Tuesday, April 22, 2014

Hiburan Dalam Kereta


Kebiasaan, dalam kereta my zawj akan pasang Ikim.fm atau CD alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran atau alunan bacaan Al-Ma'thurat oleh Ustaz Badrulamin..
Anak-anak tetap buat hal sendiri bermain, bergurau senda dan melayan external attraction kat luar kereta..

Sekarang ada hiburan baru untuk santapan telinga anak-anak sepanjang dalam kereta, termasuklah untuk halwa telinga ummi abi nya..
Fokus utama adalah kepada anak-anak..

Bahan hiburannya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CD Sufi Cilik - Zikir & Doa oleh adik Amirul Atiq..



MasyaAllah Tabarakallah...merdu sungguh alunan zikir oleh adik Amirul ni..

Disebabkan zikir-zikir dan doa ni dibaca oleh adik cilik bersuara merdu lagi comel, Subhanallah, maka anak-anak dilihat lebih mudah untuk melazimi bacaan-bacaan zikir dan doa..Allahuakbar..
Macam lagu-lagu Voices of Ummi jugak, Erti Fatihah dan Bismillah...Alhamdulillah, anak-anak cepat hafal asbab suara Putri yang sangat comel...
Nampak sangat nak menarik minat anak-anak kecil, kena guna model-model/sumber/karakter anak-anak cilik jugak..huhu~

Asalnya, my zawj kata ada video klip sufi cilik ni kat TV..Masa tu my zawj tengok dengan Faheem. Bila Faheem tengok video clip tu, dia khusyuk je tengok dan mulut kumat-kamit cuba ikut. 
So, aku cubalah cari VCD/CD/DVD Sufi Cilik ni..
Mula-mula search dekat Youtube sebab aku tak pernah dengar/tengok lagi. Bila jumpa link, Allahu...Memang comel sangat adik ni..
Then bila google Sufi Cilik, jumpa lah blog X-presi by Kemn Azmaili.
So aku beli CD ni dekat dia lah..
VCD tak jumpa pulak..

After couple of weeks pasang CD ni dalam kereta..
Ada masanya Faheem ikut berzikir sekali dengan Abang Amirul..
Kadang-kadang kat rumah sambil main sorang-sorang or dengan adik, tibe-tibe dengar Faheem berzikir.
Adik Faqeeh pun cuba untuk ikut sikit-sikit..Dengar tang hujung je..
Bila pasang CD ni, both abang & adik siap la goyang-goyang kepala ke kiri ke kanan..
Hihi..
Alhamdulillah...

Ada certain zikir yang Faheem memang dah hafal tapi sangkut-sangkut..
Since dengar CD ni, Alhamdulillah makin lancar..
Bacaan Al-Fatihah pun macam tu jugak..

Mudah-mudahan anak-anak sentiasa membasahkan bibir dengan bacaan Zikrullah..
InsyaAllah..

4 comments:

  1. Faheem...bagus yer kamu dgr alunan zikir...terasa mcm nk beli cd nih kasi QI plak dgr...dia selalu suka dgr lagu Ya hanana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah QI pun akan suka..Sebab mmg lunak betul suara adik cilik tu...hihi...Ya Hanana, feveret Faheem & Faqeeh gak tu :)

      Delete
  2. Nak beli jugak lah li.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli...beli...worth it..pelaburan yang lansung tak merugikan, insyaAllah..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015