Monday, October 29, 2012

Aidiladha 1433H & The Boy With Sexy Broken Lips


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salam Aidiladha..
Aku masih bercuti..Memang saja ambil cuti extra dengan tujuan nak buat dissertation..
Moga ada progress hari ni...Pfffthh...Hopefully...

Cerita tentang Aidiladha..
I must say that sebelum jadi isteri orang, Aidiladha aku biasa-biasa je.
Nothing much since raya kat KL je.
Kalau balik Kelantan mungkin meriah sikit kot.
So, lepas solat sunat raya, makan, then yang lelaki pergi masjid tolong kerja-kerja korban dan melapah semua while aku duduk rumah tengok tv, tido atau ape-ape jelah kan..

Since getting married, sambutan Aidiladha aku is a total different.
Walaupun raya di KL jugak, tapi ada pengisian..Tidak kosong macam years before.
Sebabnya, setiap tahun kami akan buat korban sendiri.
Family belah hubby memang every year pun akan buat korban sendiri.
Ayoh cari supplier lembu dan supply to kawan-kawan dia jugak.
Paling kurang pun akan ada 3 ekor lembu.
Family kami je dah lebih dari seekor.

The first year, hubby ambil satu bahagian.
The second year, kami ambil 2 bahagian untuk aqiqah Faheem.
This year, aku ambil satu bahagian.
Untuk tahun ni, in total ada 5 ekor lembu.

This is Faheem's first time witnessing the Qurban.
Semangat tengok lembu.
The moment orang bertakbir masa nak sembelih lembu, Faheem ikut takbir sama sambil angkat tangan macam takbiratulihram.
Memang excited sungguh anak teruna ni tengok lembu.

Satu gamba je aku dapat snap sebab kamera out of battery. Tak perasan. Huhu..
Selalu bila time korban ni, orang lelaki je busy dok melapah kat masjid or surau.
Tapi since buat sendiri, each family yang participate kenalah hantar wakil unutk sama-sama help out dengan kerja-kerja melapah dah pembahagian daging.
Selaku menantu kepada host tetap setiap tahun, aku pun ade tugas jugak.
Tolong menyediakan makanan & minuman untuk mereka-mereka yang penat dan letih melapah daging lembu. Air sejuk memang asyik kena refill je.
Petang tu kami makan sup tulang dan daging goreng kicap.
Sedapnye..

The next day pulak ada majlis aqiqah baby Amira.
Menu gulai daging, sup tulang, ayam goreng berempah, acar timun, salad buah, ikan masin goreng bawang dan cili.
Semua masak sendiri. Chefnya Ma dengan Kak Mah, sepupu hubby.
Aku tolong-tolong je. Huhu~

Belah malam pulak ada birthday party anak sepupu,Eva at Sungai Kantan.
In the same time, ade sitting for family gathering.
Masa tengah sitting, discussing on the agenda and activities, Faheem ligat main dengan the aunties.
Berlari dari hujung ke hujung. Main cak-cak.
Memang excited sangat dia.
Mana taknya, main dengan aunties yang cun-cun, sweet..huhu~
Tibe-tibe tersungkur la pulak.
Berdarah bibir atas.
Since it is the second time Faheem injured macam tu, aku agak cool sikit compared to the first time dulu.
Tapi anak teruna aku ni, seminit je dia nangis.
Lepas tu dia galak berlari balik terkekek-kekek gelak sambil duk gigit bibir dia tu.
Takpun tangan dia tu dok gentel-gentel bibir yang luka tu. As though macam takde luka pun.

Tengok tu, sexy lips. Tebal semacam je bibir atas tu. Huhu. Macam pakai botox pulak. Hahaha~




1 comment:

  1. Eerrrr..aty nyer aidiladha..dr sblm kawen sampai lepas kawen..samer jer...huhu

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015