Friday, June 19, 2015

5th Pregnancy: Static Weight


Alhamdulillah. Am currently in my 28 weeks of pregnancy.
Previous two check-ups, Alhamdulillah HB dah above 11. Dah tak risau sangat dah. Hopefully boleh maintain sampai deliver nanti.

Tapi, masalah lain pulak timbul.
Berat statik. 
Daripada week 21 sampai week 27, berat aku tak berganjak dari angka 57kg.
Previously, week 19 tu 57.5kg. Lepas tu turun setengah kilo and till now, masih maintain 57kg.
Weight gain up to this point of time baru 1.5kg..Ohoiii..
Kalau tengok balik buku merah masa Faheem dan Faqeeh dulu, at least sekarang ni dah gain 3kg ke 4kg. Both pun total weight gain during pregnancy cuma sekitar 6kg to 7kg.

Sebelum trip pergi Padang tu dah scan. Doc cakap saiz baby normal, accordingly.
So, probably, berat aku yang turun.
Tapi sebab tiap kali check-up pun berat sama je, tetap lah kena jumpa doc every visit. But doc takde cakap apa sangat pun. Bila check perut, dia kata seems normal. Saiz baby ok.

Tapi aku admit lah. Semangat makan aku tak macam masa pregnant Faheem dan Faqeeh dulu.
Pregnant kali ni, selera makan tak berapa nak ada even dan masuk 28 weeks ni.
Tiap kali nak makan, sokmo dok fikir nak makan apa. Takde benda yang rasa teringin sangat-sangat nak makan. Tengok foods semua pun nampak sama je. Kalau ada teringin pun, tak lama lekat kat tekak. Masih lagi muntah-muntah kalau makanan tu macam tak berapa ngam dengan tekak.
Makanan manis-manis memang lagilah harapan. Hari tu mama beli durian musang king. Tengok macam sedap je. Plus memang penggemar durian pun. Makan lah jugak 2 ulas. Masa makan memang rasa nikmat sangat..Tak lama lepas tu mulalah tekak buat hal..Adoiii..
Canelah nak naikkan berat ni??

Minggu depan kena gi scan lagi sebab nak monitor baby's growth. Sekali dengan MGTT. Hopefully baby is doing just fine.
Kalau monitor movement dia, memang boleh tahan kuat baby ni. Sokmo senak perut ummi ni kena terjahan-terjahan awak dari dalam. Campur pulak external terjahan, tunjalan dari abang-abang awak ni, memang double senak ummi dibuatnya. Tiga-tiga pun aktif. Harap-harap ummi boleh maintain kurus. Hahahaha..

Bulan puasa ni, macam lagi harapanlah nak tengok jarum penimbang tu berganjak naik. Makin turun agaknya T___T

First day puasa, angin dalam badan ni punyalah bermaharajalela..Tapi gagah jugak bertahan. 
Masak memang tak larat lah. Beli lauk siap je..
Hari kedua masih berangin, but a bit better compared to semalam.
Hopefully dapat bertahan dan mengharungi sebulan puasa walaupun tau tak dapat puasa full..

And with the news yang zawji akan kena outstation ke Myanmar lagi bulan puasa ni, aku pun tak tahu nak kata apa. Speechless. Nak gelak ke nak nangis..Kalau confirm kena pergi, aku surrender awal-awal. Mengaku tak larat nak jaga anak-anak seorang diri bulan puasa ni. Bawak badan sendiri pun tak larat. Huhuhu..

Semoga sentiasa di dalam lindungan rahmat, barakah dan redha Allah. Ameen.


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015