Showing posts with label Motivation / Self Reminder. Show all posts
Showing posts with label Motivation / Self Reminder. Show all posts

Thursday, September 17, 2020

Mesej dan Peringatan dari Poster Kun Anta


Aku suka follow FB Kun Anta.
Bukan entry berbayar untuk promote page ni ye 😂. Sekadar berkongsi apa yang aku suka.
Suka tengok/baca mesej dan peringatan yang disampaikan. Tambahan pula dengan lukisan karikatur yang menarik. Simple, tapi meaningful.

Di bawah ni antara yang terkesan pada aku.

Dalam hidup, kita jangan asyik fikirkan apa yang orang/organisasi boleh beri kepada kita. Instead, cuba untuk jadi orang yang banyak memberi manfaat dan sumbangan untuk orang lain/organisasi/negara. Kalau dalam rumahtangga, Ustaz Ebit Lew selalu pesan, jangan dikira berapa banyak yang kita pernah beri khidmat buat pasangan atau anak-anak, tapi saling berlumbalah dalam memberi khidmat. InsyaAllah akan rasa manisnya. Bab ni kadang-kadang aku culas dan berkira-kira juga..huhu.. Moga aku mampu jadi orang yang memberi manfaat buat insan sekeliling aku.

Ini yang paling common. Selalu, dalam sedar tak sedar, kita sibuk mencari keburukan dan membuka aib orang lain. Tambahan pula kalau ada insiden hati yang tersakiti, mengkin secara tak sengaja, maka mula lah kita menggali segala kelamahan dan kekurangan orang itu. Kadang-kadang kita tak boleh tengok seseorang itu ada kelebihan sedikit dari kita, mula lah kita mencari sisi-sisi gelapnya..Nauzubillah.. Moga Allah hindarkan aku dari menjadi orang yang busuk hatinya.

Ada orang, dia seolah terlalu banyak masa terluang untuk memikirkan hal orang lain. Kadang-kadang ia dilakukan atas nama prihatin, atau mungkin juga dia mempunyai lagak dan perwatakan seperti seorang kaunselor. Cuma terfikir, sedangkan hal diri sendiri dan keluarga pun sudah memenuhi segenap ruang dalam otak, bagaimana nak selitkan pula ruang untuk memikirkan urusan orang lain.

Tak perlu trying hard untuk kelihatan hebat dengan cara menjatuhkan orang lain. Orang hebat tidak akan bersusah payah untuk cuba menunjukkan dirinya hebat. Kehebatan seseorang akan terserlah dengan karakter yang baik dan positif. Most good and great people are very humble and down to earth. Dan, apa dikejar pengiktirafan manusia (mahu kelihatan hebat, benar dan pintar di mata manusia), kerana manusia itu hatinya berbolak-balik. Boleh jadi hari ini dia memuji, esok dia mengeji. Cukuplah dengan mengejar redha Allah, moga setiap apa yang diusahakan atas nama Allah, beroleh rahmat dan barakah, insyaAllah.

 

Tuesday, June 28, 2016

Malu


Malu.
Perlu atau tak sebenarnya perasaan malu tu?
Baik atau buruk sebenarnya memiliki sifat malu?
Ada orang kata, kita harus keluar dari kepompong malu, buang rasa malu jauh-jauh.
Malu itu bagaimana sebenarnya?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nah..
Rasulullah صلى الله عليه وسلم kata malu itu membawa kebaikan. Kenapa nak kena buang pulak benda yang baik?

Malu yang bagaimana yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم maksudkan ?
Malu yang menghalang kita dari berbuat perkara yang buruk dan tercela, dan mendorong kita berakhlak mulia.


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,



اِسْتَحْيُوْا مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ، مَنِ اسْتَحْىَ مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْيَذْكُرٍِِِِِِِِِِِِِِ الْـمَوْتَ وَالْبِلَى، وَمَنْ أَرَادَ اْلأَخِِِِرَة تَرَكَ زِيْنَةَ الدُّنْيَا، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدِ اسْتَحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْـحَيَاءِ. 

Ertinya : “Hendaklah kalian malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu. Barang-siapa yang malu kepada Allah  dengan sebenar-benar malu, maka hendaklah ia menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu ingat kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu.” [Hasan: HR.at-Tirmidzi (no. 2458), Ahmad (I/ 387), al-Hâkim (IV/323), dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no. 4033). Lihat Shahîh al-Jâmi’ish Shaghîr (no. 935).]



الْـحَيَاءَ مِنَ الإيْمَـانِ
Malu itu sebahagian daripada iman

Orang sekarang, ramai yang dah tiada rasa malu tu. Lantang menyuarakan sesuatu yang konon nya hak. Dah tak nampak batas pemisah antara hak, malu dan adab. Hak kita sebagai manusia? Itu yang kita sibuk perjuangkan. Hak Allah sebagai empunya jasad, roh dan setiap yang di sekeliling kita? Ada kita kisahkan? 

Kita hidup bukan bersandarkan apa kita rasa, apa kita suka, apa kita fikir. Memang tak salah punya rasa, tak salah untuk suka, tak salah untuk berfikir semahu kita. Tapi pasti ada acuannya, pasti ada garis panduannya. 

Ada benda yang kita rasa tak salah pun, kenapa nak kena malu.

Analoginya.

Apa batasan aurat seorang wanita sesama wanita muslim atau di hadapan mahramnya?
Jumhur ulama' menyatakan batsan aurat wanita bagi kes di atas adalah di antara pusat dan lutut.
Diulangi ANTARA PUSAT DAN LUTUT.
Mahram tu siapa? Mahram tu termasuk BAPA KANDUNG, BAPA MERTUA, ADIK-BERADIK LELAKI KANDUNG dll.
Tapi, adakah dihadapan orang-orang yang dikatakan mahram kita ni, kita berpakaian sekadar menutupi pusat hingga lutut? Cuba angkat tangan sikit. Ada tak?
Rata-rata mesti jawab TIDAK. Tapi, salah ke kalau kita pakai macam tu? Tutup pusat hingga lutut je, bahagian dada terdedah? Kalau pada hukumnya, memang tak salah.
Tapi kita tak buat macam tu.
Sebab apa? Sebab sifat malu tu lah kan.
Kalau yang umur 5-6 tahun, yang dada bukan belum berbukit, itu lain cerita dia.
Tapi umur tu dah kena ajar rasa malu.
Sedangkan sesama wanita pun kita rasa malu. Inikan pula dengan lelaki, walaupun mahram.


Jadi, tak semua benda yang kita rasa tak salah, kita boleh berbuat sesuka hati, tanpa adanya rasa malu.

Tapi malu pun kena bertempat. Kalau malu pada perkara yang sia-sia, itu sifat tercela. Antara sifat malu yang tercela -- malu menuntut ilmu, malu melakukan amar ma'ruf nahi munkar, malu mencari nafkah halal (bagi lelaki), malu solat berjemaah, malu berpakaian mengikut syariat. 

{Tiba-tiba je aku nak cerita pasal malu. Viral punya pasal. Tapi yang penting, aku nak educate diri aku sendiri sebenarnya. Hak dan limitasi kita perjuangkan hak sebagai manusia yang dicipta oleh Dia. Jadi hak Dia lagi utama. Mohon jangan tersasar.}

Nak baca lebih lanjut hadis-hadi tentang malu, pergi sini 

Friday, June 10, 2016

Merancang Untuk Memberi


Kita (read: aku) selalu merancang untuk mengumpul wang bagi pelbagai tujuan. Untuk simpanan masa depan, untuk beli rumah, untuk melancong, untuk self-reward..Macam-macam lah.
Bersungguh buat perancangan menyimpan dan terus menyimpan.

Tapi jarang betul buat perancangan untuk memberi. huuhu..
Aku lah tu.
Tak tuju kat orang lain pun.
huhu..

Hari tu...lama dah benda ni... Awal tahun hari tu..
Zawji kira duit tabung surau.
Dalam banyak-banyak tu, ada dua sampul coklat ni..


Siap bertarikh. 
Kalau mengikut tarikhnya, it's Friday..

MasyaAllah..
Barakallah buat insan mulia ni.
Despite of the color of the notes, hamba Allah ni, aku rasa, dah prepare awal-awal.
Mungkin lepas dapat gaji, dia dah siap-siap asingkan some amount untuk di infaq, sedekah etc..
Dan mungkin dia dah plan, dia akan memberi setiap hari jumaat, waktu solat jumaat. Obviously, semua tahu kelebihan bersedekah di hari Jumaat..
He puts date so that he won't miss any week of Friday.
Ini suara hati aku lah.

Kagum.
Sebab aku tak pernah plan sebegitu.
Beri bile teringat, bila ada duit lebih je. Selalunya lah.
Shame on me.

Jadi..rasanya, sempena mengambil barakah bulan Ramadhan yang mulia, yang mana setiap amalan, pahalanya dilipat gandakan berganda-ganda, jom ambil ibrah dari kisah hamba Allah di atas.
Jom mula merancang untuk memberi.
Sikit-sikit, tapi istiqamah, mudah-mudahan..
Merancang dan laksana tau...
Memberi pun sebenarnya mengumpul juga.. Mengumpul harta di syurga..hihi..
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.
Allahumma ameen..




Tuesday, June 7, 2016

The Power of Istighfar


1 Ramadhan, buka puasa di rumah mama. Sementara Kangah cuti, dapat berkumpul buka puasa with the whole family. Kalau tidak, weekend je possible. Itupun belum tentu, sebab weekend selalunya giliran balik berbuka di Gombak pula.

Sambil bersiap untuk berbuka, aku jadi mandur saja, hahaha...borak dengan kangah. Asalnya cerita tentang aku berbengkel minggu sebelumnya. Cerita kegigihan ibu yang menyusu anak, mengusung pam kemana jua hatta ke bengkel sekalipun. Heh. Masa bengkel tu, bos aku tegur. "Gigihnya mak-mak memerah susu. Bawak beg kehulu kehilir. Habis macam mana simpan tu nanti? " Puan bos sudah berkahwin 8-9 tahun, namun belum dikurniakan rezeki cahayamata. 

Tiba-tiba kangah interrupt cerita aku...

Ada ustaz ni datang ceramah kat office dia. Ustaz tu cerita tentang ...


KISAH IMAM AHMAD dan SI PEMBUAT ROTI
Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.
Imam Ahmad pun berkata, “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.”  Beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. 
Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.
Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung.  Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam.  Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.
Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.
Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Allahuakbar!
Hebatnya impak amalan istighfar.
Kangah sebenarnya nak relate dengan kisah Puan Bos yang belum dikurniakan cahayamata tu. Sebab ustaz tu pun memang ada mention, banyak kes pasangan yang belum dikurniakan rezeki anak, ikhtiar pelbagai cara. Rawatan secara tradisional dan moden, amal pelbagai ubatan dan jamu. Ikhtiar yang bagus juga, tidak jemu berusaha. Tapi, ramai juga yang tak tahu, beramal dengan istighfar boleh jadi salah satu ikhtiar juga. A powerful one.
Dalam Surah Nuh:10-12, juga ada menerangkan kelebihan istighfar.


 Jom amalkan istighfar.
Bukan sekadar ikhtiar meminta zuriat, malahan untuk setiap yang kita hajati, mudah-mudahan dimakbulkan Allah, asbab basahnya lidah dengan Istighfar.
InsyaAllah.



Friday, January 15, 2016

Tips Hafal Surah Al-Kahfi Dengan Lebih Mudah


http://wahdah.or.id/kandungan-surat-al-kahfi/

Menghampiri penghujung zaman, banyak tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku. Namun begitu Allah tidak membiarkan hambanya begitu saja. Malahan bacaan 10 ayat pertama surah Al Kahfi amat digalakkan agar kita terpelihara daripada segala fitnah dajal.

Dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah al-Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)



Berikut cara yang boleh dilakukan agar dapat hafal surah Al Kahfi dengan lebih mudah.

(1.)
Niat jelas – kita baca dan hafal surah ni kerana Allah agar terpelihara dari fitnah dajal.

(2.)
Jangan mulakan dengan menghafal, tetapi mulakanlah dengan membaca terlebih dahulu. Baca dengan tajwid yang betul, lama kelamaan akan memudahkan hafalan.

(3.)
Cuba lazimi surah itu setiap ketika. Terutama pada malam jumaat untuk baca al-Kahfi. Bila bibir selalu sebut perkataan-perkataan dalam tu, ia akan memudahkan.

(4.)
Dengarkan rakaman sebelum tidur, ke tempat kerja, atau masa lapang. Dan perlahan-lahan cuba ikut.

(5.)
Mulakan hafalan dari lembar by word. Ulang satu ayat ke satu ayat kurang-kurang 20 kali. Cuba ingatkan ayat-ayat tersebut.

(6.)
Bila lancar ayat pertama, pindah ke ayat kedua. Kemudian ulang balik ayat pertama hingga ke dua. Begitulah seterusnya.

(7.)
Cari suasana yang membantu. Target sehari 15 minit sudah cukup untuk mengulang. Tak perlu lama-lama. Selepas solat maghrib misalnya. Cuba hold, pause apa sahaja program masa tu selama 15 minit, demi bagi kesempatan pada hafalan kita.
Biar sekejap masa diambil, asalkan berkualiti dan kita fokus.
 

P/s:
Fuuhhh..Fuuhhh... Karat-karat yang melekat kat otak, please go away and let me memorize al-kahfi easily..

Friday, July 10, 2015

Aku & Kewangan


To be frank, aku bukanlah jenis orang yang pandai menyimpan dan mengurus wang. Tapi aku juga bukan kaki shopping tegar. Cuma bila bab membeli, aku selalu jarang berkira. Kalau aku berkenan, walaupun a bit pricey tapi still dalam kemampuan, aku akan beli je without having a second thought.

Aku rasa, the trigger point yang buat aku sedikit particular pasal kewangan dan simpanan adalah KAHWIN. Masa dah ada hint-hint to move to the next step, which is so sudden and out of our plan, aku rase berapa sangatlah saving yang aku ada. Zaman belajar, memang takde menyimpan lansung which aku regret lah jugak later on..Huhu...Masa diploma ambil PTPTN, degree pulak Alhamdulillah dapat scholarship JPA..Kalau nak diikutkan, dengan yuran pengajian UiTM yang dikatakan yang paling murah antara IPTA dalam Malaysia ni, compared to amount loan PTPTN yang kau dapat, you can actually save a lot. Plus masa diploma memang fully duduk hostel. Tapi tah kemana hilang duit loan PTPTN aku ye?? Huhuhu...Banyak habis kat perkara lagha..Kuikui..

Masa degree pulak, bila dapat scholarship, tidaklah semewah loan PTPTN. Kurang RM1k kalau tak silap aku compared dengan kawan-kawan yang ambil loan PTPTN. Dan masa degree pulak dah mula menyewa rumah. Duit scholarship tulah guna untuk yuran, makan, bayar sewa rumah, transportation etc. Ayah ada jugaklah bagi duit belanja makan sikit-sikit. Tapi selalunya bila ayah tanya ada duit tak, I will just answer ada. Rasanya duit JPA tu cukup lagi untuk cover semua tanpa perlu mintak kat ayah unless waktu-waktu terdesak. Alhamdulillah, I manage to survive. Yelah, family pun bukan orang senang sangat, tapi Alhamdulillah cukup makan pakai.

Aku start kerja tahun 2008. Itupun a bit late dari kawan-kawan lain. Memang sengaja aku decide untuk rehatkan diri dulu a couple of months lepas habis study. Nak rehatkan otak after struggling for years kan..Hihi..Alhamdulillah, my first basic salary dapat RM2500. Tapi 8 bulan je aku dekat company tu sebelum aku dapat offer masuk gomen. Masa ni, saving adalah sikit, tambah pulak bos baik hati nak kasi jugak bonus walaupun dah tau masa tu aku nak resign dan kerja tak sampai pun setahun lagi.. Syukur Alhamdulillah..Semoga ex-bos sentiasa dirahmati & diredhai Allah. Saving ciput je. Sebab tak beringat lagi nak mengumpul. End 2008, aku sambung Master with my own expenses dan beli kereta 2nd hand (tapi tak drive pun...hahaha). Early 2009 aku masuk gomen. Masa ni dah ada teman tapi mesra, tapi takde ura-ura nak kahwin lagi. Initial plan, nak tunggu aku habis Master dulu, baru kahwin. Yelah, baru je kerja nak stabil sikit, nak bayar loan PTPTN, nak bayar loan kereta, dengan yuran Master lagi....Tuptup September 2009 dah jadi tunang orang, sebab selalu sangat encik teman tapi mesra hantar dan jemput balik kelas nun kat Shah Alam sampai tengah malam, terus bakal mak mertua suruh kahwin. Nak suruh elak buat maksiat ^____^ .. Saving masa tu berapa lah sangat yang ada. Bakal mak mertua masa tu cakap nak suruh lansung hujung tahun tu jugak. Terkulat-kulat aku tengok saving dalam bank yang macam segan-segan je tu. Tapi lastly, decided nikah Mac 2010. Adalah dalam 6 bulan untuk menyimpan dengan jayanya. Dan majlis kami pun simple je, cari yang betul-betul within our budget je. Alhamdulillah, berjaya melansungkan perkahwinan tanpa perlu buat pinjaman peribadi ke pinjam kat ah long ke apa. Ya Allah syukur sangat.

Sebelum kahwin tu jugak, aku dan zawji dah commit beli properties. Ayah memang pesan kat aku, bila dah kerja, terus cari rumah. Kereta beli lambat or tak beli pun takpe. Rumah tu cari dulu. Tapi aku beli kereta dulu sebab tiba-tiba rezeki depan mata orang nak jual Kelisa SE yang condition masih tiptop dan dijaga rapi. Aku beli, mama pakai..Haha.. Tapi nasihat ayah aku tak lupa..My zawj beli rumah yang kami duduk sekarang ni, while aku beli apartment. Tapi sebab apartment yang aku beli tu masa tu still under construction, masa kahwin tu masih belum terbeban dengan housing loan lagi lah. Lepas kahwin terus duduk rumah sendiri, tak perlu menyewa rumah.

Since that, aku cuba menyimpan dengan konsisten walaupun selalu terbabas jugak. Haha.. Aku start buat ASB loan. Despite of monthly commitment of the loan, aku cuba disiplinkan diri juga untuk make sure setiap bulan aku akan tolak duit masuk akaun ASB. Sikit pun takpe. Yang penting ada walau RM10 pun. Maksudnya monthly loan deduction plus my own monthly saving. Bila hujung tahun tu gembiralah tengok dividen berganda kan. Dan aku make sure jugak dividen yang dapat setiap tahun tu aku tak usik. Pendek kata, memang tak usik lansunglah duit dalam ASB tu. Each year memang berganda-ganda lah dividen. But that was then.

Bila aku dah tak yakin akan kepatuhan syariah ASB, aku stop ASB loan dan close account. Transfer all the money to Tabung Haji. Buat kira-kira sikit mana yang patut aku tolak tepi sebab ragu-ragu tu.

3 years after service dalam gomen, dah dapat taraf berpencen, dah boleh withdraw duit EPF. All the EPF money goes to Tabung Haji. My Zawj kata nak invest. I said, I'm ok to invest. But I want to make sure I have enough saving. I set a target amount of saving to achieve. 
Masa ni, apartment yang aku beli tu dah siap. Monthly commitment untuk rumah including maintenance dalam RM900 lah. Alhamdulillah manage to rent out the house partly furnished at RM1.3k. So, aku tak terikat dengan housing loan commitment. 
My zawj kata, boleh tak saving sebulan RM1k? Aku buat kira-kira, tolak semua komitmen yang ada, berapa baki boleh saving dan berapa untuk belanja. Awal-awal tu, sedikit tight jugaklah. Kalau tak dapat RM1k, I try to save at least 70% of it.

At one stage, my zawj suggest suruh buat full settlement kereta. Intai-intai duit simpanan, rasa macam boleh lah. Afterwards, gandakan lah simpanan untuk cover balik. Means amount yang selama ni dok bayar untuk car loan, terus masuk saving plus earlier target RM1k per month tu.
Settle satu bab.
Then last year, settlekan loan PTPTN pulak. Konsep yang sama macam car loan.

Bila dah settle car loan dan PTPTN, dah boleh consider debt-free since rumah adalah investment instead of liability kan.

Moving forward, set a new target of saving. Increase kan amount of saving per month. Shopping tu belakang kira. Assume belanja masih tetap sama. Jangan gembira nak berjimba joli katak dengan duit extra setiap bulan lepas dah settle loan semua tu..Convert semua komitmen sebelum ni jadi saving. Tapi of course, komitmen lain ada yang bertambah seiring dengan pertambahan anak.
 Just make sure, macam-macam mana pun, saving dalam Tabung Haji tu tak boleh usik. Unless untuk big decision macam nak buat full settlement tulah. Yang tu lepas kau dah gali lubang, kau kena pandai tutup balik lubang afterwards.

So, taktik aku sekarang...

Let say, gaji kau bulan Mei RM2.5k. Ni contoh je tau.
Komitmen bulanan yang aku akan tolak siap-siap macam bayaran pengasuh anak, insurans, bil telefon, tabung trip, belanja bulanan mak ayah etc...Let say total dia RM1.2k.
Amount of saving yang kau dah set setiap bulan RM500.
Balance you will have : RM2.5k - RM1.2k - RM500k = RM800
RM800 ni untuk cover makan, transport la basically. Plus shopping grocery ke ape dan shopping sikit-sikit apa yang perlu. Perbelanjaan pada bulan tersebut.

Then bila masuk gaji bulan Jun. Balance dalam akaun kau ada RM2.7k.
Meaning to say, bulan Mei tu, kau ada baki wang tak terusik RM200.
RM200 ni aku akan asingkan pulak. Ada 2 cara lah. Either kau masuk terus dalam simpanan tetap atau cara aku, aku put aside dulu. Yang ni aku panggil Emergency Saving.
Maksudnya setiap kali masuk gaji, kau tolak tepi duit baki dari gaji bulan sebelumnya. Kau start tolak semua commitment based on gaji bulanan kau je.
Katalah bulan Jan baki gaji tak terusik RM200, bulan Feb RM300, Bulan Mac RM150, Bulan April RM100, bulan Mei RM200. Up to bulan Mei, kau ade Emergency Saving (ES) sebanyak RM 950.
ES ni ada banyak manfaat dia.
Katalah tiba-tiba bulan Jun kereta kau rosak, mesti dah pening kepala nak repair kereta. Kalau ada ES, kuranglah sikit beban kau. Repair pakai duit ES tu tanpa perlu usik simpanan tetap dan keluar duit gaji pada bulan tersebut.
Ataupun, kau aim nak beli barang yang diluar kemampuan. Nak keluar simpanan tetap, sayang. Nak guna duit gaji bulan tu, tak cukup pulak...Pakailah duit ES tu.
Or kau rasa dah penat menabung untuk bebrapa bulan, it's time to reward yourself pulak, pun boleh pakai duit ES tu.

Kalau tengok komitmen bulanan tu, aku siap-saip tolak untuk Tabung Trip. Yang ni pun count as saving. Tapi untuk tujuan trip. Setiap bulan we have set an amount untuk masukkan dalam Tabung Trip. We did create a specific tabung lah. Despite of when and where your trip gonna be, tabung trip ni wajib diisi setiap bulan. Kami kena commit lah dengan decision kami. By the time we have decided to go for a trip, kita pakai duit dalam tabung trip tu je. You don't have to add on your money for the trip expenses. Takdelah kau rasa berat nak berjalan riang ria atau rasa terbeban nak kena withdraw pulak duit saving untuk bercuti. Kira macam kita pre-amp dulu kita punya trip lah. Kalau kata amount dalam tabung trip tu tak banyak mana, yet your trip is just few months left, kau gandakan kan sikit jumlah tabungan untuk tabung trip tu. Post-trip nanti takdelah nak mengeluh duit gaji bulan tu dah kering sebab habis belanja pergi trip or duit simpanan menyusut.

Dengan cara ni kiranya kau ada 3 tabungan lah, kau akan ada simpanan tetap dengan nilai yang dah fixed setiap bulan which later kau boleh predict lah another 10 years, berapa jumlah saving yang kau ada. In the same time, kau masih boleh bercuti dengan family dengan riang ria guna tabung trip, dan boleh shopping apa yang patut or boleh cover situasi yang tak terjangka menggunakan tabung kecemasan.
Simpanan tetap tu hanya akan digunakan bila perlu dan bila keadaan mendesak. Bila perlu tu macam nak pergi haji ke (which is my topmost point of saving), kau nak invest untuk another property ke etc. Bila keadaan mendesak tu, aku pun tak berani nak cakap. Anything can happen kan. Bukan kita mintak benda buruk jadi kat kita, but the least that we can do, be prepared sambil doa banyak-banyak minta dijauhkan benda-benda ynag tak diingini berlaku. Plus dalam keadaan ekonomi tak berapa stabil sekarang ni, dengan nilai matawang menyusut, it's one way you can protect yourself.
Yang penting kau kena disiplin dan jangan rambang mata. Shopping bila perlu, dan apa yang perlu sahaja.

Kalau kau pandai cari peluang buat bisnes, it's good for you. Macam aku ni bergantung pada duit gaji bulanan without any side income (ehh...house rental boleh kira side income jugak tak?? hihi), this is how I do. Hopefully aku dapatlah mencapai my ultimate target, dengan izin Allah.

Dalam masa yang sama, beringat jugak, what you earned, there's somebody portion in it. Jangan lupa zakat, sedekah dan infaq. The more you give, the more reward you'll get, InsyaAllah. 


Monday, November 24, 2014

Nikmat Juga Satu Ujian


Seringkali bila ditimpa musibah, kita akan kata bahawa itu ujian.
Seringkali kesusahan, kepahitan, kesakitan dikaitkan dengan ujian.

Hakikatnya, seluruh kehidupan kita adalah satu ujian.
Diberi kesusahan itu satu ujian, diberi kesenangan juga merupakan satu bentuk ujian.
Nikmat yang Allah limpahkan buat kita adalah salah satu bentuk ujian juga.

Istidraj...
Allah beri nikmat pada kita. Nikmat yang melimpah ruah, berlipat ganda. Tapi segala kenikmatan yang Allah beri, semakin menjauhkan kita dari Allah.
Allah beri kita nikmat dalam keadaan Allah tidak redha akan nikmat yang diberi pada kita.
Allah beri kita nikmat, tapi Allah tak hadirkan rasa syukur kita pada nikmat yang diberikan.
Nauzubillah.


Terkadang kita tak sedar..
Segala kebaikan yang ada pada kita dan insan sekeliling kita adalah merupakan satu nikmat dari Allah..
Dikurniakan suami yang rajin solat berjemaah di masjid/surau..Suami yang aktif buat kerja kebajikan..
Dikurniakan isteri solehah, sempurna menutup aurat, menjaga perilaku dan kehormatan diri dan suami.
Dikurniakan anak-anak yang sihat dan cerdik pandai. Berjaya hafaz Al-Quran seawal usia.
Diizinkan bangun tahajud setiap sepertiga malam.
Diizinkan menghadiri majlis-majlis ilmu, kuliah di masjid/surau..
Semuanya adalah nikmat daripada Allah SWT.
Semuanya berlaku dengan izin Allah.

Kalau kita tidak mensyukuri setiap nikmat tersebut, tidak berterima kasih pada Allah atas segala nikmat yaang diberikan, berterima kasih kerana diberi kekuatan bangkit di sepertiga malam bertemu dan bermunajat pada Allah, berterima kasih kerana diberi kesihatan untuk hadir majlis ilmu, sekelip mata Allah boleh tarik balik nikmat tersebut.

Suami rajin ke masjid, semakin malas dan semakin jauh dari masjid. Malah semakin hampir ke tempat maksiat.
Isteri bertudung litup menutup aurat, tapi berselingkuh di belakang suami.
Anak-anak hafiz Al-Quran, tapi tiada jiwa Islam dalam diri mereka.
Nauzubillah..
Segalanya mungkin andai rasa syukur jauh dari hati.

Terkadang orang yang penuh dengan kebaikan, ujiannya lebih hebat lagi.
Dalam lautan kebaikan yang dilakukan, dia bergelumang dengan ujub, riak dan takbur.
Dia sangka isterinya solehah, sempurna menutup aurat asbab rajinnya dia solat berjemaah di surau.
Dia sangka anak-anaknya hebat, mudah hafaz Al-Quran kerana kehebatan dan kebijakannya mendidik anak mengikut sunnah.
Dia rasa dia baik dan dikurniakan segala kehebatan di dunia asbab kerapnya dia menghadiri majlis ilmu dan rajin bertahajud.
Dia sangka dia bahagia di dunia kerana dia selayaknya bahagia asbab segala kebaikan yang dilakukannya..
Dia sangka mereka yang di uji dengan kesusahan dan kepayahan hidup kerana kurangnya usaha mereka untuk berbuat sepertinya.
Dia sangka mereka yang tidak bahagia, rumahtangga bergolak kerana mereka itu tidak bangkit solat malam sepertinya.
Dia sangka hanya dia yang dekat dengan Allah, manakala mereka yang lain hidup terumbang ambing dalam kesesatan dan jauh dari Allah.

Allahu.
Sedangkan setiap ujian, kesusahan mahupun kesenangan, semuanya datang dari Allah.
Ujian kesusahan menuntut sabar dan redha.
Ujian kesenangan menuntut syukur ke hadrat Allah,

Bersabarlah dan redha atas ujian kesusahan yang Allah beri kerana setiap kesusahan pasti ada kenikmatan.
Besrsyukurlah atas setiap nikmat kesenangan yang Allah beri.
Berterima kasih pada Allah kerana diberi kekuatan bangun malam bersolat tahajud, beri nikmat menutup aurat, beri suami soleh yang bertanggungjawab, beri anak soleh/solehah yang bijak pandai.
Sedar akan nikmat itu adalah kurnia Allah, takut akan hilangnya nikmat tersebut kerana mengetahui Allah yang mempunyai kuasa untuk memberi dan mencabut nikmat dari kita, sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat tersebut, sentiasa merasakan kita sebagai manusia tiada apa-apa, tiada daya upaya. Rasa amal yang dibuat hanya sekelumit dan dosa masih tetap menggunung. Moga terhindar dari sifat ujub, riak dan takbur. Sesungguhnya ujub itu adalah perbuatan hati yang tercela yang merosakkan pahala ibadah.

*** Perkongsian Kuliah Zohor Surau KKR



Tuesday, August 12, 2014

Dari Zikir Sufi Cilik Ke Juz Amma...


Sebelum ni ada cerita pasal hiburan dalam kereta.
Setelah introduce 'hiburan' tersebut kat anak-anak, harapan lah kau nak pasang radio atau hiburan lain. Pasti ada yang membangkang.
Contohnya, balik Kelantan sebelum puasa hari tu. Dek kerana perasaan extra super proud to be Kelantanese (budak TIKL 00/01 kalau selak balik majalah Teknika tu confirm jumpa caption ni...hahaha) sangat menebal dalam diri tok laki ku (hihi...ampun my dear zawj...), dia belilah CD dikir barat. Kononnya nak pasang dalam kereta on the way balik KL.
Memang harapan. Laju je anak teruna sulung dia cantas.
Baru nak feeling ber-dikir, si anak dah bising...
"Abi jangan nyanyi...Taknak pasang lagu ni. Nak Allah Ya Allah je..."
"Nak astaghfirullah je..."
Tak ke kau pun laju je beristighfar ibarat terkena satu tamparan hebat kat muka.

Tukarlah balik pasang CD Sufi Cilik dia tu.
Gembira sepanjang perjalanan, Alhamdulillah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah lancar je Faheem dan Faqeeh berzikir asbab kebaikan dari pasang CD Sufi Cilik tu berulang kali.
Aku sendiri banyak kali je rasa tertampar dengan anak sendiri.
Antaranya, bulan puasa hari tu, berbuka puasa kat surau berhampiran rumah. Sambil tunggu azan berkumandang, aku dok ralit layan handphone. 
Tiba-tiba dengar suara si kecik berzikir kat sebelah aku. Tak cukup dengan itu, dia tarik handphone suruh simpan..
"Ummi cepatlah nyanyi astaghfirullah dengan Faheem.."
Memang paaangggggg kat muka se-das.

Banyak lagilah situasi yang bagai tersiat kulit muka dek malu dengan anak kecil sendiri.
Allahu, sesungguhnya Allah lah yang mengizinkan setiap sesuatu itu.
MasyaAllah tabarakallah..

Mudah-mudahan lidah anak-anak sentiasa basah dengan Zikrullah..Dalam masa yang sama sentiasa bagi peringatan kat ummi ni untuk sama-sama rajin menyebut zikrullah. Bukan mengharap pada anak semata. Allahu..

******
The next step lepas biasakan anak-anak dengan bacaan doa dan zikir, aku cuba nak biasakan anak-anak dengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Quite a few times jugak aku nyatakan hasrat kat my zawj.
Malam raya hari tu, sambil kami terjah Chow Kit Road cari kuih raya, tiba-tiba my zawj remind pasal tu. Aku nak cari bacaan Al-Quran oleh qari cilik. Konsep approach lebih kurang macam CD Sufi Cilik tu. Alunan suara budak kecil di harap lebih mesra di halwa telinga anak-anak. Dalam otak aku cuma tahu adik Muhammad Taha al-Junayd. Alhmadulillah ada gerai jual CD islamik. Bila tanya-tanya, makcik tu recommend Qari Kecil Adik Ahmad Saud. Dan bila tengok-tengok CD yang ada, Adik Ahmad Saud ni je yang ada alunan bacaan Juz Amma while adik Muhammad Taha al-Junayd ada beberapa siri bacaan surah-surah pilihan. We decided to opt for Juz Amma sebab memang itu plan awal kami.


Approach kali ni bukan untuk anak-anak je...Usaha untuk diri sendiri jugak. Rasanya sekarang ni, target adalah lebih kepada diri sendiri berbanding anak-anak. Dulu masa sekolah rendah, banyak jugak surah-surah dalam Juz Amma yang aku dah hafaz. Tapi tu duluuuuu...Lama duluuuu..Kisah berbelas tahun yang lalu. Sekarang ni, tergagap-gagap nak menghafaz semula...Allahu...

Bercita-cita nak anak jadi huffaz, mak nye kena berusaha jugak untuk hafaz. Tskk...tskkk..
2 in 1 approach, insyaAllah..
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah. 
Allahumma faqihna fiddin wa'alimna ta'wil
Allahummaftah alaina futuhal arifin, warzuqna fahman nabiyyin wa ilha'mal mala'ikatil muqarrobbin, birahmatika ya arhaman rahimin.

So, hiburan dalam kereta sekarang adalah alunan surah-surah Juz Amma oleh Adik Ahmad Saud yang bersuara merdu...Mula-mula mendapat tentangan juga dari si abang. Nakkan jugak CD Sufi Ciliknya..Tapi kebetulan masa tu CD kesayangan dia tertinggal kat office ummi, pujuk jugak dia pasang Cd Juz Amma. Alhamdulillah dia ok till now. Even ada one time, dia suruh kuatkan sebab tak dengar abang mengaji katanya. Alhamdulillah...Semoga menjadi asbab kebaikan buat kami sekeluarga. InsyaAllah, ameen..


Back at home, aku ada sebuah buku yang aku sangat suka.

Seriously, it wasn't only for the kids, tapi untuk aku juga belajar.
Sambil-sambil berusaha mengajar/mendidik anak, sambil-sambil belajar mendidik diri.

Ensiklopedia Juz Amma.



Bagus buku ni. Bukan sahaja ada terjemahan bagi Juz Amma in Malay and English, malah terdapat penerangan dan kisah di sebalik surah, kenapa surah tersebut diturunkan.



MasyaAllah, aku sendiri pun baru nak belajar faham Al-Quran, baca tafsir.
Bila jumpa buku ni, memang Subhanallah, sangat membantu.
Sambil bercerita dekat anak, sambil kita sendiri cuba faham. Sambil-sambil baca, sambil bertanya dekat Faheem to ensure ada interaction.. Kadang-kadang cuba relate dengan kehidupan seharian. Say macam masa nak tidur, kenapa baca 3 Qul, aku cuba explain balik apa yang terkandung dalam buku. In the same time, those ilm makin lekat dalam otak, insyaAllah..
Pernah jugak bila baca, anak-anak buat hal sendiri. Main riang ria. Tak peduli usaha ummi cuba untuk bacakan ilmu yang sangat berguna. Tapi bila aku cuba uji Faheem, tanya balik apa aku cerita, surprisingly dia boleh jawab. Allahu...And I keep on repeating the main point supaya ia lekat dalam minda dan hati anak-anak. Mudah-mudahan Allah bantu permudahkan urusan dan kuatkan daya ingatan kami, serta bersihkan hati kami untuk mudah faham kalam Allah. InsyaAllah...

Buku ni pun membantu untuk hafazan. After every surah, akan ada blue circle ni..
So, if ummi or anak-anak dah hafal, boleh la tick kat dalam circle tu. Hmm mungkin kena buat colour coding. Untuk ummi pen warna apa dan untuk anak-anak pen warna apa..Tak pun, kita pakai sticker je. Syok sikit main tampal-tampal...hihi..

Dan after each surah juga akan ada nota amalan..

At the end of this book ada beberapa doa harian dan ilustrasi panduan ringkas bersolat.


The price..

Azamnya nak hafaz Juz Amma. Target untuk ummi nye dulu...huhuhu..Tapi target date tu tak letak lagi. Takpelah, kita usaha sikit-sikit, yang penting istiqamah. Part istiqamah tu yang kadang-kadang jadi halangan besar. Allahu..
Moga Allah beri kekuatan untuk istiqamah. Ameen.

Sunday, July 27, 2014

Aku Pasti Merinduimu....


Ramadhan dah sampai ke penghujung.
Tahun ni terasa cepat sangat Ramadhan berlalu.
Detik jam seolah semakin pantas.
Baru beberapa ketika menyambut tibanya Ramadhan yang mubaroqah, tiba-tiba tanpa sedar, Ramadhan mula melabuhkan tirai
Allahu...

Entah kenapa Ramadhan kali ni, ada satu perasaan yang sukar aku mengerti
Sesuatu dalam jiwa yang sukar diungkap, digambarkan dengan kata-kata.
Sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ni..
Moga-moga rasa itu terus menghuni dalam hati hingga bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, andai diizinkan Allah.

Ramadhan bulan keampunan, bulan penghapus dosa.
Aku takut kalau saat berakhirnya Ramadhan, aku masih tergolong dalam golongan yang tidak diampunkan dosa. Maka celakalah aku. Allahuakbar..Nauzubillahi minzalik..
Semoga segala amalan diterima Allah swt, semoga Allah mengampunkan dan menghapuskan segala dosa.
Semoga diberi kekuatan untuk kekal istiqamah menjalankan ibadat dan amalan yang hidup sepanjang Ramadhan dalam bulan-bulan lainnya.
Semoga segala amalan bukan sekadar bermusim, malah dibuat sepanjang tahun dengan seikhlas hati mengharapkan redha Allah swt.
Semoga Ramadhan kali ini, bukan Ramadhan terakhir kami. Semoga dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi Ramadhan yang mendatang, diberi kesihatan untuk terus merebut ganjaran terindah di bulan Ramadhan yang mendatang.
Ramadhan, aku pasti merinduimu...

Buat saudara-saudara Islam di Palestin, Syria, Arakan...malah di mana sahaja di seluruh ceruk dunia, semoga rahmat dan barokah Allah sentiasa memayungi kalian.
Janji Allah itu pasti. Islam pasti akan menang. Yang haq pasti akan menumpaskan yang batil. Semoga Allah memberi kalian kekuatan.
Perjuangan ini bukan sekadar perjuangan kalian merebut hak dan tanah, tapi ia perjuangan   seluruh umat Islam di seantero dunia..Berbahagialah saudara-saudaraku yang syahid mempertahan kalimah Allah. Sesungguhnya, syurga itu pasti buatmu. Sedang kami teraba-raba mencari syurga. Hanya mampu menembak doa dari kejauhan. Entahkan dihisab dan dihitung doa kami buat kalian, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami Ya Allah. Berilah kekuatan dan kecekalan kepada mereka. Bantulah mereka menghadapi musuh-musuh durjana.
Kau hancurkanlah para penzalim yang meratah darah umat Islam tanpa belas. Kau porak perandakanlah kesatuan mereka, hancur luluhkan pegangan mereka.
Hanya padaMu Ya Allah kami mohon pertolongan.
Tiada daya upaya kami Ya Allah melainkan dengan keizinanMu Ya Allah.
Allahumma ameen. Ameen Ya rabbal alameen..



Thursday, June 26, 2014

Menjelang Ramadhan Kareem..


Few days left before we enter the holy month of Ramadhan.
Dalam hari yang berbaki 2, 3 hari je lagi, mudah-mudahan Allah panjangkan usia dan beri kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan mubarokah..Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik agar dapat berlumba mengejar setiap ganjaram yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah, Allahumma ameen, ameen Ya Rabbal alamin..

Beberapa amalan/perkara yang boleh amalkan, renungkan sebelum tibanya Ramadhan. Bekal ilmu, mudah-mudahan ibadah kita tak sia-sia.

Doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w ketika melihat anak bulan. Doa ini tidak tertakluk untuk anak bulan Ramadhan dan Syawal sahaja. Bahkan boleh diamalkan setiap kali melihat anak bulan-bulan yang lain.

Hadis Sahih berkenaan puasa.


Baca huraian lanjut hadis diatas kat sini --- alkahfi


Antara kesilapn yang kerap dilakukan dalam bulan Ramadhan. Jom kita audit dan semak balik Ramadhan kita yang lalu. Kalau ada kesilapan-kesilapan di bawah yang kita lakukan semasa Ramadhan yang lepas, ayuh perbaiki supaya tak berulang lagi.

Wednesday, April 9, 2014

Mungkin Ini Cara Allah Makbulkan Doa :'(


Hari tu......
Mengadu kat kawan, berat naik mendadak...
Setelah setahun maintain berat lepas bersalin Faqeeh, tibe-tibe naik menghampiri berat di awal perkahwinan...Yang mana sama dengan berat maksima masa mengandung both sons..

Lepas tu, cakap dekat my zawj pulak..
Perut da buncit..
Buncit yang ketara hokey..
Sampai mama pun tanya, buncit ade isi ke tu?
Padahalnye takde..
Isi lemak sajoh..

Siap la aku ni buat workout..
Wajib setiap hari semenjak minggu lepas..
Sampai Faheem pun hafal dan boleh tunjuk balik kat Abi die..
Terus kantoi ummi..
Makan pun mula nak bercatu..
TAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU ADE ISTILAH DIET..
Huhu..
Tibe-tibe nak catu makan. 
Nasi penuh tinggal separuh..
T_______T

Baru je lagi semua tu..
Minggu lepas...
Tiba-tiba minggu ni Allah tarik satu nikmat..
Nikmat makan..
T__________T

Demam yang suhu asyik fluctuate 38-39 masuk hari ketiga..
Tekak dan gusi penuh dengan ulser..
Gusi bengkak lagi gara-gara gigi bongsu nun kat hujung dalam tu...
Nak telan air liur pun terasa perit.
Nak abiskan semangkuk mushroom soup pun berejam..
Apetah lagi nak mengunyah solid2 ni..
Memang terasa azab sangat...

Tengok perut, dah kurang dah kebuncitan..
Taklah kerempeng terus, tapi menyusut la kadar buncit tu..
Timbang berat, dah susut hampir 3kg...

Allahu Allah...
Mungkin inilah cara Allah makbulkan doa..
Melalui cara yang sedikit perit..

Terus muhasabah diri...
Nak loose weight dan perut kempis je pun..
Allah bagi...Tapi tak semudah kita sangka..
Jadi...
Nak kejar benda yang paling penting dalam hidup. Objektif, misi dan visi setiap umat Islam..Nak menjejak indahnya syurga, the ultimatum in life, pasti cabarannya jauh lebih sukar...Allahu..

Kurniakan aku kekuatan Ya Allah..
Mendepani setiap ujian dan rintangan yang Engkau telah tetapkan dalam hidupku, ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat2ku, sekelian muslimin dan muslimat Ya Allah..
Dalam kami berusaha mengecap manisnya syurga..
Jangan Kau jadikan kami lelah dalam mujahadah ya Allah..
Ameen Ya Rabbal Alamin..

Saturday, March 22, 2014

Qalbu...


Dalam hati....
Punya juta rasa yang tak bisa dimengerti...
Punya juta angan yang seakan kelam..
Punya juta kata yang tak mampu diluah...

Duhai hati...
Entah apa yang dicari..
Seakan mencari jarum di dalam semak..
Yang ada cuma rasa yang sesak..
Dan jiwa seakan membenak...

Allahu Allah...
Kurniakan aku qalbun salim...
Beriku kekuatan mendidik hati...
Tazkiyatun nafs..
Luruskanlah hatiku demi mencari redhaMu Ya Allah..


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015