Showing posts with label Birth Story. Show all posts
Showing posts with label Birth Story. Show all posts

Friday, February 21, 2025

#7thEdition - Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah

15.02.2025

Sarapan pagi di wad obstetrik. English breakfast, kata abi. Jangan tanya tentang rasa 😅😅 yang penting perut terisi..


Lepas breakfast, ummi jalan² dalam wad, dapat la dalam 40 minit..Then ada nurse cari.. Nurse kata LR dah panggil. It was 11++ am. Ummi tanya, boleh ke kalau tunggu lepas lunch. Nak makan dulu. Nurse said ok.. Puan makan dulu untuk tenaga push nanti..haha..
Tak sempat snap gambar lunch. Hati dah libang libu nak masuk LR kan.. Laju je makan.. hihi..

Meanwhile, abi ada nak kena settlekan barang untuk abang long pulang ke asrama malam nanti.. Ummi kata its ok, take your time. Settlekan dulu barang abang, gunting rambut siap semua.. Baru datang hospital. Takpe masuk lewat sikit. I dont think its gonna be a fast one. haha. 

So, 1.30 ptg ummi masuk LR. HO check bukaan, tak jumpa, too deep inside, posterior..Staff nurse check, dapat la hujung2 jari, tapi memang posterior. Then they call MO, MO confirms its posterior bukaan masih di 3cm. MO pecahkan air ketuban..
Then pakar explain kepada ummi all the risks and consequences, since ummi grand multi para (beranak banyak kali) dan berisiko tinggi. Main risk is risiko berlaku tumpah darah kerana rahim ibu yang bersalin banyak kali dah kurang elastik compared to first time mom. Rahim akan lambat mengecut. So, hospital dah get ready 1 beg darah, in case berlaku tumpah darah.

Dan, since baby posterior, delivery process will usually takes longer time.. Pakar tanya berapa tempoh paling lama in labour? Paling lama adalah 10 jam masa bersalin Fatima. Pakar kata, usually they allow 10 hours only in labour sebab tak boleh biar ibu lama dalam fasa active labour. Pakar tanya ummi nak ambil pain killer tak? Sebelum ni pernah ambil any pain killer? Sebelum ni ummi pernah ambil entonox gas & pethidine. Pakar explain further, based on my condition and history of long labour hours, dia suggest epidural, but it depends on ummi.. Pethidine is good tapi dia bertahan 4-6 hours sahaja. Epidural will act sehingga selesai kelahiran. Plus, sekiranya, within 10 hours masih belum bersalin, atau heart beat baby bermasalah, kemungkinan akan kena tolak ke OT. Jika berlaku, tak perlu cucuk another line for epidural, masih boleh guna line yang sama. 

Mengenangkan faktor usia yang dah semakin 'muda' dan pain endurance yang berkurangan, dan terbayang sakit yang macam nak pecah perut tu, ummi opt for epidural. 

Pakar tanya lagi.. Sekiranya terpaksa czer, doctor suggest untuk buat BTL as family planning. Again, bukan paksaan, mak boleh pertimbangkan. Ummi dah pernah bincang dengan abi, dan ummi agree if czer, im ok for BTL. 


Abi sampai masa pakar bius nak bagi explanation tentang epidural. Epi bukan 100% hilangkan sakit, tapi reduce sakit 50-60%. Ada risiko dan kesan juga macam pening², muntah, pendarahan etc. Abi tanya ummi kenapa nak epi?? Ummi kata, ummi nak tenang² je, taknak stress layan sakit, i want to rilex. Sebab bukaan baru 3cm, dan pakar bius available, alhamdulillah dapat epi. 

Cuak juga nak masukkan tiub for epi. Tapi alhamdulillah semua smooth. Rasa sakit sikit masa cucuk bius je.. Lepas tu tak rasa apa dah, though jarum/tiub epidural ni lagi besar dari jarum bius separuh badan. Tiub tu dia lekatkan belakang badan dan sambung ke mesin untuk alirkan epidural sepanjang proses bersalin. Ada button juga untuk patient tekan sekiranya dos epi yang diberi tak cukup dan rasa sakit yang kuat. 

Lepas epi dah menjalankan tugasnya, ummi tak rasa dah contraction.. Dan since baby posterior dan bukaan baru 3cm, doktor bagi drip augmentin/pitocin untuk kuatkan contraction bagi cepatkan bukaan. Dos augmentin/pitocin dinaikkan secara berkala dari 2ml, 4ml ke 8ml. Tapi ummi tak rasa sangat contraction until 8ml.. Baru terasa sakit sikit.. Unfortunately, bila dos dinaikkan ke 8ml, baby pula tak boleh tahan.. Heart rate dia tiba² drop below 100. Normal heart rate is within 100 to 150, 170.. Ni drop ke 80-90.. Nurse off kan pitocin. Ambil masa juga baby nak catch up to normal heart rate balik. huhuhu.. 

Lama tak jumpa mesin ni 😂.. Mesin ni monitor heart rate baby dan juga contraction.  Abi pun dah pandai baca mesin ni dan printed graf dia ye.. Yang warna kuning tu heart rate, yang hijau contraction rate. Graf heart rate baby cantik kalau nampak gigi-gigi. Kalau tak nampak gigi tu, baby macam tidur, tak aktif.. Kena kacau² dia.. Ni yang fasa dia nak catch up balik heart rate dia.. Then yang heart rate dia drop tu, dia jadi macam longkang. Its not good.. Untuk contraction, doktor monitor berapa kali contraction in 10 minutes.. 1 in 10, 2 in 10, 3 in 10.. Kalau dah dekat² nak bersalin, contraction should be 3 in 10s.. Means, dalam 10 minit, event kontraksi berlaku 3 kali..Bila ada contraction, graf akan naik membentuk macam bukit. So, kalau dah nak bersalin, contraction makin kuat dan makin kerap, dia akan membentuk 3 bukit dalam 10mins graf sheet. Gituhh.. 


Nak jadikan cerita, staff nurse yang attend ummi ni, tenang orangnya. Cara cakap bak ibu², lembut je.. Memang kena lah dengan hasrat ummi yang nak rilek dan tenang² je untuk kelahiran kali ni.. Tapiiiiiii, terlebih tenang pun tak jadi jugak ye.. hahahaha..

Disebabkan terlalu tenang, dah 6 jam berlalu, bukaan baru 5cm, baby masih posterior, SN masih kekal tenang. Ummi, walau nampak tenang, dalam hati dah mula berkocak. Sebab ummi dah melalui fasa kelahiran yang lamaaa masa Fatima.. Kalau 6 jam, masih posterior, dan bukaan pun dikira poor progress, ada possibility kena tolak OT. Seram pula nak membayangkan. Ummi dah 2 kali dah hampir² kena czer.. Terfikir mungkin kali ni takde rezeki ummi bersalin normal lagi. Tapi ummi tak berserah begitu je.. Hati tak henti berdoa, mohon keajaiban dari Allah Rabbul Izzati. La hawla wala kuwwata illa billah.. Abi pun di tiap kesempatan, abi mengaji apa yang mampu, sesekali tanya ummi ok ke tak..

Dalam pukul 8 lebih, ada seorang nurse masuk. Ummi dengar dia tekan² mesin drip pitocin tu.. Masa tu dos 4ml. Dalam hati, dia naikkan dos lagi ke? Ummi risau jugak kalau heart rate baby drop lagi.. Then masuk lagi seorang.. Dia check bukaan, jauh jugak, tapi soft sangat dah.. Boleh ni, kata nurse tu.. 

"Ibu, kita nak tolong ni. Kalau pukul 9 ibu tak bersalin lagi, ibu kena tolak pergi OT untuk czer. Serviks dah soft sangat, cuma tinggi sikit ibu ikut cakap saya ya.. Kita cuba bersalin normal, boleh ni, kena kacau sikit. Kalau rasa contraction, ibu teran je sikit²."

"Ibu mengiring ke kiri, tangan sebelah paut dekat besi ni, sebelah lagi tarik kat sini, kepala rapat ke bahu, kaki satu lurus satu lipat macam ni.. Ibu cuba teran macam nak berak.. Teran kuat sikit, panjang².. Sikit lagi ibu.. Haaa.. dah boleh rasa, ni kepala baby.. Teran lagi ibu, panjang²."

"Ibu pusing balik, tangan pegang kaki, kepala tarik ke perut, punggung jangan angkat.. Rasa contraction je ibu teran panjang² macam be**k keras..Ibu lawan tangan saya ni ye..Tarik nafas, teran panjang².. Bismillahirrohmaanirrohiiim..  Laa ila hailla anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin.."

Abi tolong tolakkan kepala ummi kedepan. Nurse 3 orang menggodek perut ummi..Baby menyeget katanya, yang seorang tolak ke sini, seorang tolak ke situ.. Dah macam doh kena uli ye.. 

"Sikit lagi je ibu.. Dah nampak rambut dah tu.. Teran panjang² kuat² ibu.. Sikit lagi nak bagi lepas kepala.. "

Entah berapa kali teran, akhirnya 15.02.2025, 8.33pm, lahirlah seorang lagi umat Muhammad, permata berharga ummi abi yang ke-7, Baby boy, berat 3.01kg. Allahuakbar.. Alhamdulillah.. Lambat sikit baby nak nangis.. Semua dok sorak, suara mana dikkk?? Suaraaa??
Bila dia nangis je, semua pakat sorak, alhamdulillah.. Muka baby kebiruan sikit..Congested.  So paed monitor level oksigen baby.. Mata abi dah berkaca².. Ummi ucap syukur tak berhenti.. Total hours in labour is 7 hours.

Disebabkan risiko rahim lambat mengecut tu, lepas cucuk ubat kecutkan rahim, nurse urut² perut ummi, nak tolong bagi kecut rahim. In the same time, pitocin masih on untuk bagi contraction yang membantu kecutkan rahim juga.. Sambil nurse keluarkan uri, make sure takde yang tertinggal. Then jahit luka.. Ye, koyak juga sikit, sebab kitonyo tak sedar dah punggung angkat ke tidak, teran pun dah kemana hala. Tapi since epidural masih on, tak rasa lansung masa jahit tu.. SN cakap, "ibu takde tekan button ni tadi kan.. Nah lah tekan.. Rugi tak tekan, Kalau kat swasta mahal ni.. ", disuanya button tekan dos epidural yang akan high shot utk 10 ke 20 minit tah.. Tekanlah buat raso²..

Sepanjang proses lepas baby dh keluar tu, ummi dok bergelak ketawa je dengan nurse² tu ye.. Ummi cakaplah dah macam skuad pom pom girl dah.. Riuh terus jadinya dari bertenang2 tadi 😂😂 Dah lah perut kitonyo dibuat macam tepung diuli..Sedang dia ganyang ye.. Berderai ketawa nurse².. Nurse yang jahit luka pulak kata, "ibu, saya tolong repair balik bagi cantik tau ni.. Reconstruct. Kalau buat kat swasta ni, beribu juga dia charge ni.. Tapi dah buat cantik ni, ibu jangan pulak datang balik tahun depan nak bersalin lagi 🤣🤣🤣"

Allahu, boleh pecah perut melayan mereka ni.. 
Syukurlah Allah ilhamkan ummi amik epidural. Tidaklah seksa menahan menanggung sakit..
Syukur juga Allah hadirkan orang baik², buat kerja dengan baik dan berhemah.. 
Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Selesai je kerja mereka, semua pakat berkemas salin baju.. Nak balik dah katanya.. Dah habis shift.. Kata deme, alhamdulillah beberapa kes dapat diselamatkan daripada czer. 1 je tak berjaya, terpaksa tolak ke OT jua. Bila pasukan pom pom girl nak balik dah,  bersusun lah ucapan terima kasih nurse, terima kasih nurse... 😅😅




Syukur alhamdulillah

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Tuesday, February 18, 2025

Pra-Kelahiran Anakanda ke 7

13.02.2025

Selesai hantar abang ngah masuk asrama. Malam harinya, ummi tak lena tidur. Ada contraction tapi sela 15 minit.  Subuh esok hari, ada lagi contraction. Ummi decide nak pergi klinik, niat hati nak MC je.. Sebab sela contraction masih jauh. Tapi, doktor perform VE, katanya bukaan dah 2-3 cm, posterior, cervix soft. Doktor suruh ummi serah diri terus.. Tapi, ummi decide tunggu petang sikit, since doktor kata posterior. Ummi pun buatlah macam² kerja dekat rumah dulu, berjalan sana sini, buat squatting, turun naik tangga. Abi pun ada nak settlekan kerja dulu. Ummi kata, lepas zohor atau asar lah..


Sebelum serah diri, isi tangki dulu.. Tapi tak lalu nak makan sangat. Jadi makanan ummi kongsi dengan abi, dan ummi order a cup of hot chocolate.. 


Lepas makan, ambil anak 4 orang di Pasti dan hantar balik duduk elok² dengan abang long ye. Semua dok tanya ummi nak pergi mana?? Salam peluk cium siap², minta mereka doakan ummi dan adik baby.

Pukul 6 petang, check in sini.. PAC Hospital Tunku Azizah (HKL).


Kenapa HTA? Sedangkan anak-anak lain semua bersalin di Hospital Ampang. Kenapa kali ni HTA??
Saja nak merasa hospital baru. Alang-alang dah penutup ni (hopefully), dia seorang la IC 14 nanti.. hihi.m

Ramainya umat di PAC. Huhu.. Lama juga menunggu. Nak examine pun ada beberapa proses, 3-4 kali kena panggil nama. Dari register, clock in maklumat dan history, check CTG, then HO examine, MO scan dan examine lagi.. Setiap satu tu lama juga menunggu. Sebab musim ramai orang bersalin ni agaknya kan. hahahaha.. Bila dah selesai examine, MO order booking ward atau LR. Tapi dua² full. Yang lebih awal dari ummi booking LR pun masih stranded di PAC. Sementara tu, pasang branula dulu..

HO yang buat ni nervous ke gelabah ke tak tau lah.. Tangan kanan ni, 2 kali attempt tak berjaya. Yang first dia buat dekat yang dah bertampal tu. Dah kenapa pasang jarum dekat situ, tempat yang akan selalu bergerak², confirm akan sakit.. Dah cucuk jarum, dia masukkan air, terus bengkak dekat pergelangan tangan tu. So dia buka balik. 2nd attempt, bila dia ikat glove dekat wrist, darah keluar dekat tempat yang 1st tu.. 2nd attempt pun tak berjaya sebab he said vein pendek.. Pelik juga ummi.. All this while, memang dekat 2nd spot tu doktor cucuk branula. 


Darah yang meleleh dekat 1st spot yang cucuk branula. Ini dah lap sebahagian, sebelum tu lagi banyak darah. Masa nampak darah meleleh banyak tu ummi terus rasa berpusing kepala. hahaha..Lepas tu doktor tu surrender, dia minta tolong kawan dia tolong pasang branula kat ummi..


Both hands kena cucuk branula. Untuk ibu yang beranak banyak kali, ada risiko tinggi tumpah darah sebab rahim lambat mengecut. Jadi, kena standby line untuk masuk darah.


Hari ummi register PAC tu, memang ramai ibu. Ibu nak bersalin, ibu yang ada komplikasi etc. Tapi wad dan LR full. Macam² drama ada kat PÀC. First time juga ummi experience suasana havoc di PAC sebab PÀC Hospital Ampang tak crowded dan chaos macam ni. huhu.. So, since PAC dah book wad/LR untuk ummi dan beberapa ibu lagi, tapi wad/LR takde kosong..kami bermalam di PAC malam tu.. Ni katil hotel 5 bintang ummi malam tu.. Tak boleh nak tidur aihh. Sakit badan..hahahahah.. Pengalaman sungguh.. Dan, untuk rekod juga.. Tempoh ummi stay dekat PAC sebelum masuk wad adalah 24 jam. 


14.02.2025
Check in wad obstetrik akhirnya.
Lagi selesa dan luas wad sini compared to Ampang. Of course la, sini lebih muda usianya dari Ampang kan. Nak lagi baru, kena bersalin kat Kajang pulak lah.

Outfit wad obstetrik 🥰
Sekarang dah berbunga² ye.. Last time polka dot.. After 5 years tak check in, dah bertukar rupanya 🤭


Makanan pertama dalam wad.. 
Dinnahhh time.


Nanti kita sambung part seterusnya.. 

Tuesday, August 10, 2021

Restless July, Olympic 2020, Bidadari Syurga & 1443H

Restless July

July haven't been so nice to me. Restless sangat rasanya.. Juggling between work, family & house chores have never been easy during this pandemic time. And since we've been dragged into so many phases throughout these years, it seems like forever and the stresses built up as high as mount Everest..Lelah. 


Total lockdown and WFH, tapi bila urusan kerja terkait hal sulit dan rahsia serta super top management dan ministerial, berkejaran juga lah masuk ke office walau sendirian. Ingatkan Ogos akan tenang-tenang saja.. Unfortunately, awal Ogos tetap bermarathon 😅😅 First week of August padat dengan meetings. Belum dihitung preparation for meeting dan hal-hal yang tidak berkait dengan mesyuarat. Dengan ummi tak berapa sihat, sakit sengal bisa seluruh badan, Serasa macam nak rehat dan tidur, and please, wake me up once September  ends...Apapun bersyukur masih punya pekerjaan di saat ramai yang telah hilang mata pencarian. Allahu.. Tough time for all. Semoga kalian yang sangat-sangat terjejas di luar sana, Allah permudahkan segala urusan kalian, moga diberi sebaik-baik ganjaran atas ketabahan dan kekuatan kalian. Moga Allah mencukupkan rezeki buat kalian.

Olympic Tokyo 2020


Olympic Tokyo 2020 dah melabuhkan tirai. Tahniah buat jaguh basikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang dan beregu badminton Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik 

 serta semua atlit Malaysia & their team yang telah bertungkus-lumus mengerah keringat dan kudrat berjuang untuk negara Malaysia. Satu pingat perak dan 1 satu pingat gangsa tetap menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Sebak dengar ucapan dan permohonan maaf Datuk Jijoe selepas berakhirnya aksi keirin yang penuh mendebarkan. Tak perlu mohon maaf pada kami, you have done your best. You are our true winner & champion. We are proud of you Datuk. Syabas dan tahniah again to all Malaysian athletes atas semangat juang yang tinggi.

Siti Sarah - Bidadari Syurga

Baru sahaja Malaysia bersorak gembira, Malaysia dikejutkan pula dengan pemergian penyanyi wanita yang sama-sama mengukir nama sezaman Dato' Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Penyanyi yang bersuara lunak dan unik, punyai karektor yang ceria dan bersahaja. Innalillahi wa innalillahi rajiun.. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah binti Raisuddin, bidadari syurga buat Shuib Sepahtu. Pemergian allahyarhamah Siti Sarah yang meninggal akibat Covid 19 tatkala beliau sarat mengandungkan anak yang ke-4 benar-benar meruntun jiwa seluruh rakyat Malaysia. 


Terkesan sangat dan cemburu melihat pemergian beliau yang didoakan oleh ramai asatizah. Allahu, pasti bukan calang-calang orangnya, pasti banyak kebaikannya. Dan bila baca perkongsian insa -insan yang mengenali dan pernah berurusan dengan beliau, serta sesi live Shuib selepas jenazah selamat dikebumikan, Allahu Allah, Subhanallah masyaAllah, ternyata kebaikannya terlalu banyak dan disembunyikan secara baik. Hanya selepas ketiadaannya, ramai mula bercerita tentang sisi-sisi baik beliau. Paling sebak, betapa beliau isteri yang baik dan sangat dikasihi suaminya, diredhai pemergiannya.  Sungguh, cemburu dengan pengakhiran beliau yang baik. 

Maal Hijrah

Dan dalam tak sedar, kita dah beralih tahun ke 1443H. Terlalu cepat masa berjalan. Covid19 masih belum berpenghujung, malahan dilihat semakin mengganas dengan varian-varian baru.. Lebih 10ribu nyawa telah menjadi korban di Malaysia. Sudah tak terungkap perasaan. Ramai anak-anak kecil yang menjadi yatim piatu dek kerana Covid19. Ramai lagi yang sedang bertarung nyawa.. Allahu.. Tiada daya upaya kami ya Allah. hasbunallah wanikmal wakeel, nikmalmaula wa nikmal naseer.. 


Moga tahun baru membawa seribu hikmah dan rahmat, moga tahun baru ini lebih dari tahun sebelumnya. Moga diri ini mampu berhijrah menjadi lebih baik dari semua aspek.

Kami mohon keampunan padaMu ya Allah. Ampuni kami, ampuni dosa-dosa kami ya Allah. Hanya kepadaMu kami berserah, hanya padaMu kami bergantung harap. Hapuskanlah virus Covid ini ya Allah, angkatlah ia dari bumiMu.. Tetapkan lah hati kami yang sering berbolak balik, tetapkan iman kami yang sering turun naik, tetapkan aqidah kami di jalanMu ya Allah. 

Saturday, April 11, 2020

The Birth of Nusayba ‘Ammara


18/3/2020 (hari pertama PKP) last antenatal check up. Doc kata baby dah engage, dah turun sgt dah, tunggu contraction je. If on EDD still takde sign, or if there’s any sign, terus pergi PAC je. No more appointment.

19/3/2020 (hari ke-2 PKP)
it’s the EDD. but still takde tanda lagi. sekadar mild contraction, yang tak regular, tak konsisten lansung.. takde rasa sakit..no other sign also.


Aku rasa dah macam ni haaa... So bloated.


So, aku decide untuk tunggu sampai petang. Monitor dulu pagi tu kalau ada vital sign of labor. Sambil-sambil sibukkan diri dengan anak5 dan kerja rumah. Prepared breakfast and lunch. Sambil-sambil cuak juga memikir macam mana lah nak bersalin dalam musim outbreak covid 19 ni, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Kalau datang sakit kang, nak kena angkut askar5 hantar ke rumah mama dulu.. Buatnye ada roadblock, macam drama dah rasa. hahahaha

Pukul 4, masih takde intense & regular contraction. Zawji tanya macam mana? Nak pergi hospital bila?  hurmmm.. pergi lepas asar lah.. Lepas solat asar, bergerak lah kami, hantar anak5 ke ampang, then ke PAC hospital Ampang. 

Beg hospital (purple luggage), beg LR yang kecil atas luggage, while another 2 bags, barang anak5 yang kan di pos ke rumah maktok. huhu. Dua minggu beg ni terletak je di situ.

Di PAC, husband tak boleh masuk. Kena tunggu di luar pintu shj. Aku masuk register sendiri. 
*Dtg sbb apa? - EDD hari ni (19/3/2020). Semalam last check up, doc kata if still takde sign, pergi je ke PAC. 
*Takde tanda lagi? Contraction? Air ketuban? Show? - Takde. Contraction ada, tapi tak kuat dan tak regular. 
*Biasa kita bagi sehingga 40w9d kalau post date. Tapi mak dah G8P5+2, nanti saya tanya doktor dulu.
*Kita register lah. Doktor kata sebab dah anak ke-6, kita cek jugak in case jalan dah bukak.

Lepas register, masuk dlm assessment area. Monitor ctg, heartbeat, cek jalan. There’s 3 HO kalau tak silap. One of them buat VE, tak jumpa jalan katanya. One said (masa examine perut) macam belum engage sebab masih soft dekat bawah perut. She asked whether masa check up doc ade cakap baby songsang or what. I said, last checkup, baby heads down, engaged. Then nurse datang, nurse cakap dah turun sangat dah perut. They asked, takde rasa sakit ke? Aku kata takde. Rasalah mengeras, tapi tak sakit. Nurse kata yang takde rasa sakit ni kadang risau sebenarnya jalan dah bukak. Especially grand multi para. Nurse perform VE, 3cm dilate, posterior, cervix 1cm. Sama je condition macam Faqeeh, Fathiy dan Fatima. Jauh ke belakang 😓

Masuk bilik MO pulak, scan. Confirmed heads down, estimated fetal weight 3-3.2kg. VE lagi, yup 3cm dilate. Admit ward. 

FYI, disebabkan PKP, no visitors allowed. Zawji pulak, masa aku kat PAC, awalnya die tunggu kat luar. Dia ada mesej aku, tapi aku tak perasan. Lepas dah selesai examined by MO, salin uniform polka dot untuk warded, baru aku baca mesej. Zawji kata dia balik rumah sekejap. Nak ambil barang apa yang patut. Pukul 7 lebih aku check in wad 4D. I thought I can see him sekejap masa dia nak hantar barang lepas Maghrib nanti. Rupanya tak boleh. He can’t even naik ke atas pun. Sekadar pas barang-barang pada guard dekat lobi. Guard yang akan bawa naik ke atas. Dan i was informed that this time around, husband tak boleh teman isteri dalam LR. Sedihnye lah. So, thats it, kali terakhir jumpa zawji masa dia drop dekat PAC. Tak sempat salam pun sebab ingatkan boleh jumpa lagi. 😭

The HO cakap, takpelah puan, dah anak ke-6, ok lah kot. Yang first time mother tu kesian. Of course la depa lagi sedih kan. First experience. Tapi sebenarnya, every birth is unique. Contohnya macam bersalin Fatima, i never thought i would spend 10 hours in LR. Memang sangat-sangat perlukan kehadiran zawji untuk bagi semangat kat aku. Of course, sepenuh pergantungan hanya pada Allah swt. But at times, we can loose our sanity and need someone to keep reminding us to stay sane. 

Uniform polka dot, selipar pun nak polka dot jugak. hihi..

Malam tu, aku cuba monitor contraction, but still, no intense one. Dapat juga aku lena beberapa jam. 

20/3/2020 Pagi dalam pukul 10am, HO cek bukaan. Tak jumpa 😂. Sebab posterior tu lah. Bersusah payah betul HO cuba mencari pintu. She even asked me, at PAC, siapa yang kata dah 3cm dilate? Then MO round dengan pakar, MO did VE, yeah, a bit further inside, still at 3cm. She did membrane sweeping. Nak tolong katanya. Senaknya, Allahu. 

Pakar said, check OS on PM review or intense contraction, admit LR at 6cm dilation. Pasang another branula. Kiri kanan woiii cucuk jarum 😭😭. Standby kalau nak masuk ubat or darah katanya. Seram sejuk mak dengar. She asked me to walk around the ward supaya cepat buka. (Masa buka branula, nurse cakap kat aku, branula satu lagi tu, standby kalau kena emergency czer, in case jalan lambat nak buka, macam kes Fatima la kiranya.. Gulp!)

Branula kiri kanan tangan

Lepas membrane sweeping tu, berketul keluar lendir coklat. And so i walked around the ward. Did squatting too. Sampai lenguh kaki, cramp kaki oiii... Sakit masih dalam skala boleh tahan. sesekali contraction datang, aku try juga push slowly. huhu.. Mak ni tak pernah bersalin post date/overdue.. Jadi mak saspen. Baby pulak macam sangat tenang di dalam. Kadang tu mak confuse, baby ni gerak ke tidak.. 😅

At 3.45 pm, PM review, cek OS, 5cm dilate. 1cm to go.. This time HO tak bersusah payah dah. Aku tanya, jauh jugak ke? She said, tak dah. So, aku Sambung jalan & squatting sikit lagi. Bila datang contraction, aku gelek-gelek sikit.. Memang banyak berdiri je hari tu. Nak duduk, baring tak selesa dan tak tenang. Dalam otak ni asyik fikir what if tak bukak lagi, what if takde progress.. Ape next option?? 😢 

Pukul 7, nurse datang check bp. Dia tanya, aku tak rasa sakit lagi ke? I said, dah rasa kuat sikit. Tapi aku dok tahan je selagi boleh bertahan, dengan harapan bila VE, dah 7-8 cm.. haha.. Nurse tengok chart aku, anak ke-6... Dia tanya last VE tadi pukul berapa? Dia suruh aku pergi kat bilik pemeriksaan untuk VE. Dah boleh tolak LR dah ni, she said. Aku kata, lepas maghrib la aku pergi. Nak solat maghrib dulu. So, aku selesaikan solat maghrib dulu, sujud lama-lama, doa panjang-panjang.

7.50pm baru aku ke bilik pemeriksaan. It was 6cm (ingatkan dah 7-8 cm 😂😂😂) and the nurse suruh tukar uniform. Get ready untuk ke LR. Lama juga nak tunggu nurse datang untuk tolak ke LR. Azan isyak berkumandang, aku solat isyak siap-siap dulu. Lega dah selesai solat semua. Sementara menunggu tu, aku sambung squat sikit-sikit, dan continue berjoget di kala contraction datang. 😬😬

10pm - still belum masuk LR. LR full katanya 😥. 

Almost 10.30 pm, check-in LR, bilik 8. The same room masa bersalin Fathiy. Attended by nurse Hidayah & Dr. Fatin (HO i guess) and a soft spoken and cool MO. The team that attended me that night baik-baik semuanya, peramah, cakap pun lembut, tenang sangat dan sangat helpful. Dr. Fatin did VE dan pecahkan air ketuban. Alhamdulillah it’s clear, but still at 6cm..(again i thought lepas tunggu 2 jam nak masuk LR dah progress ke 7-8cm 😂)..

nurse tanya nak pethidine tak? Aku iyakan saja. Sebab aku memang tak tidur/rehat dengan tenang beberapa hari. Tapi sebelum dia cucuk pethidine pun aku dah tenggelam dalam mimpi. Hahahaha.. Pukul 11 kot nurse cucuk pethidine dan on drip pitocin. Once dah cucuk pethidine, memang lalok la..😴😴😴

Few times juga aku cuba lawan mata, tapi kembali di awangan. Guess what, aku sampai macam blur apa objektif aku duduk dalam bilik tu... Hahahahah.. Lupa weh yang aku ni nak beranak. Lalok sangat dah tu. Mula-mula berharap sangat baby keluar before the clock strike 12.00. Dapatlah tarikh cun sikit, 20-3-20. Kuat berangan betul kan. Bila jarum jam dah kat angka 12, but rasa nak meneran tu belum datang, mak pasrah dan kembali di awangan. Almost pukul 1 baru mata aku macam sedikit segar, sebab sakit dah mula kuat. Kuatnya sakit tu rasa macam nak pecah, nak meletup perut ni. Seriously, itu je yang mampu aku gambarkan. Memang rasa macam nak pecah perut. 😭😭😭 

Then ada doktor yang tak dikenali (despite of HO and MO yang entertain aku earlier, I believe senior doc or pakar) masuk. Masa ni around pukul 1.00 pagi. They were looking at my ctg result.. Ada something yang mereka bincangkan about my ctg graph. Then doc tu suruh reduce or off kan pitocin because the contraction sangat kuat. She asked them to monitor if there is recovery or not for few minutes more. Masa tu jugak nurse buat VE, 6cm stretching to 7cm. Allahu, punya kuat sakit, baru nak progress ke 7cm 😓😭😭

Aku tengok muka nurse macam tak happy. Aku tanya kenapa? Dia kata heartbeat baby rendah sikit tiap kali contraction. Aku terus telan air liur. Fetal distress. Faham dah kenapa doc suruh monitor heartbeat recovery. Kalau without pitocin pun heartbeat masih drop, emergency czer it is. 

Tak semena-mena aku terus rasa macam nak terberak. Aku bagitau nurse. Dia terus kata, bagus. Kalau rasa nak teran, teran je. The second time it came, memang tak tertahan rasa nak teran tu. Nurse, HO, MO ada masa tu. They said, dah fully dilate, cepatnya. 

Nurse terus guide aku untuk teran, curi nafas dan teran, rapatkan kaki ke dada, jangan pejam mata, buka mata dan pandang muka dia or pandang ke perut, they count 1-2-3 for me to inhale and push. Three of them guiding me well. Alhamdulillah at 1.31 am, 21-03-2020, I safely delivered a beautiful baby girl, weighs 3.37kg. Dr. Fatin kata, sukalah tengok, tenang je mak, baby pun tenang.. hahahaha.. Tenang tang manalah tu..

Ohh.. since husband tak boleh masuk LR, in fact memang dia tunggu di rumah je lah lepas aku warded, aku azankan baby sendiri. Had to lah kan. Takkan nak tunggu discharge untuk zawji azan baby kan? Blur jap aku mencari telinga kanan baby. Ho lah, effect pethidine tak hilang lagi. Ade lagi mamai-mamai-lalok aku tu.. hahaha..Dengan suara yang merdu lagi lunak persis juara qariah internasional 🙄🙄🙄 aku pun azankan lah bidadari kecil hadiah dari Allah. Si baby ni sama lah dengan kakaknya, lahir dengan vernix tebal penuh seluruh badan. Aku pesan kat nurse yang nak cuci tu suruh biar lama-lama sikit bagi kulit anakku flawless, gebu gebas.. huhu.

Sebelum masuk LR, last aku whatsapp & voice message dgn zawji & anak4, pukul 8 lebih. Lepas tu aku tak tengok dah phone. Dah masuk LR pun, even nurse suruh aku ambil hp, aku just letak tepi bantal je. Dah selamat bersalin, almost pukul 2 pagi, baru aku text zawji bagitahu die dah selamat jadi abi anak 6. Masa tu baru perasan zawji ada text informing yang dia tunggu aku 😭. Tak senang duduk agaknya dia tunggu news dari aku. 

Alhmdulillah baby G6PD normal. Tak perlu berkampung seminggu di wad. Dan boleh discharge tengahari tu jugak. Lagipun, hospital memang taknak hold patient lama-lama waktu musim wabak ni. Proses discharge pun laju je. Kalau dulu, bercinta jugak nak tunggu discharge note. haha.. Nak discharge pun, zawji naik ke wad, jumpa guard, guard akan bagi slip untuk bil. Zawji settlekan bil, naik atas bagi resit pada guard, guard masuk ambil barang-barang bawak ke kaunter depan while aku settlekan other document dan tolak baby cot sampai kaunter depan, zawji boleh tunggu kat situ je. And thats his first time tengok his latest edition 😂.


Sunday, April 5, 2020

Bersalin Dalam Tempoh PKP


Sedia maklum, dalam tempoh PKP ni semuanya memang agak terhad dan terbatas. Lebih-lebih lagi urusan keluar masuk hospital. Untuk ibu-ibu yang akan melahirkan dalam tempoh PKP ni, (which kita pun tak sure akan berakhir bila, could be extended selagi masih banyak kes baru dilaporkan setiap hari 😥), sad news, suami tidak dibenarkan untuk teman ibu di dalam LR. Kalau ibu datang ke hospital dan bukaan sudah 4cm dan lebih, which ibu akan terus ditolak masuk ke LR, suami tidak dibenarkan tunggu walau di luar LR. Most probably suami akan disuruh balik sahaja. Suami juga tak dibenarkan untuk melawat ibu dan bayi di dalam wad selepas bersalin. Suami hanya akan dibenarkan datang untuk urusan discaj. 

Aku sendiri salah seorang yang bersalin dalam tempoh PKP. Serah diri ke Hospital pada 19 Mac 2020, which was hari kedua PKP Fasa 1 berkuatkuasa (18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020). Sekarang ni kita dah masuk fasa kedua PKP kan, dari 1 April 2020 sehingga 14 April 2020), mungkin prosedur akan lebih ketat, aku pun tak pasti.


Di bawah ni aku c&p status seorang doktor berkenaan guideline KKM semasa PKP ni. 


Kelahiran di kala pandemik Covid-19 menurut guideline Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Person Under Investigation (PUI)


SEMUA  ibu hamil yang akan melahirkan akan di lakukan proses saringan sebaik sahaja ibu mendaftar untuk proses kelahiran.

3 soalan saringan yang akan di tanyakan kepada SEMUA ibu sebelum di tentukan ke wad sementara menunggu proses kelahiran aktif atau ke kamar bersalin (labour room)..
  • Adakah ibu demam atau ada infeksi saluran pernafasan dengan mana-mana simptom ini:  susah bernafas, batuk atau sakit tekak?
  • Adakah ibu ada sejarah perjalanan ke negara yang di jangkiti Covid-19?
  • Adakah ibu ada kontak dengan sebarang pesakit yang positive Covid 19 dalam tempoh 14 hari terakhir?

Ibu-ibu akan di lakukan saringan sama ada di PAC, Klinik pakar kebidanan atau EPAU (tergantung ibu mendaftar dari mana)

Sekiranya ibu adalah PUI:

Polisi hospital rakan bayi tidak di teruskan ke atas PUI untuk mengurangkan risiko penularan virus corona.
.
Ibu hamil yang PUI akan melalui  proses kelahiran dengan kaedah pembedahan cesarean untuk mengurangkan risiko transmisi secara vertical sehingga lebih banyak data dan evident untuk menyokong kelahiran pervagina lebih selamat untuk menurunkan risiko penularan. Melainkan ia adalah kelahiran iminent (kepala bayi sudah di pintu vagina).
Sekiranya ibu menolak, dan ingin kelahiran pervagina, surat atas resiko sendiri perlu di tandatangani.
.
Ibu PUI di minta untuk mengenakan topeng muka  3 ply  sepanjang masa termasuklah di kamar bersalin dan ketika proses bersalin untuk mengurangkan resiko menularan.
.
Ibu PUI tidak di benarkan untuk menerima gas entonox sebagai penahan sakit demi mengurangkan resiko penularan aerosol dari droplet saluran pernafasan.

Ibu akan pulang ke wad isolasi, dan bayi akan di bawa ke nursery sehingga keputusan ujian saringan Covid 19 negative barulah mereka akan di satukan. Bayi kepada ibu PUI juga akan diasingkan daripada bayi-bayi lain.

Penyusuan susu ibu tidak akan di teruskan sehingga ibu di sahkan negative dari Covid-19 
.
.
Bagi ibu yang bukan PUI:

Proses kelahiran adalah seperti biasa.

 Ibu boleh menyusu seperti biasa. Ibu dan bayi akan bersama-sama pulang ke wad.
.

.Bagi ibu PUI dan bukan PUI:
.
Suami tidak di benarkan menunggu bersama di kamar bersalin. Jadi peluk cium doa semua di pintu masuk kamar bersalin sahaja.

Suami tidak perlu menunggu di luar kamar bersalin dan akan di minta pulang. Misi akan menelefon sekiranya ada keperluan.

Selama di wad, ibu tidak boleh menerima sebarang tetamu, suami hanya boleh datang sebentar. 

Proses discharge akan di lakukan sesegera mungkin apabila ibu sudah di benarkan pulang. Hanya suami sahaja yang boleh datang menjemput sang isteri. Melainkan suami sedang home kuarantine maka waris terdekat boleh bantu.
.
.
Sumber : Annex 23. Tidak semua dari isi kandungan Annex yang di terjemahkan di sini. Saya hanya men"highlight" point-point yang penting untuk ibu hamil yang akan melahirkan.
.

Dr Nurhaya Yacob
We are here to support each other not the other way round❤️. Spread the LOVE not Corona.


Sedikit tips untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan.

Make sure beg hospital anda telah tersedia, lengkap dan mencukupi, seeloknya sebuah beg sahaja & lebih mudah kalau guna luggage, supaya tak risau ada beg yang tercicir atau tersalah ‘alamat’. Lengkap ni termasuklah pakaian, pampers bayi, pad, toiletteries, stok makanan dan minuman sekiranya perlu. Mencukupi dan mungkin kena sediakan extra in case ibu atau bayi perlu ditahan di wad lebih dari sehari.

Untuk tidak kalut, sediakan juga sebuah beg kecil yang mengandungi dokumen penting seperti IC, buku merah/antenatal checkup, dan GL. I call it beg LR. Sesetengah hospital akan minta ibu sediakan 1 keping pampers bayi, sepasang baju bayi, maternity pad & panty ibu. Jadi, masukkan item-item ini di dalam beg kecil tersebut. Beg ini hendaklah sentiasa bersama ibu sehingga ke dalam LR. Hp pun boleh sumbat dalam tu je. 

Sekiranya sudah ada tanda untuk bersalin dan hendak ke hospital, pastikan beg hospital & beg LR di bawa bersama. 

Semasa pendaftaran di PAC/EPAU, Penting untuk ibu declare dengan jujur kepada staf KKM yang bertugas sekiranya terdapat sebarang simptom atau jika ada kontak rapat dengan individu yang positif covid 19. Terdapat kemungkinan ibu akan disaring terlebih dahulu. 

Suami tidak dibenarkan masuk ke PAC/EPAU. Pastikan beg LR dan hp sentiasa bersama ibu dan pastikan juga bateri hp mencukupi. Mohon suami untuk standby sahaja beg hospital. Sama ada ibu terus ditolak masuk LR atau dimasukkan ke wad terlebih dahulu, ibu perlu maklumkan kepada suami no wad dan katil, supaya memudahkan suami untuk memaklumkan kepada guard untuk menyerahkan beg hospital kepada ibu. Suami tidak boleh naik ke wad, semua urusan hanya melalui guard. 

Memandangkan suami tidak dibenarkan untuk masuk menemani ibu dalam LR, ibu boleh mengazankan sendiri bayi semasa nurse/doktor meletakkan bayi di atas dada ibu (mom-baby skin to skin bonding). Boleh maklumkan juga pada nurse bahawa ibu hendak mengazankan bayi. Azankan bayi pada telinga kanan. 

Persediaan mental adalah sangat penting. Disaat menanti tanda kelahiran ni, ibu-ibu boleh perbanyakkan zikir & selawat, banyakkan baca Al-Quran, solat sunat dsb.  Boleh juga praktis azan untuk azankan bayi nanti 😅. Mohon agar dipermudahkan semua urusan & selamat kedua ibu dan bayi, insyaAllah. Letakkan sepenuh pergantungan hanya pada Allah. InsyaAllah staf KKM akan sentiasa membantu ibu-ibu, baik dalam LR mahupun wad.

Untuk yang pertama kali bergelar ibu, pastinya agak sukar dan emosional tidak dapat ditemani suami sewaktu melahirkan. Semoga Allah SWT memberi ibu-ibu sekalian kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi ini. Ganjaran untuk orang yang sabar dan redha itu pasti ada. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kalian. 

Wednesday, June 12, 2019

Pengalaman Bersalin Anak ke-5: The Birth of My IUCD Baby : Fatima Az-Zahraa



MasyaAllah. Rasa macam tak percaya. Dah upgrade jadi ummi anak 5.
Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah, selamat melahirkan my IUCD baby, seorang puteri, permata hati yang dinanti, pada 20 Januari 2019.

Alkisah, few days sebelum kelahiran Fatima, abi outstation. Hati ummi ni gundah gulana sangat dah masa abi bagitau kena outstation lagi, walaupun dalam negara je. Masa tu ummi dah 38w+. Jujur cakap, tak larat bawak badan, tak larat handle hero berempat tu. Lagi-lagi Fathiy. Allahu. At 38 weeks, berat ummi naik 14kg. Paling berat dalam sejarah mengandung. Double compared to previous pregnancies.


Me at 38w of pregnancies. Bulatnye aihh perut ummi tuuu..

Bila abi kata confirm outstation, ummi decide ambil cuti dari 17/1/2019. Cuti sampai 21/1/2019  lah kiranya sebab 21hb tu public holiday. Dan mintak tolong mama ambil dekat rumah, berkampung dekat rumah mama. Abang bertiga pun ummi cutikan jugak. Ummi whatsapp ustaz, terus terang bagitau ummi tengah sarat, abi oustation, takde orang nak urus hantar abang-abang pergi sekolah. Masa ni contraction datang macam chipsmore. Kejap ada, kejap hilang.

19hb abi kata nak balik dah. Abi tanya ummi macam mana. Ummi kata ade je sakit. Tapi on-off. Tk konsisten lagi. On the way balik KL tu, abi mesej lagi. Kena singgah GCE. Ada problem katanya. I was like, hurmm...ok. Doa Allah permudahkan semua urusan abi, dan balik dengan selamat.

Mean time, ummi monitor contraction. Dah makin kerap. Lepas solat asar, Ummi monitor via apps. Based on apps, dia dah suruh get ready to pack your things and head to hospital. Sebab tak sakit sangat, takpelah, layan je lah dulu. Abi pun tak settle lagi kerja kat GCE.
Maghrib baru abi sampai rumah. Almost Isyak baru datang Ampang. Maghrib tu apps dah bagi red alert. Ummi kata nak tunggu Isyak dulu, makan siap-siap. Then baru pergi hospital. Ummi cakap dekat anak-anak, ummi pergi sekejap je. Nanti ummi balik lah.

Check dekat PAC, dah 3cm. Kena warded. Bermalam lah ummi dekat wad. Abi? Awalnya abi kata nak tunggu dekat area hospital je. Sempat pulak abi pergi minum dengan kawan dia. End up, abi balik tidur kat rumah. Kesian jugak dekat abi. Tak sempat rehat lagi.

20/1/2019.
Pagi tu doktor datang round, bukaan 4cm. Nurse bagi ubat berak, Tolak masuk LR terus. Since anak ke-5, semua expect cepat je lah semua. Masuk LR pukul 8.00 pagi. Ummi sempat makan roti sekeping dengan susu segelas je. Masa tolak masuk LR tu, ada sorang je dalam LR. I’m the second one. Ummi ambil pethidine, sebab masa bersalin Fathiy, pethidine sangat membantu untuk tenangkan ummi seketika.
This time, it doesn’t work. Bukan kata pethidine tu tak menenangkan. It does calm me down. Mamai, ngantuk aihh. Tapi, sebab proses bersalin kali ni punyalah lamaaaaa.. Sampai pethidine tu pun dah hilang kesan. By the time sakit mencanak, it doesn’t help anymore.

10 jam ummi kat dalam LR. Doktor, staff nurse silih berganti masuk tanya, belum lagi? Tak rasa nak teran lagi? Sakit tu sakit. Tapi belum tahap nak membuang. Stress jugak. Semua dok cakap Gr 7 kan ni? Lambatnya... Abi pun berapa kali dah keluar masuk. Pergi solat, pergi toilet, pergi makan. Huhuhu..Pukul 8 pagi masuk at 4cm, pukul 4 petang stucked at 6cm. Nurse kata pintu jauh kat atas lagi. Ummi dah tak tau nak kata rasa apa. Tapi sempat bisik kat abi, taknak czer..sobs.. Pukul 4 petang tu doktor bagitau, dia monitor for another 2 hours. Sebab max in labour 10-12 hours je untuk ibu yang grand multi para. Kalau takde progress, doc akan refer pakar for next step.

Lepas doc cakap macam tu, nurse yang jaga ummi mula tak duduk diam. Dia tambah dos pitocine. Kejap kang dia datang godek perut. Pastu cucuk tiub kosongkan pundi kencing. Godek perut lagi.
Pukul 5 lebih, abi keluar solat asar. Ummi dah mula kabur-kabur macam di awangan. Sakit dah makin tak tertanggung. Macam nak meletup perut. Bila nurse check, masih belum fully dilate. Dia suruh ummi cuba teran tiap kali contraction datang, nak tolong baby turun ke bawah. Masa abi masuk, Allahu memang tengah sakit yang tak tertahan sangat. Nurse suruh abi tolak badan ummi. Meanwhile die seluk bawah. Ummi tak larat sangat dah. Nak teran pun rasa tak mampu. Nurse kata, lawan tangan dia. Teran je. Dia tolong dari bawah. Plopp! Keluar kepala. Dan teran lah lagi sekali nak lepaskan bahu pulak. Pukul 6 petang lahirlah permata hati ummi.

Bila nurse angkat baby suruh tengok jantina, Allahuakbar! Ummi nangis terus. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Akhirnya Allah izinkan ummi dapat anak perempuan. Di saat ummi dah pasrah terima anak hero belaka. Allah bagi tanpa ummi rancang. Sungguh, cantik aturan Allah.

Oh. Apa cerita IUCD ye? Dari PAC lagi doc dah try nak remove IUCD, tak boleh. Masa mula-mula masuk LR pun doc try jugak nak keluarkan. Still tak dapat. Until pukul 4 lebih kot, setelah berapa kali seluk cek bukaan yang tak berapa nak progress, doc kata macam dah rasa IUCD tu, dan doc pun seluk lah untuk tarik keluar cik IUCD peneman baby Fatima dalam rahim. Haha.

Inilah rupa kembar Fatima. hahahaha'

Nurse yang sambut baby Fatima tu kata, sayang sangat kalau kena czer. Sebab tu dia usaha jugak untuk aku bersalin normal. Alhamdulillah Allah izinkan. Terima kasih nurse.
Ayat paling win dari nurse dan doc lepas tu kat abi, dah boleh ‘rehat’ dah kot kan, ayah. Kesian kat isteri ni haa. Nak bersalin anak perempuan ni, lama dia bertarung. Huhu. Dah dapat baby girl ni, cukup korum dah kan. Hihihi..

 Bahagian masing-masing kan. Selalu orang cakap, dah anak ke 3,4,5.. Mesti lagi senang nak beranak. Mesti cepat je progress. Allah takdirkan, yang no. 5 ni lah yang paling lama bertarung. Allahu Allah. Lepas bersalin ummi memang longlai, takde energy lansung. Sebelum ni boleh salin baju hospital tu sendiri, sarung kain sendiri.. Kali ni, semua nurse buatkan. Nak angkat kaki pun tak mampu sampai nurse tolong angkatkan kaki, tarik duduk, papah sampai katil yang nak tolak ke wad. Nurse suruh makan dulu sementara nurse lain cuci baby. Nak angkat tangan pun ummi tak larat. Lembik. Collapse. Nak makan, makanan rasa kelat kering sangat. Minum air mineral, nak telan air pun macam tersangkut kat kerongkong. Pandangan kabur, badan seram sejuk, lemah. Dah masuk wad, ummi paksa diri minum air milo. 2 kotak ummi sedut. Lepas tu paksa makan roti walau rasa nak muntah. Abi bagi gula-gula halls tu. Ummi makan 2 ketul. Sampai dah rasa ok sikit, mata pun tak kabur. Allahu.. Alhamdulillah Fatima pun elok je tidur sementara ummi nak segar balik tu. 


Fatima Az-zahraa
3.15kg


49cm

Begitulah kehidupan. Allah dah atur cantik untuk kita. Walau hati ummi awalnya bercampur baur saat tahu mengandung lagi, tapi perancangan Allah terbaik buat ummi. Terima kasih Allah atas hadiah yang sungguh istimewa ini. MasyaAllah tabarakallah.




Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015