Thursday, March 5, 2015

Transformed..


Minggu lepas...
Macam biasa hantar Faqeeh gi rumah mak, abang pergi sekolah.
Pagi tu hantar kat rumah mak, rupa lebih kurang macam ni...


Bila balik, dah rupa gini...


Mak potong rambut. Faqeeh sorang je. Abang tak pulak. Sebab pakai mesin agaknya. Abang memang anti dengan mesin. Selalu suruh abi gunting je.
So, selamat lah abang.

Semalam, balik rumah, abang pulak dah jadi abang asykar..


Wajah sebelum..


Hahahaha..
Rimas sangat agaknya mak tengok rambut anak-anak ummi ni panjang sampai mencucuk mata.
Terus mak tolong potong pendek. Botak terus. Mujur tak licin. Kepala Faheem tak cantik kalau botak licin.
Yang peliknya, nak pulak Faheem potong rambut pakai mesin.
Mulanya cikgu yang potongkan. Tapi Faheem kata mak pandai potong rambut.
Nak suruh mak potong rambut Faheem macam adik Faqeeh.
Balik sekolah terus potong.
Dan surprisingly, Faheem duduk diam.
Ilmu ape lah mak pakai ni..Hihi..

Ada yang tanya, aku suruh mak potong ke? Mak bagitau dulu tak sebelum potong?
Ahahaha..
Tidak..
Aku tak suruh pun mak potong.
Dan mak tak consult aku dulu pun...Terus potong je.

Tak marah ke? Tak sentap ke?
Idok lerrr..
Mak ni macam baca isi hati aku agaknya.
Memang aku dah plan nak potong rambut anak-anak few days earlier. Tapi tak execute je lagi plan nya. Sebab Abi busy.
Aku sendiri pun rimas sebenarnya.
Yang Faheem dok selak-selak rambut depan sebab asyik mencucuk mata.
Yang Faqeeh pulak dah rupa girlish dengan rambut halus lembut lagi panjang tu..
Bila mak potong botak terus, memang solve semua problem.

Tapinye, Faqeeh dah botak tu pun, ada orang ingat dia girl.
Adoiii..

2 comments:

  1. Suka tengok bebudak laki botak kan kemas je..Kita pun plan nk potong rambut Rizq..Tapi cikgu die lak tak suka..mesti cikgu peminat KPop..haha.. dah kalau botak pun org kata gegirl payah tu..

    cam ank dara kita pkai pink renda2 orang tanya laki ke? kita terus tindik telinga die..mujur die ok je..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...bila botak, senang sikit nak urus. tak payah gaduh time mandi sebab nak shampoo rambut..

      Alolo ra.ifa...good girl la..

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015