Tuesday, December 4, 2012

Giving Birth: Trying To Recall The Pain

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sebelum hubby pergi outstation, aku borak-borak dengan hubby...
Cakap pasal rasa sakit nak bersalin..
Aku cuba ingat balik macam mana rasa sakit yang aku rasa dulu..
I couldn't tell..
Aku cuba compare apa yang aku rasa sekarang dengan apa yang aku rasa dulu..
Tak boleh nak bayangkan..

Aku ingat, a few days sebelum aku admitted, aku dah mula rasa contraction.
Aku ingat, aku siap catat masa dan kekerapan contraction.
But it lasted for a few hours only.

Then, aku ingat lagi, di pagi hening sebelum aku bersalin, saat aku terjaga pukul 3 pagi sebab contraction, aku capai buku, pen dan handphone yang aku dah standby bawah bantal, aku catat kekerapan contraction.
Menjelang subuh, baru aku terlena sekejap.
Aku masih ingat, aku sambung catat kekerapan contraction masa kat office.
Masa tu aku boleh cakap yang itu adalah mild contraction.
Dan aku pun tak tahu itu adalah one of the sign.

Aku ingat saat aku bertarung dengan sakit..
Dari bukaan 4 cm masa aku admitted, sampailah bukaan 8-9cm..
Aku rasa masa bukaan 5-6 cm, aku masih mampu tersenyum.
Aku ingat lagi nurse tegur aku senyum.
Nurse cakap aku kuat.
Sumber kekuatan aku ada kat sebelah.
The one who keep giving me strength, ingatkan aku untuk teruskan berzikir mengingat Allah, ingatkan aku untuk terus mengukir senyum..
Aku ingat lagi saat aku rasa sakit yang teramat, aku rasa dah tak mampu nak tanggung sakit tu..
Aku merayu minta tolong kat hubby untuk panggilkan nurse.
Sumpah aku merayu. "Tolong b, sayang tak tahan sangat ni. Sakit sangat..."
Masa tu kalau tak silap aku, bukaan dah 8 cm.
Sebab aku dah tak mampu nak terus tersenyum.
Aku masih ingat detik-detik tu semua, sampailah saat aku melihat bayi yang aku kandung di depan mata.
Sungguh aku tak pernah lupa.

Tapi, aku tak boleh nak gambarkan kesakitan yang aku rasa dulu.
Macam dah terpadam rasa sakit tu.
Sakit macam kena gigit semut ke? Sakit macam kena tetak ke? Sakit yang macam mana?

Aku tak pasti kalau apa yang aku rasa sekarang, sama macam apa yang aku rasa dulu.
Tiap kali perut mengeras, aku selalu fikir, macam ni ke aku rasa dulu?
Mana lebih sakit? Dulu ke sekarang?
I couldn't tell..

Masa aku lahirkan Faheem dulu, aku dengan confident cakap dekat nurse aku tak nak any painkiller.
Aku nak rasa sendiri macam mana rasa sakit bersalin tu.
Gas entonox tu pun aku sedut sekali je.
Sebab aku rasa khayal bila sedut, dan aku tak selesa.
Aku taknak sedut dah.
Aku cuba untuk tahan kesakitan tu sendiri.

Untuk kali ini, mampukah aku bertahan macam dulu?
Cukup kuat ke aku?
Aku cakap kat hubby, kalau boleh aku taknak ambil painkiller, especially epidural.
Sebab aku dah pernah rasa kena inject dekat spinal masa d&c dulu, aku tak suka.
Hubby tanya kenapa taknak painkiller?
At least boleh kurangkan rasa sakit.
Hmmm...entah..Sehingga saat ni, aku yakin aku taknak painkiller.
Aku harap aku mampu untuk bertahan.
Aku cuma boleh jawab dekat hubby, sakit tu kan penghapus dosa.
Aku tahu aku banyak dosa, aku harap rasa sakit tu bisa menginsafkan aku dari terus mengulangi dosa dan kesilapan yang pernah aku buat.
Wallahu'alam..

~Rabbi yassir wa la tu'assir, Rabbi tammim bil khoir~




2 comments:

  1. eerrrmmm...kalau blh x yah amik epidural tue... nnt tua baru rs efeknya...kalau mama blh tahan sakit lahirkn kita...kita pn blh...cayok2... smoga slamat semuanya...be good baby yea baby adek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula...klu blh org pun xnk...cukuplah kne injek kt spinal ms d&c dlu...serik dah..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015