Tuesday, June 30, 2015

Iftar di Masjid Negara


Last week, dalam group whatsapp family, Ma ada menyatakan hasrat nak solat terawih di Masjid Negara.
Hari sabtu, anak-anak Ma bawak Ma dan Ayoh iftar dan terawih di Masjid Negara.
Rombongan dari Gombak, Pandan Indah dan Shah Alam, masing-masing berjumpa kat Masjid Negara.
Kami sempat singgah bazar ramadhan Tasik Permaisuri beli sedikit kuih-muih untuk iftar.
Kuih tepung pelita warisan kat Tasik Permaisuri sedap lah pulak..
Berselera Faheem makan.

Iftar di masjid, sebaik azan Maghrib berkumandang, makan yang ringan-ringan dahulu. Kurma dan kuih muih. Then terus solat Maghrib berjemaah. Masa ni Faqeeh tidur, mudah sikit nak jaga.

 
Lepas solat maghrib, baru makan berat. Juadah iftar kat Masjid Negara hari tu nasi putih, kari ayam, bawal masak kicap, sayur kobis.
Alhamdulillah kenyang walaupun aku tak berapa nak ada selera makan nasi.
Masa makan berat ni, Faqeeh dah bangun. Bersiap-sedia lah ummi ye sebab askar aktif baru je charge bateri.

Since both nak ikut ummi je, masa solat tu, I took saf yang paling belakang so that takdelah anak-anak berlari di celahan or depan jemaah lain yang tengah solat. Sesekali memang anak-anak akan datang mengintai ummi tengah solat. Since saf paling belakang, kurang mengganggu jemaah lain, hopefully.
Setiap kali habis solat, aku akan toleh belakang tengok anak-anak dan anak-anak buah buat apa. 7 orang askar in total.
Alhamdulillah semua pun duduk elok je in a group. Khusyuk tengok abang Thaqif melukis perhaps.

Habis rakaat ke-8, tiba-tiba semua dah takde. None of them. 
Puas tertinjau-tinjau, tak nampak bayang. Sementara tunggu the rest yang buat 20 rakaat, aku dok perhati mana lah anak-anak pergi. Tengah orang ramai tu, doa dalam hati je lah.
After a while, keluar masuk dewan solat tu, ternampak Faheem seolah mencari-cari at the spot yang aku solat before that. Mesti tengah cari ummi ni..huhu..Nampak dia ke belah kanan dewan solat. Cepat-cepat aku pergi ke belah kanan dewan solat ikut luar. Nampak Faheem tersandar dekat dinding kaca dengan muka macam cuak. Ketuk-ketuk dari luar, bagi signal suruh dia keluar. Memang cuak semacam muka dia, tanya "Ummi pergi mana??"
Tau pun cuak bila tak jumpa ummi. But then, adik Faqeeh pulak tak nampak bayang.
Suruh anak buah tengokkan Faqeeh kat dalam. Tengah dok main dengan siapa tah tengah-tengah dewan solat. Dia ni lansung takde perasaan.

Nak suruh duduk setempat dekat tempat luas macam tu, memang sedikit sukar lah buat anak-anak super aktif ni. Tambah dengan sepupu-sepupu yang sama aktif. Berkejaran sakan lah. Dan ramai pulak geng sebaya yang lain yang turut riang ria berkejaran.

Sementara tunggu yang lain solat 20 rakaat, jadi supervisor lah monitor anak-anak riang.



Balqis - Faheem - Faqeeh

Entah apa yang aku bisik kat Faqeeh tu. Rasanya sesi memujuk supaya dia tak jalan jauh-jauh seorang diri. 

Lepas habis solat witir, Faheem dan Faqeeh ikut abi makan moreh. Ummi tak larat dah nak makan.
Agak jauh jugaklah meja untuk moreh tu dengan port kami berkumpul.
Bila semua dah selesai moreh, it's time to go home lah kan.
Yang lain semua balik Gombak. Kami je balik Pandan.
Tengah salam-salam nak balik, aku cari kelibat Faqeeh... Takde..
Tanya my zawj sebab Faqeeh ikut abi ambil moreh tadi.
Zawji tanya, "Bukan Faqeeh dah pergi kat awak ke tadi?"
"Mana ada. Dia ikut awak amik moreh, pastu takde pun datang sini balik.."
"Tadi saya minum dengan Faheem. Faqeeh cakap nak pergi kat ummi.."
"Takde pun.."

Cuak.
Mana pulak Faqeeh ni.
Melilau mata aku ni scan cari anak.
Suddenly dengar sayup-sayup suara budak menangis.
Masing-masing tertanya-tanya Faqeeh ke tu. Tapi still tak nampak kelibat.
Risau dalam hati ni, Allah je tahu.
Pastu ternampak lah ada seorang budak kecik tengah terduduk nun kat pintu keluar hujung masjid, menangis terjerit-jerit seorang diri.
Tak jauh dari tempat moreh.
Faqeeh..oh! Faqeeh..
Teresak-esak dia menangis. Bila tanya Faqeeh pergi mana, Faqeeh cakap abi tu tinggal Faqeeh..
Adoi dik.. Padahal awak tu yang tinggalkan abi.
Basah lencun baju dia dek airmata.

Alhamdulillah awak selamat dan tak hilang atau diambil orang.
Taktaulah ummi nak cakap perasaan dalam hati ni.
Syukran Ya Allah kerana melindungi anak-anak aktif kami.
Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015