Showing posts with label My Precious Babies. Show all posts
Showing posts with label My Precious Babies. Show all posts

Wednesday, September 9, 2026

Fathan Turns 11

Sanah Helwah sayang ummi, the one who have a melting smile. Barakallah fii umrik.

Ummi sentiasa mendoakan agar Allah melimpahkan segala kebaikan buatmu, dunia dan akhirat. Jadi insan yang soleh lagi musleh dan bermanfaat buat semua. Love you, abang silat.. 


Simple celebration as usual. Makan² di Terminal Coffee. 



Menu ala-ala sihat ni, ummi punya. Lepas tu order seketul shio pan lagi dan air Iced Mocha.. Allahu. Diet aponyo??? Terik rasa perut. huhu.m


Abi tekak melayu. Mencari nasi juga. Nasi ayam sambal berlada.


Fathiy order kudap-kudapan. Nak yang hot & spicy. 


Fathiy punya. Indomie pedas. Untuk kakak berdua indomie double tak pedas. 


Eh . Menu birthday boy takde pula. He ordered spaghetti carbonara as usual. 

Happy Birthday my handsome boy.



Wednesday, August 26, 2026

Aktiviti Tambahan Untuk The Sisters

Ummi dah lama berkira-kira nak daftarkan Fatima & Nusayba untuk kelab bola jaring. Since last year lagi dah pasang niat, bila mana coach netball Pasti kata nak buat kelab untuk kanak-kanak bermula dari tadika/pra sekolah.  Training setiap hari Jumaat malam. Tapi, keadaan last year, sangat tak mengizinkan. We (ummi and abi) were both very busy. Fully occupied with work. Abi dah macam doktor oncall 🤣🤭🥹. Kerja tak kira masa. Siang malam dan lajak ke pagi. Dah macam zombie. Dan in between tu, ada schedule giliran jaga arwah Ayoh. Our days were tight & packed. Nak selit² tambah aktiviti lain memang susah. 

This year, lepas BSBJ Pasti, ummi nekad nak enroll mek berdua ni. Maka starting from July 2026, selamatlah mereka berdua ni join netball club. Nak bagi mereka ni bergerak aktif sikit. Sajalah prepare mereka untuk sukan sekolah rendah nanti. Tapi, kalaub tak dapat wakil sekolah pun, dapat join tournament wakil kelab pun one of exposure for them juga kan. Another plus point, sambil² tunggu mereka ni training netball, bolehlah ummi ambil kesempatan lari/BW. Thats why lah Julai baru nampak semula sinar larian yang selama ni sendu dan hangat² tahi ayam. 


Training every Friday night. Ramai juga. Divided into 2 groups. Under 10 and above 10. So coaches boleh focus ikut level anak². 







Friendly match dengan pra-sekolah.


Seronok tengok anak-anak kecil main netball. Pendedahan awal is good for them sebab netball ni kan banyak rules. They themselves enjoy the game, and look forward for every Friday night training. Ummi balik kerja hari Jumaat, mek berdua ni dah siap pakai jersey training dah. Hari lain?? Nak suruh mandi pun jenuh berpuluh kali cakap 😅😅.





Disebabkan kita excited tengok anak training, gian nak menjaring tu menjadi². Ada kawan ajak join group netball for mommies. Nak main santai² fun² katanya. Tapi agak susah lah ummi nak join sebab mostly training dan friendly match depa in in between weekdays. Tak terkejar lah kita sebab nak kena hadap homework anak-anak bagai, plus abi yang selalu balik kerja lewat. Maka, untuk lepaskan gian menjaring tu, which i consider one of stress therapy for me, selain testing shoot masa anak² netball buat drilling dulu atau kita shoot dekat court basketball. Dan yang lebih syahdu, ambil masa me time di pagi Sabtu atau Ahad, lari dulu 3-5 km, alone, then sambung shoot bola.


30 minutes of shooting pun boleh bakar kalori  271 kcal. Sebab kena melompat dan berlarian kejar bola juga. 



Well, post ni secara tak lansung menjawab kepada post Parcel Misteri sebelum ni 🤭
Ada yang berjaya teka dengan betul. Yup, It's a netball post. 

Sebab, kadang-kadang datang penyakit M, malas pula nak jalan pergi ke court tu. Dan mek berdua ni selalu bising bila ummi pergi shooting sorang. Depa nak join shoot sama. Tapi ummi malas nak bawa mereka sebab, it's my me time kan 🤭🫣.

Maka, ummi belilah benda alah ni..
Boleh lah ummi dan mek berdua tu training shoot. Dan pastinya akan ada drama perebutan dengan abang2 No.3 dan No.4 yang sibuk nak menjaring sama 🧐😏.





Tuesday, August 25, 2026

Mus'ab & Chicken Pox

3 anak ummi yang pertama, setiap seorang kena chicken pox sewaktu ummi mengandungkan adik masing². 

Yang sulung kena masa ummi pregnant yang No.2. (Firstborn was around 8mo.)

No.2 kena masa ummi pregnant No.3. (2nd born was 2yo++)

No.3 kena masa pregnant No 4. (3rd born was 1yo++)

Start No.4 tak ikut pula turutan diatas. Then lahir yang ke-5, seterusnya yang ke-6. Ummi dah risau. Ni kalau seorang kena ni, memang berderet nanti ni. Suddenly, the 4th born kena CP when he was 5yo++, berjangkit dari kawan Pasti. Elok je dia kebah, booommm, mek berdua tu, 5th & 6th born, kena serentak. Both was 3yo+ & 2yo+. Lega juga mereka kena serentak. Cuma, Allahu seksa juga nak menjaga sebabnya the crankiness is doubled,  Allah sahaja yang tahu. Takdir pula, their blisters banyak, besar² dan rapat². Dekat muka pun, fuhh, sepadat ada nak keluar pun. Lunyai jugalah ummi ni nak attend mereka, tidur malam pun tak lena risaukan mereka. 

Lepas semua dah kebah, rasa syukur sangat. Alhamdulillah berakhir dah episod CP ni. Tup² pregnant the 7th one. Allahu, nak kena bersedia harung balik benda ni. Yang 7th born, masa check up cucuk MMR 2nd dose kalau tak silap, 2 hari lepas tu muka naik merah² macam rashes. Dia jadi bercapuk² merah camtu. Dari muka then ada kat badan, tangan and lastly kaki. Bertompok² merah lah dia. Si Meyah 🤣. Consult doktor, diagnosed Measles. Mujur takde berjangkit ke lain². Rasanya abang kakak dia macam takde kena Measles sebelum ni.

Khamis lepas ,check up 18 bulan. Tak ingat cucuk vaksin apa. Malam tu, dia demam panas. Malam cranky all around, susah nak tidur. Bagi PCM, bila demam kebah sikit, baru dia tidur lena. Pagi² Jumaat tu rasa dedar lagi. Ummi hantar dulu ke pengasuh berbekalkan PCM. Masa ambil dia di pengasuh petang jumaat tu, pengasuh kata dia moody, taknak makan, badan macam demam. Alahai, kesian awak dikk. 

Muka happy nak pergi KK

Nak duduk sendiri ye, taknak ummi riba dia.

Jumaat malam tu perasan ada bintik² berair merata. Lengan, belakang bahu, peha dan kaki. Tapi sabtu dia dedar je, dan aktif macam biasa. Cuma makan susah sikit. Ahad, baru sempat bawa ke klinik. Doktor diagnos Chicken pox, as expected.

CP dekat bahu. 

Quite cranky juga bila nak tidur malam. Macam malam yang lepas cucuk vaksin. Dia punya menjerit tak ketahuan punca tu, Allahu. Pujuk lah macam² cara, bagi botol susu - dicampaknya, bagi direct feeding - dia ngamuk² reject, which jarang² berlaku dia nak reject ye. Selalunya nak tidur, walau dah minum sebotol 5oz, mesti dia nak juga DF baru lena tidur. Kali ni taknak lansung. Nangis bagai nak rak, tiba² senyap. Alahai, kesiannya, menangis sampai penat lantas terlena. 


Maka, ummi bercuti lah sehingga 26hb menjaga Mus'ab yang perlu kuarantin. Among all kids, dia ni yang tak naik banyak sangat blisters. Risau juga ummi kalau tak keluar habis semuanya. So far, ada beberapa tompok di lengan, belakang bahu, betis dan peha.  Dekat badan ada sikit, randomly scattered. Dekat muka lansung takde, alhamdulillah. 

Semoga takde siri ke 2 untuk Mus'ab. Dan harapannya boleh tutup buku dah kisah anak CP ni. hihi. Untuk Mus'ab, speedy recovery sayang ummi. 

Thursday, August 20, 2026

Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa, Hari Jaya Waris & Hari Diskusi Akademik

6 orang anak, 3 buah sekolah, 3 nama acara yang berbeza tapi semuanya dengan objektif dan tujuan yang sama. Kalau pengasuh Mus'ab buat juga, mungkin namanya Hari Temu Mesra (sekadar contoh) , jenuh la ummi abi. haha. 


Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa PU


Ada dua event hari ni. PU dan MATIS. We decided pergi PU dulu, selesaikan Kak Chik Nusayba. Ummi book slot masa 8.15am. Sebab utama, yang ini lebih dekat dan 2nd reason pukul 10am nak berlari ke sekolah abang long & abang ngah pula.

Murni-murni sahaja komen cikgu. Keputusan Ujian Celik Minda Nusyaba dapat 94%. Alhamdulillah.  Kata cikgu, dia rajin tolong cikgu dan selalu jadi Pengawas (pelapor pada cikgu kalau ada kawan-kawan buat bising dan bermain dalam kelas masa cikgu tiada), walaupun di PU tiada jawatan pengawas..haha.. 



Sepatutnya boleh terus balik lepas jumpa cikgu, tapi dia seronok main dengan kawan-kawan, dan tambahan ada kawan yang stay sampai petang (transit), maka kami biar jelah dia stay.

Next kami ke sekolah abang long dan abang ngah pula.

Hari Jaya Waris MATIS

Walaupun 2 orang anak disini, tapi kami kena jumpa 4 orang guru/ustaz. Setiap seorang perlu jumpa ustaz halaqah berkenaan prestasi hafazan Al-Quran, dan guru kelas atau guru subjek bagi prestasi akademik. Maka, macam 4 orang anak lah kan. hihi..


Untuk hafazan Al-Quran, alhamdulillah kedua-duanya on track. Abang long dah habis hafazan mutamakkin, sekarang fokus untuk habiskan hafazan khatam. Ustaz target dalam sebulan dua lagi, insyaAllah khatam. Lepas tu kena fokus ulangan untuk Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). SPHB ni kelolaan Darul Quran JAKIM, baru diperkenalkan tahun lepas kalau tak silap. Sebelum ni cuma ada Sijil Tahfiz Malaysia (STM) iaitu untuk hafazan 30 juzu' terus. SPHB ni boleh ada beberapa tahap, Juz 1-5, Juz 1-10, Juz 1-20 macam tu. Dia sebagai laluan untuk memperoleh STM lah kiranya. Abang Ngah pun alhamdulillah on track. Kalau tergelincir pun ustaz kata semuka dua je. 

Dari segi akademik, ada gabungan A dan B, ada tersesat C. Tapi bagi ummi, untuk tahap ni, pada ummi they have done their very best. Kalau ikut silibus sekolah, Form 1 until Form 3 ni, fokus utama dia adalah hafazan. Sebab target yang pihak sekolah tetapkan adalah 3 tahun ni untuk khatam hafazan. Akademik bukan letak tepi terus, tapi 20-30% je berbanding hafazan. Maka, dengan gred ABC, dan gred purata kurang daripada 1.00, to me, syukur alhamdulillah, more than enough for me. Sebab faham, menghafaz Quran tu lagi berat dan sukar untuk di bawa. Form 4 nanti baru start fokus dekat akademik, tanpa tolak tepi hafazan. Makna kata, Form 4 & 5 akan lebih kepada ulangan hafazan sahaja. Tetap akan ada ujian hafazan semua tu lah.


Akhlak dan adab keduanya alhamdulillah, murni-murni semuanya. Both agak pemalu, introvert orangnya. Jarang nak maju ke depan, volunteer. Menurun ummi la tu, huhu. Tapi abang long, alhamdulillah, tahun ni banyak bertanya pada guru dalam kelas jika ada yang tak faham. Abang ngah terbalik pula. Ustazah kata dia diam sediamnya dalam kelas. Terkejut ummi. Sebab he's talkative, almost dengan siapa2 sahaja walau adalah sifat pemalu dia tu. Hmm.. Mungkin sebab ada yang tegur, tak faham apa yang dia cakap (sebab dia cakap laju dan macam mumbling), menjadikan dia malas nak cakap, malas nak repeat semula, malas nak explain. Part cakap laju memang ummi tegur sokmo. Apapun, adab dulu baru ilmu. 

Hari Diskusi Akademik SAFA


Seminggu kemudian, barulah sesi 3 beradik, Fathan, Fathiy dan Fatima. Bersusun Darjah 1, 3 & 5.  Hahaha.. Mujurlah sesi mereka ni, guru buka kaunter berpusat. Terbayang kalau di SK, kelas merata-rata. Seorang blok ini, seorang blok itu. Tingkat atas-atas belaka pula. Pengsan ibu ayah nak menapak dan naik turun tangga. Begitulah perasaan mama ummi dulu agaknya ya. 


Bila ramai-ramai ni, of course mereka akan saling membandingkan. Tapi ummi dah pesan, kedudukan dalam kelas, bukanlah keutamaan. Whoever gets higher grade and rank, MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah, good for you. But don't look down at others. Ummi raikan semua walau warna warni pelangi. Ummi faham, tiada siapa yang suka dibandingkan. Some people are good at this, others are good at other things. Top rank is a bonus. Yang penting sekarang, usahakan agar semua lulus. Dan soalan biasa ummi, which on top notch priority, bagaimana anak-anak dalam kelas, interaksi dengan muallim/muallimah dan kawan-kawan, how do they behave, sahsiah ok ke tidak. ADAB dan AKHLAK. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Suci murni belaka. Karakter anak-anak memang berbeza-beza. Yang introvert vs extrovert, yang super pemalu dengan orang lain, tapi di rumah dia yang paling ligat. 

Apapun, MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah.. Tahniah anak-anak soleh solehah kesayangan ummi abi dunia akhirat. Allahumma baarik. Semoga kalian membesar jadi khalifah Allah, jadi insan berguna buat agama dan ummah. 




Saturday, July 18, 2026

Kejohanan Sukan dan Olahraga (KESUGA) SRITI Negeri Selangor 2026

Sebelum KESUGA, ada event Bola Sepak MSSD Hulu Langat . Fathiy selected. Pertandingan berlansung di IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat. Kami tak dapat join sebab hari bekerja. Dan tiada juga gambar hari kejadian yang dikongsi oleh pihak sekolah.

 Untuk acara ni, SAFA tak berjaya menembusi gawang gol pihak lawan. Fathiy bercerita dengan nada yang agak kecewa. But I told him, dari segi kapasiti dan fasiliti, memang agak sukar SAFA nak beat team Sekolah Kebangsaan yang lain. Fasiliti SAFA tidak seperti SK, dan masa juga terhad. SAFA tiada padang sendiri dan hanya menumpang padang awam untuk berlatih. Bagi ummi, ia lebih kepaa pendedahan dan pengalaman kepada anak-anak. Serta perasaan syukur dan gembira mewakili sekolah. Kemenangan, walau terlihat sangat sukar, tapi kalau Allah berkehendak, siapalah kita untuk menidakkan, ye tak? Cuma kita berpijak di bumi yang nyata, ia terlihat sukar. Kerana, untuk melonjakkan diri, pasti perlukan usaha yang berterusan, which sukar dilaksanakan di SAFA. Yang ini menuntut banyak pengorbanan para muallim, beserta aspek keselamatan anak-anak juga. Apapun ummi ucap tahniah dan terima kasih pada barisan muallim atas peluang yang diberi kepada Fathiy.

Hari perlawanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat jatuh pada hari lahir dia. 😊


Bersiap awal masing² sebab Fathiy kena ada di sekolah sebelum pukul 7 untuk bertolak ke IKTBN Dusun Tua. Abi pula outstation waktu ni. Maka ummi lah kena urus semua, dengan cara ummi. hihi.. Syukur dalam mode WFH di hari kejadian, maka ummi tak risau nak berkejaran masuk ke office pula. Selesai urus anak² boleh terus clock in dan mula sesi kerja. 


Then, KESUGA Sriti Negeri Selangor menyusul. Muallim buat pemilihan semula, instead of kekalkan pemain MSSD. Masa sesi pemilihan, Fathan terpilih instead of Fathiy. Kata Fathiy, "Hmm..takpelah tak dapat. Tak payah lah Fathiy bawa beg berat-berat pergi sekolah kalau ada training". Nada suaranya mendatar, sayu. Sepertinya redha, tapi berat. Sementelah abang bernada girang. I try to soothe him. Fathiy ada banyak lagi masa di SAFA ni. Awak baru Tahun 3. Ada 3 tahun lagi untuk ditempuhi. Boleh cuba lagi untuk tahun mendatang. Lagipun, Fathiy juga wakil sekolah bagi acara Catur since tahun lepas. You've joined MSSD dan KESUDA. So, chin up. Jangan bersedih. You'll shine bright in your own way, anyhow.

KESUGA 2026 berlansung di UKM Bangi, on weekdays. Maka, ummi mengikuti rapat semua pemakluman muallim dalam group Whatsapp KESUGA, disamping refresh link live score board puluhan kali untuk tengok scoring team SAFAnova. hihi.


Ada sedikit sinar untuk event KESUGA. Alhamdulillah SAFAnova yang mewakili Ampang, menamatkan perlawanan peringkat kumpulan pada kedudukan ke-2 setelah menewaskan Kapar, Subang dan Kota Raja. Namun kalah kepada Sg. Buloh. SAFAnova layak ke suku akhir.

Kedudukan peringkat kumpulan:

Jumlah jaringan:



Keputusan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir, Ampang (SAFAnova) kandas di suku akhir dan Gombak pula menjuarai acara Bola Sepak.
Namun, melepasi perlawanan peringkat adalah merupakan pencapaian terbaik buat SAFAnova. Tahniah anak-anak. Semoga bersinar lebih cemerlang di masa akan datang.


My SAFAnova warriors.


Majlis penyampaian sijil penyertaan KESUGA



Cuba lagi tahun depan ye anak-anak ummi, my wonder heroes. 


Friday, July 17, 2026

KESUFA 2026

Dalam post BSBJ Pasti 2026 yang lalu, ummi ada mention yang tarikh bertindih untuk 2 acara besar anak-anak. Tambah gundah gulana ummi, semua 4 orang anak ambil bahagian. Tapi macam mana nak be present untuk semua sekali dalam satu masa?? 


Menghantar dengan pandangan 😅 Berlari ke khemah Firqah masing².

Hari kejadian, kami hantar budak bertiga ni dulu. Event place tak jauh dari rumah. Bertiga ni pun, bergaduh suruh ummi sokong firqah masing². Semua firqah lain². Ummi ambil pendirian berkecuali. hihi. Kita sokong anak, despite of firqah. Maka, kekal bertenang anak². Semua pun ummi support.

Lepas hantar mereka, kami terus ke lokasi acara Pasti pula. Nusayba akan main dalam 1st game. Plan ummi, lepas selesai team PU main, nak lari ke venue abang kakak pula. Suddenly abi cakap, ummi tunggu je dengan Nusayba, bersama-sama Mus'ab. Abi 'lari' pergi tengok abang kakak pula. Walau sedikit berat dalam hati, ummi akur. Tambahan pula, tahun ni kan tahun akhir Nusayba di Pasti. Next year she'll be joining abang kakak. So next year takde lah bergaduh nak pergi event siapa ye tak?  

Walaupun ummi tak ikut pergi tengok abang kakak lari pecut, abi feed gambar-gambar mereka dan result acara mereka. Thank you dear. Alhamdulillah abi sempat juga datang semula tengok masa game final PU vs PDN dan duduk betul² dekat dengan tiang gol belakang Nusayba untuk bagi dia support dan direction, sebelum berkejaran semula ke tempat abang kakak untuk upacara penyampaian hadiah.

Keputusan KESUFA 2026.

Fatima bawa balik 1 pingat emas. Fathiy pula 1 pingat perak. Fathan, saguhati. 


Koleksi gambar KESUFA 2026 buat kenangan

Fatima, berbaju biru yang sedang ambil baton.

Tempat pertama 4x80m 

The medals.

Saguhati Bola Sepak

Tempat kedua Bola Sepak










Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Alhamdulillah ala kulli haal.

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, cerdas minda, cergas tubuh badan untuk anak⁷ ummi sekalian. Teruslah kalian berlari atas muka bumi hamparan Allah ini, dengan berpaksikan Al-Quran dan sunnah yang telah disyariatkan oleh-Nya.

Allahumma amiin. Amiin ya mujiib. 






Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015