Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, June 4, 2026

PBAKL 2026

Ikutkan hati ummi ni, malas nak ke PBAKL tahun ni. Antara sebabnya, ummi tak berapa sihat, badan lemau bisa², batuk selsema. Lepas selesai urusan arwah ayoh & tahlil, rasa badan ni memang tak larat sangat. Sakit² pinggang semua ada. Rasa nak berehat kat rumah, sambil selesaikan baju² yang menimbun 🥴. Another reason, rasanya takde buku yang ummi aim nak beli, sebab ummi dah beli pre-order sebelum PBAKL 😅😊. Kitanya malas nak book hunting from one booth to another, tanpa arah tuju. Selalunya mesti dah target nak beli apa. 

Tapi sebab anak² especially abang ngah dok tanya banyak kali dan mengenangkan dia pun nak balik asrama dah hujung minggu ni, abi turutkan jua. Maka, ummi paksakan diri untuk ikut. Main reason, nak raikan anak². They deserve to be celebrated. After all, mereka juga terkesan dengan kehilangan insan yang dikasihi dan disayangi.

Muka bahagia dapat pilih buku. 


The Diva. Yang ni pun boleh tahan memiloh. Semua buku dia nak. Pengsan ummi aih..


Saja stop by ambil gambar sebab backdrop cantik.


Jumpa kawan sekolah pula.


Solat jap. Keluar rumah lepas Zohor, sampai WTC dah almost Asar. Keluar WTC menjelang Isyak 😅😅


Betullah tu. Semua orang ada cerita. Yang bergambar dengan ummi dalam no pun, ada cerita nak buat bebai dia juga 🥹😅. huhu


Total investments, not damages.. Boleh buka mini library dah ni. Malas nak congak harga semua sekali. Nak claim LHDN nanti lah kita kira. Belum termasuk yang selamat pre-order sebelum PBAKL. hihi.. Dalam ni, buku ummi ada 1 je. Kompas 114. Banyak sangat buku lagha, kita kena cari bekalan untuk ukhrawi juga.. huhu. The rest, buku 6 orang anak. Mus'ab belum join the reading club lagi.  


Buku² pre-order.


Yang ni bukan pre-order. Tapi baru jugalah beli sebelum PBAKL. Anak² lebih senang faham dan mudah register dalam kepala dia bila baca komik. Maka bacaan ilmiah tokoh² Islam dalam bentuk komik ni memang sangat bagus dan recommended. 


Another pre-order. Gigih battle tau. Buku Empayar 4 by Teme ni memang telah lamaaa ditunggu-tunggu. Makan tahun juga ye penantian. Macam nak kena ulang balik baca Empayar 1-3 sebab dah lupa 😅😅. Punya lama tunggu
That's why bila tahu Teme nak keluarkan Empayar 4 ni, laju la kita standby untuk battle. FOMO kan 🫢.



Membeli bukan main ni kan . Doakan lah ummi ada kesempatan untuk habiskan baca SEMUAaaa buku² yang ummi dah invest dari PBA tahun² lepas juga belian melalui platform atas talian. Ni mujur semalam ummi banyak beristighfar, sambil mengenang buku² yang masih tersinpan rapi dalam sampul plastim dirumah. Kalau dirasuk roh buku, mahu banyak lagi duit yang berterbangan. 

Sunday, September 21, 2025

'Percutian' 3 Hari 2 Malam

Sebelum ni, ummi pernah post tentang check in 3d2n yang kena postponed.  So, Jumaat 19.09.2025, baru check in semula. 

'Percutian' yang tak jauh pun dari rumah. 😅😅 Dapat kawan sebilik pun, dari kawasan taman sebelah rumah je.. hihi.. 'Cuti' dimana??? Di Hospital Ampang je.. 🤭


Day 1. Jumaat. 19.09.2025. Serah diri. Buat ECG, x-ray, jumpa pakar bius and cucuk branula, ambil darah. Seriau sikit bila teringat darah menyembur masa doktor dekat HTA pasang branula dulu.. Alhamdulillah kali ni ok je. Tapi 2 attempt jugalah sebab tangan kanan, line yang selalu cucuk tu tak beri kerjasama kali ni. Dia tak nak timbul. Doc cucuk pun tak dapat darah. Sakit sikitlah bila doc godek2 tu. Tapi 2nd one ok je. Location dia pun ok, tak susah nak bergerak ke apa. 


Lunch


Dinner


Tea break tak ambil pula gambar. Kek butter pisang ceri. Suka hati bagi nama. Sedap pulak rasa kek tu. 

Roomate ummi pun check in hari yang sama. Dia 1st patient masuk OT hari sabtu. Turn ummi lepas dia. Ummi panggil acik je. Acik ni, kat mulut dia tak berhenti dengan zikir, bismilllah lima, yassin, al-mulk. MasyaAllah tabarakallah. Peramah juga orangnya. Seronok dengar dia bercerita. 

Day 2. 20.09.2025. Bersiap sedia ke OT. Nervous. 3rd time ummi masuk OT sebenarnya. 1st one masa missed miscarriage kandungan pertama, buat D&C, bius separuh badan. 2nd time masa bersalin Fathan yang chaos sebab dia dah berak dengan jayanya dalam rahim dan tak jumpa heartbeat. So tolak masuk OT, masa bukaan 8cm. Dalam OT dah buka penuh, maka doc kata cuba untuk normal delivery. Alhamdulillah terselamat dari czer. 

Kali ni, full bius. Sebelum tolak masuk OT,  roger mama, abi, kangah & mil, bagitau nak masuk OT dah, mohon doa, mohon maaf semua. 

Outfit masuk OT. Colour block. 


Almost pukul 9 masuk OT yang sejuk macam peti beku. Masuk² terus menggigil. Tengok lampu terang kat ceiling. Sedut gas, doc cucuk ubat tidur kat branula. Mata mula rasa berat, lampu terang mula samar. Gelap.

Pooof.. Sedar² dekat holding area, dengar suara panggil² nama. Nurses kat keliling. Bergelut nak buka mata.. huhu.. Tekak perit. Nak bercakap pun rasa berat. Tanya nurse, jam pukul berapa? 10.30 pagi. Ohh.. sekejap je lah my 2 in 1 procedure. Alhamdulillah selesai.

Post op.
Terima kasih nurse tolong selimutkan dengan sweater yang mama kait ni. I'm still shivering heavily masa ni even dah tolak naik wad. Sejuk gilo sampai ke tulang. 


Lunch. Dah kelaparan. Sebab tak sarapan since kena puasa dari jam 2 pagi. Tapi makan nasi separuh ke sebab tekak perit. After effect from intubation.


Minum petang ada kuih apam 2 ketul. Ummi order kat abi bubur dan air lemon panas. Lewat sikit abi sampai, dalam pukul 2 lebih, dah lepas visiting hour. Drop makanan je.  

Dinner
Petang tu abi datang visit. Minta tolong urut/picit belakang badan especially part belikat dan pinggang. Bila menahan sakit, kita tend to stress/pressure other body part. Habis sengal lenguh badan. 


Malam kedua dah takde roomate. Acik jiran katil dah boleh discharge. Ummi on the other hand kena monitor lagi


Bila takde kawan borak, kita habiskan masa baca buku bila mata tak nak lelap. Buku tentang usaha dan harapan. 


Day 3. Ahad. 21.09.2025.
Feeling better today. Tidur pun lena.
 Doktor dah siapkan discharge note awal² atas request ummi, sebab hari ni abang² nak balik asrama. Cuma tunggu MO round baru boleh release. 

Sarapan


Lasak sangat ke sampai keluar darah kat jarum tu? huhu..


Current mode: Tunggu discharge note, tunggu abi datang untuk urus discharge. Nak tidur, taknak lelap pula mata. Hence, terhasillah post ini.. hihihi.

Last Lunch di HA


Bekalan untuk Mus'ab


Doakan my recovery ye. 



Friday, May 16, 2025

BacaBuku: Emak & London oleh Salwa

Buku #1/2025


Alhamdulillah, selesai baca buku pertama di tahun 2025 pada 11 Mac 2025😅. Tapi baru nak update. Banyak sebenarnya naskhah yang nak di baca. Koleksi buku bertambah saban tahun, tapi kadar pembacaan tak berapa nak cemerlang. Semoga target 10 buku 1 tahun untuk tahun ni tercapai hendaknya, insyaAllah. Ummi cuba.

Ummi memang follow Pn. Salwa a.k.a wonder emak ni di FB. Suka baca perkongsian beliau, lebih² lagi yang berkisahkan anak² syurga beliau. I happened to come across this wonder family (jumpa anakanda Ijaaz & ayahnya to be exact) awal tahun lalu. Masa nampak Ijaaz tu, i was like, siapa eh budak ni, muka familiar sangat².. Bila dibelek2 FB baru teringat, ohhh... anak Emak.. No wonder lah familiar sangat, selalu ditatap di muka buku.. hihi.. Ijaaz ni sebaya Faheem. 

Emak & London, kisah Emak sambung belajar 2nd Masters di London. Sebelum keluar buku ni pun, ummi yang sememangnya follow rapat FB Emak, bila baca satu persatu post Emak dari dapat tawaran biasiswa Chavening, dapat offer UCL, PKP, online class KL-London, how they try very hard and fight so that whole family boleh fly ke London sepanjang pengajian Emak, flying alone, down with Covid di bumi London... Semualah... Everytime baca posting Emak, ummi pun rasa sesak nafas memikirkan. Especially bila tak berjaya untuk bawa anak2 ke London. Heartbreaking sungguh rasanya. Ummi sendiri terfikir2 macam manalah anak2 beliau, especially Israa,. I just can't imagine and cannot digest. Dalam masa yang sama, hati ummi tak henti berdoa agar Allah permudahkan urusan beliau, though I didn't know her in real life. so, basically, naskhah Emak & London ni menceritakan kisah hidup, perjalanan beliau menempuhi semua yang ummi senaraikan tadi.

Somehow, membaca tulisan Emak, seperti ummi ada bersama Emak sepanjang penceritaan. Hihi. Dan tumpang seronok bila Allah hadirkan ramai insan baik² disekeliling Emak, yang banyak membantu Emak dalam saat2 kritikal. 

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan redhaNya buat Emak sekeluarga, serta mempermudah urusan Emak. Menjaga anak² yang normal pun kita rasa lelah, apatah lagi menjaga 3 anak syurga yang sangat² istimewa. Allah sahaja lah yang akan memberi ganjaran atas segala penat lelah, kesabaran dan ketabahan Emak sekeluarga. 


Wednesday, March 12, 2025

BacaBuku: Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah

Buku #6/2024

It's one of my favorite author again. Lama dah berkira² nak beli buku siri jalanan ni, tapi entah kenapa lambat nak terbuka hati.. Siri² yang lain semua dah complete, except for this siri jalanan dan Bayang Sofea. But akhirnya, ummi beli jua SJ. Cuma belum lengkap semuanya. 

Well, anda tak salah baca.. Buku ni di baca dalam tahun 2024. Cubaan untuk melengkapkan target 10 buku di baca setahun. Malangnya, hanya mampu melengkapkan 6 buah naskhah. But that's good enough rather than zero right.

So untuk SJ, kalau ikut penulis, begini aturan bacaan, though buku² dalam SJ ini digarap supaya boleh berdiri sendiri tanpa terikat dengan naskhah lain di dalam siri ini.. 

Ummi baru selesai baca Pelukis Jalanan. Kagum dengan semangat dan jati diri yang kuat serta persahabatan yang utuh.. Duduk di perantauan, jauh dari keluarga kan, yet tak lupa diri, sentiasa ingat Allah dan mengharap dengan sepenuh pengharapan pada Allah. Bijak cari peluang untuk meneruskan hidup dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, geram dengan watak Orange yang dasar i$r**l tu... haihhh... Nak reviu detail pun dah ingat2 lupa jalan ceritanya. Sebab dah lama baca kan. haha.. Tapi ummi suka gaya bahasa yang santai, bila bac tu, kita boleh relate dan bayangkan. Dan sepertimana karya Hilal Asyraf dan karya2 Teme terdahulu yang ummi pernah baca, ummi memang suka bila diselitkan dengan hikmah, ada ciri-ciri islamik.. Menulis sambil berdakwah kan..  

Banyak lagi naskhah SJ yang nak di baca ni.. Dan ada 1 naskhah lagi yang belum dimiliki, Signature Jalanan... Tunggu dah 'bergaji' semula nanti baru kita beli..haha..



Thursday, March 6, 2025

BacaBuku: Landline by Rainbow Rowell

 Buku #5/2024


Ummi baca buku ni tahun lepas. Lupa dah bila exactly baca. Rasanya masa ummi kena Covid for the 3rd time. Otherwise memang tak sempat nak membelek buku. Last year was hectic. This year, even more hectic 😥🥹. Seram nak masuk office lepas habis cuti panjang nanti.. Sekarang pun bila baca whatsapp, tengok status/story rakan² seperjuangan sibuk mesyuarat, bengkel, site visit sana sini sinun.. Semuanya macam bertimpa².. 😔.

So, taknak bayangkan sekarang, taknak semakkan otak... Nak enjoy je dulu cuti ni. Sudahlah cuti tak bergaji kan.. hahaha.. 

So, buku ni tentang apa?

Ia tentang perkahwinan Georgie dan Neal yang seakan sudah hambar. The wife, Georgie, terlalu sibuk dengan kerja, terlibat dengan some famous TV show.. Aiming for something bigger on her carrier. While husband, Neal, boleh consider macam house-husband. Neal ni pula perwatakan dia macam introvert, tak banyak cakap, tapi he does almost everything dari running house errands, siapkan anak², hantar anak ke sekolah, masak yada yada.. 

Plot masa sewaktu perayaan Hari Natal. Ada perselisihan faham between the two of them, where the whole family should be going back to Neal's mother's house before Christmas, but Georgie have something important involving her carrier, chasing some deadline. Neal akhirnya, without saying much, pack his things with their kids' flying back to Neal's hometown, leaving Georgie alone with her 'never ending work'.. 

Masa ni la munculnya 'the landline'.. Talian tetap. Most rumah sekarang takde talian tetap dah kan, i guess so, sebab mine memang takde. My mom's pun dah deactivate dah landline sebab dah takde yang pakai. Semua kelek handphone je..

What's with the landline? Georgie yang devastated, rasa kehilangan, rasa serba tak kena, feeling miserable bila tinggal keseorangan di rumah sendiri.. Decided to go back to her mom's house. Handphone dia pula ada masalah bateri. Dalam almari pakaian di rumah emaknya ada telefon berwarna kuning, the landline phone. So, dia sambungkan telefon tu, dan dial nombor Neal. Somehow, the conversation was awkward. It was like she was talking to the past Neal. The Neal before they were getting married. Is it a halucination?? Does magic phone that brings you back to the yesteryears really exists? Is it really Neal whom she was talking to? What will happen to their marriage? Will it sink? Will they survive?? 

Buku ni, ummi beli lama sangat dah. Masa zaman gigih meredah Big Bad Wolf.. Tak pasti dan tak ingat kenapa ummi pilih buku ni. Ummi tak familiar pun dengan author ni. A random pick je rasanya ni.. Hahaha.. I took me quite some time (few couple of years perhaps) to start reading this book. Risau kalau ia tak kena dengan jiwa. But alhamdulillah, ummi enjoy je baca dan tak sabar nak tahu ending dia macam mana.. Worth to read.. 

Monday, July 1, 2024

BacaBuku: Terusir oleh HAMKA

Buku #4/2024

Masa beli buku Noktah Terjahit dari Jejak Tarbiah, ummi beli sekali buku karya HAMKA ni. 

Terusir


Ada beberapa buku HAMKA yang memang dah lama dalam shopping cart ummi, tapi belum ter-check out lagi.. huhu . So, ini buku pertama karya HAMKA yang ummi beli dan baca. Bila baca buku beliau, ingatan ummi auto terbang ke Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka, Tasik Maninjau, Sumatera Barat yang pernah ummi lawati beberapa tahun lalu..Tahun 2015 kalau tak silap ummi..hihi..

Masa nak beli buku ni, baca² review, ramai kata buku ni buku airmata. Tengok cover nampak biasa je kan.. Betullah, don't judge a book by its cover..

Terusir, cerita tentang perjalanan hidup Mariah.. Bab pertama dah sedihhhh 😭😭😭. Dimulakan dengan warkah dari Mariah buat suaminya, setelah beberapa purnama dia dihalau keluar dari rumah di waktu malam oleh suaminya dan dihalang untuk mencium malah melihat anaknya yang masih kecil. Rumahtangga Mariah dan Azhar yang rukun dan bahagia, menjadi hancur akibat fitnah dan sikap terburu² suami yang terhasut fitnah dan menghukum tanpa soal selidik. Ternyata, itu bukan surat dari Mariah yang pertama. Bahkan, itulah surat terakhir dari Mariah setelah surat² kirimannnya sebelum ni tiada jawapan balas dari suaminya, Azhar. Malah ada yang dikembalikan semula kepadanya.

Dari situ bermula titik tolak kehidupan yang penuh kehinaan buat Mariah. Namun tidak sekali² Mariah melupakan anaknya. Walau hidupnya penuh noda, pernah juga dia terfikir untuk membunuh diri, namun dia tetap berharap dapat mengucup kening anaknya yang ditinggalkan sewaktu masih kecil. 

Serius, memang buku airmata.. Dah lah baca dalam LRT, sekejap² kesat air mata..  huhu.. Ending pun, dengan hidung² ummi pun dah berair . 

Buku ni nipis je.. Dalam 130 m/s.. Tapi memang berbekas betul di hati . 


Monday, June 24, 2024

BacaBuku: Noktah Terjahit

Buku #3/2024

Syukur, walaupun baru mula selak buku di bulan Jun, tapi dalam bulan ni juga dah berjaya habiskan 3 buah buku. Nak start tu memang lemau sikit. Once dah dapat momentum, insyaAllah laju je. 

Buku Noktah Terjahit karya Nik Nur Madihah, ummi pinang di laman web Jejak Tarbiah selepas ummi baca catatan NNM di laman FB saat heboh persoalan kemana perginya pelajar cemerlang 20A. Terpikat pula ummi dengan garapan ayat beliau yang sedap dan lunak di baca dengan laras bahasa yang tinggi. 

Noktah Terjahit ni ummi kira dikategorikan sebagai bukan fiksyen. Ia menggambarkan kisah perjalanan hidup sang penulis, kisah pencarian diri, dalam memaknai hidup, duniawi & ukhrawi. Sebuah naskhah motivasi. Banyak nasihat, banyak pesanan yang boleh diambil dari tulisan ini, ekslusif untuk seorang perempuan. 



First time ummi baca buku tagging² bagai ni. Tapi comotlah taggingnya.. Tag ikut dan je sebabnya kita ni baca untuk mengisi ruang masa dalam LRT atau sambil2 tunggu suami datang jemput di LRT. Daripada asyik scroll media sosial tak ketentuan hala.. (just talking about myself..). Jadi, asal boleh je tag. Nak tag comel² macam ucu tak dapatlah.. 


Tagging tu untuk baris² ayat yang terkesan di hati, yang mungkin boleh ummi lawati lagi saat berperang dengan diri, supaya dapat memberi inspirasi dan memujuk hati..
Perempuan.. Anugerah, madrasah dan gagah! 


Tuesday, June 18, 2024

BacaBuku: Pegunan Perjalanan Hidup - Dinding Sekeping Adik Seorang

Buku #2/2024

Naskhah Pegunan Perjalanan Hidup - Dinding Sekeping Adik Seorang ini adalah nukilan YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.


Ia adalah tulisan tentang kehidupan keluarga yang dilingkari kemiskinan, namun Pak dan Mak sedar akan kepentingan ilmu, lantas mengerah kudrat semampu mungkin demi melihat masa depan anak² yang lebih cerah, keluar dari kepompong kemiskinan.

Tulisan yang santai, dengan penggunaan loghat kedah yang tidak keterlaluan. Ummi membaca dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur. Banyak ketika juga tanpa sedar airmata menitis, membayangkan kesusahan dan kesukaran yang dilalui, tanpa ada yang mengerti. Ada ketika, tersenyum sendiri juga 😅. Membaca tulisan ini, rasanya sangat dekat di hati. 

Banyak ibrah yang boleh dikutip, tentang simpati dan empati pada insan lain, tentang kecekalan dan sabar yang tinggi menggunung, tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Terselit juga nasihat² yang sangat baik buat pedoman hidup..

Kalau saat ini ummi merasakan penat dan lelahnya mendidik, mengasuh dan membesarkan 6 orang anak dalam keadaan yang serba dicukupkan oleh Allah, ummi terpukul dengan kekuatan, ketabahan dan kesabaran Mak, yang membesarkan 13 orang anak, banyak waktunya sendirian (dek kerana Pak membanting tulang nun di Singapura  mencari rezeki buat keluarga) menyantuni anak sambil mengurus pelbagai lagi tugas harian demi kelansungan hidup. 😭😭😭

Sungguh, tulisan ini sangat menjentik jiwa. 

Friday, June 14, 2024

BacaBuku: Nirnama 2

Buku #1/2024
10.06.2024

Baru selesai khatam buku pertama untuk tahun 2024. Ya Allah, lewat betul berlepas dari garis permulaan ye. Apa pun, better late than never kan 😉
Walaupun mula lambat, sasaran tahun ni, masih kekal pada angka 10 buku setahun. Tak berani nak sasar lebih tinggi sebab mula pun dah pertengahan tahun. Doa² ada kesempatan ruang untuk membaca. Reading, something that somehow makes me feel like i am in another world of my own. 

Meski naskah Nirnama 2 ini tebal sepertimana naskah siri Nirnama yang lain, tapi of course, kisah fiksyen, fast pace dan penuh aksi ni mem
ang tak sabar nak tahu ending kan. Maka tebal 500m/s pun tak terasa apa. Sementelah dibaca tika dalam tempoh kuarantin, yang terbatas pergerakan. Sementara terkurung sendirian dalam bilik, moh la turut serta dalam pertarungan menentang kesaktian duniawi yang penuh tipu helah dan kesesatan. 



Nirnama 2 karya Hilal Asyraf, sepertimana naskah Nirnama dan Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung, bahkan sekalian karya HA yang telah ummi baca, ternyata tidak menghampakan. Mula baca pada 6 Jun 2024, masa bawa anak pergi Klinik Pergigian. Sebab tahu akan lama, maka, standby lah bahan bacaan untuk membunuh kebosanan. Selesai baca 10 Jun 2024. Cukup 5 hari tempoh kuarantin 🤭.


Debaran dia masih tetap sama dan jalan cerita yang menarik dengan kehadiran watak² yang kita biasa dengar dari zaman kanak-kanak seperti Pak Pandir, Mak Kundor bersama Bawang Putih & Bawang Merah, Badang dll dengan olahan penceritaan dan watak tersendiri.



Seperti biasa, karya HA pasti akan disulami dengan elemen dakwah. 
Worth to read.




Monday, June 10, 2024

Books I've Read in 2023

Tahun lepas, ummi target untuk baca sekurang-kurangnya 10 buah buku setahun..

Alhamdulillah, I have achieved beyond target. 

Ni ummi listkan dulu senarai buku yang berjaya dibaca sepanjang tahun lepas. Hajat hati nak buat post untuk setiap buku. Tengoklah kalau masa dan keadaan mengizinkan..

1️⃣ Hikayat Satria² Sejati 1 - Generasi Baru (Hilal Asyraf)

2️⃣ Hikayat Satria² Sejati 2 - Arus Perubahan (Hilal Asyraf)

3️⃣ Hikayat Satria² Sejati 3 - Badai Perjuangan (Hilal Asyraf)

4️⃣ Hikayat Satria² Sejati 4 - Samudera Pengorbanan (Hilal Asyraf)

5️⃣ Hikayat Satria² Sejati 5 -  Generasi Pejuang (Hilal Asyraf)


6️⃣ Hati Yang Kau Pinjamkan (Rehan Makhtar)


7️⃣ Gelombang Baru 4 - Menjejak Awan (Hilal Asyraf)


8️⃣ Ibu, kita kuat (Ummi Bella & Mama Mimi)


9️⃣ The Beneficial Means of Happy Life (Moutasem Al-Hameedy)


1️⃣0️⃣ Takdir 1 - Cahaya Yang Tidak Terpadam (Hilal Asyraf)

1️⃣1️⃣ Takdir 2 - Percaya Yang Tidak Sirna (Hilal Asyraf)

1️⃣2️⃣ Takdir 3 - JanjiNya Yang Tidak Termungkir


1️⃣3️⃣ Mentaliti Jamban (Khairul Abdullah)


1️⃣4️⃣ Nirnama - Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung (Hilal Asyraf)


Tak sangka ummi boleh baca buku sebanyak ni tahun lepas. Walaupun awalnya target 10 buku setahun tu terasa macam sukar, tiba² boleh selesai baca 14 buah buku.. Fuhhh.. Ada yang ummi ambil kesempatan baca masa jaga anak² warded, kuarantin di rumah, atau sambil² bawa mama check up di hospital. Kebanyakannya, selit² cari masa untuk membaca.. Dan ummi juga pelbagai genre bacaan, selain novel fiksyen, ummi cabar diri baca buku motivasi & healing juga.. 

Kalau tengok senarai banyak karya Hilal Asyraf kan. Hakikatnya, masih banyak novel HA yang belum sempat ummi sentuh, sedang anak², Faqeeh terutamanya, dah 3-4 kali ulang baca 😂😂. Semua tu hasil borongan PBAKL 2023. Tahun ni tak berkesempatan menjengah PBAKL. Tapi, kita tetap shopping atas talian 😅😅.

Melihat banyaknya buku yang dapat ummi habiskan tahun lepas, sedih pulak rasa bila tahun ni seolah tak cukup masa. Mood pun melayang tah kemana.. Tapi, asbab kena kuarantin dek Covid ni, alhamdulillah ummi berjaya mula dan habiskan senaskah novel yang agak tebal.. 

Moga penghujung 2024 nanti, kalau tidak 10, at least dapat separuh pun jadilah.. 


Sunday, July 16, 2023

BacaBuku: Nirnama - Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung


Tajuk: Nirnama - Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: Hilal Asyraf Resources

Naskah Nirnama dahulu, agak lewat juga ummi beli. Tapi setelah 'terpesona' dengan Nirnama, bila diberitakan ada sambungannya, laju ummi sambar peluang pre-order. 

Sinopsis

Merupakan prekuel kepada naskah Nirnama. Sebuah naskah kumpulan hikayat yang memberikan fokus pada watak-watak dan peristiwa yang berlaku sebelum bermulanya novel Nirnama. 

Walaupun ia adalah prekuel, tapi ia seeloknya dibaca selepas membaca novel Nirnama, otherwise, masa baca Nirnama tu, mungkin takkan dapat rasa impak wow dan debaran apabila munculnya satu² watak tu. 

Masa baca Nirnama, jujurnya banyak persoalan yang timbul, tentang kewujudan sesuatu watak tu, siapa dia sebenarnya, kenapa dia sebegitu.. Tapi, bila baca prekuel ni, baru lah titik titik persoalan itu bersambung dan dapat gambaran lebih jelas tentang perjalanan cerita Nirnama ni. Ia suatu adventur yang menarik dan menyeronokkan. 

Ummi ambil masa tak sampai 24 jam ye untuk habiskan HHTS yang setebal 620++ m/s ni..wow..  Jujurnya, sebab hari Sabtu, Fatima demam, abi pula nak balik Gombak.. Since Fatima tak sihat, ummi syorkan ummi tinggal dirumah sahaja bersama Fatima, while abi bawa lah 5 orang lagi balik Gombak. Ummi pun tak berapa sihat, batuk dan selsema masih bermaharajalela. Asbab tinggal berdua, ummi pula tak boleh nak lelap mata sebab Fatima sesekali merengek, mengigau, maka, Nirnama HHTS ni jadi peneman ummi lah. Hihi.. Masa nilah nak membaca tanpa 'gangguan'.. haha..


Bab/hikayat yang terkandung dalam Nirnama HHTS. Ia seolah mengimbau masa lalu 😅


Hikayat 5 ni, buat ummi merembes airmata kala pukul 1pg ye. Serius terasa sedih dan hiba tu menusuk di kalbu.. 😭😭


Petikan hadis ni ummi jumpa beberapa kali dalam Nirnama dan juga siri Gelombang Baru. Bila dah jumpa beberapa kali, ia seakan melekat dalam kepala. Moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat buat diri ini. 


Petikan ni memberi makna tentang ikhlas. Ikhlas tu bukan sekadar disebut dibibir.. Memaknai ikhlas itu ternyata lebih sukar dari menyebutnya. Maka mungkin ikhlas itu dimaknai saat benar² teruji, memujuk diri kekal teguh dan yakin serta terus bersangka baik dengan Allah. 

Again, seperti naskah HA yang ummi dah baca sebelum ni, penting sangat ye.. pergantungan hanya kepada Allah, jika beroleh kebaikan, ianya dikembalikan kepada Allah dengan syukur dan taqwa, jika sebaliknya, sabar dan reda. Kerana setiap sesuatu itu, baik atau buruk, semuanya berlaku atas keizinan Allah. Dan sepertima petikan hadis di atas, begitulah ajaibnya urusan orang beriman. 



Penanda buku dan kad terima kasih. Banyak lagi sebenarnya 'hadiah' yang datang bersama pek pre-order naskah ni. Yang paling best, naskah Nirnama HHTS versi jawi. Tapi since sebenarnya dah lama beli buku ni, tapi baru berkesempatan nak baca sekarang, (to be exact sebenarnya nak baca versi jawi dahulu.. nak cabar diri baca jawi..haha.. tapi lama pula ia tersadai bersama ucu.. Maka, untuk kekalkan momentum membaca ummi, so i proceed with this one) .. Nak share unboxing pun takdan sebab unboxing was done by ucu dan dia siap tolong balut lagi untuk ummi. Tq ucu 😘😘💕.



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015