بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Misi mengganti puasa… Since delivered my dear Muhammad Faheem Afif sebelum puasa, maka aku hanya dapat puasa 6 hari di bulan Ramadhan yang mulia..So, there’s another 23 days…Makaih…Tak pernah aku tinggal puasa banyak tu..Jenuh mengganti puasa ni..
Mengenangkan keadaan diri yang masih fully BF, syukur Alhamdulillah, jadi, proses nak ganti puasa tu memang slow sangat. Banyak je alasan. Baru berapa hari je dapat ganti ni. Masih berbelas lagi angka yang perlu diganti. Ohow.. Kalau ter-skip sahur, memang aku tak jadi puasa sebab rasa macam tak mampu nak puasa tanpa sahur. Sedangkan hari tak puasa pun aku tersangat lah lapar. Kalau skip breakfast pun dah macam tak keruan. Kalau breakfast setakat makan biskut je pun, aku akan menghitung masa untuk lunch. Seriously, memang lapar ya amat. Almaklumlah, penghasilan susu menggunakan tenaga yang banyak. Jangan ingat susu tu boleh tibe-tibe je wujud. Huhu~
Setelah beberapa kali bertangguh, dan masa pun makin berjalan kan. Aku cuak la jugak sebab banyak lagi nak ganti ni. Pe’ot pulak seawal Faheem 3 bulan dah menjelma. Makanya, nak kena timing betul-betul supaya sempat ganti puasa sebelum Ramadhan yang mulia menjelma lagi. Jenuh nak bayar fidyah pulak nanti kalau tak sempat habis ganti. Wawawa..So, Rabu malam Khamis tu aku decide nak puasa jugak hari Khamis tu. By hook or by crook. Kene jugak gagahkan diri. Tapi, seperti biasa, the big M tu memang la sentiasa cuba memporak-perandakan agenda mulia aku. Aku bangun a few times malam tu untuk BF Faheem. Pastu, elok je landing balik. Last skali, hampir pukul 6…Tak boleh jadi ni. Tak makn pun, at least minum pun jadilah. Aku turun, minum segelas air masak. That’s it. Azan subuh berkumandang. Ye, sahur dengan air masak kosong ONLY. Segelas je pun. Hmmm..how am I gonna produce more than a glass of milk for Faheem when I only consume A glass of plain water?? Tahniah sebab keMALASan anda. Tapi Alhamdulillah hasil tuaian sehari berpuasa tanpa sahur memuaskan, tidak terjejas. Rezeki Faheem, syukran Ya Allah.
Still, aku gagahkan je diri untuk puasa bersahurkan segelas air masak. Sepanjang kat office aku tahan je lagi. Alhamdulillah, takde lah masuk angin, kembung perut ke ape. Dalam LRT pun aku cool lagi. Sampai kat LRT Pandan Indah, hujan lebat, hubby on the way. Macam tak larat nak diri lama je. Tapi still cool jugak. Sampai rumah Mama, aku baring jap tunggu hubby solat. Kaki dah rasa lemah dah. Tapi nak jugak singgah pasar malam sebab dah mesej hubby awal-awal nak buka puasa makan nasi kerabu. Gagah jugak redah pasar malam. Hubby tunggu dalam kereta dengan Faheem. Lepas beli nasi kerabu, serious memang lemah lutut gile, pastu macam nak pitam. Cepat-cepat gi kat kereta.
Me: Ya Allah..dah menggigil dah ni. Lemah lutut. Rasa nak pengsan je.
Hubby: Kesiannya. Sabar eh. Sikit je lagi. Awak kuat.
Faheem pulak sangat aktif. Dalam kereta pun nak melonjak-lonjak, berpusing-pusing, bergelut-gelut.
Hubby: Faheem, kesian kat Ummi. Ummi letih puasa.
Sampai je rumah, aku memang longlai gile, terus terbaring. Serious macam nak pitam. Bibir pun dah kering semacam je. Seram sejuk. Hubby tolong buatkan air. Aku dah nak terlelap dah. Bila dah nak masuk azan, hubby kejut suruh buka puasa. Muka aku memang sememeh je kot.
Hubby : Sayang, senyum sikit.
Me : =P, nape?
Hubby: Alhamdulillah sayang ok.
Hubby sengih je tengok bini die keletihan puasa sampai nak pitam. Huhu~ tak pernah aku puasa sampai lemah longlai macam ni. Pengajaran untuk aku, jangan MALAS sahur. Dulu zaman anak dara boleh lah nak puasa tanpa sahur. Ni nak pakai energy double, memang collapse la. Huhu~ Mujur production maintain. So, lepas ni, macam mana pun, WAJIB bangun sahur.
sahur li sahur... aku pon wajib bgn sahur,.. atleast dpt segelas air pon ok.. huhu sbb aku ni susah minum air.. jd kalu pose mesti nk bgun sahur minum air pon jd la
ReplyDeleteDah sahur we..minum air kosong...huhu..mmg x mmpu la....siyes kne mkn gak....hoho..
ReplyDelete