Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Monday, February 10, 2025

11 Syaaban 1446H

Isnin | 10.02.2025 | 11 Syaaban 1446H

Hari ni, mengikut kalendar hijri, genap setahun ayah kembali ke rahmatullah 🥺😢. 

Semalam, kami ziarah pusara ayah. 

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu.


Baca tahlil ringkas. Tiba² anak dara yang kecil tu tegur... "Kenapa ummi sedih? Ummi nangis kenapa?"..
Ummi rinduuu 😭. Ummi rasa tak cukup apa yang buat untuk arwah ayah.. Dan ummi rasa tak cukup bekal ummi beri untuk arwah ayah.. 🥺😢

Ya Allah, jadikan aku anak yang solehah ya Allah, moga segala amal ku, doa ku menjadi bekalan buat kedua ibu bapa ku.. Allahumma amiin..

Bila ziarah kubur ni, selalu terdetik di hati ummi, betapa dekatnya kita sebenarnya dengan kematian, cuma kita yang tak tahu bila waktu ajal datang menjemput. 

Hari sabtu, usai kenduri di rumah Ma, ummi dan abi ziarah pusara sahabat abi di Taman Ibu Kota. Sahabat yang seorang ni, abi & kami sekeluarga kenal di kawasan perumahan kami. Dia seorang yang peramah, rajin tegur semua orang, sangat ringan tulang.. Dia antara orang yang banyak bantu abi dalam macam² hal. 
Sahabat abi ni kembali ke rahmatullah pada 02.01.2025 pada usia 44 tahun setelah bertarung di icu beberapa minggu asbab jangkitan kuman pada kaki yang telah merebak ke organ lain. 

Minggu sebelumnya, ummi belek² FB, kan ada part "people you may know".. Ada satu nama ni, pakai dp avatar dan 1 mutual friend.. Tak tahulah kenapa ummi terdetik nak buka tengok siapa. Ikutkan mutual friend tu pun bukanlah orang yang ummi kenal rapat. Someone yang ummi kenal dekat hospital masa bersalinkan Nusayba Jiran dalam wad 😅.. Bila ummi scroll through FB tersebut, memang ummi kenal rupanya. Akak transporter yang jemput Faheem dan Faqeeh balik sekolah dulu.. 

Masa nak cari transport untuk Faheem balik sekolah dulu, serabut tanya bas/van sini sana. Mostly tak ambil sebab sekolah dengan rumah dah cross boundary. Ada seorang pengusaha van ni, dia bagi ummi nombor kak iza. Katanya kak iza ni bawa kereta sendiri, so mungkin boleh bak cross boundary sebab tak ambil ramai. Kalau van/bas susah nak cross sebab nak kejar trip.  Alhamdulillah, dengan izin Allah, bila contact kak iza tu,  dia sudi jemput Faheem. Dari Faheem, membawa ke Faqeeh.. Kak iza jemput budak berdua ni balik sekolah, walaupun takwim cuti dierang ni tk sama dengan sekolah bawah KPM. Dan selalu juga ada bekalan untuk anak² hasil air tangan kak iza. Nasi lemak, nasi kerabu, laksam. Pemurah sangat kak iza. Dan sedap² masakan kak iza. 

Lepas PKP, kami tak sambung dengan kak iza since Pasti dah mula ada transport sendiri. Tapi masih ada bertanya khabar sesekali, especially menjelang puasa dan raya. Last mesej kak iza dan ummi tahun 2023. Bila ummi scroll lagi FB kak iza..Tersentak hati ummi seketika. Kak iza dah kembali ke rahmatullah pada 23.01.2025 asbab kanser payudara 😭🥺.. Beza umur kak iza dengan ummi 2 tahun je rasanya.. Allahu..

Innalillahi wainnailaihi rajiun.. 
Kak iza meninggalkan 5 orang anak, yang sulung baru selesai SPM, yang bongsu 3 ke 4 tahun umurnya 😢.

Ya Allah..
 Kau ampunilah dosa² mereka, Kau permudahkanlah urusan mereka, Kau lapangkan dan terangkan kubur² mereka, jauhkan mereka dari siksa kubur dan azab api neraka.. Kau tempatkanlah mereka bersama orang² yang soleh...



Wednesday, March 27, 2024

Sanah Helwah Nusayba & Sebulan Pemergian Ayah

21.03.2024 marks Nusayba's 4th birthday 🤩. In the same time, it's been a month since ayah left us 😢.

Maaf lah Nusayba, takde celebrate birthday awak kali ni.. But i made jelly pudding a day before your birthday and to be eaten on your birthdate. Sebab rezeki hari tu ada hamba Allah beri makanan.  Maka, di hari kelahiran Nusayba, we serve jelly instead of cake.. She's happy with it, alhamdulillah...


24.03.2024... Kami ziarah ayah . Assalamualaikum ayah, maaf jarang jenguk ayah, tapi insyaAllah kami tak lupa kirim doa dan al-Fatihah buat ayah.. Tiap kali terawih di surau/masjid, ada buat tahlil arwah ringkas, ummi selit sekali doa buat ayah.. 





Kami datang elokkan 'rumah' ayah. Ya Allah, lapangkanlah kubur ayah, terangkan kuburnya, hiasi kuburnya dengan haruman syurga, jauhkanlah dia dari seksa kubur dan azab api neraka.

Hari tu Faqeeh cakap dekat ummi, tahun ni ummi takde tengok & masak macam khairulaming dan chenom pun.. Baru terperasan, iyalah.. tahun ni ummi tak berapa beria pun, tak cari resepi viral, tak buka sangat Ig KA dan CN.. Mostly ummi masak apa adanya, masak menu ringkas², berbuka sejenis lauk je, sayur pun mostly salad/timu/tomato.. Macam kurang semangat.. Entahlah, banyak faktor agaknya... Ayah takde, Faheem masuk asrama, kerja pun menghenyak pundak..Mungkin juga faktor perang di Palestin/Gaza yang buat jiwa ni meruntun sayu.. Hence, tahun ni takdelah siri FromMyHumbleKitchen.. Tak snap gambar food pun takde mood. 

Dan masa pun sangat lantas berlalu, tiba² dah separuh perjalanan Ramadan.. Allahu, how time flies.. Dengan kesibukan duniawi, lagi lah tak perasan betapa pantas masa berdetik dan berlalu pergi .


Ya Allah, rahmati dan berkatilah kami di bulan Ramadan ya Allah, ampuni dosa² kami, jangan Kau tarik nikmat beramal ibadah ini dari kami ya Allah, izinkan kami istiqamah ya Allah.. Izinkan kami menjadi anak2 yang soleh solehah ya Allah, agar dapat kami titipkan doa² buat ibu bapa kami, sebagai saham pelaburan mereka di akhirat kelak ya Allah. Moga kami dan anak² kami menjadi ibarat benih² subur yang disemai, tumbuh hidup mekar dan bermanfaat buat ramai orang.. Allahumma amiin.. Amiin ya mujiib..



Monday, February 26, 2024

Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban jatuh pada 24 Feb 2024, Sabtu malam Ahad..



Hari sabtu agak banyak perkara yang perlu diselesaikan. Keluar rumah pukul 12 tengahari, hampir maghrib baru selesai semua. Since masa dalam kereta otw balik rumah dah masuk waktu Maghrib, abi decided untuk terus menuju ke surau/masjid. Anak² tanya, tunggu isyak sekali ke? Abi kata, tengok ada kuliah atau tidak.. So kami singgah di masjid Kg. Cheras Baru. Anak² panggil, surau kubur. 

Usai solat maghrib, ada bacaan Yasiin sempena Nisfu Syaaban rupanya. Alhamdulillah..Maka, kami pun turut serta juga. Syukur ya Allah yang mentadbir semuanya dengan sempurna. Pihak surau buat bacaan yasiin 3 kali. Ummi kirim doa buat arwah ayah sekali. Semoga diterangkan dan dilapangkan kubur ayah, dijauhkan dari seksa kubur dan azab api neraka, diampunkan dosa²nya, dirahmati dan diberkati Allah swt. Semoga semua amalan ayah semasa hidupnya diterima Allah, semoga kami anak² tidak lupa untuk sentiasa memanjangkan pahala ayah.







Saturday, February 24, 2024

Al-Fatihah Buat Ayah

Bismillahirrahmanirrahim..

Telah kembali ke rahmatullah, ayahanda saya, Samsudin bin Yusoff pada tanggal 21 Feb 2024 (Rabu), 6.49 pg di Hospital Ampang.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu..

Ummi tak jumpa kata².. I was there with ayah. 2 malam ummi teman ayah, duduk di sisi ayah. I was afraid to fall asleep.. Tapi terlelap juga seketika. Tidur² ayam saja.


Sebelum subuh, dalam pukul 6, ayah masih 'ada', i can still hear him breathing. Ummi pergi surau sekejap di aras yang sama. Nak solat subuh dan baring sekejap nak luruskan urat. On the way balik ke wad, ummi singgah toilet. Ummi dengar bunyi phone vibrate. Tapi tak sempat angkat. Bila ummi check hp, ada 2 missed call dari adik ummi, bangcik. Terus hati ummi tak sedap. Tak pernah bangcik call ummi awal² pagi.. Ummi terus call bangcik, sambil kaki melangkah menuju ke katil ayah. 

"Kak lang, kau kat mana?"

"Orang kat hospital lah.."

"Hospital call tadi, kata ayah dah takde. Tapi takde orang.."

"Allahuakbar.. Orang pergi surau tadi solat subuh 😭😭😭 Ni baru nak pegi kat ayah balik 😭😭😭".

Luluh rasa hati, lembik rasa kaki, tapi ummi percepatkan langkah, dalam hati berharap, ia tak mungkin.. Sampai ke bilik wad, katil ayah dah ditutupi langsir. Ada nurse di dalam, ummi selak sedikit, nurse kata, tunggu sebentar, meraka nak bersihkan ayah..

Ayahhhhh 😭😭 Maafkan kita ayah.. Rasa tak cukup khidmat kita buat ayah. Ampunkan kita.. Tapi kita bersyukur pada Allah sebab gerakkan hati kita untuk bermalam dan jaga ayah despite of macam² dalam kepala kita tentang kerja, anak² dll,  kita bersyukur udin izinkan kita teman dan jaga ayah. Syukur alhamdulillah Allah izinkan kita berkhidmat buat ayah di penghujung nyawa ayah. Anak-anak dan menantu lain pun banyak khidmat mereka sepanjang hayat ayah. Ampunkan kami ayah, andai khidmat kami tak seberapa. Kami tahu dan sedar, khidmat kami, takkan mampu menandingi jasa, usaha dan pengorbanan ayah membesarkan kami. 

 

Alhamdulillah, kami cuba sehabis baik kami untuk urus dan selesaikan perjalanan terakhir ayah sebaik mungkin. Syukur urusan ayah Allah permudahkan semuanya. Dari saat ayah menghembuskan nafas terakhir, walau kita tiada di sisi ayah, kita tahu ayah pergi dengan tenang dan lembut. Jiran² katil ayah di wad pun baik2 semuanya. Mereka khabarkan pada kita bagaimana ayah pergi dengan perlahan dan tenang. 

Anak menantu dan cucu² mandi dan kafankan jenazah ayah. Kami solat jenazah buat ayah, diimamkan oleh anak ayah sendiri, bangcik, sebagai tanda penghormatan kami buat ayah. Ramai yang hadir menunaikan solat jenazah untuk ayah, Allahuakbar. Kami iring ayah ke pusara, anak² &?menantu² ayah sendiri uruskan urusan pengebumian ayah hingga ke liang lahad. Tenanglah bersemadi ayah.

Alhamdulillah jenazah ayah selamat disemadikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Ukay Perdana.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 ayah, mengasihani dan merahmati ayah, semoga dilapangkan dan diterangkan kubur ayah, dijauhkan dari seksa kubur dan azab api neraka serta ditempatkan bersama para solihin. 

Semoga kita dikumpulkan kembali bersama2 di syurga kelak.



Syukur Allah hadirkan ramai insan yang baik², yang mempermudahkan urusan ayah dari mula masuk wad, sehingga sesudah dikebumikan. Syukur alhamdulillah. Syukran ya Allah. 





Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015