Tuesday, December 13, 2016

32....dan Hadiah Yang Tertangguh


Alhamdulillah, officially 32 lebih kurang dua minggu yang lalu. Syukur Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa dan masih diberi peluang untuk menghela nafas, dikelilingi insan-insan yang dikasihi lagi disayangi. 

Seperti kebiasaan, hari kelahiran diraikan dengan kesederhanaan. The day before birthday, aku cuti menguruskan sesuatu yang mengujakan. Alhamdulillah. Thinking of cooking something for dinner. Tapi zawji kata tak perlu masak, makan kat luar je. Acah-acah rajin nak masak je aku, walhal dah 2 bulan dapur rumah jarang berasap..Bila zawji kata makan luar, laju je simpan semula segala bahan basah. Hahaha..Memang dasar sangat...

Dinner di Secret Recipe..Anak-anak yang beria makan kek. Ummi makan sesudu dua je ihsan suapan anak-anak...

Number O.N.E

Number T.W.O

Number T.H.R.E.E

O.N.E + T.W.O + T.H.R.E.E
=
H.A.P.P.I.N.E.S.S x A.W.E.S.O.M.E.N.E.S.S

[abaikanlah muka ummi yang kusam tu...haihhh...]



 [Eh..Gambar dengan boyfriend takde pulak...huhu]

Malam tu, dapat wish yang pertama dari insan yang sangat bermakna dalam hidup aku..
Awal mama wish birthday..hihi...Takut tertidur, lupa nak wish, kata Mama.. Touching sikit anakanda yang nakal dan selalu buat onar ni. Berlinangan airmata baca ucapan hari lahir dari Mama.. Aku ni dari kecil memang touching. Kalau bab birthday ni, memang selalu sangat aku tarik muncung panjang dengan Mama. Zaman belum matang, Allahu...Macam-macam ragam bila Mama 'terlupa' nak wish birthday. Aku pulak jenis yang konon nak rasa orang bagi perhatian kat aku je..Once November come, aku takkan mention pun lah pasal birthday ke apa. Konon nak orang ingat sendiri birthday aku tanpa aku berzikir hari-hari ingatkan orang. Bila orang terlupa, boleh agak tak frustration dia macam mana?? Hahaha..Lawak betul.. Sabar betul mama layan kerenah aku yang macam-macam ni.. Now that I am 32, and Mama being the first person to wish my birthday, sebak sangat rasa wehhh...Terus throwback perangai-perangai tak berfaedah zaman ribena dulu...Insaf..Insaf..

Ya Allah, peliharalah Mama dan ayah, lindungilah mereka, berikan mereka kesihatan yang baik dan berpanjangan, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil, ampunkanlah dosa-dosa mereka, semoga mereka sentiasa di dalam rahmat dan redhaMu, dunia dan akhirat. Allahumma ameen..

Ada orang tu, dia tanya kita nak hadiah apa. Kita kata nak doa yang baik-baik, dia kata setiap hari pun doa.. Dia tanya lagi nak hadiah apa? Bila jawab takde nak mintak apa-apa, dia tanya jugak lagi... Kita pun tak tahu nak mintak apa... Tapi dah dok tanya banyak kali, kita mintak jelah jugak..hahaha..

Tapi tahun ni kurang best sebab the day after birthday, awal-awal pagi sebelum subuh tu, orang tu dah kena bertolak pergi airport. Dia kena fly ke Filipina seminggu.. Hadiah untuk kita pun memang tak sempatlah nak beli sebab sibuk prepare barang nak fly. 

Bila dia balik, kita pun takdelah nak tanya pasal hadiah yang dia dok tanya-tanya sebelum fly tu. Dan dia pun takde cakap apa-apa pasal hadiah. Kita anggap dia lupa je lah and malas lah kita nak tanya. Perangai masih tak berubah macam kecil-kecil dulu. haha..Cuma target je yang berubah kali ni..kuikui..Nasib awak le suami....

Sabtu baru ni, dia tanya ada nak pergi mana-mana tak? Kita jawab takde je.. Dalam hati dok bebai sendiri..haha.. Tapi biasalah, dok kata biarlah dia ingat sendiri. Mengada sungguh..Dah pergi few places, baru dia tanya nak pergi beli hadiah tak? Hahaha..Lawak sungguh.. Nak belikan hadiah pun nak kena tanya nak pergi beli ke tidak.. Bawak je lah terus kan.. Macam tu lah dia, straight forward sungguh. Tak main lah element of surprise ni..Kahkah..Geli hati betul aku..Tapi kalau ingat-ingat balik dari zaman teman tapi mesra dulu, dia memang straight forward je. Takde ayat bunga-bunga metafora ke apa nak ajak kita couple. Straight to the point. Huhu..Akak is redha je..

So, akhirnya dapat jugalah hadiah yang tertangguh..


Thank you boyfriend..
Walau pun hadiah tu, kita yang pilih sendiri..huhu..

Sebenarnya, hadiah tu falls second. Takde pun I is ok..Previous years pun takde hadiah rasanya..
Wish dan doakan yang baik-baik, doa jadi anak/isteri solehah, ibu yang mithali, is more than enough..Mama pun dari kecil tak ajar kiterang dengan hadiah dan big celebration.. So, I am ok with it. Tapi kalau dapat hadiah, it's a bonus..hahahahaha..

Again, thank you zawji for the treat, and for treating me nice all these years being your wife. Moga-moga layanan tu tak berkurang even when I'm full with wrinkles and covered with fats..huhu..




No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015