Tuesday, September 8, 2026
Derma Darah Boleh Jadi Addiction?
Thursday, August 6, 2026
Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu
First time ummi sampai LTSM Kuala Terengganu. Huhuhu.. Selalunya kalau ke Terengganu, ikut jalan darat. Kali ni, asbab penjimatan masa, minyak dan kos, naik flight adalah paling sesuai. Ummi pun, sebolehnya memang akan pilih untuk balik hari je. Tak serabut kepala nak fikir anak-anak. hihi..
Ummi ke Terengganu hari tu atas urusan kerja. Mesyuarat scheduled jam 9.30 pagi. Maka ummi ambil flight 7.15 pagi ke Kuala Terengganu dan return flight jam 3.30 petang. Elok pula mesyuarat mula on time dan habis dalam jam 10++ pagi. Banyak masa lagi sementara menanti penerbangan pulang. Ada yang suggest singgah ke Mayang Mall dahulu. Baru tahu dah ada Sogo di Terengganu iaitu dalam Mayang Mall.. hihi..Tapi, ummi malas nak window shopping whatsoever. Ummi decide naik Grab ke airport terus (malas nak serabut-serabut urusan claim juga nanti kalau ada persinggahan ke tempat lain).
What did i do to kill time dekat airport??
Jalan-jalan pusing keliling (not really keliling la..haha) lapangan terbang, cari apa yang boleh di-foto-kan..
I like the architecture. Asal cita-cita dulu nak jadi arkitek. Dari sekolah rendah, kita dok melukis pelan rumah idaman. I can still remember, it was mostly odd shape layout. Berkeluk-keluk, curvy, bucu bintang etc. Bila kau jadi engineer, kau berdoa sangat-sangat arkitek kau tak terlalu berimaginasi tinggi seperti di masa kecilmu. Engineer's nightmare ye kalau dapat design yang terlalu fancy.. haha..
Tapi itu cita-cita ke, angan-angan ke tak tahu lah. At the end, I am what I am today. Semuanya takdir dan izin Allah.
Melalut jauh dah. Kembali kepada senibina bangunan LTSM, memang terasa vibe Terengganu tu. Ada tunjuk langit, ukiran kerawang, bumbung atap singgora.. In fact, katanya diambil ilham dari Rumah Bujang tradisional Terengganu.


Lepak makan, pusing-pusing airport, berehat-rehat di surau, buat kerja secara remote in between, baca buku... Eh dah nak boarding balik KL dah. Tak terasa masa berlalu. Sayonara Terengganu. Until next work trip, huhu..
Thursday, May 14, 2026
DIY Kad Hari Ibu
Seperti tahun lalu, PU buat pertandingan kad hari ibu. Syukur tinggal seorang je anak di PU. haha.. Kalau tidak jenuh la ummi nak cari idea. Masing-masing cerewet boleh tahan. huhu..
Sunday, January 4, 2026
Virtual Run 2025
2025 ummi banyak join virtual run (VR).. Readon join VR adalah, sebagai cause untuk ummi lari/briskwalk disamping kumpul medal dan t-shirt yang cantik. haha..
Sebab misi nak fit. Bila nak fit, kena konsisten bergerak, kena aktif. Kat sini lah masalahnya. haha.. Nak paksa diri tu susah, banyak halangan.. Yang paling penting, banyak alasan. Dushhh 🤜🏻👊🏻🤕.
Antara cara nak paksa diri briskwalk/lari, join lah VR. VR ni kita jalan/lari ikut masa dan pace kita. Tak terikat dengan event. Tapi kena complete dalam tempoh masa yang ditetapkan lah kan. Nak lari pace 12 ke 20 ke, tak rasa psiko dengan pace orang lain. Ikutlah kemampuan sendiri.
So.. inilah VR yang ummi dah join tahun 2025. Ada 1 lagi event, tapi takde medal. Ummi ambil sijil je yang tu.
Saturday, January 3, 2026
Minor Operation in 2025..
Risk yang last tu, reason ummi slow down dulu BW, jog ke apa bagai. Tapi lemau lah badan kitonyo.. huhu..
Suddenly It's 2026..
To me, tahun 2025 berjalan dan berlalu dengan sangat pantas. It was a hectic year, and 2026 seems to be tougher 🥹.
My achievements in 2025:
1) Gave birth to seketul Mus'ab yang menjadi pujaan hati all his aunties & uncles, siblings & cousins... Alhamdulillah ala kulli haal. Though ummi rasa sedih sangat masa mula² dapat tau i'm pregnant again, tapi MasyaAllah... hadiah dan rezeki kiriman Allah ini sangat indah dan menenangkan jiwa. Syukran ya Allah .
2) Manage to ditch some weight. From 70kg to 60-61kg. Nak maintain at 60 je kot. Sebab kalau lesser, muka nampak cengkung macam tak sihat pula. huhu..
3) Join Virtual Runs. Cant afford physical run sebab kitanya lari leha² pace ke seberang lautan.. Plus, nak kena tinggal anak keluar berlari awal2 pagi, i just cannot la.. (Nanti nak buat another post tentang ni)
4) Manage to complete 3 books only.. Hurmmm.. target 10 books per year not achieved, but still considered as achievements sebab nak menghabiskan 3 buku pun took ages.
5) Alhamdulillah, masih fully BF seketul Mus'ab yang dah ada 4 ketul gigi right now. He's currently 10mos+..Suka menggigit tapi tak suka makan bubur. Pening ummi memikirkannya.
6) This one, doesn't seems like an achievement, but more to a statement kot. I've undergone minor ops for tubal ligation. And in the same time, did LLETZ procedure as i was diagnosed CIN1, pre cancer (servix) but at very early phase. During LLETZ tu, doktor buang some surface of the serviks yang ada CIN1 cells. Hopefully its gone for good. I still had to do pap smear once every 6 months, for monitoring purposes.
Well, tak boleh nak fikir apa lagi yang dah achieve. Ada one more ...
7) Manage to bertahan dan stay in sanity dengan kerja & family yang hectic sangat. Both me and husband sangat tied up dengan kerja yang menuntut banyak perhatian dan masa. Well, kids need attention too.. Its really emotional, and heart wrenching at times bila both menuntut perhatian dalam masa yang sama.. kadang rasa diri ni dah habis sibuk dan penat dengan kerja dah sampai sakit² kepala almost setiap hari, setiap petang.. Tapi abi lebih lagi sibuk. Kerja sampai dah takde beza siang malam dah..🤧😣.. Semuanya asbab mengejar dan dikejar dateline dan target date orang lain. Selalu cakap kat diri sendiri, kerja tak pernah habis, if anything happens to me, there will be a replacment. Tapi kesihatan yang terjejas tu, kita dan family kena tanggung sendiri. Still, kerja tetap kena buat, cuma kadang² tu i had to ignore je tekanan² dan desakan² dateline tu if situation and time memang tak mengizinkan. Lantaklah nak terlajak pun. Tak nak stress² sangat. Semoga Allah pelihara diri ini dan abi sentiasa. Amiin ya mujiib.
Sedih juga sebab tak sempat nak blogging, scrolling dan blog hopping sangat bila dah start masuk office semula after cuti bersalin tanpa gaji.. Ikutkan hati, macam nak sambung je unpaid leave tu.. haha.. tapi kena berpijak di bumi nyata lah ummi oii..
Semoga 2026 lebih baik untuk kami, untuk kita semua. Though i know it' s going to be tough juga, sebab dah nampak hints projek berderet macam lebih banyak dari last year 😭😭😭. On top of that, seorang lagi anak masuk ke alam sekolah rendah dan yuran² sekolah semua naik 🥹. Semoga Allah kurniakan kesihatan tubuh, mental dan fizikal, yang baik buat kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa mencukupkan rezeki buat kami. Semoga sentiasa dalam perlindungan serta rahmat dan redha Allah, dipermudahkan semua urusan, diberi kekuatan dan kesabaran.. Allahumma amiin.
Thursday, December 4, 2025
Testing Bingkai Cermin Mata 🤭
Lepas makan meraikan hari bertambahnya umur ummi tempoh hari, singgah kedai cermin mata. Factory Eyewear. Abi yang nak check mata. Faktor penuaan 🤭 dah mula baca dokumen dekat hp kena zoom besar² atau rotate landscape. Mungkin kena tukar setting font besar di hp. hiks..
Maka, ummi saja lah tengok² dan cuba² test bingkai yang ada. Harga dari serendah RM39 untuk bingkai dan lens. Basic lens lah. Kalau nak tambah blue ray, UV or multi focal kena lah add on harga.
Bawah ni 4 pilihan ummi sementara tunggu abi check mata.. Try saja. Tak buat spek baru pun. Niat je dulu.. haha..Rambang mata nak pilih frame, tapi memang berniat nak tukar pakai bingkai plastik macam ni je.. Mana satu yang ok ye? 🤔🤔🤔🧐
Sunday, November 30, 2025
3 Days Without Phone With So Many Things Happening Around
Rabu malam khamis. Insiden kecil. Phone melayang, bercerai skrin dari badan. Allahu..
Jeda seketika.
Khamis pagi, di subuh hari, Mus'ab demam. Terus beri syrup pcm. Bila semua dah siap nak ke sekolah, demam Mus'ab dah kebah. Hati ummi berbelah bahagi. Risau dia panas kembali. Tapi, ummi dah set dengan big boss untuk review design/drawing pagi ni. Nak call lady boss or staff, hp dah barai. Maka decide masuk office juga. Abi pula kata nak ke Penang.
Di office, cuba selesaikan apa yang terdaya. Kerja banyak, sampai tak tahu which to prioritise. Semuaa priority. Lagi² hujung tahun, banyak benda perlu update, isi, nilai etc. Hati fikir nak balik, sebab risau Mus'ab demam, pengasuh tak dapat nak call. Tapi lepas habis review, belum boleh pulang lagi. Ada dateline yang menghampiri. Nak buat di rumah pun tak boleh. Hp kan kaput. Nak on hotspot pun tak dapat. Jadi, kena selesai di office juga.
Oh lupa, ada berita tentang ribut tropika Senyar. Hati dah tak tenang. Dah nak kena balik ni. Sebab abi takde, ummi pula tak boleh ambil Grab. Kena naik bas atau teksi. Langit luar office gelap. Jam 3.30 ptg, hujan mulai turun. Ummi decide balik segera. Kalau lewat, takut kandas dek hujan lebat. Alhamdulillah hujan baru saja mula membasahi bumi. Sampai rumah, hujan renyai, langit tak segelap langit KL. Ambil Mus'ab di rumah pengasuh, dia tengah merengek dalam buai. Mak kata dia demam. Allahu, seperti ummi jangka. Syukur ummi balik awal. Not so long after that, abang² dan kakak² balik. Kakak bawa bekalan, lebihan dari sambutan hari kanak² di Pasti. Alhamdulillah rezeki. Tak perlu ummi pening fikir nak masak apa sementelah adik Mus'ab demam dan nak melekat, berdukung saja.
Sepanjang malam Mus'ab merengek tak mahu lena. Dah mandikan, dah bagi ubat, dah jerlum dengan kain basah. Tetap menangis juga. Ummi pun nak menangis sama. Tak tahu nak mengadu kat siapa. Nak mesej abi pun tak boleh. Berzikir, selawat, berdoa...Minta pada Dia.
Abi sampai pukul 2 lebih (pagi).. Ummi masih tak lena. Masih memujuk Mus'ab yang merengek serba tak kena. Nak berpeluk saja. Kalau dia lena pun, bila letak dia terus jaga, sambung merengek 😣😢.
Jumaat terpaksa EL. Sebab Mus'ab masih demam. Tambahan pula hujan dari semalam masih belum berhenti. Pinjam hotspot abi sebentar sebelum abi masuk kerja, mujur tak logout Whatsapp Web di laptop. Mesej bos bagitau cuti. Bos pun tengah standby mode untuk balik, takut stuck banjir. Seharian jumaat tu mengelek Mus'ab. Malam tu bawa dia ke klinik. Suhu 38.8. Doktor bagi supp. Suspek viral fever. Sampai 12 mlm dia masih panas. Bagi ubat lagi dan jerlum kain basah. Mengamuk si kecik tu. huhu .
Sabtu pagi, macam dah kebah. Cuaca pun agak cerah. Masak sarapan, pulun basuh jemur baju beberapa round sementara mentari bersinar terang. Lepas tu ajak abi keluar, nak repair handphone dan ambil gambar passport untuk Fatima. Tahun depan nak masuk darjah 1 dah. huhu.. Syukur boleh ganti skrin yang barai tu. Rm 180. Lepas maghrib baru siap. Lengkap kitaran 3 hari tanpa handphone.
Kata Fathiy, mesti hidup ummi susah takde handphone kan?? Ummi tanya kenapa cakap macam tu.. Nak tahu his point of view tentang susah tu macam mana.. Kata dia, susah sebab ummi takde duit cash, nak order grab tak boleh, kena jalan kaki atau naik bas/teksi, kalau penat nak masak, tak boleh order makanan sebab handphone rosak.. huhuhu.. In a way, ada betul nya juga. Bila semua dah duduk dalam hp, jarang ada cash dalam tangan, semua urusan harian kena pakai hp, nak bayar online pun kena verify kat hp.. Susahlah juga. Tentang jalan kaki, naik bas/teksi, bukanlah suatu kepayahan sangat buat ummi. Because i've been there. Dulu masa belum berjinak dengan Grab, masa abi selalu outstation berminggu², itulah my daily transport, sambil usung perut memboyot. Jalan kaki tahan teksi tepi jalan, naik LRT, naik bas. hihi..
Sebenarnya ada satu yang ummi risaukan. Bila 3 hari tanpa phone, bila hati rasa gelisah tak keruan, sebab dah terbiasa dengan kesibukan media sosial, ummi renung kejap. 3 hari ni, Allah bagi sunyi. Sunyi dari hiruk pikuk yang ummi tak perlu ambil tahu sebenarnya, sunyi dari gosip², sunyi dari video pendek movie² terkini yang walaupun ummi tak tengok full movie tu tapi terlayan juga short video atau reels nya kadang². huhu.. Sunyi juga dari keserabutan kerja seketika. Istighfar panjang. 😢 Betapa terlalu sibuk dengan dunia rupanya. Alpa dengan banyak yang lagha. 3 hari mengelek anak yang tak sihat, tanpa talian hayat dunia luar, barulah lidah nak dibasahkan dengan zikir dan selawat. 😭🥹
Ya Allah.. janganlah Kau sibukkan aku dengan urusan dunia sehingga aku leka, alpa dan lupa kepadaMU Ya Allah.. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa ingat, dan sentiasa akan mengembalikan semua rasa, semua pengharapan hanya kepada Mu.. Ampuni aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah.
Hp 'keluar gua' di malam hari kelahiran.
Today, i am another year older.
Pada bertambahnya usia, tak minta apa² selain rahmat dan redhaNya, semoga sentiasa ditetapkan hati di jalanNya, semoga tidak tergelincir dari jalanNya yang lurus, semoga menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya. Moga diizinkan berbuat sebanyaknya kebaikan serta beroleh husnul khotimah. Allahumma amiin.
Thursday, October 9, 2025
Free Eye Screening & Face Screening
Semalam dan hari ini ada program kesihatan di lobi office. Hari ni baru berkesempatan turun. Curi masa sebenarnya. haha.. Kalau nak ikutkan sempat, tak pernah ada kesempatan tu. 😥.
Lady boss ajak turun nak check mata. Awalnya ummi ingat check power mata. Ummi tak ikutlah.. Then bos hantar ni .
Tuesday, September 23, 2025
Post Operation












.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

































