Friday, March 28, 2014

Riadah Hujung Minggu : Horse Riding Lagi?


Cerita beberapa minggu lepas.
Saat negara dilanda jerebu tebal.
Tapi kuasa Allah, hari sabtu tu langit Kuala Lumpur cerah, terang-benderang..
Tiada juga bau asap yang menusuk ke hidung..

Alhamdulillah..
Dapatlah bawak anak-anak beriadah once in awhile..

Faheem ni beria sangat nak naik kuda.
Masa TokAyah kat IJN lagi nak bawak gi naik kuda, sebab dekat je kan IJN tu dengan Tasik Titiwangsa.
Tapi tak berkesempatan.
Ni, tengah siap-siap kat rumah, sibuk nak pakai baju kuda..
Maksud dia, baju ada gambar kuda..Baju Polo lah tu..
Tengok cuaca cerah, langit pun cerah, jerebu pun takde, moh la kita pergi lawat kuda..

Rekreasi Berkuda Taman Tasik Titiwangsa

Kadar bayaran menunggang kuda dan naik kereta kuda..

Dulu pernah bawak Faheem tunggang kuda kat sini sekali..Steady je dia..
Pastu sibuk nak naik kuda lagi..
Last time pergi pagi. Kali ni datang petang.
Unfortunately, horse riding dia tak bukak. Kereta kuda je ada.
Kereta kuda pun, kereta kuda lah..Yang penting ada kuda..
Lagi ok kot, sebab semua pun boleh naik..
Kalau horse riding, Faheem sorang je..hihi..



Nilah baju kuda yang Faheem maksudkan.. Nampak kuda emas dia tu??? Topi pun dia cakap topi naik kuda..

Tiket...tiket..tiket...Siapa nak tiket???
Muka tak sabar nak naik kereta kuda..
Banyaknye tiket...huhu..
Ambil dua pusingan, bagi puas hati sikit si abang ni..

Ummi  ♥  Abi..

The happy boy..

Adik Faqeeh ni kes baru bangun tidur..

Tengoklah muka comot dia tu..


Abang khusyuk tengok orang pasang kereta kuda..

Adik dah bergelak ketawa..

Tengoklah dia punya gelak tu...Ummi jugak yang selebet..



"Tu kereta kuda..."

"Kereta kuda...tunggu Faheem kereta kuda..."

"Faheem nak naik kereta kuda..."

Adik Faqeeh pun nak naik kereta kuda?

Faheem nak duduk dengan Ummi..

Adik Faqeeh duduk dengan Abi..
Tapi adik Faqeeh bukan nak duduk statik..Bertukar-tukar tempat. Itupun ada hati tak bagi orang pegang..Terlebih berani yang sorang ni..

Cuak je muka abang..

Abang yang takut-takut, dan adik yang lansung tak takut..Adik tu muka macam tu sebab protes nak lepas bebas..

They had fun !
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015