Tuesday, January 30, 2018

Seminggu Yang Rabak


Minggu lepas, Zawji outstation lagi. Trip pertama untuk tahun 2018.

Tahun-tahun sudah, tidaklah rasa berat atau letih sangat bila zawji outstation. Tahun ni, mengah semput semua ada. Macam sotong dah aku rasa.

Sebabnya?
Kalau dulu urusan hantar anak-anak sehala je. Rumah pengasuh dan Pasti dekat je dengan rumah. Macam segitiga Bermuda je. haha..Hantar abang-abang ke Pasti sambil kendong baby dalam carrier dan tolak abang kecil dalam stroller. Lepas hantar abang-abang, hantar adik-adik pula. Sekali harung je.

Tahun ni, dah bertambah satu lagi check point, sekolah Faheem. Kalau di kira radius, taklah jauh mana. Tapi ambil kira route dan kena menempuh MRR2 tu, jadiii jauhlah jugak. hahaha. Yang ni yang buat pening sikit sebenarnya. Dannnn bertambah pula satu lagi rutin, kena prepare bekal untuk Faheem since sekolah tak sedia sarapan/minum pagi. Jadi ummi memang terkejar-kejar lah di pagi hari.

Kalau nak diikutkan, sebenarnya tidaklah teruk sangat. Yeke? Letih jugak lah. Sangat. Ada few things yang aku dah anticipate awal.
Aku dah prepare 2-3 jenis lauk dan dibekukan. So kalau hari yang rasa pack sangat, tak sempat nak masak, panaskan je lah.
Aku dah prepare bubur/puree for 3 days. So, 3 hari pertama dah lega. Pastu curi-curi masa lah buat puree for another 2 days.
Zawji dah book teksi seminggu untuk hantar aku dan Faheem. Takyah lah nak terkedek-kedek berjalan dengan anak teruna pergi tahan teksi.

Tapiiiii...
Ada faktor lain pulak.

Mood anak-anak. Yang ni memang selalu buat ummi jadi naga berapi. Ada sahaja modal nak buat gaduh, modal nak buat drama rajuk di pagi hari etc. Permintaan yang macam-macam yang di luar kemampuan ummi yang nak terkejar semua seorang diri. huhu..Memang ummi dah jadi hijau biru merah kuning. Bertukar-tukar warna dah. Belum si kecik yang pantang je Nampak, pantang je ummi tinggal sekejap terus bagi lantunan suara pitch super duper tinggi. Dalam ummi kelam kabut mengurus semua, nak kelek dia saja, memang tidaklah. 

Kesihatan anak. Fathiy demam on day 2 kot. Malam tu asyik merengek je. Ummi tak dapat tidur lena. Tapi kena bangun awal juga uruskan abang-abang yang lain. Mujur sekejap je. 2 hari je kot. Then Alhamdulillah tak panas dah dan kurang merengek tengah malam. Tapi ummi tetap tak cukup tidur. huhu.

Transport. Hari khamis, pakcik teksi kata tak dapat ambil dan hantar sebab dah deal nak hantar orang ke airport. Aku cari Grab. Tah apa masalah problem aku dengan Grab tah, serabut jugaklah. Sudahnya pukul 9 baru aku sampai office. Mujur sehari tu je. Syukur sangat dah sebenarnya bila zawji dah sesiap book teksi for a week. Sebab tidaklah aku serabut nak tahan teksi, hantar Faheem dulu, then teksi drop aku kat LRT. Masa ni, nak amuk kat diri sendiri... Bila nak berani drive sendiri??? huhuhu..

Rutin yang selalu handled by zawji. Part ni, memang letih lah bagi aku. Menghadap dan mengurus anak-anak pun dah letih. House chores lagi. Phewww..  

Tak menang tangan. Memang exhausted. Memang rabak. Serius rasa rabak gila. Mata ni dah macam nak kena topang dengan batang mancis. hahaha. Aku asyiklah menghitung hari. Hari Jumaat dah rasa lega sangat dah sebab hari terakhir berkejar di waktu pagi. Weekend rilek sikit. 


Antara yang sempat bereksperimen di my humble kitchen dan sempat ter-rakam oleh lensa phone. huhu.. Rajin sangat kot nak snap gambar setiap hari. No no no. Yang ada ni pun sebab snap, send kat zawji. Hihi..

Cucur crab sambal ketuk


Dinner sempoi-sempoi je. Taktik aku, masak 1 lauk je. Sayur kita pilih yang fresh je, senang lagi mudah dan sihat. Aku banyakkan stok salad, timun, tomato je. Huhu..


Cubaan pertama melempeng. Gigih mak.


Dinner bujang. Kah!.


Spaghetti carbonara mushroom + sosej + crab


Roti John tak kedekut inti.


My anak-anak soleh lagi musleh.



Abang ajar adik. Garang bebenar. huhu.


Si manja kededek yang nak melekat 24-7.


Homework. Siapkan gundal. Ni homework wajib. Setiap hari mesti ada. Satu ayat, ulang baca 30 kali. Kalau dia bawak balik 5-6 ayat sehari. Gulp!


Gundal


 Alhamdulillah. We've made it through. Seminggu yang mencabar. 


No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015