Wednesday, August 28, 2013

Faqeeh: 8 Months


Allahuakbar..
Dah 8 bulan dah awak ye adik Faqeeh..
Sekejap sangat masa berlalu..
Tak puas ummi peluk cium awak.. 

Alhamdulillah Allah kurniakan Faqeeh kesihatan, jarang sangat demam/sakit..
Alhamdulillah, rezeki adik Faqeeh menyusu badan pun masih mencukupi..In fact, itu saja sumber tumbesaran adik Faqeeh buat masa ni.
Selain secubit dua nasi yang dah ummi lumatkan terlebih dahulu untuk bagi adik Faqeeh rasa.
Sekadar rasa je adik ye..hehe..Kesian awak, tak sabar nak mengunyah makanan macam orang dewasa.
Tapi gigi awak baru dua batang. Belum boleh pun mengunyah.
Tahan dulu ye Faqeeh.

  
 Adik Faqeeh sudah semakin sibuk berdiri.
Baik berdiri dengan sendiri tanpa sebarang support, mahupun bertatih pada meja, kerusi, pagar dan kaki ummi..
Sudah beberapa kali cuba mengorak langkah, tetapi terjatuh sebaik langkahan pertama dimulakan.
Tak apa. The learning process.
Usaha lagi dengan jaya ye adik Faqeeh.
Awak memang tak sabar nak berjalan.
Nak kejar abang. Nak bermain dengan abang. Nak ikut abang kemana sahaja.
Dimana ada Faheem, di situlah ada Faqeeh.
Biarpun kadang-kadang abang usir awak pergi, "Jangan kacau abang...", biarpun adakala terjahan-terjahan manja abang hinggap di tubuh awak, awak tetap setia membontoti abang ke mana saja.
Memanjat pun dah pandai.
Mulut pun dah makin meriah..



Alhamdulillah..
Syukran Ya Allah..
For this precious little gift..
Semoga rahmat kasih sayangMu sentiasa melindunginya.
Ameen.

***
Owhh..
Kawan baik ummi datang menjenguk pada usia Faqeeh 8 bulan..
Its been 18 months since the last one..
huhu..
Rasa janggal je..hihi..

2 comments:

  1. Hai kawan baik..kihkih.. Kejap je kan li... Tup tup nanti insyaallah dh masuk sekolah pulak.. Bila waktu waktu macamni selalu pikir macamana perasaan mak kita besarkan kita penohhh kasih syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu... T_T laju2....mcm tbe2 faheem da besar, da xmo dipeluk sgt dah...tbe2 faqeeh pon da besar...cpt sgt....aiseh....bergenang pulak.... T_T...

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015