بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Syukur Alhamdulillah..
Syukran Ya Allah, kerana meminjamkan nyawa kepada aku untuk terus menghela nafas di atas muka bumi-Mu...
Syukran Ya Allah, kerana mengurniakan kesihatan mental dan fizikal kepada ku..
Syukran Ya Allah, yang telah memberi rahmat dan limpahan kasih sayang di dalam hidupku..
Syukran Ya Allah, kerana menghadirkan insan-insan yang sangat bermakna dalam hidupku..
Syukran Ya Allah.....untuk tahun ke 28 aku melihat dunia, merasai segala nikmat yang Engkau limpahkan...
Sesungguhnya, terlalu kerdil dan hina diri ini di sisiMu Ya Allah...Terlalu banyak dosa dan noda yang aku lakukan atas bumiMu Ya Allah.....Terlalu banyak keluhan yang aku lemparkan, dan terlalu kurang pula kesyukuran yang aku panjatkan padaMu Ya Allah....
Pada usiaku yang ke 28 tahun, sudah terlalu banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku...
Lalu, nikmatMu yang mana lagi yang hendak aku dustakan????
Ya Allah, kumohon perlindungan dariMu, kesejahteraan hidup dunia dan akhirat, Kau limpahkanlah taufik dan hidayahMu, Kau tetapkanlah imanku, Kau berilah aku petunjuk Ya Allah agar hati ini sentiasa dekat padaMu, agar jiwa ini sering rindu padaMu, agar aku sering mengingatiMu....Hindarilah aku dari kemaksiatan, kemungkaran, kekufuran dan bala bencana.. Ya Allah, jadikanlah aku mukmin yang bertaqwa, isteri, ibu dan anak yang solehah serta insan yang berguna, kurniakanlah kepadaku keluarga yang mawaddah, suami dan anak-anak yang soleh/solehah. Kau rahmatilah keluarga ku, kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan, dunia dan akhirat....Ameen Ya Rabb...
Thank you hubby for the cake and the endless love, insyaAllah...
Published with Blogger-droid v2.0.1
happy birthday ili.semoga dimurahkan rzeki dan bahagia bersama yang tersayang
ReplyDeleteTq dear :P
DeleteEppi befday ili!
ReplyDeleteTq ieza :P
Delete