Tuesday, March 24, 2015

Sang Perindu...


Dah seminggu abi outstation...
Abang Faheem dah mula merindu..
Ummi pun rindu jugak..huhu..

Abi tersangat sibuk. Kasihan abi. Tidur pun tak cukup. Line kat sana pun agak teruk.
Mesej terkadang lambat masuk.

Masa abi pergi korea, dapat jugak ber-video call dengan abi.
Terubat jugak rindu anak-anak pada abi, dapat cakap dengan abi, dapat tengok wajah abi.
Kat Myanmar ni, payah nak dapat line cantik.
Dan tuntutan kerja yang seolah menghimpit, tak dapat lah anak-anak bercakap & lihat wajah abi.

Abang Faheem dah mula demam rindu.
Kasihan anak ummi rindu kan abi.

Dialog di pagi hari sesudah ummi keluar bekerja (as told by Maktok)
Adik Faqeeh bangun tidur, tercari-cari di mana ummi..
"Faqeeh cari ummi? Ummi pergi work. Faqeeh rindu ummi ke?"
"Aah.."
"Abang Faheem pun rindu ummi.. Faqeeh rindu abi?"
"Rindu.."
"Abang Faheem rindu abi jugak.."

Satu malam, sedang ummi melipat baju, ada sehelai baju Pokcik seakan (sama sebijik sebenarnya) baju abi..
"Ummi ni baju abi la..."
"Bukan. Ni baju Pokcik.."
"Bukan baju Pokcik. baju abi kan ummi?"
"Sama macam baju abi kan.."
"Iye..sama.."
Tak lama kemudian...
"Ummi, tengok ni Faheem cium baju abi..Faheem rindu abi.."

Alahai..sayu ummi dengar bang...
Abang sabar ye..InsyaAllah esok abi balik. Abang doakan Allah lindungi perjalanan abi, pelihara keselamatan abi. Semoga abi pulang dengan sihat dan selamat.

Wajah sang perindu sebelum demam..
Macam ninja Jepun..hihi..


Adik Faqeeh ni happy go lucky. Tak menampakkan lansung riak perindu. Riang ria setiap masa.

These few days, ummi kepenatan. Selalu tertidur awal dari anak-anak.
Maktok kata, saat ummi tidur, Faheem duduk sebelah ummi, Faheem usap pipi ummi, Faheem belai pipi ummi, Faheem kiss ummi banyak kali.
Pernah sekali ummi perasan, saat ummi buka mata tersedar dari lena, Faheem di depan mata. Faheem cium ummi. Faheem cakap, Faheem sayang ummi.

Terharu sangat ummi.

Sebab dalam kebanyakan waktu, ummi selalu kurang sabar dengan Faheem.
Ampunkan ummi.
Ummi sayang Faheem dan Faqeeh sokmo.

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015