Tuesday, February 25, 2014

Minggu Yang Sangat Mendebarkan!


Minggu ini akan jadi minggu yang sangat mendebarkan buat kami sekeluarga..
Betapa berdebarnya kami, aku yakin, ayah lebih lagi merasakan debarannya..

This evening, ayah akan admit ward di IJN.
His bypass operation was scheduled on 27th February 2014.
Walaupun ayah diam tak cakap apa-apa, I know by heart, dia sangat risau.
Mesti banyak yang dia fikir.
The rest yang kat rumah tu pun tahu, ayah kerisauan.
Tapi memang jenis ayah, dia tak cakap banyak.
Kau tanya pun, sepatah dua je dia jawab.
Gelora dalam jiwa dia, kita tak tahu.
Tapi it can be seen.
Mama kata, ayah tidur tak lena.
Sekejap-sekejap bertukar posisi, kerap terjaga malam..
Berat ayah makin susut.
Kurus sangat..

T____T

Mudah-mudahan urusan pembedahan ayah berjalan lancar.
Semoga Allah meringankan beban sakit ayah.
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk ayah, beri ayah kesembuhan dari penyakit.
Semoga Allah beri ayah kekuatan untuk lawan kesakitan.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku, juga ibu bapa mertuaku.
Kurniakan mereka kesihatan Ya Allah, agar mereka dapat beribadat kepadaMu..
Jangan Kau timpakan ujian kesusahan pada mereka Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa mereka.
Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.
Jangan Kau hukum mereka atas khilaf mereka dalam mendidik dan membesarkan kami Ya Allah.
Mereka telah mendidik sebaiknya, mendidik kami mengenalMu Ya Allah. 
Permudahkanlah segala urusan mereka.
Berilah kekuatan kepada kami juga, (anak-anak) agar dapat berbakti kepada kedua orang tua kami selagi hayat masih ada.
Jadikan kami anak-anak yang soleh/solehah agar kami dapat menjadi saham akhirat buat mereka kelak..
Ameen Ya Rabb...

***
Kat bawah ni kisah adik & ayah, as written by my sister in her FB wall semalam..
.
.
.
.
Selasa ayah da check in wad
Lagi beberapa hari nak operation

(dekat dapur: aku dan ayah)

Ayah : dekat bwah tu ada kentang ayah da beli
Aku : oke
Ayah : bawang ada dekat rak hitam. Senang faqeeh nan amek t ( sambil gelak)
Aku : oke (sambil senyum teingat gelagat faqeeh suka susun bawang dalam periuk at bawah dapur)
Ayah : t xtaw brapa hari ayah at hospital
Aku : (terdiam je)

Xlama lepas tu aku tengok dalam peti ais ada dgg buger ( teringat baru bpe hari lepas aku tringin nak mkn bger tp xda aku buat la sendiri gne dgg cngcang tp xjd) ada french fries semua at umah ni suka mkn lg2 cucu tok ayah n maktok tu..huhu..dekat bawah dapur tu aku tgk kentang penoh satu bekas (dia taw aku suka sgt mkn kentang..kentang salad, kentang sambal.kentang rebus fveret faheem) bwg putih bwg merah bwg bsr pun pnoh at rak hitam.. Baru jap tadi ayah siap da kopek kulit bawang putih dgn bwg merah n smpan dlm peti..pas tu dia check cili merah cili api bnyak lg x..
Sebenarnya aku nk cakap ayah dalam pada dia xsihat dia da siap2 pastikan beberapa hari dia xde dkt umah t kitorg at rumah ni cukup barang dapur ckup makan.

Huhu..aku jarang bercerita pasal ayah tu aku saja cerita panjang2 pasal ayah..walaupun yg aku nk sampai an sikit je..tapi saja aku nk biar menjela2.

Rabbi yassir wala tuassir rabbi tammin bil khair
semoga Allah permudahkan segala urusan ayah nanti..

Syahdu & sendu je aku baca..
:'(

6 comments:

  1. Semoga dipermudahkan buat Ily dan keluarga...insyaallah

    ReplyDelete
  2. abah saya buat bypass back at 2010. masa tu tengah sarat preggy kan Naurah. abah recover at my house. masa tu dlm pantang tp aktif drive sana sini sbb lagi risau dgn condition abah. kena bawa dia cuci luka kat KK & ulang alik dr bbst ke HUKM utk follow up. xpelah even x berpantang betul, puas hati dpt berbakti pd abah =)

    moga dipermudahkan ye buat ayah ily nanti. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Allah...MasyaAllah tabarakallah..mulianya awak berbakti untuk abah..I hope I can do the same..

      InsyaAllah, ameen..Tq..

      Delete
  3. Bergenang pulak aku ni.. insyaallah semuanya ok nnti.. ^_^ semoga pakcik sihat sembuh cepat2.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. T________T

      Allahumma ameen..

      Part yg sgt syahdunya, dalam pada risaukan diri dia, dia sempat lagi fikir orang lain..Dia sempat lagi fikir responsibilities dia..Memang selama ni dia yang prepare/beli semua barang dapur...Blerghhhh...bertakung kolam mata nak tulis ni..huhu..

      Semoga Allah pelihara ayah sebaiknya..Ameen..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015