Friday, May 11, 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Aku manusia biasa yang tak lepas dari dosa. Masih terlalu jauh perjalanan untuk membentuk diri menjadi isteri solehah/ ibu mithali. Terlalu banyak sangat kekurangan diri. Ya Allah, terlalu panjang senarai kalau hendak disenaraikan satu persatu kekurangan diri ini.

Alhamdulillah, dikurniakan suami yang baik, yang punya agama. Kadang-kadang terasa jauh sangat jurang antara aku dan suami. Menilai pada baiknya dia dan pada kurangnya aku dalam segala aspek.

Antara kekurangan aku yang susah sangat aku nak kawal, aku cepat terasa hati, merajuk pada hal yang remeh. Sentap. Benda kecil pun nak ambil pusing, nak peningkan kepala sendiri, buat sesak nafas sendiri.
It happen all the time. Bila terasa hati, mulalah fikir macam-macam, bukan-bukan, pelik-pelik sampai adakalanya menangis sendirian. Bukan kerana apa yang suami katakan, tapi kerana apa yang berlegar dalam fikiran. Bilamana syaitan datang menyerang emosi.

My biggest problem is, aku tak pandai nak meluahkan isi hati, susah nak bagitahu yang aku terasa, tak reti nak susun ayat. That’s why, aku pendamkan and fikir macam-macam yang tak sepatutnya.
But, in the same time, aku fikir semua kebaikan suami dibandingkan dengan perkara yang remeh tersebut. Masa tu, mulalah rasa bersalah, berdosa pada suami. Bila dah rasa bersalah, baru terhegeh-hegeh nak minta maaf. Kalau bukan dialog secara face-to-face, aku mesej..Tidak pun, buat karangan surat layang untuk suami atau nota kecil sengaja diletak atas meja atau diselit dalam wallet..

“Syg minta maaf.”
“Kenapa?”
“Semalam syg  kecil hati dengan dear.”
“Kenapa?”
Bla…bla….blaa…

Sometimes, suami tak sedar pun wife dia ni kecil hati. Simply sebab aku yang tersentap sendiri sedangkan suami tiada niat pun nak sakitkan hati aku. Kadang-kadang, ia cuma sekadar gurauan yang aku ambil serius tanpa minta penjelasan dari suami. Kadang-kadang suami berniat untuk menegur dengan cara yang baik, cuma aku yang terasa diri sangat hina, lalu sentap sendiri. Seringkali dialog di atas diakhiri dengan ayat dari suami

“Dear minta maaf buat syg kecil hati. Lain kali dear tak buat lagi.”

Sepertinya dia yang bersalah sedangkan aku yang create masalah tu. Huhu~

Aku bercita-cita untuk jadi isteri solehah. Siapa yang taknak kan? Dan aku sedar perjalanan aku masih terlalu jauh. Sedangkan benda yang kecil tu pun aku tak boleh control, apatah lagi dalam hal yang lebih besar. Penting bagi isteri untuk mendapat redha suami, kerana syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Macam mana aku nak control diri supaya tak mudah berkecil hati? Berdosakah aku kalau selalu berkecil hati dengan suami?

A few weeks back, dalam program Usrati di IKIM bersama Ustazah Norhafizah Musa (sangat suka dengar suara dan lihat raut wajah ustazah ni. Sangat keibuan. Ada kelembutan pada raut wajah dia.) Ada seorang caller tanya soalan lebih kurang dengan apa yang berlegar dalam otak aku.

Jawapan Ustazah: 
Sebagai manusia biasa, kita tak akan lari dari perasaan seperti itu. Memang perkara begini sentiasa berlaku dalam rumahtangga. Apa yang boleh kita buat, bila terlintas dalam hati, marah, berkecil hati dengan suami, perbanyakkan beristighfar. Selagi ia hanya dalam hati kita, tidak dizahirkan secara fizikal, InsyaAllah tidak tercatat dosa. Dan juga pentingnya komunikasi berkesan di dalam rumahtangga. Setiap masalah seeloknya dibawa berbincang supaya tiada salah faham.

Wahai encik suami, as I have told you so many times, I am way far from perfect. Please be patient with me, never give up on me. Jangan jemu bimbing saya mencari redha Ilahi. I want to be your wife, bukan sahaja di dunia, malah di jannatul raudhah kelak. InsyaAllah..Amin..

2 comments:

  1. li.. itu ade lah aku jugak.. susah nk luahkan perasaan.. tak tau nk susun ayat.. sentap n sensitip.. pk bukan2.. pastu mule la merapu nnti.. hehehe...harap dah kawen nnti suami aku pon paham.. huhuhuhuhu..

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015