tak faham trend naik basikal kecil ni. Tak lenguh ke kaki tangan anak² oi?? Dan being a momsie, risau tengok mereka ni kayuh basikal ramai² di malam hari atas jalan raya, mostly pakai baju hitam/warna gelap, kayuh sekejap ke tepi, sekejap ke tengah. Allahu... Ada juga yang menurut perkiraan ummi berdasarkan saiz tubuh, nampak macam budak sekolah rendah. Risau lah. Semangat patriotik tu bagus, tapi soal keselamatan tak boleh kompromi. Semoga baik² saja lah anak² ini. Tak berani nak cakap lebih² sebab kitanya ada ramai anak lelaki juga. 


Selamat Hari Kebangsaan
Selamat 69 Tahun Merdeka Malaysia
Allah rahmatilah Malaysia

Thursday, August 20, 2026

Parcel Misteri

Kelmarin, masa ummi ke kedai Acheh sebentar di petang hari, ada parcel sampai.. Fathiy yang accept parcel. 

Ummi sampai rumah, tak sempat masuk pagar lagi, anak² dah serbu tanya ummi beli apa?? Macam pelik je bentuk dia?? Apa tu ummi?? Apa ummi order tu?? Barang siapa?? Ummi punya ke?? Bertalu-talu soalan 🤣🤣. Tak sempat ummi nak jawab. 

Ummi suruh parking tepi je dulu parcel tu.  Esok² bila ummi ada mood baru buka.. Hahaha. Saja nak biar anak-anak saspen lama sikit .


Parcel yang berbalut hitam tu.. 
Apa agaknya ia??


Thursday, May 21, 2026

Sambutan Hari Guru 2026

Tahun ni sambutan Hari Guru di Pasti dan SRITI berjalan serentak pada tarikh yang sama, iaitu pada 21 Mei 2026. Ingatkan tahun ni nak prepare awal sikit. Tapi tak berapa awal juga jadinya. Takpelah, kita cuba juga seadanya.

Ada guru-guru yang dah siap-siap pesan tak perlu beri hadiah. Tapi, kami usaha juga beri mana yang mampu. Paling tidak,untuk guru kelas masing-masing.

The humble gift. Abang kakak SRITI beri Choc Trufles kepada guru-guru dan additional whiteboard stain cleaner untuk guru kelas. While cek mek Pasti beri handsock dan wangian Raudhah kepada cikgu-cikgu PU.


Awalnya nak suruh masing-masing tulis sendiri je kad ucapan. Tapi sebab last minute kan, nak tunggu mereka ni tulis untuk semua guru, bercinta juga. Sekejap eh! salah eja nama muallimah, eh! tak muat, eh! comot, eh! macam tak jadi je... Sudahnya ummi interfere, eh! tak payah tulislah. Meh print je sticker. Selesai.



Tengok tu, ada versi tulis tangan, lengkap nama ustazah dan subjek yang diajar 😂😂, ada sticker, ada ucapan terima kasih juga  tulisan sendiri. Walau dekat beg plastik dah tertera besar-besar perkataan Thank You.. Hihi.. Apa-apalah anak oiii. Semoga cikgu-cikgu menerima dengan senang hati, pemberian kami yang tak seberapa ni.


Despite of hadiah, jangan lupa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan dunia akhirat buat para warga pendidik yang berhempas pulas, bertungkus lumus, bersabar dan menahan amarah dalam mendidik dan memanusiakan anak bangsa. Bukan satu tugas yang mudah, tambahan lagi dalam era yang sangat mencabar sekarang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan barakahNya buat para guru. 




Thursday, December 4, 2025

Hujan Lebat, Gombak Banjir

Orang Gombak, Danau Kota ok tak tu? Allahu . Hujan lebat petang tadi. Kita yang menunggu anak balik sekolah pun risau. Fathan pula ada lawatan ke Lenggeng hari ni. Risau sungguh lah sebab pagi² dah hujan. Tengahari alhamdulillah mentari bersinar. Tup² petang hujan lebat pula..

Abi hantar gambar view dari office dia. Jalan dah naik air. 

Then dia forward pula gambar rumah Ma di Gombak. Air dah masuk melalui pintu dapur. Allahu.. Ada pula video dekat simpang jalan masuk ke area rumah Ma.. Kereta depan tu dah tenggelam separuh. 



Semoga dipermudahkan urusan semua.


Tuesday, October 28, 2025

Perkhabaran Duka

Telah kembali ke rahmatullah, ibu mertua yang dikasihi, Wan Zainab binti Wan Abu Bakar pada tanggal 27.10.2025 (Isnin), 4.54pm di HKL. 

Allahummaghfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.


Waktu Asar Ma jatuh, Asar keesokan harinya Ma dijemput pulang olehNya. Allahu. Cepat betul semuanya. Aturan Allah itu cantik. 

Jenazah Ma telah dibawa pulang ke Masjid As-Syakirin, Gombak untuk dimandikan, kafan dan solat jenazah. Seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sg. Pusu, Gombak selepas Isyak. 




Alhamdulillah, mudah dan lancar urusan ma. Anak² dan cucu² ma semua bantu permudah urusan Ma hingga ke liang lahad.

Tenanglah bersemadi Ma. Kami saksi banyaknya bekal amalan yang Ma bawa. Wajah ma yang tenang, berseri dan tersenyum manis, Allahu.. Ma kelihatan gembira bertemu Sang Pencipta, Rabbul Jalil. Terlalu banyak kebaikan Ma. Ramai yang datang mengiringi urusan perjalanan terakhir Ma di dunia, asbab Ma sangat menjaga silaturrahim. 

 Ma telah mendahului, kami akan menyusul pula. Semoga Allah izinkan kita semua berkumpul di syurgaNya. 

Monday, October 27, 2025

Mohon Doakan My MIL 😢🤲🏻

Ahad.
26.10.2025.

Around Asar.

Kami di Gombak. Keluar sekejap mencari barang yang dikirim oleh Ma. Disamping beli barang untuk dikirim ke abang long & abang ngah. 

Sedang beli barang, tiba² abi kata Ma jatuh. Abi dapat kiriman mesej dari adik bongsunya. Detail cerita tak diketahui. Tapi diberitakan adik ipar & biras bawa Ma ke HKL. 

Balik ke rumah Ma, bibik saksi pertama. Kepada kami diceritakan, dia dengar bunyi benda jatuh dalam tandas. Kemudian dengar suara Ma minta tolong. Bibik cepat² buka pintu tandas. Ma jatuh, kepala tersandar ke pintu pvc. Bibik berlari naik ke atas panggil adik ipar. Bila turun, Ma dah tak sedar. Allahu..

Abi terus ke HKL. Ummi tak dapat ikut sebab kena stay jaga anak² dan anak² buah. Mus'ab pun masih belum sihat sepenuhnya, rajin merengek dan mengempeng. Maka tak boleh nak ditinggalkan, dan tak boleh juga dibawa. 

Abi kata Ma ditempatkan di Amber Zone (in between red and yellow zone.. First time dengar ada amber zone di AED).  Abi kirim gambar.



Allahu. Tingginya tekanan darah Ma 😥. Saat abi mesej tu, abi khabarkan bacaan semakin naik ke 268 😣. Ma ditidurkan, dan doktor akan buat CT Scan once BP Ma turun bawah 200.

Dalam 9pm++ buat CT Scan. Abi kata tadi, ada pendarahan dalam otak Ma 😭😭.. Ya Allah...

Ummi mohon siapa² yang baca post ni, walau kita tak kenal dan tak pernah bersua muka, mohon doakan untuk MIL ummi ya, Wan Zainab binti Wan Abu Bakar. Doakan Allah beri syifa' kesembuhan buat Ma, permudahkan urusan Ma, hilangkan sakit Ma. Moga ada doa kalian yang diangkat Allah dan dimakbulkan olehNya. 🥺😢 Allahumma amiin. Amiin ya mujiib. 🤲🏻🤲🏻. 

Sunday, October 12, 2025

Iron Board Dah Nazak

Iron board ummi yang belah kanan ni rasanya dah lebih 10 tahun. Dari sebelum pakai steam iron lagi. Beli kat kedai sohor besar warna biru kuning tu dulu. 

Few months ago, welding kat bahagian kaki tu dah tak lekat, tercabut dah besi yang sambung 2 kaki tu. Ummi sumbat balik besi penyambung tu, ikat dengan tali. Bertahan la juga beberapa bulan. Minggu lepas dia dah give up agaknya, dah senget. Bila park iron atas meja tu, iron pun menggelungsur 😂😂 Jenuh kita main kejar² dengan iron. Kelmarin, bila menggosok, iron board dah nak tertungging, ummi tahan la jap dengan kaki. Dah ghoper pakai mesin jahit zaman dulu kala.. hahaha . 

Tak boleh jadi ni. Part connection tu pun berkarat dan tajam. Bahaya. Part yang sambung ke besi board tu pun dah tanggal rupanya.. Patutlah nak tumbang je asyik... Maka, lajulah tangan ni scroll² shopee, cari yang sturdy, tak berapa bergoyang. Gigih la baca komen² nak tengok mana yang elok kan. Final list antara brand Philips dengan MMX ni. Tapi Philips mahal sikit. MMX ni a bit cheaper, tapi komen not bad juga. So, ummi pilih MMX. Order hari Jumaat, hari Sabtu dah sampai. Pantasss.. Alhamdulillah. Beli yang saiz XXL terus. Puas hati. 

Semangat & selesa iron baju hari ni.. hihi..

Sunday, October 5, 2025

Sayangi Diri: Cakna Tentang Kanser Serviks

Statistik menunjukkan kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah merupakan kanser ketiga tertinggi yang membunuh wanita di Malaysia.


Tahukah anda, pengesanan dan langkah pencegahan awal boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko kematian akibat kanser serviks?


Macam mana nak kesan awal? Buatlah pemeriksaan Pap Smear dan HPV secara berkala. 



Ummi rasa ummi perlu share benda ni sebab, rata² kawan² ummi sendiri bila sebut pap smear, HPV, mostly takut nak buat sebab membayangkan 'muncung itik' tu. Ummi sendiri pun rasa seriau. Last ummi buat pap smear masa pasang implanon, lepas bersalin my #6. Which 5 tahun lepas juga lah. Sepatutnya kena repeat every 3 to 5 years . Tapi itulah, bila fikir seriau 'muncung itik' tu, kita pun malas² la.

Dan ada juga satu stigma dalam diri kita, biarlah tak check. Bila tak check takde apa pun. Kalau check mulalah jumpa sakit itu, sakit ini. huhu.. Walhal, bila tak check, though kita rasa sihat, kita tak tahu yang kat dalam tu tengah membiak, merebak dalam diam. 

 PS ni, dia kesan sel yang tak normal. Sel tak normal tu selalunya disebabkan oleh Human Papilloma Virus. Bila buat pemeriksaan HPV, dia akan tengok wujud ke tak virus ni which may lead to cancer. Kadang² HPV ok, takde traces, tapi result PS masih tak normal. They may buat further test macam colposcopy or even LLETZ to determine kenapa result PS tak ok. These tests will give result either normal, pre cancer (CIN) or cancer. Should you diagnosed as pre cancer, doktor akan suggest treatment yang bersesuaian yang bertujuan untuk mengelakkan sel pra kanser tersebut merebak menjadi kanser. Doktor kata, kajian menunjukkan, prakanser boleh berubah menjadi sel kanser dalam masa 10 tahun. So, once diagnosed pra kanser akan ada pemeriksaan/rawatan/temujanji susulan dalam tempoh 10 tahun atau sehingga umur 60 whichever comes first.

Doktor kata, biasanya orang yang datang² hospital dah kanser serviks stage 3, 4 tu sebab tak buat pemeriksaan PS/HPV secara berkala. Kalau buat pemeriksaan berkala, insyaAllah boleh detect awal dan buat rawatan awal. She said, case studies menunjukkan, ramai wanita yang mendapat rawatan awal, berjaya diselamatkan dari kanser serviks (dengan izin Allah pastinya).

With that, sayangi diri anda, jaga kesihatan. Jangan lupa buat pemeriksaan PS dan HPV berkala untuk mencegah & mengurangkan risiko kanser serviks.

Sunday, September 7, 2025

Attending Wedding Invitations

I almost thought tak dapat hadir jemputan walimah asbab kesibukan abi. Dah berfikir² dah skrip apa nak bagi. huhu..

Alhamdulillah abi kata masuk office sekejap je. Tengahari dia balik. Maka jenuhlah ummi mengerah anak² bersiap, to make sure by the time abi balik, semua dah ready. 

Jemputan pertama, penyatuan dua hati antara Fatin 💝 Faiz. Colleague ummi is Fatin, mempelai perempuan yang sungguh manis dan ayu di atas singgahsana. Fatin ni memang level adik² la. Comel lotey orangnya.

Part of officemates with their fam. Ummi masa ni tengah suap makan. Depa ni dah sampai awal, dah selesai makan. Memang tunggu nak bergambar dengan pengantin je. Berlari jap lone ranger, tinggal anak tinggal suami, naik ke pelamin nak ambil gambar together. hahaha. Sudahnya kena marah dengan mek Fatima sebab tak ajak dia sekali. Ampun la nakkk. Ummi nak kejar timing nak interframe. 


Props dekat luar dewan. Oh, btw, wedding Fatin ni dibuat dekat dewan pejabat ummi. Anak² dah confuse masa on the way tu.. Nak pergi kenduri ke nk pergi office ummi??? Ummi ada kerja ye?? 🤭











Next, jemputan dari team mate office juga. Tapi bukan beliau yang kahwin 'lagi' ye.. haha.. Team mate ummi ni dah kahwin dan ada anak seorang dah. Beliau jemput hadir ke kenduri adik perempuan dia. Yang berdiri belakang tu lah pengantin perempuan dan abang long nya. Dalam ni, part of my team, without lady boss yang tak dapat hadir sebab balik kampung.


Sedap makanan kat sini. Rosak diet ummi, ya Allah. Ayam masak merah & daging masik hitam dia sedapp.. Anak² yang mulanya taknak makan, sebb dah kenyang katanya, bila cuit rasa lauk ummi, masing² minta nak ratah lauk. Siap menambah². Masa kami sampai tu dah almost hujung² dah, tapi lauk banyak lagi.. Sakan meratah lauk lah anak² ku.







Terima kasih atas jemputan.
Barakallahu lakuma wabarakah..
Moga rumahtangga yang dibina  dilimpahi dengan sakinah mawaddah & rahmah, dikurniakan anak² yang soleh solehah, kekal rukun dan bahagia hingga ke jannah. 

 

Monday, September 1, 2025

Abi Being So Random

Abi balik kerja lewat petang di hari merdeka. Abi cakap dekat anak² surih bersiap, lepas solat maghrib nak keluar. Anak² bersiap macam biasa je lah. Track suit, tshirt harian. Di suruh tukar seluar yang elok sedikit, tetaplah track suit, yang ok sikit takde koyak/lubang 😂🤪

Dalam kereta abi tanya nak kemana.. Eh dia yang ajak keluar, dia tanya kita pula. Ummi ajak ke kedai dulu beli barang Mus'ab sedikit. Lepas tu, nak kemana?

Seperti tahun lepas, abi bawa round masuk KL, tengok bangunan berlampu². Masuk area Kampung Baru, jem betul. Ramai betul yang nak pergi makan di Kampung Baru tu. Penuh kereta atas jalan, orang mesti merenyut dalam tu. 

Abi tanya lagi, nak makan kat mana? Ummi kata, tengah orang ramai² ni kereta pun berjujuk atas jalan ni, takdelah nak join the crowd bersesak² tu. 

Then abi tanya lagi, shawarma yang famous  dekat Bukit Bintang tu apa nama dia? Damascus, i said. Nohhh.. tiba² sampai kat BB. Sini lagilah merenyut orang oih.. Tiba² kami dalam Pavillion. Ummi cakap kat abi, umur macam ni, 1st time ummi jejak Pavi.. Sejujurnya, memang ummi tak pernah jejak pun Pavi tu walaupun kita ni lahir, membesar, kerja kat KL ni. hahahaha 😂. Mus'ab 6 bulan dah masuk Pavi ye 🤣🤣. Sepanjang dalam Pavi tu, ummi gelak tak berhenti. Dengan kita ni yang rupa macam bibik, yelah, bersiap ala kadar je. Sebab tak tahu nak kemana. Dengan anak² pakai baju tidur, seluar track. Mus'ab dengan baju tidur yang lubang² tu 😅😂. Memang random sungguh abi hangpa ni.. Tak kisahlah nak kata ummi ni peghak ke apa. Kitanya sejak berusia dan beranak pinak ni memang tak berapa nak ke mall² ni unless kalau ada benda yang nak dicari. Tapi kalau cari barang pun, confirm bukan kat Pavi lah 🤪. Kami marhaen je ☺️

Ummi kata, ni berbelas tahun lepas masa kita 'lepak' KLCC dulu, kalau masuk butik dah kena usha je, kena follow rapat dengan sales assistant 🤣🤣 Abi kata masa tu, tunggulah aku kaya nanti 🤪😂.. Ni kalau masuk butik² dalam Pavi tu, agak² macam mana? atas bawah dipandangnya kita ni agaknya 🫣






Maka berjalan keluar la dari Pavi, mencari shawarma Damascus. Punya lah ramai umat. Ummi mulalah auto on mode komander sebab anak jenis jalan melilau. Mata dok pandang ke lain, jalan hala ke lain. Kita ni dok barisan belakanh sekali memang kena dok perati anak² di celah² orang ramai. Kalau dia ke lain sikit, mula la ummi bagi 'command'. 🤣🤣

Sampai depan kedai, haaaaa merenyut orang beratoq oihhh.. Ummi gelak je lah kat abi. Gigih nak beratur ke tu? Baik dekat kedai dia yang besar tu, dengan yang kecik sikit, both beratur panjang. Takdak arah lah abi weh. Mohler balik. Kitanya memang sejenis tak berapa nak sabar benda² kena berbaris ni. 


Kakak dapat belon lip lap free

Sudahnya, patah balik... Cari makan tempat lain je lah.  Cari nasi juga akhirnya. Mujur kedai makan siam buka lagi. Abi hang punya random dan adhoc ni memang buat ummi urut dada je. hahahahaha..



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015