Showing posts with label Covid19 - PKP. Show all posts
Showing posts with label Covid19 - PKP. Show all posts

Saturday, March 12, 2022

12 Tahun Cinta: Rai Versi Kuarantin


12 Mac 2022

Alhamdulillah.. 12 tahun cinta..
Tahun ni raikan ulangtahun versi kuarantin asbab positif covid19 belaka. 

Walau kuarantin, walau tekak rasa kelat, walau mengunyah rasa meletup-letup dalam telinga, walau kepala berdengung-dengung... Tetap nak rai juga dan teringin nak makna macam-macam. Alhamdulillah sekarang ni zaman nak order apa pun di hujung jari saja. Cukuplah menghiburkan hati kami yang sedang berkurung ni..




Ratu airmata. Sempat dah dia lalak dulu asbab nak claim kek happy birthday dia 😂😂🤣



Pasta ni untuk pikat selera makan anak-anak sebab tau ni kegemaran mereka. Masing-masing tengah tak sihat, makan ala kadar, risau juga ummi.. 





Friday, March 11, 2022

Covid-19: Akhirnya~


Allahuakbar..
Setelah silih berganti kes positif melibatkan ahli keluarga, sahabat terdekat, sahabat maya dan rakan sekerja...

Akhirnya, dia beri salam juga pada keluarga kecil ummi 😔


Currently, 4 out of 8 family members yang positif.
Yang masih gagah sihat dan aktif adalah yang kecil-kecil. Aged 7 to 2..

Nak kuarantin lagu mana pun pening sebab yang kecil-kecil masih perlu perhatian. Nak kurungkan mereka, orang tengah sihat dan bertenaga, mana nak duduk berkurung. Tambah pula mek kecil berdua tu memang tak boleh berenggang dengan ummi. Segalanya nak ummi. Dan masih mengempeng lagi keduanya 🥴😥 Tawakal sajalah kami. Berdoa agar antibodi mereka kuat dan terkesan dengan Covid. Allahumma ameen. 

Doakan kami diberi seringan-ringan ujian dan diberi kesembuhan yang tiada penyakit lagi selepasnya. 
Allahumma ameen.

Wednesday, August 11, 2021

Covid-19 : Close Contact

Minggu pertama Ogos 2021 ummi yang padat dengan mesyuarat back to back tu, ada kisah lain lagi disebaliknya. Betul-betul buat ummi lelah. Lahawlawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzim..

Ummi dah lama tak hantar mek kecil berdua, Fatima dan Nusayba ke pengasuh. Since Ogos kelihatan agak meletihkan, ummi maklum pada pengasuh nak hantar Fatima dan Nusayba bermula Ogos. Actually beberapa minggu sebelum tu, ummi ada call pengasuh sebab ada kirim makanan ke rumah pengasuh. Berborak panjang jugalah masa tu. Pengasuh tanya Fatima dan Nusayba, rindu nak dengar celoteh Fatima katanya. Fatima ni pun sebenarnya tiap kali abi bersiap nak pergi kerja, dia pun sama sibuk kemas beg, nak pergi rumah mak (pengasuh).. She keep on saying rindu mak, nak pergi rumh mak..

So 2 Ogos, ummi hantarlah mek berdua tu. Ummi pula masuk office. Petang ummi ambil anak-anak, ada menantu dan cucu pengasuh sekali. Pengasuh ni jaga cucu-cucu dia dan Fatima Nusayba. 

3 Ogos, ummi wfh. Tapi sebab ummi ada mesyuarat online, ummi hantar juga lah ke pengasuh. Sebab memang sukar untuk ummi fokus kerja bila ada anak-anak kecil ni. Fatima dan Nusayba pula memang pantang sangat kalau tengok ummi depan laptop. Masa tu lah masing-masing nak panjat kerusi meja, nak duduk atas riba, nak mengempeng. Fatima pula, after 2 years dah putus susu (sebab ummi pregnant ke Nusayba), all of a sudden sekarang ni dia nak menyusu badan balik. Dah macam ada kembar dah ummi ni. So,memang tak boleh nak fokus kerja, dan badan ummi sangat penat.

Tengahari 3 Ogos tu, sedang ummi sibuk dengan kerja, pengasuh call bagitahu menantu dia positif Covid. Ummi inform abi, abi suruh ambil Fatima dan Nusayba. Dalam ummi tengah kalut prepare untuk meeting petang tu, ummi pergi jugalah ambil anak-anak. Ummi pesan pula kat abi, tolong singgah farmasi beli self test kit untuk Covid tu. Malam tu jugak ummi test dekat Fatima. Alhamdulillah negatif.





The next day, pengasuh call lagi, tanya anak-anak ok tak. Then pengasuh bagitahu, dia dan suami pun positif Covid. Berderau juga jantung ummi walau dah test dekat Fatima malam tadi. Ummi    yang memang dok sakit kepala dari hari selasa pagi tu, terus  rasa seram sejuk badan macam nak demam. Ummi buat juga self test, alhamduliah negatif. Tapi badan ummi sakit-sakit, asyik bersin, sakit tekak.. Bisa seluruh sendi badan. Ummi rasa tak sedap hati sangat. Ummi cakap dekat abi, kalau berlarutan macam ni, ummi nak buat swab test. Sebab ummi kan commute pergi balik kerja naik LRT, so we never know kat mana yang ada virus tu. 

Hari Khamis ummi ada meeting pagi dan petang. Dalam pada tak sihat, join juga meeting. Ummi takde option sebab immediate boss ummi baru je pindah masuk awal 30 Julai. So beliau memang tak hadam lagi tentang projek bawah seliaan ummi. Nak lepas terus pada anak-anak buah, kesian pula. Sudahnya, korbankan lah kesian pada diri sendiri. Huhu.. So, tak sempat nak buat swab test. Jumaat baru free sedikit belah pagi. 

Since anak-anak kelihatan segar dan aktif, dan tiada simptom seperti demam, selsema etc, ummi agak confident juga lah dengan result self test tu. Cuma diri ummi ni je lah. Serah juga diri untuk dicucuk hidung. Daripada risau berteka-teki tak berkesudahan kan.

Berdebar juga nak buat swab test ni.. Seram sejuk berganda. Hahaha..Ummi buat RTK je. Tunggu 15 minit, dapat result terus. Ada 2 family sebelum ummi.. Both families, ada beberapa family members yang positif. Makin berderau jantung rasa tengok result orang. Bila tiba turn ummi, alhamdulillah negatif. Lega betul rasanya. 


Dan sakit-sakit badan ummi tu, keesokan harinya beransur kurang. Haihh.. ummi rasa, ianya lebih pada mindsetting. hahaha. Atau mungkin sebab badan ummi dah terlalu penat sangat 😩😭 .Tapi hari ni dok sakit-sakit balik badan ni. Lenguh, sengal seluruh badan. Allahu. Kalau dapat berurut ni, lega sikit agaknya rasa.

Tapi, ini bukan pertama kali ada kes close contact ni. Abi, fathan dan fathiy juga pernah jadi close contact. Alhamdulillah, Allah masih melindungi keluarga kami.




Risau betul, dengan varian baru ya g makin mengganas ni kan. Walaupun ummi abi dah complete 2 dose vaksin, tapi anak-anak kan belum divaksin lagi. Tetap lah risau kalau terjangkit pada anak-anak.. Allahu.. Nauzubillah...

Sedih bila baca status Ustaz Wadi Anuar ni.. Ramai yang dah kehilangan insan tersayang dek virus Covid ni. 😭😭😭



Apalagi yang terdaya kita buat. Teruskan jaga SOP, jaga jarak, pakai mask (double mask), cuci tangan dengan kerap, ambil vaksin. Teruskan berdoa, mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT. Dan rasanya, self test kit dah jadi keperluan essential di setiap rumah. 



Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidiladha 2021

Selamat Hari Raya Qurban..
Taqabbalallahu minna waminkum..
Semoga semua amalan kita diterim olehNya..

Raya qurban kali ni, tiada typical juadah raya. Neither nasi impit, ketupat, lemang nor rendang.. Not even kuah kacang or kuah lodeh..

Kisahnya, last week have been a hectic, stressfull week for me. Minggu sebelumnya jua. I've been so stressed with all kind of things. Kerja yang semua nak dikejar, semua dok mengejar. Kita ni 'berlari' bagai tak cukup. Entah apa yang terlalu nak dikejar sangat. Sampai tahap, jadi fobia bila dengar notification whatsapp masuk. Tengah malam, awal pagi dok berbunyi. Ummi.pulak sejenis tak reti nak buat-buat tak tahu. Bila dah terbaca mesej instruction malam-malam tu, otak ni mula lah dok berfikir sampai susah nak tidur. Bila baru nak lelap, anak pula bangun cari susu. Restless betul rasa sampai terlupa minggu ni raya, dan tak prepare pun nak masak apa. Belum lagi dengan kerenah anak-abak soleh solehah lagi bijaksana. Huhu..

Nak mengeluh dan membebel banyak pasal kerja dan anak-anak pun, takde faedah juga kan. Semua tu adalah amanah. Ummi anggap jelah apa jua keperitan yang ummi rasa tu, ibarat sebuah pengorbanan jua. Bukan untuk meraih penghargaan siapa-siapa, sekadar nak melunaskan tuntutan/amanah kerja, kerana Allah. Sekadar ummi mampu. Moga Allah beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat ummi, lorongkan jalan yang benar dan mudahkan urusan ummi. Itu je lah doa dan harapan ummi. 

Kena minta maaf sokmo dekat anak-anak ni sebab sokmo jadi 'punching bag' ummi saat ummi tersepit antara fungsi sebagai ibu atau sebagai penjawat awam. Maafkan ummi kesayangan ummi sekalian. Dalam banyak-banyak pengorbanan, ummi takut kalau terkorbankan perasaan, hati kecil dan jiwa raga keluarga dan anak-anak, yang pastinya sukar untuk dirawat nanti. Moga Allah izinkan ummi jadi ibu yang baik buat anak-anak soleh solehah semua. Allahumma ameen.

Panjang cerita tentang pengorbanan 😅. Ikut tema khutbah raya pagi ni. hihi..

Ini sahaja juadah pagi raya kami tahun ini. Macaroni goreng, burnt cheeseckae dan air sirap bandung soda laici. Pagi raya baru dapat idea nak masak apa 😅😂 Bolehlah kan. Asalkan boleh dinikmati, mengisi perut dan nikmat rasa. 





Dah kenyang makan, kita tengok pelaksanaan ibadah qurban secara virtual 😊😊
Musim covid ni, semua versi virtual je lah ya. 
Rindu pula suasana kami buat qurban sendiri-sendiri sebelum ni. 


Lepas zuhur, ada sesi video conference dengan team Gombak, Rawang dan Shah Alam, disertakan dengan laungan takbir dan bacaan doa selamat. 

Semoga cepat wabak Covid19 ini dinyahkan dari bumi. Rindu nak berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara 🥺😥

Monday, July 19, 2021

Of Covid-19 Vaccination

Alhamdulillah.

Have completed our 2 doses covid-19 vaccination.

Mama & ayah, my sister (Kangah) & my little brother (Bamcik) pun dah dapat their first shot.
Adik bongsu (mokcu) dah dapat her appointment next saturday. Alhamdulillah..

On zawji's side, Ma & ayoh and most of zawji's sibblings dah complete 2 doses. Alhamdulillah.

Ini cuma ikhtiar, usaha kecil kita sahaja. It's not the ultimate solution to win against Covid-19.. Allah jualah sebaik-baik penyembuh dan penghapus segala penyakit/wabak. Moga dengan izin Allah, pandemik ini akan segera berakhir. 

Gambar-gambar di bawah sekadar untuk kenangan di masa hadapan..


1st dose. 10 Jun 2021. HKL




Post vaccine effect, sengal/lenguh tangan dan rasa seeprti bengkak di tempat suntikan. Walhal tak begkak pun, cum perasaan je. Mine, soreness lasts for 2-3 days juga. Sebab anak-anak sokmo le tepuk, rempuh, langgar tempat yang di suntik. Huhuhu.. Bila ummi menjerit sakit, baru lah masing-masing teringat, oh, ummi sakit kena cucuk vaksin, EVERYTIME. 😏

2nd dose. 8 Julai 2021.




For 2nd dose, malam lepas suntik tu rasa seram sejuk badan, menggigil dan sejuk mencucuk macam nak demam. Tapi tak panas pun. Tidur berselimut toto tebal. The next day, satu badan rasa tak sedap, sakit sengal sendi-sendi tulang dan masih seram sejuk badan. Lasts until day 3 kot macam tu.

Lepas suntik vaksin tu, ummi rush masuk office sekejap, ada urusan penting perlu diselesaikan. Balik pun sambung hadap laptop, ammend surat, email mana yang patut. Then, we had some durians too. hihi.. The next day pun ummi kena masuk office adhoc. Urusan urgent dan P&C. Balik tengahari sambung berselubung. 

Asalnya we thought sebab makan durian tu rasa seram sejuk.badan. Bila tanya biras yang dapat appointment sama dengan kami, she too experience the same. Mungkin memang vaccine-after effect lah kot. Tapi masih bearable lah. Syukur alhamdulillah. 
 

Bawa mama & ayah for their 1st dose at PWTC





Zawji bawa Ma & ayoh 2nd dose at HKL



Thursday, July 1, 2021

PKPD Bersasar di Selangor 😱

Innalillahi wainnailaihi rajiun

Tak tahu nak kata apa dah. Sedih, penat, letih, stress.. Everything mixed up.


Ya Allah..

Bila semua ini akan berakhir?

Angkatlah wabak Covid 19 dari muka bumi ini Ya Allah.

Lahawla wala quwwata illa billahil aliyyil'azim

😭🥺🥴


Tuesday, June 8, 2021

Alahai Anak Dara....

 
Kisah si anak daraku, Fatima Az-zahraa
One fine day, lengan dia melecur kena periuk panas. Gara-gara nak rasa kuah yang baru siap masak. Dia tengok ummi rasa kuah hujung sudu, dia nak juga. Dan, dia nak buat sendiri. Mengamuk tak mahu ummi sendukkan kuah letak pada sudu dia. Nak ambil sendiri dalam periuk. Maka, berbekas lah  lengan tu. Tak sempat ummi nak halang anak oi. Mujur periuk tak terbalik timpa awak. Nauzubillahi minzalik. Maktok tanya, serik tak dia lepas tu?? Mana ada seriknya. Dan ummi pun harap, jangan lah serik. Nanti sampai ke besar serik nak masuk dapur teman/tolong ummi masak. Naya..huhu..


Another fine day, ummi tengah goreng nasi, dia berlari datang dapur menangis melalak-lalak. Then Fathan kata kaki Fatima berdarah. Allahu. Where did you get this cut Fatima solehah ku yang bijaksana dan cantik budi pekerti...Agak dalam juga lukanya. Tapi alhamdulillah tak berdarah banyak. Cuci dengan alcohol pad, sapu antiseptik, balut plaster. Tanya abang-abang, what had happened? masing-masing tak tahu sebab leka baca komik. Aihh.. Fathan kata Fatima panjat tingkap. To what extend dia panjat sampai boleh luka macam tu? Kesimpulan ummi, dia panjat dan pijak dekat frame tingkap. So, luka terkena tingkap nako tu. aihh.. 


Tenang dah bersahaja je muka awak kan..


Anak dara kuuu...
Sama naik awak dengan abang berempat ye. Berlumba nak tambah koleksi parut ke apa ni?? haha. Bertabahlah mak.. Buleh anok tinnoo dok hungga ghukah supo anok jate jugok 🤣🤣🤣

Mujur lah luka kat kaki dan tangan. Kalau kat mukaaa.. Maktok kata, kurang hantaran nanti. hahahaha..

Semoga membesar dengan baik, sihat, cerdik, pintar dan cerdas serta menjadi anak yang solehah, cantik akhlak, baik pekerti, tetap di jalan Allah yang satu.. Allahumma ameen.

Wednesday, May 26, 2021

Pertarungan Sengit Merebut Slot Temu Janji Vaksin AstraZeneca

 

Last week dibuka pendaftaran temu janji sukarela bagi vaksin AstraZeneca untuk warga emas, berusia 60 tahun ke atas.



Laju-laju ummi call maktok tanya nak daftar tak, since kalau tunggu turn daftar mySejahtera tu mungkin lambat sebab register lambat.. Maktok kata ok, cepat-cepat daftar untuk Maktok dan Tok Ayah. Alhamdulillah mudah je dan dapat booking slot 12 Jun for both of them. 


Pagi tadi check, dah ada butiran temujanji dah pun untuk insan kesayangan hamba berdua ni..Alhamdulillah..



Hari ni juga, pendaftaran dibuka lagi untuk yang berumur 18 tahun hingga 60 tahun pula pada jam 12 tengahari. Ummi dah standby je phone di tangan, dok refresh mysejahtera dan web www.vaksincovid.gov.my tu... 12.15 to 12.30 macam tu baru muncul butang mohon/daftar tu..



Berbunga lah hati kita kan.. Dah isi details, sekali tekan butang negeri, tak keluar senarai PPV dan tarikh..Banyak kali lah refresh dan retype semua.. Bila dah dapat klik tarikh pilihan yang masih berwarna hijau (nota: tarikh masih available).. Dia loading pusing pusing pusing.. Tiba- tiba keluar tarikh pilihan dah penuh.. ulang lah balik proses daripada awal. Refresh retype klik klik semua. Rasa macam dah duaratusnamplohpat kali ulang benda sama smpai jari pun lenguh dan kematu..hahahaha..

Berpuluh kali la klik  benda ni.. Inipun mujur dia muncul. Sebelum tu puas klik WPKL tak kunjung tiba pun senarai PPV dan tarikh pilihan. Sadis.


Lama nau tunggu loading..


Sekali ini yang muncul. Hampa.




Kesudahannya...

Setelah ratus ribu kali refresh tekan klik taip semua... Permohonan ditutup.. huhuhuhuhu.. Takde rezeki nampaknya setelah sejam berjuang demi sesi dating dengan AstraZeneca. Redha je lah setelah berusaha dengan gigih. kita cuba lagi dilain masa..  InsyaAllah.


Terasa macam zaman uni dulu, menunggu result exam semester published dalam web uni.. Macam tulah berperang nya, demi nak tau result antara terawal disamping menghilangkan debaran dan keresahan yang lama ditanggung setelah bertarung satu semester gituu.. Dan taknak juga dapat khabat berita result kita daripada orang lain. Spoiler gituhh.. Boleh buat hilang mood.hahhaaha.. Tah pape lah kan..

Haa.. kesimpulannya, ramai dah ada awareness tentang keperluan vaksin covid ni dan kepentingan mewujudkan herd immunity, hence traffic server vaksincovid tu jam dan crash akibat ramainya berpusu-pusu nak merebut ruang dan peluang untuk dapatkan vaksin despite of tunggu turn yang dah daftar mysejahtera dulu which untuk umur kami ni, belum nampak cahaya bila nak dapatnya. Hope kerajaan dapat improve la server ke apa yang sepatutnya jika buka lagi peluang macam ni(which i hope sangat ada). Meanwhile, kita berdoa semoga dipelihara dan dilindungi Allah daripada dijangkiti wabak Covid19 yang sedang mengganas dengan VOC baru yang lebih agresif. Berikhtiar dengan cuba menjaga SOP sebaik mungkin, self lockdown, keluar hanya bila betul-betul perlu sahaja..

Ya Allah, Kau angkatlah wabak Covid19 ini dari muka.bumi Mu..Allahumma ameen.


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015