Friday, January 27, 2012

7 Great Months

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Faheem is now 7 months old.
I am still a breastfeeding mom, syukur Ya Allah..
There's ups and down in my breastfeeding journey. Semoga Allah mempermudahkan urusanku, dan janganlah disukarkan (Rabbi Yasir Wala Tu'Assir)..Semangat masih kuat untuk terus breastfeed Faheem sampai 2 tahun InsyaAllah. Been facing with low milk supply/production a few weeks ago (masa busy nak pindah office and after 2 days technical visit, where I had to leave Faheem for the first time)..Alhamdulillah, now dah quite ok though not back to normal (mase early days masuk kerja lepas 2 months maternity leave), tapi still cukup untuk bekalan Faheem, InsyaAllah.

Faheem at 7 months old

Dah kena demam campak. Sangat kasihan tengok satu badan penuh polka dot merah. Huhu~

Mulut sangat kuat bebel. He makes a lot of sounds which Ummi tak faham a single thing pun. mamamabababadadadahehheh..Tapi layan kan jugak. Time mulut penuh pun boleh nak bebel lagi...

Last month die da boleh merangkak sikit-sikit. Dua-tiga tapak, die menyulur balik since menyulur lagi laju. Now die da angkat the whole body, merangkak dengan penuh lagak..Cehh..Dan laju. Cepat je mengejar orang. Dan Ummi pun asyik dok mengejar Faheem yang suka sangat gigit beg Ummi.

Dah boleh duduk dengan steady, without support.

Can lift his body up to standing position. Faheem akan capai whatever that can support him to stand. Baju orang pun die tarik. Then bila dah berdiri, konon-konon hero, lepas tangan sebelah sambil joget-joget happy feet. Tapi seriously, die genggam kuat sangat. And he manage to balance himself eventhough just berpaut kat baju.

Faheem dan walker, macam F1 dah rasanye. Laju je Faheem pecut ke sana ke mari. Sampai kat rumah Maktok berselerak bantal sebab nak buat benteng tak kasi Faheem capai-capai barang. Huhu~

Pantang tengok orang makan, mula nak mengamuk.

Kalau tinggal berdua dengan Ummi, manja ya amat. Tak boleh nak berenggang. Letak dalam play pen tak nak, letak dalam walker tak nak. Kadang-kadang Ummi terpaksa buat kebal, pekakkan telinga biar Faheem nangis bila Ummi nak buat kerja especially masak. Bila rasa kasihan dah terlampau menebal, ok, Ummi angkat kejap. Bile letak balik, baru je punggung cecah seat walker tu, terus jerit-jerit minta simpati. Nak teman Ummi masak la tu. Tapi bila berdua dengan Ummi je. Bila ade Abi, Faheem boleh je behave. Sampai Abi tak percaya bila Ummi cakap Faheem nangis tak berhenti masa Abi takde.

Selalu nak pergi kerja pagi-pagi, Ummi and Abi dok lambai-lambai, Faheem buat muke selamba kodok je. A few days ago, Ummi nak keluar rumah MakTok, Faheem merengek nak ikut. Aduhhh..Ummi terpaksa buat kebal.

Maktok cakap, masa Ummi pergi kerja, Faheem takdelah merengek sangat. Tapi bila Ummi dah balik, nampak je Ummi, mula lah Faheem ek-ek-ek..

Faheem sangat aktif. Kadang-kadang Ummi tak terlayan. Jumping-jumping, pusing 360 darjah, panjat sana sini, nak pakaikan baju pun kena bergelut, nak mandi pun melompat-lompat. Alhamdulillah sihat. Kadang-kadang Ummi sampai tertido nak layan Faheem. Faheem panjat-panjat atas Ummi pun, Ummi buat tak layan. Setakat pegang Faheem tak bagi jatuh je. Sorryla sayang. Ummi letih.. Tapi Ummi sayang Faheem.

Tabiat suka menggigit tu memang tak boleh dihapuskan. Semua benda masuk mulut, nak gigit. Bagi teether tak nak pulak. Dapat gigit rantai, butang baju Ummi, memang nikmat. Bila Ummi tak bagi, jerit sakan la Faheem. Kadang-kadang sampai basah lencun baju Ummi Faheem gigit. Haisshhh..

He can recognise nipple already..hehe..






No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015