Sunday, December 26, 2010

My First Trimester

Aku telah di-psycho oleh diri sendiri. Semenjak tau yang aku positif, secara tiba-tiba segala angin datang melanda badan. Mula lah buat bunyi-bunyian segala macam. Masa diberitahu oleh encik doktor bahawa aku positif, agak terkejut jugak sebab rasanya baru lagi aku buat HPT, dan resultnya adalah negatif. Serasa macam nak cubit-cubit doktor tu bagi memastikan aku tidak bermimpi...(haruske doktor yang aku cubit, bukan diri sendiri?? kerana tak mau rasa kesakitan cubitan sendiri, biar encik doktor yang dicubit..baru puas hati...hahaha)..beberapa hari setelah lawatan ke klinik (cehhh...lawatan abes...takde word skema ayam lain ke??) aku dengan rasa teruje hendak meng-confirmkan kata-kata encik doktor, telah memaksa encik hubby membawa daku ke farmasi berhampiran untuk mendapatkan HPT yang agak canggih sedikit dari yang selama ni aku beli..Manelah tau kot-kot yang aku beli dulu tu tak power...poyo sangat...sengaja nak membazir duit hokey...selalu beli yang rm10 je, tibe-tibe jadi sangat demanding..buat dunno je dengan yang rm10, terus belek yang mahal sedikit..Memang sungguh gedik ketara kat situ..sampai rumah (rumah mertua) terus berlari sepantas kilat (yang tak mungkin berlaku kerana haruslah jalan secara ayu dan sopan konon control dan penuh berhati-hati...) menuju ke toilet. Tak sabar-sabar nak test..Gedik kuase due..Teeet...teeeet...(alat tu tak berbunyi pun...aku yang saje gedik secara over buat sound effect sementara menanti result yang bakal terpancar kat skrin HPT tu...dududu)..2 line!!! Terasa mahu melompat sambil joget-joget kegembiraan...(tapi tak boleh...)

Setelah berita itu, nausea and vomitting agak teruk especially on the evening. On the morning tak berapa sangat. Cuma lepas breakfast tu, bersedia la untuk berlari ke toilet. Selamat menghamburkan kembali menu sarapan yang tak sempat pun nak mendarat dalam usus perut. Sangat psycho. Lebih kurang seminggu selepas HPT, pergi klinik. Sebenarnya just nak amik MC sebab pening kepala sangat. Tapi memandangkan klinik tu adalah Klinik Wanita dan Ibu Bersalin, sah-sah soalan pertama nurse, mengandung ke? Kalau tak mengandung sila nyah dari klinik ini..(ayat propa tambahan je yang belakang tu...). Soalan lazim doktor, bila last period..Hmm..part ni aku tak boleh nak jawab secara ringkas sebab memang memerlukan penjelasan panjang lebar. Selalu check usia kandungan based on last menstruation. Memandangkan aku tidak ada menstruasi selepas D&C, cara untuk mengetahui usia kandungan adalah berdasarkan ultrasound scan. Setelah di scan oleh encik doktor (yang saya kurang gemar itu walaupun dia adalah pakar obgyn...), usia kandungan adalah 6w2d..alolo..tecitnye die..Doktor suruh datang balik lagi 2 minggu untk tengok heartbeat.

2 minggu kemudian, aku ke klinik lain. Klinik yang aku pergi sebelum D&C..Klinik Seri Indah. Setelah scan, si tecit berusia 8 minggu, berukuran 1.78 cm. Dan heartbeat kelihatan amat jelas..Owh..daku teruja terharu bagai...First time tengok denyutan tu.. Yang dulu tu takde heartbeat..huhu..terbergenang kejap...

Owh, kisah nausea dan vommit...Mungkin tak seteruk mana. Tapi agak meletihkan. Berkejar-kejaran ke toilet untuk menghamburkan muntah... Pening-pening lalat..Tekak mual-mual loya..Sume la rase tak sedap kat tekak ni..Bile petang je, start angin-angin satu badan.. Perut sebu-sebu..Sakit-sakit badan..Makan pun dah kurang especially nasi. Memang tak lekat kat tekak ni..Macam memaksa diri makan. akhirnye, surrender. Hubby la terpaksa jadi DBKL...Sapu habis makanan wife die yang hanya mampu menelan sesuap dua je..Part paling tak boleh tahan, menghadap lubang jamban menghambur muntah..Mak ai...Huh...Bertahan okeh...Anda umpama Lady Gagah...hahaha...

Masuk minggu ke sembilan, sepuluh...Tidur aku dipenuhi mimpi-mimpi...Setiap hari confirm mimpi punye. Selalunya nak dapat mimpi bukan main susah lagi..Sebulan sekali pun belum tentu..Ni tiap kali bangun, terbayang mimpi-mimpi mainan tidur. Of course, tidur ku tak lena mana pun. Sebab asek terjaga lepas mimpi...

Dek kerana asek tak lalu makan, berat pun telah berkurang sebanyak 3 kg. Aduhai...Confirm la mama bising kat aku..

Baru-baru ni pergi check-up gara-gara risau sebab ade sedikit spotting, si tecit dah dua kali ganda saiznye..Pada minggu ke seploh, saiz crown rump adalah 3.38cm...(terus aku membelek-belek pembaris imagine 3 cm tu besar mane...drama betul...huhu)..Perkara yang paling penting aku nak observe adalah heartbeat nye. Alhamdulillah.. Jelas terlihat denyutan jantung si tecit..Syukur sangat-sangat..Pasal spotting tu, since tak banyak and baru sekali muncul, doktor kata takpe. Tapi, sebagai precaution, doktor bagi ubat kuatkan rahim memandangkan aku ade history miscarriage sebelum ni. Mudah-mudahan selamat dilahirkan dan membesar menjadi anak yang soleh/solehah...Amin...

Harap-harap mabuk ni akan berakhir bersama dengan ending of first trimester. Huhu...InsyaAllah..

2 comments:

  1. mama iliy...
    jaga si tecit elok2 ye..

    =) pinky

    ReplyDelete
  2. pink...
    insyaAllah..doa2kan ye...

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015