Monday, January 22, 2018

Fathan & Influenza A (H1N1)

Lepas seronok berjalan cuti tahun baru, dan abang-abang mula sesi persekolahan 2018, abang kecik pulak demam di penghujung minggu pertama tahun baru.

Ingatkan demam biasa sebab Fathan memang jenis mudah dan kerap demam. Tapi berlarutan pulak dan dia taknak makan dan minum lansung. Dah bawak pergi klinik, bagi ubat pun demam tak kebah. Lembik je dia, baring tak bermaya. Tak ceria lansung. Then dia muntah-muntah & berak cair macam cirit je.

Risau tengok dia lansung taknak makan dan minum, ajak zawji bawa Fathan pergi hospital. Kerisauan utama aku ialah dia dehydrated, kelaparan sebab dia lansung taknak makan dan minum. Kalau ada pun oral intake, sangat sedikit. Kalau aku sendiri, dah muntah angin, gastik dah kalau tak makan seharian. huhu.. Bila buat screening, positive influenza A. Admit lah terus. Then doc cakap hantar sample ke lab untuk further test. Sah pulak H1N1. sob sob 😭😢

Kesian lah anak ummi yang seorang ni. Admit 9.1.2018, discharge 12.1.2018. Itupun jenuh tau pujuk dia makan minum. Selagi dia taknak minum, tak boleh off drip. Untuk H1N1 tu, doc bagi ubat antiviral, Tamiflu. 



Disebabkan H1N1 ni mudah berjangkit, kena kuarantin lah dekat wad. Doc tak galakkan orang tua dan bayi melawat. Ummi abi yang menjaga ni pun, pakai mask sokmo lah. Dan disebabkan ada si kecik Fathiy tu yang tak boleh dekat dengan abam kecik dia, tak bolehlah bawak dia check-in wad sekali untuk teman abang. Sudahnya, ummi abi buat shift. Siang ummi jaga, malam abi take over.






Letih jugak tau. Untuk aku lah. Sebabnya..... Malam till pagi aku kena handle 3 hero tu. Pagi-pagi nak kerah abang-abang bangun mandi, prepare bubur/puree dan ebm untuk Fathiy, prepare/beli bekal untuk abang, hantar Faqeeh ke Pasti, hantar Fathiy kat pengasuh. Then kedek-kedek lah aku dengan Faheem tahan teksi ke hospital. Sampai hospital, switch baton dengan zawji. Aku temanlah si abam kecik, zawji hantar Faheem ke sekolah, then pergi kerja. Teman Fathan tu, dengan nak paksa dia makan, paksa makan ubat, pujuk die merengek, monitor demam dia.. Kalau baru lepas makan ubat tapi still panas, buatlah sponging. Bergaduh nak sponging dia. Petang, dalam 5.30 zawji sampai. Aku balik rumah, ambil Fathiy, ambil abang berdua. Pastu prepare dinner, melayan anak-anak, teman Faheem siapkan gundal dia. Pastu kerah anak-anak tidur. Punyalah ummi nak paksa anak-anak tidur awal, at the end, tak awal mana pun. Pagi esoknya, bergaduh lah nak kejut masing-masing. Fathiy pun, boleh tahan nak melekat je. Alahai anak. Begitulah dari hari selasa sampai jumaat.

Mak menggigih dan menggagahkan diri masak dinner dan bekal anak-anak. Abang Faheem ni memang wajib bawak bekal. Kalau tak sempat masak, beli je bungkus on the way nak pergi sekolah.
Antara menu seminggu berulang-alik hospital, semua berasaskan Sambal Ketuk. Sangat membantu memudahkan mak yang terkejar-kejar macam sotong dah ni. Memang pemudahcara dan penambah rasa. Alhamdulillah.




Ujian dari Allah di awal tahun 2018. InsyaAllah ada ibrah yang boleh diambil daripada ujian yang Allah beri. Mudah-mudahan, ujian ini jadi asbab untuk sesuatu yang lebih baik, insyaAllah. Allahumma ameen.


******
Kat bawah ni some info on Influenza A aku copy and paste dari FB Medical Mythbusters
👇👇👇

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-symptom Influenza A adalah
- demam dan menggigil
- demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- sakit kepala dan otot
- sakit tekak dan batuk
- selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- SESAK NAFAS
- NAFAS LAJU
- DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
- KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
- KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
- SAKIT DADA
- SESAK NAFAS
- KEBINGUNGAN
- MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
- SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah
- rehat di rumah
- kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

- kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH.
- tutup mulut ketika bersin dan batuk
- cuci tangan dengan kerap
- jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
- galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
- bayi
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015