Friday, September 14, 2012

Titisan Airmata Keibuan~


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MasyaAllah..
Saat aku membelek gambar anak kecil ini
Bergenang airmata..
Terasa sendu yang sangat menusuk kalbu..
Terasa bergetar seluruh badan..
MasyaAllah..
Hebat sungguh dugaanMu Ya Allah pada anak kecil ini..
Tersentuh naluri keibuan..




Ya Allah, Kau lindungilah anak kecil ini.
Kau rahmatilah kehidupannya.
Kau kurniakanlah segala yang terbaik untuknya Ya Allah..
Kau tabahkanlah hati ibunya agar terus setia berjuang demi si kecil yang berjiwa suci ini..
Kau perkuatkanlah semangat juangnya agar tidak kalah dengan dugaan..
Kau tetapkanlah imannya agar dia sentiasa redha dengan ujianMu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui
Amin Ya Rabb..

Aku menangis lagi..

Untuk si kecil Ahmad Adam Syukri
Doaku akan sentiasa bersamamu.

.InsyaAllah..
Sesungguhnya kau adalah insan terpilih
Dipilih oleh Allah SWT untuk melalui saat getir ini
Allah sengaja mendugamu wahai anak
Kerana Allah itu Maha Mengetahui
Pasti ada hikmah yang menantimu disebalik dugaan yang Allah timpakan buatmu


1 comment:

  1. ya Allah..kesian nyer..semoge die kuat semangat dan tabah...memang..biler dah jadi ibu ni hati mudah sangat tersentuh...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015