Monday, May 8, 2017

Persiapan Raya 2017

Sibuk sangat nak cerita pasal preparation for raya. Macam topik wajib setiap tahun kan.
Hahaha..

Sebenarnya, raya tahun ni, aku tak prepare apa sangat pun.
Sebab due date aku, plus minus seminggu sebelum raya. huhu..
Jadi, mood raya dalam berpantang adalah macam tak raya. Tambahan pula awal-awal pantang kan. Memang membayangkan diri sendiri pakai make-up pilis, bau perfume minyak panas campur bau susu..hahahahah.. Very the anggun kann..

Pun begitu, tetaplah kena buat persiapan untuk hero-hero ku nan berderet tu kan. Kejam sangat ummi ni kalau lansung tak prepare apa-apa untuk anak-anak nak raya.
Tapi, tahun ni kita beli ready-made je lah ye.
Alhamdulillah dah selesai beli sepasang persalinan untuk bergambar di pagi raya untuk anak-anak, zawji dan ummi juga. Eh??? untuk ummi pun ada?? hahaha.. Adalah sepasang tu je. Buat syarat nak ambil gambar kenangan di pagi raya. Untuk baby, tak payahlah. Pakai baju biasa je. Kang beli baju melayu, tiba-tiba takdir Allah keluar baby girl pulak kang, acaner? huhu..Mana nak tahu kan. ahahaha..

Aku takde set tema colour ape pun tahun ni, terjah je kedai, mana yang berkenan, harga munasabah, beli je. Kebetulan jumpa baju untuk anak-anak dulu, then baru cari baju mak ayah yang matching colour. Tak kisahlah colour of the year ke tidak. Yang penting, pakai baju tutup aurat. Dan harga tidaklah melampau-lampau sangat. Mampu milik je.

Baju kasual pun dah selamat beli dah. Tak gigih lah ummi ni nak shopping time puasa dengan perut sarat ni.. Sekarang pun dah termengah-mengah je jalan.

Persiapan rumah untuk raya pun, takde apa sangat memandangkan raya ni aku akan berpantang sendiri kat rumah. Mungkin pagi raya pertama je lah kot kat rumah Mama. Lepas tu balik rumah berpantang seperti biasa. Takde nak hias-hias ape sangat. Cuma prepare corner untuk ummi dan baby bertapa je. Dan sort out few things yang nak guna untuk pantang nanti, make sure reachable by ibu berpantang, supaya tak perlu nak mintak tolong orang lain selalu sangat.
Last time masa pantang Fathan, confinement corner secoet je sebab belum renovate rumah. Kali ini adalah space sikit. Kalau orang nak datang beraya pun, adalah space untuk orang duduk.

Geng 8d8 kata nak visit time raya nanti. Tema adalah batik memandangkan itu adalah pakaian rasmi akak nanti kann. hahaha..Gigih they all ni cari ilham comel-comel tau. Takpe-takpe, korang datang pakai comel-comel kasi baby I happy tengok aunties yang cun lagi gorgeous. Hilang sikit stress dia nanti tengok ummi dia yang kepam lagi bacin. huhu..Tapi kena buat potluck lah kot dak? Tuan rumah tak daya nak prepare hidangan ketupat rendang bagai buat santapan dan kudapan tetamu. huhu.. Nak beli kuih raya pun takdak mood nih. Haru sungguh. 

Hah.. Part kuih raya ni, nak jugaklah cari sebalang dua. Please recommend yang sedap-sedap please.. Pastu, sebab akak tak dapat nak merasa rendang lemang raya nanti, nak request mama masak rendang sebelum puasa ni..Ahahaha..Please Mama pleaseeee... huhu..

Nampaknya, tahun ni takdelah rutin aku dating berdua dengan zawji di malam raya pi terjah Chow Kit ke Jalan TAR. Zawji kata, dia pergi solo je lah. Amboihhh..

Persiapan raya korang macam mana? Mesti meriah, baju gorgeous meletop kan. Scroll FB pun kemain iklan baju raya. Mujur akak takde Ig tau. huhu..

3 comments:

  1. assalammualaikum :)
    wahhh hi5 cket heee sbb persiapan awl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Hi5..hihi..
      Kite tak gigih dan tak gagah nak tunggu puasa. Takut baby nak keluar awal puasa ke..haha..

      Delete
    2. xpe awk :) janji sume sihat...insyaallah :)

      Delete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015