Tuesday, December 14, 2010

Klinik...

Hubby demam since isnin, lepas balik Cameron. Actually, malam ahad tu lagi hubby dah start pening-pening. Hari isnin dan selasa, aku dan hubby duduk berkurung kat rumah dengan kipas yang sangat slow. Ala-ala macam dalam sauna pun ade. Petangnye, kami ke Klinik Dr. Azizah. Masa tu dah ok sikit. Tak panas sangat.

Seminggu.....suhu badan hubby fluctuate. Kejap panas sangat, pastu ok je, kadang-kadang dedar (suam-suam). Hari jumaat, lepas hantar aku pegi keje, hubby tertidur kat rumah. Badan hubby panas balik.

Hari sabtu, aku ajak hubby pergi klinik. Pagi, kami ke Klinik Dr. Abdul Razak sebab nak cari klinik yang dekat dengan rumah dan doktor melayu. Memandangkan dah seminggu demam tak kebah, doktor suspect denggi. So, kene amek darah. Unfortunately, klinik tu takde mesin sendiri, kene hantar blood sample ke lab. Memandangkan hari tu hari sabtu, lab just akan datang sekali round je, which is baru je sebelum kami datang. So, doktor just bagi ubat and suruh datang on Monday untuk blood test.

Balik rumah, hubby makan ubat and tido. Petangnye, Ma call. Ma insist hubby pegi check darah. Aku try call Klinik Dr. Azizah (KDA), tanye kalau-kalau boleh dapat result hari ni jugak. Luckily, KDA ade their own machine. So, kami ke KDA lagi sekali. KDA ni agak jauh sedikit dari rumah. Tapi doktor nye mostly Malay dan perempuan. Bile buat blood test, platlet hubby rendah. 113. Normal adalah 150 ke atas. But kate doktor, since masih di atas paras 100, tak payah admit ward. Hubby were to come tomorrow to see the platlet count. Kalau turun lagi, mungkin kene admit ward.

Malam...rombongan dari Gombak datang secara mengejut. Tibe-tibe je dah ade depan rumah. 2 kereta. Sayangnye Ma & Ayoh kat anak die ni...hehe...Iye...kerisauan seorang ibu...Ma bawak air ECPI 5 botol..En. hubby, sile minum sampai habis..hehe..Malam tu hubby sedar tangan die dah naik merah-merah, bengkak. Selalunya jadi macam tu sebab allergic ubat selsema. Tapi this time, hubby tak consume pun ubat selsema sebab die dah mention kat doktor about the allergies. Kesian hubby. So that night, kami ke klinik Sentosa untuk dapatkan ubat allergi, in case doktor sebelum tu salah kasi ubat sebab Dr. Razak tu bagi ubat macam main try-try je..

Dalam masa sehari, 3 klinik kami terjah..Ahad pulak, ke KDA semula untuk blood test. Platlet naik sikit, 133. Tapi white blood count turun. Kata doktor, kalau WBC below 4.5, itu adalah viral infection. Dan merah-merah kat tangan juga mungkin berpunca dari viral infection. So, kene datang buat blood test lagi keesokan harinya.

Result blood test hari isnin: 119. Platlet turun balik. Fluctuate. Masih perlu dipantau.
Result blood test hari selasa: 123. Dapat MC lagi 2 hari.

Kesian hubby...I always pray for your speedy recovery...♥ u always...

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015