Showing posts with label ZawjAndHumairah. Show all posts
Showing posts with label ZawjAndHumairah. Show all posts

Thursday, March 13, 2025

15, And Still Counting Till ♾️, InsyaAllah

💓❤️‍🔥 12 March 2025 ❤️‍🔥💓

Walking through 15 years full of everything with all sorts of feelings.. 

Alhamdulillah ala kulli haal, we're still standing, not too tall, yet praying not to fall.. 

Semoga diizinkan kurus kembali seperti 15 tahun lepas. Both of us 😅🤣


Keep on praying for the marriage to always be filled with sakinah mawaddah and rahmah..

Lasts and stay strong till jannah..

Through every leaps and bounds 

Through rough and tough times..

Through obstacles and miracles..

May both of us will never gives up

In completing each other & tolerating with any arguments or disagreements..

May Allah gives us guts, and courage, to keep on walking hand in hand 👫 and raise our 7 precious gems together with patience and wisdom..


Tujuan asal scroll CBTL semalam, nak order slice cake. Slice cake SR macam takde yang menambat hati. Nak try kek lain pula. So, came across this Pistachio Kunafa Brownie.. All this pistachio kunafa thingy kan tengah viral dan trending. Why not we try kan.. But since abi iftar di luar semalam, lepas tu dia terus balik office sambung buat kerja after terawih, maka sahur pagi tadi la baru dapat makan together.



Bought 2 slices. Ingatkan nak beli 1 je, another slice nak ambil royal choc cake.. Tapi takde pula RCC tu.. So, ambil la 2 slice, nak makan dengan anak² sekali. Kids taknak pula. Sebab ada kacang 🥲🥲.. Kami berdua je lah makan.. Rasa dia not so bad. Crunchy² kunafa with pistachio paste tu, nice je. Not too sweet also. Tapi kita ni tekak dah kurang manis² ni, so kalau 1 slice tu kongsi 2 orang rasa sedang elok je la.. hihi..

Abi tu, dia lupa sebenarnya anniversary kami.. Haih lahh.. Ummi dah agak dari awal dia tak ingat masa dia kata kena arrange iftar untuk office pada 12.03 tu.. Tapi ummi ok je lah.. Hari kejadian pun, dia senyap je.. Dia masuk office lambat sebab dah few days dia kerja sampai lewat malam. Kadang sejam sebelum sahur baru balik. huhu..

Masa dia nak pergi kerja, ummi salam lah macam biasa. Tapi tak cakap apa². pun pasal our day. Abi keluar je, ummi send whatsapp, gambar 15 years ago yg kat atas tu.. Tiba² abi masuk balik sengih²... "Happy anniversary".. Terus ummi bagi, "Hah.. lupa lah tuuu".. Kami gelak je lah.. Dah umur macam ni, malas nak marah, merajuk, sentap² dah aih. Kalau dulu, memang tarik muka, silent treatment kot. Dulu laa.. 🤣🤣🤣

Happy 15th anniversary, my dear..


Thursday, November 30, 2023

Usia +1

Hari ini, bertambah setahun usia ku. Semakin tua, semakin menghampiri kematian yang entah bila kan menjelma.. Yang pasti, masanya akan tiba mengikut percaturan Allah, tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat..

Hadiah di hari kelahiran adalah demam, disertai dengan batuk sampai berdengung kepala otak, dan selsema.. Suara juga bertukar menjadi ala² rockstar 😅.. Namun, bersyukurlah untuk hari² lainnya yang Allah beri nikmat sihat tubuh badan untuk sekian² masa. Sakit juga datang bersama nikmat, untuk kau lebih menghargai sihatnya tubuh dan lapangnya masa yang Maha Pencipta izin pinjam. Maka ummi bercuti hari ni.. 

Dari semalam sebenarnya tak sihat. Pagi masih ok lagi, menjelang tengahari dah mula rasa seram sejuk badan, diikuti batuk dan selsema.. Betahan sampai ke petang. Masa balik kerja, berpusu² di celahan ramainya manusia yang sama² mencari rezeki di kota menggunakan perkhidmatan awam, nafas terasa pendek, dada terasa berat. Kepanasan dek sempitnya ruang dan ramainya umat. Syukur tak pitam. 

Fikir hati, makan malam nak minta abi tapau je. Tapi abi ajak makan di luar. Ok lah. Ummi gagahkan diri. Mencari makan di sekitar Taman Melawati. Kedai yang abi rancang nak tuju, tutup pula. Membawa kami ke sini..

Coffee & Koala

Tapi cuma ada minuman sahaja. Tapau lah secawan kopi dan secawan iced choc.




Sambung pusing lagi.
Ternampak kedai dengan signboard kuning.. Macam kedai Johan Maharaja Lawak je ni.. Jomlah cuba..

Nak itik ke ayam ni??

Kami order menu ala carte tu, setiap satu..  Tapi ni jelah ummi ambil gambar. BBQ chicken.

Kami last customer malam tu, tokey Johan yang baik hati announce, last customer dapat diskaun 10%... Syukur alhamdulillah..  Bila ajak bergambar, dia pulak yang tolong ambilkan gambar 😅😅😅


Nak balik pun sempat borak² lagi 😅.. 
Kalau jumpa signboard ni dekat Melawati tu, singgahlah.. Tak rugi.. Sedap nasi ayam BBQ die.. Itik pun not bad..Harga reasonable.


Balik rumah, ummi telan ubat selsema, uphamol & ubat batuk, terus lelap tak ingat dunia. 😅😅 Ingatkan boleh kebah la. Namun, bangun pagi tadi suara dah serak² basah ala Ratu Rock Ella, tekak perit, mulut payau, badan seram sejuk, bisa² sengal².. Itu yang terus cuti je
 
Abi pula, memang dah apply cuti awal. First time ye abi ambil cuti di hari kelahiran ummi 🤭.. Selesai urusan abi hantar anak⁶ ke sekolah dan pengasuh, kami ajak mama sarapan di luar. Tak jauh pun, di Laman Selera MPAJ bersebelahan International School Kuala Lumpur je. Tapi special sebab ada kedai kuih kegemaran mama, Kedai Mak Jah..


Nampak senyuman dia bila dapat kuih favourite...


Ummi tu, nampak dak muka tak berapa nak larat tu. Tapi gagahkan diri jugak. Siap baju berlapis² cardigan dan long sleeve shirt dek rasa seram sejuk tak hilang lagi.


Abi tanya nak hadiah apa? Jom kita pergi beli.. Tahun² sebelum ni tak mintak hadiah ape pun. Ada lah sekali ummi mintak telekung Siti Khadijah.. Dan ada sekali mintak gelang.. Tapi bukan masa birthday tu. haha. Selainnya memang takde ummi mintak apa². Walau dia tanya juga nak apa. Kali ni bila abi tanya, ummi jawab nak jam biasa je dekat Decathlon. Sebab dok belek² dah hari tu, siap snap gambar. Tapi simpan dulu hasrat hati, sebab anak² pun pakat dok berebut nak beli jam. Beli untuk anak² dulu la. 
Makanya hari ni, dapat jugalah jam yang ummi dok belek hari tu. Jam murah ja. Ummi suka sebab design simple dan ngam elok kat tangan ummi ni. haha..



Susah nak dapat momen berdua je sekarang ni.. hahaha.. Almaklum anak berderet. Sakan ber-dating hari ni walau tak sihat. Balik rumah mula lah badan menggigil balik. huhu.. 


Lastly..

Pada bertambahnya usia, 
tak banyak pengharapan. 
Sekadar mendamba 
dikurnia iman yang teguh, 
ilmu yang bermanfaat, 
kesihatan yang baik dan berpanjangan,
keluarga yang dilimpahi 
sakinah mawaddah dan rahmah, 
diserikan anak² yang soleh solehah,
dikelilingi sahabat dan insan yang baik lagi berhemah. 
Moga kita beroleh mardhatillah 
dan kelak nanti dikumpulkan bersama² di Jannah, 
dengan izin Allah. 

Duhai diri, barakallahu fii umrik..


Distorted mirror. You may feel so good about yourself, but look in the mirror, it portrays how people may look at you, distorted, imperfect, imblance. Just embrace yourself, and never stop doing good. Because people's perception is not important. What you should take care of is the perception of Allah, the Creator. 


Warna-warni kehidupan. Terkadang biru sebiru laut nan dalam, terkadang merah menyala laksana lava Merapi rakus meratah bumi, terkadang hijau saujana mata memandang. Biar apapun warna yang menghiasi latar hidupmu, jangan kau leka atau kesali, hadapi dengan tenang hati, moga warna² itu kelak kan jadi cahaya yang menerangimu di akhirat nanti.






Tuesday, June 6, 2023

Kisah Tingkap Nako

Tingkap hadapan rumah kami ni masih menggunakan tingkap nako . Ada impian nak tukar tingkap, tapi tunggulah dulu. 

Alkisahnya, tingkap nako kami dah rompong, rongak asbab anak² yang cerdas, riang ria dan sihat walafiat semuanya. Ada yang memanjat, ada yang bergurau main tolak², ada yang buat latihan rembatan bola ala Christiano Ronaldo. Semua sekali adalah kurang lebih 6 ketul yang rompong. Setelah dikumpulkan semua rentetan peristiwa, rasanya dah makan tahun jugalah tingkap tu tak sempurna kejadiannya. Pernah ummi suarakan pada abi beberapa kali, tapi entah kenapa dipandang sepi 😅😂. Tenang sokmo.

Jenuh juga ummi menyusun semula kaca tingkap, dan fikirkan cara yang sesuai untuk tutup bahagian yang rompong supaya tak jelas kelihatan di pandangan mata orang yang lalu lalang di hadapan rumah. Bukan apa, risaukan isu keselamatan. Dan risau juga kalau ruang rompong tersebut jadi laluan haiwan menyelinap masuk. Tambahan bila tiba musim panas atau hujan yang ekstreme. Ummi dok terbayang haiwan yang melingkar tu. huhu.. Nauzubillahi minzalik. Tidak pun, mungkin saja tikus atau musang yang selalu kelihatan di kawasan rumah ni. Mula la rasa meremang, geli geleman memikirkan semuanya.. 

Jadi, ummi susun semula kaca, jadikan yang rompong di bahagian bawah sekali. Kemudian, ummi tutup dengan lebihan papan laminated flooring masa kami extend dapur dahulu. 2 keping LF untuk tutup 3 panel tingkap yang rompong.. 😅😅 Dah rupa rumah setinggan rumah awak ni ummi oii.. Ada 3 lagi lubang.. ummi alihkan lubang² ni ke bahagian panel yang tepi sekali, dan di bahagian atas sekali.. Lepas tu ummi ikatkan bendera secara menegak disitu dari bahagian luar. Maka tertutuplah lubang rompong dari pandangan mata orang. Tapi pandangan mata ummi ni, sakit betul melihatnya .. yihhh..

Hujung minggu baru ni, tak semena, abi tanya nak beli kaca tingkap tak? Ummi macam tak percaya.. Sebab takde pula ummi ungkitkan pasal kaca tingkap yang pecah dalam masa terdekat..Pelik lagi ajaib.. Macam mustahil je rasanya.. Tapi ummi jawab lah juga.. Ikutkan hati nak tukar bingkai tingkap baru terus. Buat sliding window atau jenis berdaun.. Tapi, mestilah tak buat masa ni kan. Maka, belilah kaca tingkap sahaja. 

Ummi kekaguman dan terus pasang kaca tingkap baru sejurus abi pulang dari kedai. Petang tu, nak balik Gombak, abi pesan pada Faheem, ambil kaca tingkap dalam kereta myvi, masukkan dalam kereta BRV. Ummi kaget. Kaca tingkap apa pula ni? Rupanya.... Ma minta abi belikan kaca tingkap untuk tingkap di dapur rumah Ma... Hurmmmmmmm.. Patutlahhh abi seolah 'out of nowhere' tiba² je usulkan nak beli kaca tingkap tanpa ummi cakap apa². Abiiii oh! abi. Kalau Ma tak suruh tu, agaknya berapa tahun lagi lah tingkap tu rompong 🤣🤣🤣 atau mungkin sehingga semua kaca dan berguguran ke bumi 🤭🤣🥹 Mungkin lepas ni, apa² ummi kena cakap pada Ma, untuk Ma sampaikan pada abi, baru cepat gerak kot.. hahahahahahahaha.

 

Monday, March 13, 2023

Tiga Belas

Pejam celik sudah 13 tahun.
Menifestasi cinta 
Syukur alhamdulillah.

Tak banyak yang diharapkan..
Hanya doa dan usaha, agar kami semua mencuba sebaik dan sehabis daya
memaknakan sebuah keluarga bahagia
di dunia, juga disyurga..
moga diizin oleh-Nya.




Saturday, March 12, 2022

12 Tahun Cinta: Rai Versi Kuarantin


12 Mac 2022

Alhamdulillah.. 12 tahun cinta..
Tahun ni raikan ulangtahun versi kuarantin asbab positif covid19 belaka. 

Walau kuarantin, walau tekak rasa kelat, walau mengunyah rasa meletup-letup dalam telinga, walau kepala berdengung-dengung... Tetap nak rai juga dan teringin nak makna macam-macam. Alhamdulillah sekarang ni zaman nak order apa pun di hujung jari saja. Cukuplah menghiburkan hati kami yang sedang berkurung ni..




Ratu airmata. Sempat dah dia lalak dulu asbab nak claim kek happy birthday dia 😂😂🤣



Pasta ni untuk pikat selera makan anak-anak sebab tau ni kegemaran mereka. Masing-masing tengah tak sihat, makan ala kadar, risau juga ummi.. 





Monday, April 5, 2021

Happy Birthday Husband 💜

30th March

Happy birthday my other half.
I was on WFH mode. Ingatkan nak paksa zawji ambil cuti, nak ajak dating lagi..hahaha.
Tapi birthday boy banyak kerja, tak boleh cuti.
It's ok then..
Ummi guna kuasa di hujung jari je..

Hari tu lah baru nak scroll cari semua benda.
And I end up checked out with this surprise balloon and a whole ice cream cake.
Mujur sempat order untuk same day delivery.




Anak-anak yang terlebih excited when they get back from school seeing this thing on the table.
Mereka masuk dulu sebelum abi. Tak sempat lah ummi nak surprise ke abi..Masing-masing dah meluru kat abi bagitau ada belon untuk abi.. Haihhh..


Tengok tu, semua berebut nak potong kek.


Happy birthday zawji!
Our superhero.


Walaupun dia tak pandai nak buat surprise kat kita, biarlah kita je yang bagi surprise dekat dia..
hahaha..

Semoga Allah limpahkan segala kebaikan buatmu dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

May you be our superhero till jannah.







Monday, March 29, 2021

Lunch Date di Kenny Hills Bakers Ampang

Di suatu hari Jumaat di bulan Mac, ummi tak sihat sebenarnya. Sakit perut, cirit-birit. Kebetulan zawji cuti juga. Tapi, cuti-cuti zawji pun, ada saja urusan kerja lainnya..huhu..

Ummi ni tengah memulas perut, malas nak masak. Tapi mengada-ngada..haha..
Sedang zawji sibuk dengan urusan dia, I texted him ajak lunch date lepas solat Jumaat.

Sebenarnya baru tahu KHB ada outlet di Ampang. Lama dah teringin nak merasa KHB's coffee and dessert. Pengaruh viral sungguh kan..Tapi malas la nak ke Bukit Tunku tu semata-mata for a sip of coffee. Kalau ajak zawji kesana pun, pasti dia malas..haha..Now that I know a nearby outlet, haruslah ajak boyfriend terjah.

Lagipun dah lama sebenarnya kami tak hang out, chill, borak-borak santai berdua tanpa hiruk pikuk dan interruption anak-anak. Biasalah kan, kalau di rumah, atau keluar makan bersama anak-anak, mesti riuh mengurus anak, dengan drama rebutan segala lagi..Belum part ummi abi baru nak borak, ade je suara-suara halus mencelah bertanya itu ini, jerit tangis lagi..Nak pillow talk pun tak sempat wehhh.. Sambil nak tidurkan anak-anak, dengan ummi sekali terbuai lena. Ahahaha..

Jadi, gunakan peluang yang ada tanpa rasa bersalah. Sebab anak-anak semua pergi sekolah dan pengasuh kan, takde lah rasa kesian ditinggalkan semata-mata nak hang out berdua kan..hihi.

So, here we go.
KHB Ampang ni located berhampiran dengan Victoria Station Jalan Ampang tu. Kalau dari arah Ampang, masuk lorong selepas VS tu, ada Hock Choon Supermarket on the right, jalan terus ke depan, KHB stands on your right. Kawasan dia agak besar, plenty of dedicated parking sapce too. At the end of the road ada Scrut. Kami pergi around 2.40pm, still ramai orang. Full house. Kuasa viral agaknya.

The boyfriend

Recommended dessert, Peach Strudel.
Jujur, ummi tak pernah makan peach. Even peach pudding. Sebab memang sejenis yang susah nak cuba benda yang tak biasa di makan. Ni first try memberanikan diri. But serius lah. Sedapppp..


Choc will always be my favourite. Choc Truffle Torte. Sedap dimakan sejuk-sejuk.Nyumsss..


Happy face dapat keluar dating. hahaha..


Since both of us belum lunch lagi, the waitress suggested these two meals. Pepperoni sourdough pizza and creamy salted egg pasta with prawn. First timer datang sini kan, baca menu pun blur je.. Mujur waitress sangat friendly.


Hot mocha. Yummy.


Ambient kedai ni cantik dan menarik. Tapi tak dan nak snap semua angle. Sebab nak chatting dengan boyfriend.. Tapi perbualan tetap berkisar tentang anak-anak. hahahaha.. Typical parents kan.


Ada jual sourdough bread juga..


Overall, nice foods & drinks. Boleh singgah lagi next time, for hi tea perhaps. 

Boyfriend, in front of KHB ;)
Dah balik baru teringat, kenapa tak ambil gambar berdua. Haishhhh.
 

Dear zawji, we should plan hang outs like this occasionally. 
Truth is, I need this kind of escapade sometimes to gain and gather back my sanity after being such a momster mom. huhu.

Friday, March 26, 2021

Adhoc Short Staycation - Swiss Garden Residence Kuala Lumpur

Memang adhoc sangat staycation kami ni.

13 Mac 2021.
Lepas late breakfast around pukul 10++ zawji kata cuba check hotel area KL, nak check in hari ni..
Suka betul mengejut-mengejut macam ni. Ummi try jugaklah tengok nearby hotel/suite dengan harga berpatutan. Tapi kalau adhoc ni, mana nak dapat harga yang ikut poket kita sangat kan. Tambahan pula askar ramai. Nak kena tengok juga saiz bilik besar ke kecil. Mencabar juga lah nak mencari yang bersesuaian dan berpatutan. Adalah satu dua yang ummi dah berkenan, tak available on hari tu. Ada yang suggest ambil 2 bilik. Hurmmm.. Ummi give-up.. Kan dah cakap tak suka terkejut-terkejut macam ni. Sebab ummi juga nanti yang terkejut-terkejut nak mengemas. Mula lah nak marah je nanti..Tapi kalau nak bagi surprise gift tu, sukalah, tapi tak pernah pulak dapat...hahaha...

Ummi kata booking untuk minggu depan jelah. Zawji kata sempat lagi. Dia pulak sambung search. Dan akhirnya dia book la premier 2 bedroom suite di Swiss Garden Residence ni. Harga ummi tak tahu berapa. Sebab ummi dah give up tadi kan. hahaha.. Lepas tu nak kena mengemas pulak..Pukul 3 uii baru booking..Haha..Bayangkan lah nak mengemas macam ape je, kelam kabut, lintang pukang. Ni trip nak happy-happy ke nak mengamuk ni?? huhu..

Swiss Garden Residence ni dekat Bukit Bintang je.. Tidaklah jauh mana kan dari rumah kami di Pandan Indah. But kids, bila dengar nak tidur hotel, walaupun ibarat belakang rumah, they all tetap happy je..



Kami sampai sana around 5pm  plus. Apooo lewat nau..
Sampai je, anak-anak terus landing mengadap TV. Biasalah bila rumah takde TV kan, bila jumpa TV excited la anak-anak ni.. hihi..


The hall. Ada single bed, sofa panjang, dining table..



Ada 2 bilik equipped with katil queen. 


Ni bathroom dalam bilik master. Built in bath tub??




Kitchen. Equipped with microwave, kitchen hob, washing machine & fridge.
Quite nice. 


The view from our room.
Nun kat hujung, stesen LRT Plaza Rakyat. Spooky look from here..huhu..Malam-malam tak beranilah nak intai tengok keluar tu..haha..



Sebab check in lambat, kami pun tak lunch lagi sebab late brekkie pagi tu, pastu gelabah kemas barang dalam kejutan bagai ni, memang tak sempat nak fikirkan perut ni haa. Dah petang ni, menggelepar lah si perut ni kelaparan. Stok makan ringan semua tak ada. Apoooo.. Buat lah lagi kejutan macam ni. hahahahahaha..

Keluar lah kami cari makan. Itupun pusing nak pergi atm machine dulu, nak isi minyak kereta lagi..Tiba-tiba toleh belakang anak-anak dah ketiduran. Seorang dua lah. Nak makan kat kedai macam mana ni.. Sudahnya tapau ajelah..

Balik bilik, dah maghrib. Solat, makan, solat isyak, pastu kids semua ketiduran.
Ummi ingat nak try coffee VCR sebelah SGR ni je haa, tengok dekat FB dia, tutup pukul 5 petang. Zawji pergi turun ambil angin malam jap, dia kata buka lagi. Cettt.. Kalau tahu, minta tolong tapau kan hot mocha ke..

Aktiviti keesokan paginya...
Disebabkan pool ditutup due to Covid, anak-anak berendam dalam so-called bath tub ni jelah. Tetap menyeronokkan bagi mereka. Main air memang seronok kan.



Ummi dah berfikir-fikir konon nak me-time menghirup segelas kopi panas VCR. Entah kenapa, ummi tak ikutkan kata hati. Sarapan pagi tu, zawji beli roti bun, kuih akok, nasi berlauk air dingin dari gerai di seberang jalan berhadapan VCR. Bila ummi serabut-serabut uruskan anak-anak, ummi tersayu sendiri, kenapalah tadi ummi tak pergi je turun ke VCR tu seorang diri, having some chill time on my own. Tah ape-ape kan. Tapi zawji kata penuh je, ramai geng basikal. Hurmm.. Dah lah ummi, jangan nak mengada sangat.

Pukul 12 check out. Kami lunch dekat Bellamy. Makan ikan bakar.
Kalau makan kat sini, selalunya (walau tak selalu pergi..hahaha) akan makan dekat kedai Kak Jat tu. Tapi hari ahad dia tutup. Kita terjah je lah mana yang buka. Tapi hati ummi masih pada kedai kak jat..haha.. 



Begitulah adhoc trip kami.
Macam pergi semata untuk tidur diatas katil empuk dengan pendingin hawa yang sejuk mencucuk ke tulang..
Lawak lah. Suka nau nak buat kejutan.

Anyhow, thank you zawji..

 



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015