Wednesday, November 18, 2015

Wedding Bangcik : Majlis Sambut Menantu


Siaran tertunda lama dah ni..huhu...Tetap nak share dalam ni sebagai kenang-kenangan..

Bangcik nikah 19-9-15 kat Chemor. 20hb tu sanding. Jealous tau tengok gambar ramai-ramai menghantar adik lelaki ku kahwin, tapi aku takde..sobbsss..

Majlis sambut menantu di Ampang was held on 26-9-15. Kenduri yang ni, walaupun masih dalam pantang, wajib attend ye..Tapi aku datang pun macam tetamu VVIP kot. Pukul 11 lebih baru sampai..Kata adik, macam mem besar betul..huhu..Orang tengah pantang tak boleh nak jalan laju-laju, tak boleh nak bersiap super pantas..kehkeh..

Sampai-sampai terus cari makanan. Orang menyusu badan memang asyik lapar je..Hahaha..Alasan lagi..Elok je aku siap makan, tak lama lepas tu rombongan belah pengantin perempuan sampai..

Kalau masa wedding Kangah, aku jadi runner ke hulu ke hilir, akulah tukang pegang kunci bilik 'harta karun', akulah floor manager, akulah tukang peluk beg penuh 'khazanah'..Semua lah aku buat...Wedding Bangcik ni rasa janggal je bila aku kena duduk diam-diam..Itupun tak berapa nak diam lah sampai kena tegur dengan makcik aku..weehuuu..Nak duduk berehat baring saja pun tak boleh sebab takde privacy..Alhamdulillah Fathan tak meragam, tidur lena je..
Yang tak best nya...Bila belek-belek balik gambar, mana gambar aku?? Mana gambar akuuuu ??? (Haha...tak boleh terima kenyataan..Emosi terlebih orang dalam pantang ni..kuikui..). Boleh kira berapa kerat je..Tak aci tau. Gambar our small family dengan pengantin pun takde. Benci lah ! Huhu...Sampai hati tau T____T








Anyhow...untuk Bangcik dan isteri, Ira Natasha (Cik Ira)...




Semoga masjid yang dibina dilimpahi dengan sakinah mawaddah dan rahmah, kekal utuh dan bahagia hingga ke jannah.








No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015