Aku bersalin Faheem dulu, penghujung bulan Rejab...Masa tu mengharap nifas habis cepat so that aku boleh puasa. Mengharap dapat puasa penuh macam the year before.
Yelah, tahun sebelumnya aku miscarriage. Lepas d&c lansung tak datang period until I found out that I am preggy again. Memang heaven dapat puasa penuh.
So, masa Faheem, ditakdirkan nifas aku sangat lama.Sudah menginjak bulan Ramadhan, nifas masih bersisa..Then dalam hari ke-40+ or 50+, tak ada tanda dah. Yay, dah boleh puasa..Dapatlah puasa 6 hari...After day 6 of fasting, ada darah keluar balik. Tak banyak. Tak pekat...Saki-baki darah tahap ekor-ekor je...Sehari macam dua kali je ada jaluran darah tu..At some point bila aku rasa dah habis, aku mandi dan solat, lepas solat ada balik jaluran darah..Sampailah cukup hari ke-60 selepas bersalin. Which is tempoh maksima nifas. Those days, memang tak puasa la. Jadi at that time aku conclude aku dapat puasa 6 hari je and have to ganti 23 days.
Hmmm...banyak jugak 23 days..Gulp...
Faheem lahir Rejab 1432H. Alhamdulillah menjelang Ramadhan 1433H aku berjaya habiskan puasa ganti sebanyak 23 hari tu dan dapat berpuasa dengan riang ria pada tahun tersebut. Ingatkan dapatlah puasa penuh sebab preggy lagi kan...Tapi sebab GDM, missed jugak 3 hari..Haihhhh...
Lepas bersalin Faqeeh, aku terbaca dalam majalah Al-Ustaz kalau tak silap pasal nifas ni...
Kata ustaz, tempoh maksimum nifas adalah 60 hari. Lebih dari 60 hari adalah darah istihadah. Kalau darah istihadah ni, kita perlu tunaikan kewajipan seperti biasa. Cuma kena pastikan masa nak solat tu, kita bersih dari darah. Makna kata, sebelum wuduk pastikan salin dulu pad yang ada kesan darah then baru wuduk dan solat seperti biasa.
Yang istihadah tu, aku faham. Sama jugak untuk period.
Ada lagi satu part...Kes jika nifas berhenti sebelum cukup tempoh 60 hari, kemudian datang balik. Ni macam kes aku. Katakan nifas dah berhenti masa hari ke 45. Kemudian keluar lagi darah masa hari ke 50. Jarak masa dari berhenti nifas hingga nifas datang semula agak pendek untuk dikira sebagai haid dan hari ke-50 tu masih lagi dalam tempoh maksimum nifas, jadi tempoh yang darah berhenti tu sebenarnya dikira masih lagi dalam tempoh nifas..Jadi, katakanlah jika berpuasa dalam tempoh berhenti seketika tersebut, puasa itu tidak dikira kerana masih lagi dalam tempoh nifas.
Kalau puasa sunat, tak ada masalah. Tapi bagi puasa wajib, kena bagi perhatian kat sini. Puasa di bulan Ramadhan dan puasa ganti, puasa tersebut dikira tak sah. Jadi kena ganti semula.
(kalau aku salah kat sini, tolong betulkan ye...Tapi ini pemahaman aku based on what I read)
Hmm...kiranya...aku masih ada baki 6 hari yang perlu diganti dan perlu bayar fidyah memandangkan dah melangkau tahun..
Kiraan untuk bayar fidyah
(kalau aku salah kat sini, tolong betulkan ye...Tapi ini pemahaman aku based on what I read)
Hmm...kiranya...aku masih ada baki 6 hari yang perlu diganti dan perlu bayar fidyah memandangkan dah melangkau tahun..
Kiraan untuk bayar fidyah
Alhamdulillah, dah selamat ganti puasa. Fidyah pun dah selamat bayar kat Pusat Zakat Selangor (PZS), bayar nilai fidyah ke PZS and pihak PZS akan tukar nilai tersebut kepada beras dan agihkan kepada fakir miskin.
Otherwise kalau tahu ada fakir miskin berdekatan tempat tinggal kita, boleh juga beri fidyah kepada mereka dalam bentuk beras.
Syukur Alhamdulilla, selesai sudah hutang tertunggak.
No comments:
Post a Comment