Wednesday, February 8, 2012

Tandem Pumping

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki oleh Allah SWT untuk breastfeed si kecil permata hati.
Dah lepas first phase of breastfeeding which is 6 months fully breastfeed without adding any FM. Dah boleh dapat diploma in breastfeeding kot. Hehe~

Now dah masuk 7 months plus. Dah campur solids dah pun. Dan masih lagi breastfeed.

Rasanya almost semua breastfeeding mommies pasti akan ada ups and down dalam breastfeeding journey masing-masing. Those yang stok susu sentiasa melimpah ruah, syukur alhamdulillah. Rezeki yang terhingga buat si manja sayang.

Aku sendiri ada saat jatuh bangun. Stok susu aku tak lah semeriah mommies lain yang sekali pump boleh dapat sampai 20oz. MasyaAllah.. Teruja sungguh tengok hasil tuaian mereka.
But still, I am thankful to Allah sebab, susu aku masih cukup untuk Faheem.

Dulu aku malas nak buat tandem pumping. Sebelah direct feed baby, sebelah lagi pump sebab macam leceh. Mana nak pegang Faheem, mana nak pegang pump lagi. Pernah jugak buat, tapi jarang-jarang.
Sebelum beli Medela Swing, memang sangat jarang nak buat tandem pumping sebab pump selalu tinggalkan kat office je.

Now dah ada Swing, bolehla aku buat tandem. Kalau tak membazir je la beli Swing sebab tunggu time nak travel or outstation je baru nak gune which is once in a blue moon kot.
So, aku start buat tandem. Tapi tak kerap jugak. Ikut mood, ikut angin. Kalau rajin buat. Kalau malas, DF je. Tapi bile DF, susu menitik kat B sebelah lagi, macam sayang je.
Bile production merudum, Consumption > Production, aku jadi kalut jugakla. Hari-hari kira berapa oz Faheem consume, berapa oz aku dapat pump for that day. Sampaikan kadang-kadang aku asyik risau Faheem minum banyak takut stok habis. Ya Allah..
Kalau ikutkan kes aku tak kritikal sebab stok EBM masih ade lagi walaupun dah berkurang dari dulu. Ade mommies yang pump today for tomorrow. So, aku harus lebih bersyukur.

Bile dah terjadi macam tu, cara untuk aku top up balik gap amount antara consumption dengan production per day, aku buat tandem pumping everytime aku DF Faheem. Sekali pump boleh la dalam 2oz. Alhamdulillah, boleh la cover balik gap tu. At least consumption = production. Kalau dapat lebih, Alhamdulillah. Boleh tambah stok untuk emergency.

Tapi nak buat tandem pumping pun bukan mudah bile Faheem dah ligat and aktif sekarang. Selalunya aku dulukan DF, bile Faheem dah latch on, baru aku assemble and on pump. Masa nak assemble pump pun, Faheem dah jeling-jeling, tangan dia dah meraba-raba dah. Bila on je pump, die lepas nipple macam terkejut. Pastu continue DF.
Sambil nak DF and tandem pumping, nak kene pegang tangan dia sebab dia macam geram/jealous dengan pump. Asyik nak tarik-tarik and cabut tube. Terkial-kial la ummi ni.
Sekarang ni Alhamdulillah, production agak OK, back to normal. (Kalau more than normal aku melompat girang =P) Tapi aku still teruskan buat tandem pumping. Cuma frust masa long holiday baru-baru ni, corong pump tertinggal. Sobs :,((

Aku sedar kadang-kadang aku lupa, leka, lalai dan alpa pada Allah. Bila rasa diri dalam kesusahan, baru terhegeh-hegeh nak mengadu pada Allah. Baru nak tercari-cari rahmat Allah. Pesanan untuk diri sendiri, sentiasa la ingat pada Allah. Merayu dan mengadulah padaNya. Allah yang merencanakan hidup kita, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap kali nak pump, sebolehnya aku baca Rabbi Yassir Wala Tu'Assir, mohon Allah mempermudahkan urusan aku. Dan aku cuba juga untuk basahkan bibir dengan zikir Allah Ya Razak, moga Dia memurahkan rezeki. Kadang-kadang terlupa juga. Jadi peringatan untuk diri sendiri, jangan mudah alpa. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu. Amin.

1 comment:

  1. li.. nanti dah kawen.. hehehe aku tnye ko ye... huhu

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015