Tuesday, July 7, 2015

5th Pregnancy : Being Pregnant & Fasting


Ini bukanlah kali pertama aku berpuasa sebagai ibu mengandung.
The first time masa mengandungkan Faqeeh. Masa tu few days jugak aku terpaksa tinggal puasa. Bukan sebab tak larat, tapi sebab status ibu mengandung with GDM..Huhu...
Terpaksa tinggal puasa sebab minum air gula dan a few series of Blood Sugar Profile (BSP) monitoring.
Alhamdulillah, the rest of the days aku dapat puasa seperti biasa though ada jugak hari-hari yang bila sampai rumah tu lutut dah ketaq tak mampu nak buat apa dah..Terbaring je biar tok laki siapkan hidangan berbuka..

This time around, setakat ni aku baru tinggal sehari. Sebab terpaksa jugak...Minum air gula lah kan. But Alhamdulillah both result MGTT ok. So hopefully sehari tu jelah yang aku kena ganti.
Walaupun dah pernah lalui situasi macam ni, but frankly speaking sebelum puasa tu aku risau jugak kalau tak larat nak puasa macam biasa. Sebab pembawakan anak kan lain-lain.
Setakat 3 kali pregnant (yang berjaya melepasi 3 trimester of pregnancy), semua pun ada kisah dan kes tersendiri. Pregnant kali ni aku sokmo tak lalu makan. Takde selera. Takde nafsu.
Bila kurang selera makan, I doubt lah aku boleh bertahan one whole day fasting kan.
But Alhamdulillah, setelah melepasi 2/3 Ramadhan, aku berjaya puasa dengan jayanya even dengan selera yang tak berapa nak ada ni. Dan amazingly, takdelah drama lutut ketaq terbaring lesu tunggu azan berbuka walaupun sahur aku makan nasi ciput je...Syukur Alhamdulillah..Yang penting jangan skip sahur..

Previously berat aku dok statik je. Bulan puasa ni, janganlah mengharapkan jarum timbang tu naik mencanak. Memang takde. Tak naik jugak. Statik. Stagnant.
At 30 weeks of pregnancy, masih mencatatkan kenaikan berat badan total sebanyak 1.5kg sahaja !
Itupun, mujur tak turun..
Doktor cakap, walaupun berat aku tak naik, dia tak risau sangat sebab based on last scan at 28 weeks, baby membesar accordingly. So, dia tak risau pasal baby.
Cuma dia risau aku je lah. Sebab dah berapa bulan berat statik, hari ni doktor suruh start monitor BP.
Malasnye lahai...

Semoga baby membesar dengan sihat dan sempurna. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Ameen Ya Rabb.

Bila dok heboh viral cerita-cerita pasal labour, epidural sume ni, tak dinafikan terdetik jugak kerisauan di hati. Untuk 2 kelahiran sebelum ni, Alhamdulillah Allah beri bantuan dan kekuatan untuk melahirkan anak-anak tanpa ubat tahan sakit. Tetap berdoa dan berharap dengan setinggi pengharapan agar sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan diajauhkan dari insiden-insiden yang tak diingini. Nauzubillahi minzalik.

1 comment:

  1. bestnya dah 30weeks. kite kedek2 lagi 20weeks huhu
    take care ily. moga dipermudahkn semuanya ye

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015