Friday, April 21, 2017

Fathan, Chicken Pox dan Cuti Kuarantin


Fathan was diagnosed with chicken pox disease recently. Still in recovering mode.

Kisahnya, rabu minggu lepas, masa ambil dia dekat pengasuh, pengasuh cakap ada butir-butir kat muka dan badan. Rasanya chicken pox. Pengasuh kata, memang 2, 3 orang kena serentak ni. Aku belek-belek, nampaklah butir bertih berair tu. Badan dia pun dah mula dedar. Then aku teringat, patutlah Fathan cirit birit lately sampai merah-merah punggung. Kalau tengok history masa Faheem dulu, memang antara simptom CP, dia akan demam dan cirit-birit few days earlier. Then baru keluar bertih tu.

Maghrib tu suhu dia makin naik. Teruslah bawak dia pergi klinik. Pakcik ni masa kat klinik segar bugar lagi. Boleh berjalan tawaf dalam klinik tu dengan senang hati. Taknak duduk lansung. Bila jumpa doktor, memang suhu dah 38+ dan doktor selak baju tengok, confirmed chicken pox. Sebelum pergi klinik aku dah google siap-siap tentang kelayakan cuti kuarantin. Bukanlah mak ni nak sangat bercuti kuarantin tu, tapi sekiranya memang sah penyakit yang perlu di kuarantin, study lah sikit kelayakan dan sebagainya. Sebabnya, kalau masa abang-abang dulu, aku ambil cuti few days then bergilir dengan zawji. Bila dah lepas part cranky tu, tinggal nak kering kuping-kuping tu, aku mintak tolong mama. This time around dah tak boleh dah since ada baby Aqeela dan Cik Ira dia pun tak pernah kena chicken pox lagi. Nanti berjangkit pulak dekat Cik Ira dan Aqeela. Alolo..Alhamdulillah ada kemudahan cuti kuarantin ni.

Korang boleh refer dekat link ni : Pekeliling Cuti Kuarantin
Boleh jugak baca Frequently Asked Question (FAQ) untuk dapatkan penerangan lanjut : FAQ

Untuk membolehkan anda layak dapat cuti kuarantin ni, kena ada surat pengesahan atau perakuan kuarantin daripada pegawai perubatan kerajaan atau pun swasta. So, bila doktor sahkan Fathan chicken pox, aku pun mintaklah surat perakuan tu. 

Malam tu bermulalah episod cranky tak boleh tidur, demam panas. The next day, suhu turun sikit and dia masih aktif boleh bermain-main. Menjelang malam je, panas balik. Dengan cirit -birit nye lagi. Allahu. Menjerit kepedihan bucuk ummi ni.

Hari jumaat tu aku perasan badan dia merah-merah. Macam rashes all over. Paling ketara merahnya masa suhu dia tinggi. Memang macam udang salai rupa dia. Dia pun kurang aktif, tidur je. Fikir-fikir nak bawak dia pergi hospital. Maghrib tu dia macam ok pulak. Boleh bermain balik. Tak jadi pergi hospital.


 


Hari sabtu, suhu tak turun. Maintain 38++. Cranky takyah cakaplah, Melepek lemah tak bermaya. ajak mandi, taknak. Paksa juga mandi, mengamuk-ngamuk dia dalam toilet tu dan boikot ummi sebab paksa dia mandi. Siap baring-baring atas lantai tak bagi ummi angkat dia. Alahai.. Lepas mandi, melepek balik.Terus lah ajak abi dia pergi hospital.


Since memang menjangkakan possibility akan kena admit, dengan condition aku yang pregnant 7 bulan ni, we head to Hospital Pantai Ampang terus. Belakang rumah je. Ada medical card, tak risau sangat dah pasal kos. Zawji pun boleh stay in sekali.

Pergi emergency, his temperature 39.1. Bagi ubat sisip dubur, tepid sponging, pastu neb. Menjerit-jerit macam kena dera cik abang sorang ni. Lepas tu ambil darah sebab doc suspect denggi due to rashes tu. Buat influenza test skali since recently ade H1N1 outbreak jugak. Doc kata Fathan dehydrated, nak ambil darah pun nurse cakap darah dia pekat. huhu. So, admit, pasang drip.


Bukan main abang tu cekak pinggang tengok nurse pasang branula kat adik.



Since cp contagious, kena isolate, dapatlah single room. Tapi kena topup lah room charge sendiri sebab insurans layak for double bedded room. Kena add-on rm33 per bilik per malam. Takpelah.

Tangan tu dah keras kaku gitu je lepas pasang branula.


Abang-abang enjoy macam masuk panggung wayang. Adoii. Lepas maghrib tu zawji hantar abang-abang balik rumah maktok.

Kesian dia.

Sekejap je dia tidur. Tengah malam tu dia cranky balik. Masa ni temperature dia ok sikit. Pukul 2 pagi macam tu, dia start panas balik, menggigil-gigil badan dia. Terus panggil nurse. Nurse cek temperature memang agak tinggi. So die bagi ubat sisip dubur and suruh aku lap-lap dengan tuala basah. Ummi tak boleh bergerak, kena duduk sebelah dia je. Gerak sikit, dia merengek. Terpaksalah ummi pun tidur atas baby cot sekali. huhu. Gigih mak buyung panjat cots tau. Allahu.

Bangun pagi, muka sembab, mata bengkak. Asyik menangis je.

Ahad. Doc cakap result darah, bukan denggi. Influenza pun takde. Tapi ada mycoplasma virus yang suka tumpang masa badan tak kuat. So doc bagi antibiotik. And one more, his hb is quite low. 8. Ahad petang tu, doc bagi 1 jam nak tengok dia dah ade appetite ke belum. Kalau still taknak makan, minum, kena continue drip. Bagi susu dalam botol, dia refuse. Teh o beng sedap pulak dia hirup. Then bagi susu dutch lady coklat tu, alhamdulillah habis sekotak. So boleh bukak drip dah. Just continue monitor temperature.

Ummi sempat swafoto lagi. huhu..Padahal malam tu dah sama-sama menangis dengan anak..

Manja kededek ummi

Macam ni lah dia. Nak melekat je. Takpelah nak.



Kalau sihat, biskut tu laju je dia makan. Ni tak sihat, tak berusik lansung. Pegang je. Sampai tertidur, biskut tu masih bulat macam tu.

Malam Ahad, ada sekali suhu dia naik sikit. Tapi sekejap je, lepas bagi pcm, alhamdulillah ok. Then dia tidur lena whole night long. Lansung tak merengek. Ummi pun sedap lah tidur sama. Qada tidur yang tak macam tidur few nights before. huhu..


Landing macam big bos

 Sedapnye lah awak sandar kat perut ummi, macam sofa ke??

Makan pun dah berselera.

Susu dutch lady je dia nak minum. Habis lah 3 kotak.


Tengahari Isnin tu doc datang review, demam dah ok, makan minum pun ok. Ambil darah lagi sekali nak cek iron due to hb low. Petang tu, result darah tak dapat lagi. Tapi dah boleh discharge. Alhamdulillah. Result darah tu, masa follow up nanti je.

Budak happy dapat balik rumah.


 Alhamdulillah bukan denggi dan nothing serious. Now tunggu bertih dia kering dan kuping tanggal je. Since ummi dapat cuti kuarantin sampai hari Rabu, hari Khamis dan Jumaat abi pulak lah ambil cuti ye. Hopefully selasa nanti dah kering dan tanggal semua dah.

 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015