Tuesday, November 8, 2011

Tips Didik Anak Soleh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tips ni aku dapat dari Ustazah Asni melalui program Khazanah Dari Syurga di Astro Oasis. InsyaAllah, cuba praktikkan. Mudah-mudahan dapat mendidik anak jadi anak yang soleh/solehah. Amin.

1.) Didik Anak Dengan Al-Quran dan Sunnah
Setiap sesuatu itu hendaklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Bukan sahaja dalam soal mendidik anak, malah dalam soal kehidupan seharian. Oleh yang demikian, ajarlah anak-anak agar cintakan Al-Quran, didiklah anak-anak mempelajari serta memahami Al-Quran, jadikanlah anak-anak sebagai umat Al-Quran. Sedari bayi di dalam kandungan lagi, seeloknya diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran.

2.) Tidak Mendidik Anak Dengan Kemewahan
Ajarlah anak dengan kesederhanaan. Wasatiah dalam kehidupan agar anak tidak terlalu dimanjakan dengan kemewahan. Jika anak terlalu dimanjakan dengan kemewahan, dikhuatiri anak itu kemudian harinya akan terlalu mengejar kebendaan. 

3.) Doa Ibu Bapa 
Doa ibu bapa secara berterusan (istiqamah), mendoakan kesejahteraan hidup anak, membesar menjadi anak yang soleh/solehah, mukmin yang taat perintah agama. InsyaAllah, berkat usaha ibu bapa yang istiqamah dalam berdoa akan menghasilkan anak yang soleh/solehah.

4.) Berbuat Baik Dengan Kedua Orang Tua
Hendaklah berbuat baik dan menjaga hati kedua orang tua kerana setiap perbuatan baik/jahat yang kita lakukan akan mendapat balasan. Sekiranya kita berbuat jahat pada kedua orang tua, mungkin suatu hari nanti anak kita akan melakukan yang sama kepada kita. Oleh itu, untuk mendidik anak menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa juga agama, kita sebagai ibu bapa terlebih dahulu perlu menjadi ibu bapa yang soleh/solehah supaya dapat mencorakkan anak yang soleh/solehah kelak.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015