Friday, September 20, 2013

Kantoi Mengepam


Kat office, aku pump dekat cubicle/partition aku je.
Aku takde bilik.
Aku tak pergi pump dekat surau sebab nanti bos tengok asyik takde kat meja je.
Aku simpan pump dalam drawer, covered dengan kain, masa pump aku rapatkan drawer..
So, tak dengar la bunyi pump.
Then aku cover dengan shawl, konon-konon sejuk..
Tapi memang sejuk macam peti ais pun office ni..
Selama 6 bulan aku mengepam dekat partition aku, takde orang perasan.
Except colleague aku yang pompuan sorang ni lah sebab kadang-kadang sambil borak dengan die, sambil pumping.
Colleague yang lelaki tak perasan pun.

Baru-baru ni, aku dah siap pun pumping.
Tengah nak tanggalkan parts dari botol..
Then mamat ni lalu partition aku..
Gelabah aku sorok corong.
Dia tegur "Haaa..kau buat apa tu?"
Dia nampak susu atas meja..Tak sempat nak sorok..
"Ehh...susu?" Tanpa bertanya lanjut dia terus keluar.


Aku dah separuh nafas.
Mujur dia tak tanya banyak.

Bila dia masuk balik, dia terus datang tempat aku.
Dah..kau kenape???
"Kau pakai pump apa eh?"
"Errr.....ni..." Aku tunjuk pump aku kat dia.


Then dia tanya harga berapa, beli kat mana, bagus ke tak?
Rupanya wife dia tengah survey breastpump.

Ayat last dia "Ok, nanti saya boleh bagitau wife saya.."
 huhu~
Segan aku wehh...

1 comment:

  1. salam dear..

    bestnya tgk susu u..penuh botol! Alhamdulillah rezeki for ur baby

    btw. i ada buat promo for Shaklee ESP..do visit my blog ye

    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015