Sunday, January 6, 2013

2nd Baby ¦ The Birth ¦ Part 3 ¦ Post Labour

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Mashaa Allah...betapa hebat kekuasaan Allah...
Sebaik baby selamat keluar dari rahim aku, hilang terus segala kesakitan...
Tiada bersisa lansung...
Hanya kesyukuran yang mampu aku panjatkan..

Yang aku tak sedar semasa proses kelahiran, rupa-rupanya gunting epi yang doc guna tu tumpul..
Kata hubby, 2 kali doc cuba potong guna gunting tu tapi tak lut dan enchek doc terus campak gunting tumpul tu..
Lalu puan sister la yang gunting...
Owhhh...mungkin sebab tu aku boleh rasa diri ini digunting..oucchh..
Tapi tidaklah teruk sangat sebab rasa sakit contraction mengatasi segalanya..
Cuma bila dah selesai proses kelahiran aku dengar enchek doc cakap kat sister "You better throw that epi scissor before I throw it away"..uhuh...

Untuk kelahiran kali ni, aku boleh cakap yang aku lebih tenang (saat dalam labour room kala bukaan dah 5cm dan bila sakit makin menggila)..Syukur sangat-sangat..Sebelum tu aku sarat dengan emosi...Dari pagi hari membawa ke petang dan ke dalam LR...
Menanti bila angka 3cm tu nak bertambah dan ditambah pula hati ibu yang sarat merindui keletah anak teruna yang sulung..Aku menangis sendiri...Sampaikan hubby pesan kat aku jangan fikir macam-macam dan jangan biarkan jiwa kacau..

Rindu sangat dengan budak ni...

Kalau masa bersalin abang dulu, tangan hubby jadi mangsa genggaman aku dan sesekali aku genggam erat besi katil saat bertarung melawan sakit...
Kali ini, Alhamdulillah, kesakitan tu seolah hilang sendiri tanpa perlu aku berpaut pada apa-apa pun...Pesanan hubby supaya aku relax, pejamkan mata, cuba untuk tidur, sangat mendamaikan dan buat aku tenang...Sesekali contraction datang, aku terus pejamkan mata cuba menikmati kesakitan penghapus dosa sambil beristighfar, berzikir dan berdoa pada Allah..Dan sakit berlalu pergi, memberi masa untuk aku bertenang semula..

Masa proses menjahit, aku masih ada tenaga untuk berborak dengan sister dan doc. Kalau masa Faheem dulu, masa kena jahit, aku nak tidur je. Letih yang teramat sangat. But this time around, Alhamdulillah..Even sister pun cakap aku kuat...Syukur Ya Allah..

Aku bersyukur sangat Allah permudahkan segalanya untuk aku..Saat yang paling lama untuk aku adalah nak tunggu bukaan 3cm tu bertambah...Seharian kot...Even separuh dari masa aku dalam LR just untuk tunggu dilation from 3cm progressing...Dari pukul 5 sampai hampir pukul 9 malam..Lepas pada tu, aku rasa macam pantas sangat masa berlalu. Tiba-tiba dah fully dilated dan within 5 to 10 minutes meneran, dah selamat melahirkan si kecil as compared to abang dulu, aku ambil masa almost 45 minutes to push Faheem out..Syukur Alhamdulillah..

Dan aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan oleh Allah teman hidup yang tak henti-henti beri aku kekuatan dan semangat...Yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan aku dan anak-anak..Yang setia menemani aku tanpa keluhan..owhh..aku terharu saat dahi dikucup bertalu-talu oleh suami...Terasa berbaloi segala kesakitan yang aku rasa saat bertarung nyawa melahirkan khalifah Allah...Aku terharu saat membaca kiriman sms suami menyatakan terima kasih kerana melahirkan zuriatnya..Aku terharu saat suami tidak kisah dan tidak bersungut tolong angkat kain lapik katil dan baju hospital serta kain sarung yang penuh berlinang air kencing saat aku tak mampu nak tahan kencing dan tak sempat nak ke toilet sebaik masuk wad lepas bersalin..Sedang saat itu aku yang rasa sangat tak guna sebab tak boleh nak tahan kencing dan terpaksa susahkan suami dan memang aku dah buat muka bengkek dengan diri sendiri..Tapi kata suami, takpelah..Syukur Alhamdulillah...Thank you my zawj...Love you till Jannah, Lillahi Taala..

Sempat lagi hubby snap gambar masa aku ditolak keluar dari LR..Hehe...

Ni dah dekat wad postnatal..Terus calling-calling Mama..hehe~

Kata Mama, sebaik balik dari hospital, hubby cakap dekat Mama "Ili dah pandai teran"..hehe..

# pengalaman bersalin #
Published with Blogger-droid v2.0.1

6 comments:

  1. bagusnya ili.. tahniah.. jue 2nd baby nnt debaran sama macam 1st, sbb yg 1st czer tak sempat nk teran2 pun.. baby dah lemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah jue pun joleh laluinya dgn izin Allah...mudah2an lepas ni boleh bersalin normal..

      Delete
  2. Harap merase gak beranak normal 2nd bb nnti..insyaallah...tapi...ngilu ar bace...huhu..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah...mudah2an Allah perkenankan...takde yg mustahil kn...

      Delete
  3. Koben: "ili dh pndai teran" means.. "boleh la proceed to 3rd one!! Hahaha.." Tahniah Ili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...die ckp 2013..?????????...aku ckp postponed dlu...next year kot...
      Next year tu die ckp bln 1....ohhhh...mcm xde beza thn ni dgn thn depan....adehhhh..huhu..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015